Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, June 26, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 42 - SYAFIKA story ::

SATU MEMORI
Hafiz sudah pulang. Selepas memberi Kak Ris sms, dia memerhatikan tasik yang terbentang di hadapan mata. Bagaimana harus dia memberitahu.. Namun dia percaya Kak Ris sudah pasti ada jalan bagaimana hendak menerangkan kepada Kak Ira. Ramai keluarga berkumpul di tepi tasik petang-petang hujung minggu ini. Tetiba dia teringat semua orang.. rindukan arwah abah.. mama, abang ngah, abg cik.. Fong.. Fong.. Bila mengenang lelaki itu, dia tambah sayu.. Sian dia..

Abang Long menyergah aku sekembalinya aku keluar bersama Fong. Ku dapati ada pertengkaran di rumah.
"Ha kau lak.. dekat malam baru balik, lelaki plak yang antar.."
"Along ni apsal lak ni.. Fong la yang antar fika.."

Aku mendapatkan abg Ngah.. Aku tahu abang Ngah selalu membela ku ketika aku dimarahi abang Long. Namun malam itu, abang Ngah membisu seribu bahasa.

Aku tak tahu apa ceritanya. Balik sahaja, ada pertengkaran di rumah. Aku dimarah oleh abang Long. Abang Ngah sudah siap mengangkut beg pakaian dan malam itu, dia meninggalkan rumah. Abang Cik tiada di rumah malam itu. Ke GIG seperti biasa. Pasti ada undangan dari mana-mana. Abah kemudiannya diserang sakit jantung. Masuk IJN.. seminggu selepas itu baru keluar. Selama abah di sana, ada bunga-bunga pertengkaran Abg cik dan abang Long di belakang pengetahuan abah dan mama. Mak Jah yang memberitahu ku. Sepanjang itu juga, abang Cik dah jarang balik tidur di rumah. Kadang-kadang dia tidur di rumah Azhan, pemain drum kumpulan abang Cik di Shah Alam. Kadang-kadang dia tidur di rumah kawan-kawan bujangnya di Taman Tun. Aku ingat ketika itu, dalam seminggu.. sekali skala sahaja kelihatan virago abang Cik di rumah. Lama kelamaan, sudah jadi kebiasaan sehingga dia memberitahu abah dia ingin menyewa di luar. Senang berulang ke kolej.

Menurut mama, punca pertengkaran malam itu rupanya kerana abang Long mahu kesemua share dalam syarikat diletakkan di bawah namanya. Katanya senang nak bersuara, dan hanya dia sahaja yang membantu abah. Tidak adik beradik lain. Ketika itu, hanya abang Long sudah habis belajar dari KENT. Pulang sahaja, dia membantu bekerja di syarikat abah. Memang benar, abang Long patut bantu abah. Abang Long amik architecture dulu.. sesuai benar bertugas di construction firm abah. Kami yang lain memang tidak berminat. Abang Ngah minat mechanical dan engin. Selepas SPM, dia tidak menyambung pelajarannya. Dia hanya ambil sijil-sijil kemahiran membaiki kereta, dan bekerja di bengkel kereta. Menyedari minat dan kepakaran abang Ngah di situ, abah belikan satu bengkel kereta untuk diuruskan oleh abang Ngah dan dia menguruskannya dengan baik. Malah sudah membuka satu cawangan di tempat lain. Abang Cik sedang amik diploma kejuruteraan muzik di kolej swasta. Dia memang minat muzik sejak dari kecil, dan abah memberikan syarat dia harus cemerlang dalam SPM sebelum serius dalam muzik. Justeru itu, walaupun abang Cik dapat 6 agregat dalam SPM dalam bidang sains, abah tunai janji dan antar dia belajar muzik.

Walaupun abang Ngah tidak kisah menyerahkan sahamnya dalam syarikat abah, namun abah tidak bersetuju. Abah kata syarikat itu milik kesemua anak-anaknya. Abang Ngah keluar setelah teruk disindir oleh isteri abang Long. Kata Mak Jah, Kak Ina mengatakan segala modal yang diberikan untuk bengkel kereta abang Ngah adalah datang dari abang Long. Malah banyak lagi kata-kata kesat yang dilemparkan. Sian abang Ngah, kalaula aku ada malam itu, pasti aku boleh bela abang Ngah atau membalas kata-kata Kak Ina. Kalaupun benar, itu kan duit abah. Dia siapa nak mengungkit. Aku kenal abang Ngah. Dia adalah anak yang menurut kata, tidak pernah sekali pun melawan cakap orang tua. Malah dia paling disayangi oleh Mak Jah kerana selalu membantu Mak Jah di dapur. Dia sedar, dia paling tidak berjaya dalam akedemik.. namun tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup. Tidak seperti abang Cik yang lebih panas, dan pernah melawan cakap abah.. Abang Ngah ternyata lebih lembut. Kalaula dia sampai keluar dari rumah, sudah pastinya dia benar-benar terluka dengan kata-kata Kak Ina.

Kali terakhir aku berjumpa dengan abang Ngah dan abang Cik, adalah pada hari pengkebumian abah. Abang Ngah sempat menjaga abah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dan dia dan abang Cik adalah antara orang yang mengangkat Jenazah abah ke pusara. Kawan-kawan GIG abang Cik yang dikutuk-kutuk oleh abang Long adalah antara yang hadir ketika itu. Aku menangis ketika mereka nak meninggalkan kami. Puas mama memujuk abang Ngah dan abang Cik pulang ke rumah, namun mereka enggan. Aku dengar Abang Cik cakap.. Selagi ada perempuan itu di rumah, mereka tidak akan pulang.. dan aku pasti Kak Ina adalah orang yang dimaksudkan. Abang Ngah berjanji, apabila kewangan sudah mengizinkan.. dia akan membawa mama dan aku keluar dari rumah ini. Mama sudah puas menangis kerana perkara ini. Oleh kerana itu, dia terus memberitahu arwah Pak Long, dia ingin berpindah ke JB. Terlalu banyak kenangan di tempat ini. Setiap bulan abang Ngah akan memasukkan duit ke akaun aku dan mama. Dan aku pasti, abang Cik pun pasti menerimanya. Sehingga abah meninggal, kami bertiga, abang Ngah, abang cik dan aku masih merupakan pemegang saham di syarikat ayah. Itu barangkali meninggalkan kemarahan di hati abang Long dan isteri. Abang Long seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan peristiwa ini.. dan sungguh aku membenci dia dan isterinya. Setiap kali mereka pulang ke JB, aku akan pastikan aku tiada di rumah ketika itu.

Fong adalah pendorong ku sepanjang peristiwa itu. Malah berat benar dia mahu pulang ke London kerana peritiwa yang menimpa keluargaku. Malah aku tangisi pemergiannya. Saban hari pasti ada email kata-kata semangat darinya. Dia kata aku harus kuat untuk menjadi pendorong kepada mama. Memang, kerana mama aku cekalkan hati. Kerana mama, aku pulang ke utara untuk menghabiskan pengajianku. Kerana mama, aku teruskan kehidupanku. Sering kali ku cemburi kehidupan kawan-kawan lain. Kalau kerana hartala, abang Long berubah.. ku lebih rela kehidupan yang lebih sedarhana. Tidak perlu kehilangan orang-orang kesayangan dalam hidupku. Mungkin kerana itu, aku jadi keras hati. Setakat sedikit kesedihan, dia pasti tidak akan mengalirkan air mata.. Tidak seperti Kak Ira yang mudah menangis walaupun hanya menonton drama atau filem sedih. Tuhan, bantula hambaMu ini.. Kembalikanlah mereka dalam hidupku.

"Hey panjangnya mengelamun.. Dari tadi lagi.. akak tengok dari jauh.. Sengaja tak kacau Fika.. Sorry lambat.. Jalan jam la kat Ampang tadi."

Aku menarik nafas panjang. Cuba tersenyum menyembunyikan kesedihan hati. Kak Risya sudah tercegat di hadapan mata sepulangnya dari bermain bowling di Flamingo. Pasti abang Arin yang menghantarnya.
"Jom.. kita borak dalam kereta.."
Aku bangun dan kami sama-sama meninggalkan ruangan Selera Putera menuju ke arah tempat letak kereta.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home