Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, May 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 5 - SYAFIKA story ::

PIALA THOMAS - MALAYSIA "TAK" BOLEH RUPANYA


Hilang juga kosentrasi untuk meneruskan membuat aturcara sistem apabila mendengar suara Kak Risya dan Kak Ira yang bersorak menonton suku akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun perlahan, dirinya yang terpaksa mengadap pc membuat kerja tetap cemburu dengan keriangan itu. Beregu kedua Malaysia sedang menentang beregu kedua Indonesia di Istora Senayan.

"Sudahla Fika, terjenguk² terjenguk². Nak join jom la.."
Kak Risya mengusik apabila melihat aku yang sesekali menoleh melihat gelagat mereka.
"Ala akak, esok tahula g site, tak yah masuk ofis. Bolehla pegi lambat."
"Ala kalau hati dah kat piala thomas, mata dah kat kitaorg, jalan ke programming Fika tu?"

Aku tersenyum. Memang pun menarik. Kalau ini memasuki set penentu dan menang, Hafiz akan bermain selepas ini. Adala akak² ni tak tidur malam ni. Bagus juga, ada juga peneman aku. Mataku kembali ke skrin. Kalau layan² karang, tak siap coding aku ni.

"Dah 13 sama dah Fika, dia keja dari 5 tadi.."
"Okla-okla.."
Aku bangun, dan menutup skrin laptop ku. Menyertai mereka duduk di couch.
"Akak ni menyampah la goda saya.." Aku membaling bantal sofa ke arah Kak Risya. Kak Risya gelak² menangkap bantal sofa tersebut. Kak Ira hanya tersenyum memandang.
"Dah 14 dah.. yeah..."
Dalam kesungguhan bermain, akhirnya pasangan muda Malaysia itu berjaya merapatkan jurang dan memenangi set kedua. Kami melompat kegirangan (lagak seperti remaja). Kak Ira tergelak melihat gelagat kami. Terdengar sorakan 'Malaysia Boleh' dari rumah sebelah.

Set penentuan lebih mendebarkan apabila beregu Malaysia diikat 12-9, 14-9.. namun mereka tidak mengalah dan merapatkan jurang kepada 14-12 sebelum kecundang kepada regu Indonesia yang nyata lebih berpengalaman. Pujian patut diberikan kepada beregu negara walaupun masih muda namun bersemangat juang yang tinggi (ewah gaya macam pengulas sukan pula, mungkin kalah Hasbulah Awang.. hehehe)

Kesudahannya Malaysia kalah di suku akhir Piala Thomas kepada Indonesia. Kak Risya dan Kak Ira nampak hampa. Aku pula kemudian kembali mengadap laptop ku. Rupanya untuk Piala Thomas kali ini, Malaysia 'tak' boleh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home