Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, July 08, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 56 - RISYA story ::

Turun dari Tower A, Haris Fahmi mengajakku makan tengahari bersamanya. Menyedari aku sememangnya kelaparan, aku bersetuju. Dia yang rajin dan bersikap terbuka membuatkanku senang bekerja bersamanya. Benarlah seperti yang diperkatakan hes intelligent! Kami singgah di A&W kerana ia terletak berhampiran dengan tempat letak kereta Haris.

"Nanti saya antar Sya balik ofis k.."
"Eh tak payah la Haris.. terima kasih. Saya boleh naik LRT...Susah awak nak pusing balik ofis awak nanti.."
"Eh takpela.. Bukan saya kena jalan kaki pun.. Kalau kena jalan kaki memangla susah.."
Dia tersenyum. La pandai jugak mamat ni buat lawak.
"Sya selalu ke sini.."
"U mean twin tower? Macam ofis kedua.. Tapi Suria KLCC..jarang.."
"My Mom and my sis suka betul ke sini.. Banyak choice nak shop kata mereka.."

Hmm keluarga Tan Sri sure suka shopping sini. Aku sekali sekala bolehlah. Kami berbual sambil menikmati hidangan. Haris Fahmi menguruskan segalanya. Aku hanya disuruh duduk sahaja. Hidangan pun dia yang angkat. Bertuah la makwe dia.. Aku terpandang kerusi yang pernah aku dan Miri duduki. Hmm terlalu banyak kenangan aku di KLCC ini bersama Miri. Oh Tuhan, janganlah air mataku gugur di hadapan Haris. Haris menegurku apabila aku hanya mendiamkan diri. Dia rupanya tidaklah pendiam, namun menurutnya dia penyegan pada perempuan. Sukar untuk membuka mulut buat kali pertama, dan sukar juga berhenti bercakap sekiranya sudah kenal mesra. Terhibur juga hatiku melihat gelagatnya yang suka membuat jenaka. Sinar matanya yang jernih menunjukkan keikhlasan. Entah kenapa, aku teringat Miri lagi. Aku suka menatap mata Miri. Melihat sinar matanya sahaja aku sudah tahu dia sangat menyayangiku. Namun, sinar itu pergi pada pertemuan terakhir aku dan dia. Aku tak pernah meminta apa-apa darinya, tetapi kenapa dia mesti mahukan perpisahan. Tidak cukupkah kesetiaan dan kesabaranku? Apa lagi yang dia mahukan.. Bodohkah aku kerana menyayanginya? Bodohkah aku kerana tidak dapat melupakannya?

"Sya..Panjang betul lamunan Sya.. Entah sampai ke mana?" Aku tersentak apabila mendengar suara Haris. Aku tersenyum.
"Sorry.. Sya biarkan Haris cakap sensorang ek?"
"Takla.. Sya tenung Ris, sampai Ris tak terkata apa-apa.. Ris ingatkan Sya pada sesuatu?"

Alamak malunya. Hilang terus kesedihan di hati dengan usikannya.
"Sya teringat kerja Sya.. " Aku cuba menutup perasaan maluku. Oh bagaimanakah aku boleh teringat Miri pabila melihat Haris.
"Hmm tak boleh macam tu.. Time makan kita makanlah.. Rehat betul-betul. Time kerja kita kerja." Aku mengangguk. Kami bertukar-tukar cerita tentang keluarga dan minat. Haris ada 2 orang adik perempuan, seorang darinya belajar di USM. Mamanya aktif dengan NGO. Kemudian topik tiba-tiba bertukar kepada perkara peribadiku. Sungguh aku terkejut Haris bertanya statusku. Aku banyak diam selepas itu. Aku sebenarnya tidak gemar bercerita perkara itu kerana aku akan lebih teringatkan Miri.


bukannya aku takut kehilangan dirimu
tapi aku takut kehilangan diriku..
bumi sentiasa hadir untuk kau mempermainkanku


Buka sahaja stereo kereta Haris, lagu itu berkumandang. Lagu 'Aku cinta kau dan dia' menyusul selepas lagu itu tamat. Haris menggemari group muzik Indonesia rupanya. Sebenarnya Haris seorang yang senang didampingi namun aku dikuasai oleh perasaan sedihku menyebabkan aku lebih banyak mendiamkan diri.

"Thanks Haris.. Susahkan Haris aje.." Aku bersuara sebelum meninggalkan kereta Haris. Dia tersenyum.
"Nanti malam Ris call Sya boleh?" Aku menoleh memandangnya. Oh matanya.. Tolonglah.. Aku mengangguk dan cepat-cepat aku keluar dari kereta. Wahai hati, cekalkan lah dirimu menghadapi ujian ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home