Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, May 20, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 20 - SYAFIKA story ::


Sampai di rumah Kak Ris, kami disambut oleh mak dan abah Kak Ris. Kak Ris dipeluk erat oleh emaknya ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah emaknya begitu redup memandangku, berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana menghantar Kak Ris pulang. Emak Kak Ris mengingatkan aku pada mama. Dia pun guru seperti mama. Terasa keriangan berada di rumah Kak Ris. Kebetulan kakak Kak Ris sedang dalam pantang dan berada di rumah, maka anaknya juga turut berada di situ. Patutla Kak Ris cukup caring. Hidupnya dipenuhi kasih sayang. Betapa Kak Ris juga begitu menghargai setiap perkara dalam hidupnya. Lihatla keluarganya.
"Rumah akak ni biasa-biasa je Fika.. Hope dapatla sesuaikan diri.. Rumah kampung jek"
"Rumah kampung pun.. banglo.. besar lak tu"
"Ala.. bolehla Fika.. Tempat berteduh.. Sedarhana macam ni pun dah ok.. Rehat la ek.. Malam ni ada makan-makan.."


Aku menelefon mama mengenai rancanganku untuk bermalam di rumah Kak Risya. Pada mulanya, mama keberatan namun aku memberi jaminan tidak akan menyusahkan keluarga Kak Risya. Kemudian aku sms Kak Ira, memberitahu kami sudah sampai di BP. Kepadanya ku bagitau aku akan bermalam di rumah Kak Ris. Aku kemudiannya keluar ke ruang tamu rumah Kak Risya. Ada deretan gambar keluarga Kak Risya di majlis konvokesyen dari pelbagai universiti. Tidak seperti majlis konvo Kak Risya yang dipenuhi ahli keluarga, majlis konvo ku hanya dihadiri mama dan Mak Jah.

"Fika rehatla dulu.. sure Fika penat.. "
"Eh takdela kak, setakat KL-BP ni Fika boleh lagi.. Lainla sampai ke kelantan sana... memangla penat."
Teringat ekspedisi mencari harta karun ke Tanjung Jara Resort anjuran syarikatnya tahun lepas. Penatnya sampai seminggu.
"Kalau tak penat, petang ni akak nak ajak keluar bandar. Hadiah satu pun tak beli lagi.. Akak bawak buah tangan je dari Bintulu... Mak akak pun nak ikut sama.. "
"Banyak ke hadiah yang nak dibeli?"
"Banyak gak.. bulan 5 ni berderet.. 20 hb abg ipar.. 21 hb akak ipar akak.. 22 hb anak dia.. 11 hb sorang lagi.. abg akak akhir bulan ni, tu mak akak nak beli sekaligus.. "

Berderet? Serta merta teringat abang cik.. Semalam, 19hb MEI birthday dia... Kat mana dia sekarang? Sihat ke dia? Rindunya pada dia..
"Fika termenung? Ingat deen ye.."
"Eh apa lak.. tolong sikit.."

Kak Risya dah gelak-gelak sambil meninggalkan ku menuju ke arah dapur. Aku menurut, dan membantu mengemas meja makan walaupun puas ditegah oleh Kak Ris dan maknya.

Suasana rumah Kak Ris semakin riuh dengan kedatangan kakak sulung Kak Ris, Kak Zan. Kata Kak Ris, nama kakaknya itu diambil dari nama permaisuri Johor, Sultanah Zanaria. Abang ipar Kak Ris, abg Mie yang disambut ulang tahun kelahirannya menyapa ku bertanya kabar ketika masuk ke dapur. Abang ipar Kak Ris yang seorang lagi sibuk melayani anak sulungnya manakala kakak Kak Ris yang seorang lagi sedang memerhatikan anaknya yang baru berusia seminggu yang sedang lena. 3 orang anak-anak Kak Zan dan abang Mie berlari-lari bersalam dan mencium tanganku selepas disuruh oleh Kak Ris. Ternyata aku cemburu dengan kehidupan Kak Ris yang serba keriangan. Patutla Kak Ris selalu ceria, dan tenang. Kesedihannya jauh disorok di dalam hatinya. Melihat keadaan itu, aku jadi takut dengan lelaki. Kak Ris, cantik dan bijak.. Keluarga Kak Ris bahagia dan tidak bermasalah. Kalau begini keadaan Kak Ris, apa yang dicari oleh abang Miri lagi? Benar ke seperti kata Addeen, Miri juga mungkin tidak sanggup mengucap selamat tinggal. Namun, mungkin benar juga kata sesetengah kawanku, Kak Ris is not enough for Miri.. Miri still havent found what he looking for.. Miri sekadar memberi alasan untuk berpisah dengan Kak Ris. Kalau begitu, kesian Kak Ris.

Makan malam yang cukup sedarhana tetapi meriah dibuka dengan doa oleh abah Kak Ris. Kak Ris sibuk mengambil gambar majlis dengan perakam video kesayangannya itu. Anak-anak sedara Kak Ris pula masing-masing pandai bergaya di hadapan kamera. Pantang diminta bergambar, atau mengetahui dirinya berada dalam fokus kamera, serta merta memberi aksi spontan yang menarik. Sesi buka hadiah lagi ceria dengan keadaan kanak-kanak itu memberi dan membuka hadiah. Keluarga Kak Zan beransur pulang selepas itu. Aduhai, sungguh aku semakin cemburu dengan keluarga ini. Alangkah baiknya kalau keluargaku begini. Tuhan, bilakah keluargaku akan begini semula. Mana nak ku cari semua abang-abang ku itu. Mataku terlelap entah bila ketika aku memikirkan keadaan ini.

Pagi menjelang dan pukul 10, kami bersiap untuk bertolak. Kak Ris akan singgah di KuiTTho untuk mengambil adiknya menemaninya untuk ke JB menghantarku. Adiknya tidak dapat pulang semalam kerana ada kelas pada malam semalam.
"Kejab je Fika kat sini.. Nanti-nanti datangla lagi ye.."
"InsyaAllah mak cik.. Kalau ada kelapangan.."
"Ajaknya sekali maknya tu.. Nanti raya ke.. bila-bila nak datang la.."
"InsyaAllah makcik.. Nanti saya bawak satu family datang.."

Mak Kak Ris tersenyum.
"Mak dulu maktab perguruan mana ye??"
"Hmm tak pastila makcik.. Mama dah bagitau dulu, lupa plak saya.."
Aku senyum tersipu. Malu sendiri tidak dapat menjawab soalan abah Kak Ris.
"Kita g amik adik akak, then kita g JB terus ek.."
"Hmm antar Fika kat bus station je la.. Susahkan akak la plak.."
"Ha tengok-tengok.. ada ke antar kat bus stand jek.. Ala.. terlanjur akak cuti ni.. apa salahnya sesekali akak tgk JB tu.. kalau takde reason kuat macam ni.. isk susah nak permission parent akak tau.. Hmm nama je orang Johor.. tapi lebih terror KL and Bintulu lagi.. ehehhehe"
Kak Ris gelak nipis.
"Fika kat pinggir JB jek.. takde la terror jugak kat JB tu kak.. Akak tahu la Fika ni kan dibesarkan di KL.. Masa Fika nak masuk matrik.. baru Fika pindah JB.."
Kak Risya mengangguk. Aku bersalam dengan abah, mak dan kakak Kak Ris sebelum masuk ke dalam kereta. Terima kasih semua. Terima kasih kerana memberikan ku ruang untuk berada dalam keluarga bahagia ini.

Ketika singgah di KuiTTho, sekali lagi aku cemburu dengan keakraban Kak Ris dan adiknya.. Nur. Mereka tidak henti-henti berbual dan menyakat antara satu sama lain. Ketika aku bersalaman dengan Nur, aku hampir terpegun dengan kecantikannya. Wajahnya mirip Kak Ris, hidung yang mancung dan mata yang bulat bersinar.. jelas seperti pelakon hindustan. Namun Nur lebih cerah berbanding Kak Ris. Kereta yang dipandu Kak Ris terus menuju ke arah Johor Bahru selepas keluar di Tol Ayer Hitam. Lucu juga melihat Kak Ris yang teragak-agak selepas melewati Tol Skudai. Asal nampak susur masuk, dia akan bertanya. Aku terus memandu arah Kak Ris selepas memasuki susur masuk ke Pasir Gudang. Sehingga sampai ke rumah, aku dan Nur tidak henti-henti saling menunjukarah Kak Ris.. Nyata Nur juga tahu dan mahir jalan JB berbanding Kak Ris. Kak Ris nyata gembira selepas kami sampai di hadapan pintu pagar rumahku. Berjaya juga akhirnya dia sampai ke rumah. Hmm bagaimana ye selepas ini. Bagaimana aku harus cerita kan tentang gambar keluargaku yang tergantung di dinding dewan tamu rumahku. Kak Ris tidak pernah tahu aku ada 3 orang abang, dan aku anak perempuan tunggal dalam keluarga. Dia cuma tahu aku ada mama dan Mak Jah. Kak Ris juga tidak pernah tahu arwah abah bekas pegawai tinggi kerajaan. Terkejutkah dia melihat keadaan rumahku. Aku keluar dari kereta menekan loceng di pintu pagar, dan kereta memasuki kawasan rumah setelah pagarnya terbuka secara automatik. Mama menyambut kedatangan kami dan aku berpelukan dengannya.

"Jemputla masuk Kak Ris.. Nur.. Inila rumah Fika.." Kak Ris dan adiknya masuk ke dalam, dan bersalaman dengan mama.
"Dudukla ye.."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home