Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, May 28, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 26 - SYAFIKA story ::

Worm_Sasser

Tengahari itu, ITD digemparkan dengan serangan virus yang tidak putus-putus. Serangannya diberitahu oleh Salleh, Security Administrator kami yang menyedari kehadiran virus tersebut menerusi Intrusion Detection System kami. Lagi gempar apabila laptop aku juga diserang. Tandanya, tetiba sahaja amaran tertera di skrin, dan PC secara automatiknya akan direstart semula. Virus ini akan menyerang PC yang tidak membuat Windows Update.

"Laptop kau kena gak ke?? Kau tak update Windows ke?? Kan aku dah ingatkan kat email.. 2 minggu lps.."
Salleh bertanya ketika aku mengadu aku turut mengalami serangan itu.
"Aku g outstation la. Mana perasan.."
"Teruk ke??"
"Teruk tak teruk dah berdering-dering gak meja Epul ngan Mirul."
"Virus apa lak nih?? Puncanya? "
"Sasser.. The Latest Network Virus Threat.. Rasanya ada user guna disket virus.. or download something frm net.. and virus tu dah jalan kat network.. so takut effect PC lain yang connect network."

Hmm patutla, aku diberitahu supaya cabut UTP cable. Beberapa ofismate aku di bawah Technology Support Department sudah keluar pergi membantu rakan sekerja jabatan lain yang sudah menelefon meminta bantuan. Kami, di IT Division.. Hmm pc sendiri .. tanggung jawab sendiri la..

Setelah memastikan laptop ku benar-benar kembali stabil, aku menyambung UTP cable. Laptop ku discan menggunakan scan di Internet.
http://antivirus.com
Dengan perisian Trendmicro, laptop aku discan.

Sudahnya aku geram sendiri. Pastinya hari ni, satu kerja tidak dapat dibuat. Pastinya semua sistem tidak dapat digunakan kerana tidak ada rangkaian. Aku diarah bersedia sekiranya terdapat sebarang declaration disaster.. Hmm, di Malaysia, kita kemungkinan selamat dari serangan ribut taufan atau gempa bumi, namun serangan virus juga boleh mengakibatkan isytiharnya Disaster. Pelbagai kerja perlu dibuat. Namun aku menarik nafas lega apabila diberitahu, Kaunter Utama- tempat berurusan dengan pelanggan tidak terbabit. Kalau tidak, belum tentu aku boleh duduk scan laptop ku ini. Kesian pula aku melihat kawan-kawan dari Technology Support Department. Kerana keengganan sesetengah staf untuk membuat Window update atau scan sebarang fail yang dimuat turun.. mereka jadi begini. Itupun, dikatakan ITD tiada kerja, kami tidak dihargai. Namun, kalau kami mogok tak buka pejabat untuk 1/2 hari sahaja, baru mereka tahu bagaimana rasanya. Baru tidak boleh access email, sudah berdering telefon. Inikan pula 1/2 hari..

Pengajaran : Jangan lupa buat Windows Update walaupun anda pergi outstation.

Note :
WORM_SASSER affects Microsoft Windows XP and XP Service Pack 1, Windows 2000 Service Pack 2, Windows 2000 Service Pack 3, Windows 2000 Service Pack 4
-Source: Microsoft

Infection Mechanism
i. Ignore up-to-date installations (patched systems)
ii. Perform network scans for vulnerable systems.
iii. Send malicious packets or files to vulnerable systems.
iv. Infected machines join the attacker group and perform additional network scans for other vulnerable systems.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home