Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, June 19, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 33 - RISYA story ::

BALIK PAPAN I

"Syed Nahar..."
"Arisya.. Nice to meet u.."
"Arisya? Nice name. Nice meeting u too.."
"Nazrin Sulaiman.."
"Syed Nahar.."
Mereka berjabat tangan. Syed Nahar, ketua projek bagi syarikat GE Power, vendor Shell kali ini. Syed Nahar memperkenalkan anak-anak buahnya dan Arin memperkenalkan Zafrul, technician kami.
"So inila Nazrin yang selalu disebut-sebut.." Arin tersenyum.
"Mintak-mintak sebut benda-benda yang elok.."
Syed Nahar gelak perlahan. Kami saling bertukar-tukar kad.

SYED NAHAR SYED ABDULLAH
PROJECT LEADER
GE Power (Malaysia) Sdn Bhd


Bertemu dengan wakil dari pihak Shell. Projek kali ini menemukan kami dengan wakil dari GE Power. Perbincangan dimulakan dengan project plan GE Power, rangkaian penggerudian sebelum pihak kami memulakan tugas.
Perbicangan tamat setelah hampir satu jam berada di bilik sejuk beku ini. Nasib kami memang ditempatkan di hotel yang sama-memudahkan kami berbincang. Esok kami akan ke tapak projek. Kami telah diingatkan oleh Zaki, anak buah Syed Nahar untuk bersedia dengan kawasan berdebu di tapak projek. Aku telah lama menjangkakan perkara itu memang sudah bersedia membawa key untuk dipakai sepanjang berada di tempat itu. Berpanas, berdebu.. Kecekapan Syed Nahar dan anak-anak buahnya memang betul-betul membantu kelancaran projek ini. Jika tidak, pasti tidak dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Malam sebelum balik, kami keluar makan bersama dengan wakil dari Shell yang berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Aku menghempaskan badan ke katil setelah selesai mengemaskan barang. Setelah hampir 10 hari di sini, ternyata aku rindukan rumah, Fika dan Kak Ira. Hmm.. sampai bila la nak camni.. Serta merta terkenangkan Miri. Tak dipaksa-paksa, air mata mula mengalir. Oh Tuhan, cekalkan hatiku. Betapa dia berlagak kuat di hadapan orang lain, namun bila keseorangan pastinya lelaki itu juga yang muncul dalam fikiran. Tipula kalau dia tak rindukan lelaki itu. Cinta pertama yang wujud.. dengan seorang lelaki yang tidak pernah ditemui pada mulanya. Miri, peminat misteri.. Kemudian, bertemu, berkawan dan keserasian yang wujud membuahkan bibit sayang dan kasih. Lelaki itu pernah menghantar 10 email dalam masa seminit ketika dia tidak sihat. Lelaki itu pernah menghantar berbelas-belas sms dalam masa sehari.. Lelaki itu pernah menyediakan satu ruang storan di Internet untuk puluhan lagu mp3 khas untuknya. Tidak dipastikan adakah kerana itu hatinya terpaut.. ataupun kerana kecekalan jiwa lelaki itu dalam menghadapi ujian yang ditempuhi. Arwah ayahnya yang terlantar sakit, ibunya yang selalu keluar masuk hospital, masalah saudara maranya.. Mungkin kerana itu aku kemudiannya diletakkan jauh dari pioriti. Jauh dari hatinya. Salah siapakah agaknya. Aku ke yang rela tinggalkan segalanya untuk bersama dirinya membuatkan Miri terasa bersalah mengheret aku dalam keluarganya.. atau Miri .. yang tidak dapat menerima pengorbananku.. atau salah keadaan kah yang membuatkan kami akhirnya terpisah. Tuhan, relakan pemergian kasih dan sayang ini .. biar jadi lipatan kesedihan hidupku.

Lamunanku terhenti apabila terdengar deringan telefon bilik hotel. Pasti Arin. Setiap malam bertanyakan keadaannya. Itulah Arin.. Sepanjang di Balik Papan ini, aku tidak dapat melepaskan diri dari pandangan Arin. Setiap sudut, setiap saat.. memastikan aku berada dalam keadaan yang selamat. Padahal bukan sekali aku mengikutnya.. Padahal bukan tidak pernah aku pergi berseorangan. Namun ku rasa sikap ambil beratnya semakin bertambah setelah ku nyatakan perpisahan aku dengan Miri kepadanya. Thanks Arin. Ku angkat telefon. Suara di corong telefon itu ternyata bukan milik Arin. Siapa pulak ni?

"Sya.. Nahar ni.."
"Oh Nahar.. dah siap packing ke?"
"Hmm lama dah.. tengah tunggu masa je nak call Sya.."
"Nak call Sya.. ada apa ek?"
"Ek? I bet Sya mesti orang Johor.."
"Aah... Nahar orang mana?"
"Nahar lahir kat Kuching.. dibesarkan di merata tempat.. Tapi ayah Nahar orang Melaka.."
"Sure anak polis or tentera.."
"Aaah.. ayah Nahar polis.."

Kami terus berbual. Tidak kami sedari, masa dah beredar meninggalkan kami. Sudah hampir jam 2 pagi tapi kami masih rancak berbual. Dia tidak henti-henti gelak pabila berbual denganku. Aku ingin menghentikan perbualan, namun tidak sampai hati. Mesti ada sebab kenapa dia menelefonku.

"Aritu Sya tengok Nahar asyik terbatuk-batuk je.. tak brapa sihat ke?"
"Hmm Nahar baru je kena attack lelah. Biasalah kerja-kerja tempat berabuk ni. Tak boleh sejuk-sejuk sangat.."
"Abis dah makan ubat.. pakai sweater tak nih.. Tidur nanti, pelankan aircond la.. tutup terus ke?"
"Alamak caringnya Sya ni.." Aku terdiam. Terlupa aku bukan berbual dengan Arin.
"Best aa cakap dengan Sya.. Happy lak Nahar rasa.. Sya dah ada boyfren?"
"Boyfren..? Kawan lelaki ramai Nahar.. Arin, Nahar, Zaki, Zafrul.. "
Dia gelak lagi.
"Maksud Nahar yang special.."
"Hmm yang special baru je putus Nahar.." Oh kenapala perlu ku ceritakan. Barangkali terasa selesa berbual dengannya.
"Oh sorry Sya.. Serupala kita Sya.. Nahar pun.. Tapi Nahar lagi teruk.. putus tunang lagi.. Sepatutnya aritu.. Nahar kawin saing adik Nahar.. Tapi tak jadi.. adik Nahar je yang kawin."
"Oh mine.. sian Nahar.. Im sorry Nahar.."
"Takpe Sya.. Nahar dah ok.. Nak buat camner takde jodoh.. Dia percaya cakap orang."
"Dia sure Syarifah kan.."
"Hmm.. aah.. Nama dia Syarifah Nor.. Tapi mana Sya tahu dia Syarifah.."
"Hmm biasanya Syed kena pilih Syarifah.. Nahar lak camner?"
"Nahar tak kisah.. Tapi mak Nahar kisah.."
"Abang abang Nahar??"
"Yang first.. Syarifah.. yang second tak.. Agaknya sebab tu, mak Nahar nak Nahar carik Syarifah jugak.. Sya plak kenapa putus?"
"Hmm dia tanak seret Sya dalam masalah keluarga dia.. Hmm takpela Nahar, Sya tak suka ingat kisah-kisah lama ni.. Yang lepas tu lepas la kan.."
"Tula.. Nahar pun pk macam tu.. Nasib baik kerja macam ni.. Bila bz takdela kita ingat benda-benda sedih ye tak..?"
Aku terdiam. Ternyata lelaki ini kesepian. Adakah aku kesepian juga sepertinya??
"Eh okla Sya.. Sian Sya dah lewat ni Nahar ganggu.. Sya pergila tidur.. Esok nak balik kan.. Terima kasih sebab spend masa dengan Nahar malam ni."

Lega aku mendengar kata-katanya. Setelah mengucapkan selamat malam dan meletakkan telefon aku terus melelapkan mata keletihan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home