Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, May 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 3 - SYAHIRA story ::

MOVIE : GILA-GILA PENGANTIN REMAJA
Ruang legar TGV Mines dihujani manusia. Namun, tidakla sampai bersesak-sesak. Cuma terpaksa beratur panjang ketika membeli tiket kerana hanya satu kaunter tiket dibuka malam ni. Aku dan Fika membeli pop-corn dan soft drink sementara menanti Risya dan rakannya yang sedang beratur membeli tiket.

"Apa la diorg ni.. satu je kaunter buka, tak tahu yang ari ni kan ari rabu.. sure ramai orang. Nasib ada tiket lagi" Terdengar rungutan di belakang kami. Aku menoleh ke arah suara tersebut. Sekumpulan anak-anak remaja sedang berbual² sesama sendiri sementara menanti gate dibuka. Hmm.. muda lagi budak² ni. Mungkin lagi muda dari anak² muridku. Ada 10 tahun beza agaknya denganku. Teringat zaman remaja ku yang sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Kelas, assignment, aktiviti universiti. Mungkin kerana aku duduk di asrama maka tidak sebebas mereka. Untungkah mereka, atau rugi kah mereka. Perjalanan mereka masih panjang, namun sudah mengecapi pelbagai kemudahan dan hiburan. Moga mereka berjaya mengawal diri agar tidak hilang pertimbangan.

Nampak dari kejauhan, Risya menghampiri kami. Jurutera muda manis itu kelihatan tersenyum² memandang kami. Hmm.. dapatla tiket tu agaknya. Nasib ada kawan Risya, kalau nak harapkan kami.. jangan harapla.. kami masing² bukan kaki wayang. Risya lebih suka bowling, Fika lebih suka menghabiskan masa mengadap komputer.. Kalau dia boring, dia akan mencapai kunci kereta dan membelah jalanraya. Samada highway Kajang-Puchong ataupun Putrajaya-KLIA. Dan aku dengan buku ku. Harap-harap kami akan ceria sedikit selepas movie ini. Baik Risya ataupun Fika, masing² ada kisah dan masalah sendiri. Berbanding mereka berdua, Risya lebih terbuka menceritakan masalahnya. Gadis manis itu baru putus kasih beberapa bulan yang lepas. Kesian Risya, walaupun wajahnya selalu ceria namun hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Hilang sudah sinar di matanya, tidak dapat melindungi kesedihan hatinya. Sayang, gadis manis, ceria itu boleh juga putus kasih. Entah apa lagi yang dicari oleh lelaki agaknya? Agaknya GUYS memang Too Demanding.

"Jom jom.. kita masuk.. Kak Ira ni ushar² Ris apsal?"
"Risya cun la mlm ni.."

Risya tersenyum.
"Ala kak, akak je yang cakap cun.Miri tak pernah cakap pun Ris cun" Sungguhpun wajahnya masih tersenyum, ada nada sayu dalam kata².
Aku memandang Fika, Fika mengangkat kening. Terasa kesal plak bersuara memuji Risya. Tidak sangka, akan mengingatkan Risya terhadap kisah lama.

Kami duduk kerusi 2 dari belakang. Aku, Fika di tengah sambil memegang pop-corn, dan Risya. Rata-rata mereka ditemani dengan pasangan masing². Kalau boleh, aku mahu berdua-duaan di sini hanya bersama jejaka bergelar suami. Hmm, entah bila la tu agaknya.

Sepanjang tayangan, kami memang banyak ketawa. Risya dan Fika saling bertukar² pop-corn dan minuman, sungguh mesra seperti lagak adik-beradik. Aku selalu mengusik mereka akan jadi ipar-duai satu hari nanti. Tapi masing² hanya ketawa. Risya hanya mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin, dan Fika seperti anak tunggal dalam keluarga.

Antara adegan yang mencuit hati melibatkan scene Afdlin, yang membawa watak bapa saudara Amir (Hero) - (seorang bouncer) di sebuah kelab dangdut, dan kakak Mastura (heroin), Anita. Sungguh pun dilakonkan secara bersahaja, terdapat mesej di sini.. sungguhpun mereka hanya bekerja biasa (bukan golongan white collar) namun mereka bersungguh² mencari rezeki dalam membesarkan anak saudara dan adik mereka. Penonton juga tertawa apabila band pengiring yang menyanyi muncul bersama-sama pelakon setiap kali ada lagu dimainkan. Bukan kah kretif namanya!



Amir&Mastura

Bagi mengelakkan dari Mastura dipaksa kawin dengan Fandi (Zed Zaidi), Amir (Aszerul Beego) dgn Mastura (Zahnita) berpakat untuk lari ke selatan Thailand untuk bernikah. Bakar, Anita, Fandi, ibu dan ayah Fandi bergegas mengejar Amir dan Mastura. Kekecohan berlaku sepanjang adventure mereka menuju ke selatan Thailand. Walaupun lebih banyak tak logik daripada logiknya, namun tak apala.. filem ini bukan arahan Dato' Rahim Razali. Namanya pun sudah "GILA". Cuma kami tak boleh menerima ketidak logik ketika Fandi menerima keputusan SPM yang diposkan ke rumah. Fandi bukan calon persendirian (kerana dia turut bersekolah di situ). Namun, kalau pun mungkin dia calon persendirian, mengapa awal dari keputusan Amir dan Mastura.

Bagi ku, ceritanya bagus, ada mesej.. malah pelakon lelaki yang tidak disukai oleh Risya (maaf Zed Zaidi) juga menunjukkan banyak kemajuan.
Selepas berjaya mengutip kutipan memberangsangkan melalui filem Gila-Gila Pengantin lakonan Erra Fazira dan Norman Hakim (yang kami bertiga menonton VCD berulang kali), Aziz M.Osman dan Dato' Yusof Haslam kembali lagi dengan Gila-Gila Pengantin Remaja (GGPR). Banyak muka baru dalam filem ini. Juliana Banos dengan watak Ratu Jamu yang berpura² seperti wanita Indonesia dengan pakaian yang "ngam-ngam" membawa lakonan yang mantap dan boleh dipuji.

To be continue...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home