Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, May 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode I - SYAFIKA story ::

“Eh rilek je Fika arini? Tak g office?”
“Aah g Kelana Jaya la kak.. “
“Kak Ira dah g?”
“She got a class on 8. Kul 7 dah takde dah..”
“Akak g dulu la Fika.. Drive carefully k..”
“Yeah take care”


I stared at Kak Ris. Today, this sweet engineer is wearing her blue suit. I bet she had a meeting this morning. Kalau takde meeting biasanya dia pakai jaket biasa je with slack or loose jeans. Ni sikit punya vogue, mesti ada meeting dengan vendor or users. Company dia mmg cool, pakaian bebas asalkan menutup aurat. Kak Ris pernah bagitau, boss dia.. Dato’ apa ntah nama, memang islamik skett. So mmg syarat berpakaian kena menutup aurat. Lagipun, perempuan kat ofis Kak Ris memang boleh kira dengan jari. Tak sampai 10 orang. Those engineer tu ramai yang lelaki.

Pukul 8.45, aku tinggalkan rumah. Cepat² isi minyak di stesyen minyak Petronas Ariya Jaya b4 speed to LDP ikut jalan belakang. Rasanya tol SUNWAY dah clear waktu² macam ni. Sampai di Puchong, nampak kereta terkemut² memasuki simpang ke LDP. Dengan construction yang separuh siap, things getting worst. Aisey apsal lak ni, biasanya sini jam 7.30 until 9 jek.. ni dah kul 9 lebih, apsal jam lagi ni.. Y Y.. Y still jams honey??!! I want Info Trafic..

Tit!
92.80 Hitz.FM
---------------------------------------------

I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless
Lost under the surface
I don't know what you're expecting of me
Put under the pressure
Of walking in your shoes

-------------------NUMB-Linkin Park--

Tit!
103.30 Era.FM
---------------------------------------------

kasihku
dapatkah kau rasakan
seperti ku rasa

-----------------Kasih-Amy Mastura---

Both Hitz and Era - not the time for the info traffic!..

Tit!
97.20 RMKL
----------------------------------------------

“BMW 2323 ingin mengetahui keadaan lalu lintas di SG Buluh ok ke pagi ni??”
“Din 7673 berkata simpang dari Seri Petaling ke Bkt Jalil pesta lampu break.. oo nampaknya jalan di situ, agak sesak teruk..”

-------------Ulasan Deejay RMKL----------------

hmm .. where are the info for tol sunway, y its suddenly jam? Listened to the deejay to announce bout the route but sorry, theres no info bout Tol Sunway. Aisey, can somebody who trapped in this jam call or sms RMKL. Hmm nasibla kau Sya, sapa nak dgr jeritan hati kau. Isk apa nak buat nih??!!

9.25am. well, if I still on this route, then I wouldn’t know when its come to end. Pukul berapa nak sampai Kelana Jaya ni. Budak² tu mesti dah sampai. Well, think think!! I still have to decide whether to
• u-turn into Sg Besi-Puchong highway, then Federal Highway
• u-turn into KESAS highway, then Federal Highway
• continue using this LDP.

Maintain the left lane.

SIMPANG KE
Pulau Indah
Shah Alam
USJ



Dalam hati berkira-kira kalau patah balik ni, nak masuk dari mana untuk ke Kelana Jaya. Then, I decided to turn back to Kesas Highway, kira patah balik separuh jalan. What to do, KESAS sure clear, tapi masuk federal highway tak tahu lagi. SMS masa ni la nak masuk berduyun². Tit… Tit.. Hmm inbox dah penuh. Orang macam aku ni mmg kena pakai 128 K sim card. Bukan nak kata ramai peminat, tapi keja² jaga server ni mmg selalula dapat msg dari server suruh buat tu la, inila.. Orang dapat sms dari kekasih hati, kita dapat sms dari server. Hehehe.. tak ke haru tu. Tapi tu la, eventhough CELCOM dah release kat news and advert-First using 128 K, hmm bila g Celcom, tahu apa diorg cakap “sorry u have to wait. We don’t have the stock yet”. Hmm sapa nak jawab tu.. yang susahnya sapa.. orang macam aku!

Hmm kena baca sms ni, karang ada sms penting pending plak.

“Sya, U mana? 2day I satu train dengan budak tu. Alahai comelnya..”
Nani, staff maxis bercerita tentang sorang passenger erl yang selalu naik train 8.05pm.

“Hi Sya, I kat bilik guru ni, tengah tanda buku..”
Ati, dari KK.

“Sya, email sya apa? sya_rs@yahoo.com ke? Pls email me ur email address”
Bro Hafiz antar sms, la sapa lak kata email sya mcm tu bro..

“Your AS 400 server was advice to have its new product key.”

I will reply all the sms this noon. Kekunci DELETE ditekan. Letak balik phone kat seat bila dah kluar dari Kesas.. Bahaya betul la. Tapi nak buat camner, have to read the sms. Lepas je delete the sms, bendering² sms yang pending tu masuk. Nantila, sampai Kelana Jaya orang baca ek.

Masuk federal highway, Ohh Tuhan, moga kau mudahkan jalan.. Agar federal highway tak jam..

----------------------------------------------

“Rina melaporkan simpang Puchong ke Tol Sunway sesak teruk. Kepada sesapa yang mengetahui kenapa, boleh bagitau kami melalui sms DAPAT..”
-----------ULASAN DEEJAY RMKL-----------------


hmm baru nak kluar kat RMKL.. kita dah patah balik pun. Naik highway bertingkat menghala ke Kelana Jaya, ada caller bagitau RMKL TOL SUNWAY sesak teruk sebab ada kereta rosak. Hmm inila KL.. inilah kehidupan di KL. Alhamdulillah, aku dah patah balik. Kalau teruskan tadi, belum tentu dah sampai. Jeling mileage dah 52 KM. Lebih 14 km dari sepatutnya. isk..isk..

Sampai Kelana Jaya building, parking dah penuh. Keluar parking, tersenyum pakcik jaga parking tu melihatku.

-----------------------------------------------
- Majlis Perbandaran Petaling Jaya -
- RM 5.00 -
-----------------------------------------------

Masa keluar kereta, jeling ke Dewan Kelana. Teringat kenangan bersama Deen semasa MPH Sale di situ. hmm, how i miss that memory. Semua tinggal kenangan.
Tak buang masa, terus menuju ke Recovery Center. Ambil pas masuk ke dalam building, naik lif sampai tingkat 4. tersenyum kakak yang jaga pintu utama Recovery room.

“Diorg dah sampai dah.. ada kat dalam..”

Aku tersenyum. Letih beb!
Sambil mengisi buku pelawat dan mendapatkan pas masuk recovery room, sya meneliti nama-nama jurutera system yang dah datang. Nampaknya sya paling lewat sampai kali ni. Janganla diorg cakap coordinator paling lewat sampai. Tak kot, baru kali ni dia lewat!

Tolak pintu, bunyi aircond kedengaran. Sejuknya sampai ke tulang, Tuhan sahaja yang tahu. Senyum pada Raziman dan Norashid. Nampak dari bilik kaca tu, jurutera system dari VPC sedang sibuk setting printer.

“Sorry Man, Im a bit late. Heavy traffic!”
Raziman, our System Engineer smile at me.
“So far ok rite? Hope everything will be fine!”
"Yeah "

Ok baby.. I wanna start my work !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home