Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, August 12, 2016

Guys Are Too Demanding
:: Episode 62 - RISYA story ::

Ketika aku ditolak masuk menggunakan wheelchair ke dalam Jabatan Fisioterapi Ampang Puteri itu, suasana di situ ternyata sunyi sepi. Barangkali masih awal, tidak lagi ramai pesakit. Dia disambut oleh seorang lelaki berpakaian T-shirt biru, di dadanya tertulis Fisioterapi.

Mungkin pakaian seragam mereka di situ kerana rata-rata mereka memakai pakaian tersebut. Pagi itu, balutan luka ku dibuka, kemudian cold pack diletakkan di lututku beralaskan sehelai tuala agar tidak terlalu sejuk. Aku berikan satu alat sokongan yang diletakkan di lututku, kemudian ku diajar berjalan dan menaiki tangga menggunakan tongkat, sungguh ketika itu aku cukup mengerti betapa nikmatnya mempunyai sepasang kaki.


Tidak lama kemudian, ruangan di situ mula dipenuhi pesakit lain, dengan perbagai kecederaan dan karenah masing-masing. Melihat keadaan pesakit lain, terasa keinsafan mula memenuhi hati. Masakan bisa tertahan hati bila si anak kecil menangis menerima rawatan di situ. Bagaimana seorang lelaki yang sihat walafiat, aktif dengan aktiviti luar, boleh terlantar di perbaringan gara-gara kemalangan jalan raya.

"Baby yang nangis tu sakit apa?" Aku mula bersuara.

"Dia batuk, kahak dia tak boleh nak keluar kan.. lama² tersekat, susah nak breath.. 
Aku mengangguk-angguk. Sayu hati mendengar tangisannya. Mana mungkin ku bisa bertugas di tempat ini. Alang nak membelah katak semasa di tingkatan 5 pun tidak sampai hati. Ini kan pula nak menepuk belakang di bayi yang sedang menangis. Justeru itu, aku tidak pernah cuba untuk mengambil jurusan perubatan. Lebih sanggup berdebu dan berpanas daripada ini.

Sungguh ku bersyukur kerana sudah pandai bertongkat. Tidak perlu minta bantuan Mak atau nurse untuk ke toilet. Alhamdulillah tak perlu susahkan Mak lagi. Alhamdulillah syukur sangat walaupun Dia tarik nikmat berjalan untuk seketika. Dr cakap mungkin selepas sebulan itupun bergantung kepada tahap kesembuhanku. Aku pohon padaMu Tuhan, jangan Kau ujiku dengan ujian yang aku tidak mampu hadapi. Aku tidak mahu menyusahkan orang sekelilingku. Orang-orang yang menyayangiku. Please ya Tuhan. Aku tahu Kau mendengar doakan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home