Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, May 28, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 27 - SYAFIKA story ::

Worm_Sasser again??
Letak sahaja beg laptop atas meja, aku diberitahu oleh Kak Rozi untuk disconnect dari network. Ait tak settle lagi ke??

"Diorg stay sampai kul baper semalam, Rozi? Epul sms Yati bagitau diorg kat ofis lagi malam tadi." Terdengar Kak Yati, System Analyst yang buat support SAP R3 bersuara.
"Lewat jugak... Diorang dengan group E-Lock kat Data Centre.. Epul.. Salleh.. Ghafar pun ada skali.."
"Apa citernya kak... "
Aku menyampuk.
"Diorang detect network dah ada virus.. Sebab ada PC yang infectkan virus ke network. So semua orang kena disconnect.. takut spread ke PC pulak. Malam tadi diorang dah workout something.. Kita tunggu announce dari Ghafar la.. " Aku menggangguk tanda faham. Pasti group En Ghafar, dari Technology Support Department akan menerangkan strategi. Selepas doa jam 8.30 pagi itu, terdengar suara Epul di interkom.
PENGUMUMAN DARI IT DIVISION (ITD). Semua rakan sekerja diminta disconnect dari rangkaian. Dalam erti kata lain, cabut kabel UTP.

Kelihatan En Ghafar keluar dari biliknya dan mengajak kami berkumpul di bilik mesyuarat. Satu penerangan ringkas diberikan tentang senario yang terjadi. CEO kami telah diberitahu dan Tn Hj, boss IT yang kebetulan sedang bercuti, akan segera pulang. Semua rakan sekerja ITD dari semua jabatan akan bergabung untuk membantu Technology Support Department membersihkan virus. Dipercayai ada beberapa PC yang telah spread kan virus ke dalam network.. dan berkemungkinan PC yang windows pattern tidak terkini akan atau telah diserang. Motif kami adalah pergi ke setiap PC, scan dan kill virus, serta buat windows update kepada setiap PC di bangunan ini, bagi mengelakkan network kami dari tercemar semula. Jika tidak, penat sahaja usaha mereka yang bertungkus lumus semalam. Semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. dan akan dibantu oleh group dari e-Lock. Setiap orang akan diberikan beberapa keping CD untuk check virus, dan windows update untuk discan ke setiap PC. Target utama kami ialah Investment Division, jabatan yang paling kritikal selepas Kaunter Utama. Man akan mengetuai kumpulan kami untuk ke Investment Division. Aku tahu e-Lock ada 2 orang jurutera lelaki berbangsa Cina yang cukup menarik, dan salah seorang daripadanya bersama-sama kami. Bak kata Shida, diorang lagi bagus jadi model dari kerja-kerja macam ini. heheheh..

Penat, tapi satu pengalaman baru. Penat juga berjalan-jalan ke sana dan ke sini.. Lagaknya macam ghostbuster cuma kami bukan pergi untuk menangkap hantu.. namun saat inila peluang aku untuk melihat infrastruktur Investment. PC khas untuk Bloomberg yang ada 3 skrin.. benar-benar membuat aku rasa jakun.

Tengahari itu, kami kembali ke pejabat. Penat.. dengan bermacam ragam perangai dan rupa paras PC. Ada juga PC yang tidak dapat dibuka, gara-gara meletak katakunci.. Terpaksa kami guna remote untuk membolehkan kami masuk windows.. ada juga yang terpaksa kami pecahkan (minta maaf, pihak ITD terpaksa memecahmasuk PC anda, sila tukar katakunci anda selepas ini)-break the password. Ada juga PC yang sekadar jadi perhiasan.. Lawak juga kadang-kadang. Tidak ku lupa pengalaman, aku sedang support seorang "Datin" yang sedang ditemu bual oleh DBP. Kelam kabut dia. Tapi sungguh baik hati. Entah apa jasanya.. aku pun tak tahu.

Petang itu, kami diberitahu sudah bebas dari virus. Lega aku.. Kalau lebih dari satu hari, mereka mungkin mempertimbangkan akan istiharan disaster. Satu perkara yang aku cukup geruni. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hidup ITD!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home