Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, May 13, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 7 - SYAHIRA story ::

"Makan Ris.."
Aku memanggil Risya makan. Risya keluar dari biliknya masih bertelekung.
"Akak makan dulu la ek.. Ris nak tunggu Isyak.."
Risya bersuara sambil melemparkan senyuman, dan dia masuk kembali ke biliknya. Oh mine, ada juraian air mata di pipinya.
Selalunya kami akan makan malam bersama, namun Risya balik lewat malam ni. Dia baru sahaja pulang ketika aku sibuk di dapur. Terus dia ke bilik, sembahyang agaknya. Tekaan ku tepat, apabila melihat dia keluar bertelekung. Risya menangis lagi nampaknya. Sejak perpisahan itu, hampir saban malam Risya akan menangis sendirian di biliknya. Keluar dari bilik, dia masih boleh bergelak ketawa dengan kami. Cuma mata sayunya yang berkaca-kaca menunjukkan dia baru lepas menangis.

Aku menarik nafas panjang sambil merenung nasi yang dihadapanku. Sudahnya aku makan sorang malam ini. Fika masih di pejabat. Risya pasti masih bersedih. Dia masih belum boleh lupakan Miri, jejaka Sarawak yang berjaya mencuri hatinya setelah lebih 3 tahun berkawan. Hidup Risya dikelilingi lelaki, namun kenapa Miri juga yang dipilih. Sanggup tinggalkan segalanya untuk mengikut Miri ke sana setelah berkahwin. Rela susah bersama Miri. Namun, Miri yang keliru dengan keadaan. Tidak sanggup membiarkan Risya bersusah untuk hidup bersamanya. Katanya orang sana tidak sukakan orang semenanjung. Dia takut Risya menderita hidup bersamanya. Rela melepaskan Risya untuk memilih lelaki lain. Namun, Risya tidak pernah menyalahkan Miri. Katanya dia tidak pernah meminta apa². Dia hanya inginkan Miri bahagia. Macam² usaha telah Risya lakukan, namun itula keputusan Miri. Risya hanya redha akan kehendak Yang Maha Esa.

Hmm, tuluskah cinta Miri. Kukuhkan alasannya? Padaku tidak. Tapi, aku sendiri tidak tahu. Aku bukan Miri, bukan Risya. Hanya mereka sahaja ada jawapannya. Betapa sukarnya Risya untuk menyintai Miri, begitu jugala dia sukar melepaskan perasaannya. Namun, apa lagi yang dicari? Tidak cukupkah apa yg ada pada Risya? Tidak berbaloikah kesetiaan Risya tunjukkan selama ini. Tidak cukupkah kesanggupan Risya untuk meninggalkan kesemuanya untuk bersama Miri. Apa lagi yang Miri cari? Kalau betul la tidak mencukupi, betul la seperti kata Fika "Guys Are Too Demanding!!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home