Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, May 14, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 9 - SYAFIKA story ::

OLD MEMORY, ISNT IT SWEET?

Hi Fika, how r u? Im fine, doing well here, so no need to worry k! Sekarang ni musim luruh,daun² kering berterabur kena tiup angin. Pokok² pun dah gondol. Kalau macam sekarang ni, tengah raining. Biasanya kalau hujan turun bila musim luruh ni, nak mula musim sejuk. Thats what i was told la kan. cantik tu memangla, cuma tak tahan la dear, so cold. Kalau keluar, tak blh pakai baju selai je. Tak mcm di Malaysia.
Btw, How Malaysia? Hows ur life? I miss Malaysia Fika, as well as i miss u badly! Kan elok kalau Fika accept offer tempohari, and b with me now. Dapatla kita share sejuk and susah di sini. but i understand, Fika tak suka cos yg ditawarkan. its ok then, everything that will make u happy is fine for me. luckily, got a gud fren here.. remember i told u bout Zarif Syahir, a humble anak Dato' from JB. Hes exactly like u Fika, kind and cheerful.
How about ur study? Hope everything goes well.Susah? Just try ur best ok. Remember that 'bukan senang nak jadi orang senang'. Me pun susah di sini. But anak patung 'F& F' yg Fika bagi is my inspiration. Thanks Fika! I got to go. Nak g umah Zarif. Dia invite lunch kat rumah dia. Bye Fika, promise me u will take care of urself.
Really miss ur smile - Fong


Aduh!!! Bagai nak patah tulang belakang ku. Tiba² seorang budak lelaki cina mendekatiku.
"Maafkan saya." Fasih benar dia bertutur dalam bahasa Melayu. Muka ku berkerut memandangnya, menahan sakit.
"Maaf maaf. Eh awak tahu tak, sakit tau.." Jerkah kawan yang turut bersama ku petang itu, Marina.
"Maaf sekali lagi. Betul² saya minta maaf.." Aku masih memegang rusuk kananku yang kesakitan.
"Sudah la Marina, mari kita balik" Hilang terus semangat ku untuk bersenam petang ini gara² peristiwa ini.
"Eh apsal lambat sangat amik bola!!" Tiba² terdengar banyak suara mendekati. Aku mengangkat muka. Kami kini dikelilingi oleh sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 10-15 tahun. Ku perhatikan satu², tiada sorang pun yang ku kenali. Mereka pastinya bukan kawan² Abang Ngah.
"Hei awak cedera! We are really sorry! Fong, dah say sorry ke to this girl?Terdengar suara dari sebelah kananku.. Oooh namanya Fong!
"Awak semua ni main ntah apa² la. Tengok kawan saya dah kena hit by ur ball.Patutnya sorang² kena mintak maaf"
"oo man.. we didnt mean to hurt ur fren.. Sorry la! Kami betul² minta maaf"Seorang budak lelaki lain bersuara.
"Its okla. I know u all tak sengaja" Kataku dengan kerutan memanjang.
"Mari Marina.. kita balik.."
"We send u back k.."
"Eh takpe takpe.. Kami boleh balik sendiri"
Suara Marina keras memarahi. Aku mencuit lengannya. Kami berlalu. Malam itu, aku mengerang kesakitan apabila diurut Mak Long Timah. Tak teruk katanya!

Aku menutup kembali email lama yang telah menyingkap kenangan lama. Kami berkenalan secara tidak sengaja. Ketika itu, aku berusia 12 tahun. Bola yang ditendang oleh Fong terkena belakang badanku. Selepas itu, dia bersama² beberapa orang kawannya datang ke rumahku untuk meminta maaf. Rupanya disebalik kisah itu, abah dapat menjejaki rakan lamanya di sekolah, ayah kepada Fong Hwa. Ayah Fong, tokoh usahawan terkenal. Syarikat ayahnya ada beberapa rangkaian di luar negara yang aku sendiri tak pasti apa dia. Kemudian, kami bersekolah di sekolah menengah yang sama. Rapat seperti belangkas. Ke sekolah bersama, balik sekolah bersama, ke tuition, keluar hujung minggu bersama. Aku akui ada yang cemburu dengan kemesraan kami.

Bingkai gambar di atas meja komputer yang bergambarkan aku dan Fong Hwa ketika berusia 15 tahun ku tatap. Di sebelahnya, anak patung bersulam huruf F&F ku capai. Hadiah itula yang dia berikan kepada ku sebagai hadiah ketika aku berjaya mendapat tawaran ke SBP di selatan tanah air. Aku juga menghadiahkan anak patung yang sama sebagai hadiah perpisahan - F&F; Fong & Fika. Kemudian dia pula meninggalkanku ke England 8 tahun yang lalu. Sungguhpun demikian, kami masih bertemu ketika cuti persekolahan atau cuti semester. Emm.. kenangan yang indah, pertemuan pertama aku dan Fong melahirkan satu persahabatan yang erat. Antara 2 kaum yang berbeza.

Ku pasti Fong dah kembali ke tanah air. Namun, kenapa aku tidak menjemputnya seperti ketika dia pulang bercuti. Bukan ke kepulangannya ku tunggu. Kenapa aku sudah tidak mahu mengirimkan apa² berita. Maafkan aku Fong. Fika ada very gud reason kenapa Fika memutuskan kabar kepada Fong. Im so sorry Fong..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home