Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, May 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 4 - SYAFIKA story ::


10.50 malam, kami dah beransur² meninggalkan wayang.
Ketika kami berjalan keluar dari barisan, seorang pemuda (yg datang bersama kekasihnya) menegur sampah yang berada di atas kerusi ku.

"Sampah tu kutip la.." Lelaki itu bersuara.
"La, orang nak angkat la nih.." Kak Ira yang kebetulan berada di situ sinis membalas kembali kata² lelaki itu, sambil membawa keluar. Aku tersenyum memandang gelagat lelaki yang malu dengan perbuatannya. Kononnya ingin menyindir dan mengenakan kami, sekali maafla.. salah orang. Kak Ira memang pantang orang yang tidak berbahasa seperti lelaki itu. Kak Risya menoleh apabila menyedari kami tidak bergerak dari barisan kami.

"Wah akak.. Malu terus lelaki tu!"
"Padanla muka dia, ingat nak kenakan kita tadi.."
"Silap orang la. Kalau kitorg tadi sure kitaorg diam jek.."
"Orang kalau tak hormat orang, itula caranya. Kita hormat orang yang hormat kita sahaja.."

Hmm.. itu dia pesanan dari seorang lecturer muda. 11.15 pm, kami berangkat pulang. Sebagaimana pergi, pulang pun ku pandu GTI milik Kak Risya membelah jalanraya meninggalkan MINES. Kami memang sedia maklum Kak Risya memang malas memandu. Sayang, keretanya patut diberikan kepada ku... hehehehe! Terhibur juga hati menonton bersama-sama mereka. Thanks dear sis. Dapatla menghilang duka di hati. Hilang juga sebentar akan kegusaran ku terhadap berita perletakkan jawatan coordinator dari HTP Berhad, liaison aku di Recovery Center. Akak-akak inila mentor ku. Semangat diorang, adalah pembakar semangatku. Hmm, beruntungla sesiapa yang memiliki diorang. Ada kerjaya cemerlang, baik dan rupa paras menarik. Kalau la abang² aku ada lagi, sudah pasti aku akan suruh diorg mengurat akak² ini.. hehehehe..

To be continue...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home