Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Monday, May 31, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 28 - RISYA story ::


Pagi-pagi lagi aku diberitahu Nora, Setiausaha Datuk mengenai mesyuarat jabatan pukul 9 pagi. Segera aku mencari Haikal untuk mengetahui perkembangan selama seminggu. Dia tiada di pejabat. Aku menelefon telefon bimbitnya. Dia rupanya masih di cafe.

"Naik cepat.. Ada meeting pukul 9.."
"Err.. Sya dah kerja arini ke?? Ingat cuti lagi.."
Cepat-cepat dia mematikan talian. Hmm, agaknya inila lagaknya selama aku bercuti. Dia di bawah ku dan Arin. Seringkali juga Arin mengadu tingkah laku Haikal yang tidak begitu berdisiplin, namun tidak ku endahkan. Ketukan pintu kedengaran. Aku berpaling ke arah pintu.. Nampak dari cermin, Haikal berkemeja biru hari ini.

"Masuk Haikal.."
Lelaki itu masuk. Wajahnya tampak kerisauan.
"Awak tahu kan pagi ni ada meeting.. Ada food dalam meeting.. Kenapa ikut jugak pakcik pakcik tu g cafe.."
"Saya pegi merokok, Sya.."
"Dudukla Haikal.. Saya bukan nak marah awak.. Cuma awak kena ingat.. Kita boleh datang lewat cuma kalau kita outstation sehari sebelum tu. Atau ada mesyuarat luar.. HR tahu Haikal budak baru.. They keep eyes on u.. Jangan buat silap. Awak belum confirm lagi.. Datuk memang tak kisah.. Saya pun tak kisah. Tapi awak taknak confirm.. Taknak buat loan rumah.. or kereta? one thing, awak kena juga jaga nama baik department kita.. Tak pernah ada staff department ni yang tak confirm sebab lewat atau melepak lama-lama kat cafe."
Ujarku lembut. Haikal menganggukkan kepalanya.
"Pakcik pakcik tu lain.. Diorang tu yang kerja teruk-teruk buat drilling.. dan sebagainya.. HR dah keluar sekular.. Diorang boleh keluar pukul berapa.. Sebab diorang tu kerja shift.. sekrang ni memang waktu rehat diorang.. Jangan kerana kesilapan kecil macam ni awak sangkut nanti. Kalau ada hal dengan HR, saya tak dapat nak tolong!"
Haikal tunduk.
"Sorry Sya.."
"Buat apa mintak maaf dengan saya.. Should feel sorry to yourself sebab buat silap.. Saya cuma nak tanya Haikal sepanjang saya takde.. project progress camner? Pak Mail ada marah awak tak?"
"Hmm ada jugak.."
Haikal tersenyum nipis.
"Standard la tu.. Saya dengan Arin puas dah kena marah dengan dia.. Tapi takpe.. positifnya, Datuk dah bagi kami handle projek.. Awak shud learn banyak dari dia.. Dia banyak pengalaman.. Anggap aje, macam bapa mengajar anak." Haikal menggangguk.

Arin mengangkat keningnya ketika aku memasuki bilik mesyuarat. Dari gerak mulutnya ku tahu dia menyebut I MISS U. Datuk masuk ke bilik mesyuarat, Pak Mat ada di belakangnya. Nora cepat-cepat duduk setelah membahagikan minit mesyuarat kepada semua.

Semasa Datuk memberitahu pembahagian tugas, aku nampak Arin berkerut panjang melihat skrin yang terpancar di dinding. Tertera di skrin, dalam 2 minggu ini, hampir semua lokasi dikendalikan olehnya. Haikal ada memberitahu, beban kerja Arin bertambah sepanjang aku bercuti. Malah terdengar suara-suara sumbang yang cemburu dengan Arin yang banyak bertugas luar. Banyak outstation banyakla duit masuk. Setelah habis mesyuarat, beberapa orang antara kami masih duduk dalam bilik mesyuarat.
"Sya buat presentation dengan Shell dan Exxon Mobil minggu ni. Lepas tu, Jumaat ikut Pak Mail g naik Tower A, jumpa Jurutera Petronas tu.. Dah seminggu dia tanya awak Sya.."
"Alamak Datuk.. dalam seminggu ni saya buat semua presentation ke?? Abis dah baju Datuk.. Takde baju lawa dah.. Datuk bagi elaun la.. "
Seingatku sepanjang projekku yang berakhir di Bintulu baru-baru ini, sudah berpuluh-puluh kali aku present. Baju pun balik-balik baju tu.
"La siannya.. Dah takde duit dah.."
"Hmm.. tak sempat la Datuk nak beli.. "
"Hmm elok juga ye. Saya ingat saya nak propose la.. engineer kita yang banyak kena buat presentation ni.. dapat elaun baju.. macam budak2 kita g keluar outstation dapat elaun kan.. yang duk presentation ni, diorang pun shud dapat la kan.. Apa pendapat kau Mail.."
Ku lihat Arin sengih-sengih memandangku.
"Saya ikut je.. Rasa pun macam elok jugak pendapat Datuk tu.. Diorang pun takde la mengelak nak kena present.. Kita bagila.. cam sapa yang present lebih dari 2 kali seminggu or 10 kali sebulan, elaun seratus dua.. Amacam Datuk??"
"Hmm ia pun atas tujuan nak menjaga nama syarikat, mesti finance setuju.."


Keluar pejabat, terdengar suara sumbang di belakang.
"Hai belila.. takkan itupun mintak sponsor Datuk.." Kami sama-sama menoleh. Aiman, salah seorang Management Trainee batch Haikal bersuara. Tak pasti sama ada gurauan atau sindiran. Kami buat-buat tak dengar dan berlalu.
"Yang kau nak bising-bising tu kenapa.. Kau nak ganti Sya buat presentation ke??" Pak Mail tiba-tiba sahaja muncul semula setelah menghantar Datuk di lif. Melihat Pak Mail, mereka perlahan-lahan meninggalkan kawasan itu.
"Korang budak-budak sekarang dah kurang ajar dengan senior.. Apa kau ingat nanti si Risya sorang ke yang dapat.. Nasib tak baik, masa diluluskan elaun tu, si Risya ni dah tak buat presentation. Korang yang dapat.. Cuba pikir tu panjang skett.. Kau Haikal, dah elok dah. Jangan plak lepas ni, nak kurang ajar macam diorang tu."
Aku memandang Haikal sambil menghadiahkannya senyuman. Pak Mail memuji Haikal. Dia tersenyum membalas senyumanku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home