Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, July 02, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 49 - SYAHIRA story ::

Dia merebahkan badannya ke atas katil. Penat seharian mengendalikan 2 kertas peperiksaan akhir Fakulti Sains. Fika di Penang, Risya pula sudah ke Miri.. sudahnya dia juga yang tinggal di rumah. Rumahnya itu sungguh senyap sunyi. Sesunyi hatinya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mendial nombor rumah Lan. Bismillahirahmannirrahim... Terdengar suara di corong telefon.

"Hello..""Hello.. Boleh saya cakap dengan Roslan.."
"Hmm dia takde kat Malaysia.. Siapa ni?"
Lan takde kat Malaysia? Dia ke mana? Kenapa dirinya tidak diberitahu?
"Kawan dia.. Syahira.."
"Oh.. Sya.. Makcik ni.. Lan tak bagitau ke dia ke Manila.. Dah seminggu lebih dah..."
Ke Manila? Sah dirinya tidak diberitahu.
"Hmm Lan bagitau.. Cuma tak tahu dia balik bila? Ingatkan dia dah balik.."
Hai, kenapa lah aku perlu berbohong dengan Mak Lan.
"Ha itulah, selalunya seminggu je.. Ni dia kata ada hal sikit.. Dia tak sempat beritahu Sya agaknya.. Maafkanlah dia k."
"Takpelah makcik.. dia sibuk agaknya. Takde apalah.."
"Nanti Lan balik makcik suruh dia contact Sya.."
"Eh takpelah makcik.. takde apa pun.. just nak tanya kabar je.. Oklah ye makcik.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.."


Talian diputuskan. Rasa kecil sungguh hatinya dengan layanan Lan kepadanya. Namun, kerana keluarga Lan yang baik.. dia sayang untuk menarik diri dalam hidup Lan. Keluarganya melayannya dengan baik, malah Mak Lan sudah menyuruhnya memanggil dengan panggilan Mak.. dan bukan Makcik. Oh hati.. cekalkanlah dirimu.. Oh Tuhan, berikanlah petunjuk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home