Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, July 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 60 - SYAHIRA story ::

Ketika ku sampai, Ris ku lihat tenang ketika ingin dibawa masuk ke dalam operation teater. Ibunya kemudian menghantar sehingga ke pintu, dan aku menanti di dalam biliknya. tidak lama menunggu, ibunya sudah kembali semula. Beberapa ketika, bapa Ris datang dengan ditemani kakak dan keluarga kakaknya. Abang Ris yang bertugas di Putrajaya kemudiannya datang, diikuti dengan sepupu Ris kemudian menjenguk.

Kira-kira satu jam kemudian, Ris ditolak masuk ke dalam bilik. Dia sudah sedar, namun kelihatan masih lemah. Dia tersenyum mengangguk bila ditanya samada dia merasa kesakitan. Ternyata biusnya sudah tamat. Dia menyuarakan rasa lapar, namun jururawat bertugas belum memberi kebenaran untuk makan. Jururawat itu bertanya sama ada Ris mengalami mual-mual, namun Ris hanya menggeleng kepala. Pabila Ris menyatakan kepalanya yang sakit, jururawat itu pantas berkata..

"Patutnya u tidur lepas operations..."
"oo yeke?? tak tahu la pulak.." Dia tersenyum lagi. Aduhai gadis, tabahnya hatimu.

Ketika itu, seorang demi seorang rakan dan saudara mara Ris datang menjenguk. Dia ternyata sungguh disayangi. Bilik itu, serta merta jadi penuh. Doktor kemudiannya melawat, dan dia menegur jururawat di situ kerana belum memberikan apa-apa makanan kepadanya.

Ketika ingin bangun makan, dia mengadu kesakitan. Semua orang yang berada di bilik menumpukan perhatian kepada Ris. Abang Ris ternyata tidak berpuas hati dengan layanan jururawat di situ. Sesekali dia mengeluh dengan ketidakcekapannya dalam mengendalikan Ris. Ris masih tidak dibenarkan meninggalkan katilnya.

Aku pulang kerana ada kelas di waktu petang. Aku memeluk erat Ris, begitu terharu dengan ketabahannya dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Adakah aku akan secekal Ris?
Ketika aku pulang, Fika masih dalam perjalanan ke hospital.

Aku menekan no telefon Roslan ketika keluar dari hospital. Melihat keadaan Ris, aku jadi teringat pada Roslan. Adakah Roslan akan datang menjenguk kiranya aku berada di hospital?

"Hello" Suaranya di gagang.
"Hi... ... "


Kata-kataku terhenti apabila mendengar suara perempuan di sisi. Nadanya cukup mesra

"Call balik saya lain kali. Ada kerja!"

Tanpa ucapan salam atau bye, dia meletakkan telefon.
Talian putus. Namun telefon ku masih di telinga.

Ada kerja? During lunch hour?
Siapakah perempuan tadi? Adakah dia penyebab Roslan dingin denganku?
Aku mematikan sangkaan ku namun ketika itu aku terasa sungguh tidak dihargai.
Bukankah elok dia mengucap terima kasih kerana aku menelefonnya.
Bukankah elok kalau dia berjanji untuk menelefonnya kembali.

Ketika itu juga aku rasakan kesetiaan yang ku berikan tidak setimpal dengan apa yang aku terima. Sekalipun dia tidak pernah ingin untuk keluar dengan lelaki lain, walaupun bukan sekali dia menerima pelawaan orang. Seringkali dia mengharapkan Roslan akan bersuara, akan menelefon, akan memulakannya, namun sering kehampaan.

Dia tidak pernah mengganggu masa kerja Roslan, tidak pernah merungut jika tidak diberikan hadiah hari jadi. Tidak pernah dia marah kalau dia tidak diberitahu mengenai pemergian Roslan untuk bertugas luar.

Agaknya apa yang lelaki itu mahukan dari dirinya?
Apa lagi yang dia harus lakukan supaya Roslan menganggapnya seorang yang penting dalam hidupnya?

Atau lelaki sememangnya suka perempuan yang merengek-rengek, mengada-ngada? suka marah-marah, cepat merajuk?

Atau pun memang benar "Guys are too demanding??!!"
Aku sudah mula merasa bosan dengan Roslan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home