Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Monday, May 17, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 17 - SYAHIRA story ::

Pre-Emp ke aku?
Aku meletak telefon. Kembali memerhati pemandangan di luar bilik. Teringat kata-kata emak ketika ke pulang ke rumah baru-baru ini, bertanyakan bila dia akan mengakhiri zaman bujang. Umurku akan mencecah 29 tahun bulan 8 ini. Mungkin benar, aku sudah harus mengakhiri zaman bujangku. Tapi aku sendiri tak pasti dengan siapa. Kadang² terasa aku rugi berkawan dengan Manchaster. Kalau sudah dikata tidak akan memilihku, kenapa masih berkawan dengannya? Mungkin, aku memang begitu. Setia pada kawan melebihi keperluan diri sendiri. Namun, sememangnya aku terasa rugi.. wang, tenaga dan sudah semestinya masaku. Hampir 7 tahun berkawan. Sejak Manchaster di Bolton, pulang ke Malaysia, kemudian berkhidmat dengan ILP di bawah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kemudian, nama JTR bertukar menjadi JTM, dan Manchaster berpindah ke ILP Kuantan, aku masih berkawan dengannya. Sudahla.. apa dikenang hak orang. Bukan kah aku ada Lan... Hmm Lan?? Perhubunganku dengan Lan, jurutera di sebuah syarikat pembekal perkhidmatan Internet aka Internet Service Provider (ISP) tidak tahu apa kesudahannya. Tidak seperti Risya yang selalu bergelora, hubungan kami cukup tenang. Tidak pernah langsung kami bertengkar. Namun terlalu tenang bagiku.

Lan tidak pernah menyatakan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya. Ikhlas ke dia denganku? Tidak tergamak pula aku nak memberitahu mama dan ayah mengenai hubunganku dengan Lan. Aku sendiri tidak punya keyakinan. Bukan aku tak cinta, bukan aku tak sayang.. Namun sikap Lan yang acuh tak acuh selalu buat aku tertanya-tanya. Bagaimana perasaannya terhadapku. Ada satu perkara yang ku sedari tentang Lan. Dia tidak akan memulakan untuk membuat panggilan, atau memberi sms kepadaku. Aku la yang akan memulakan. Atau dia tidak menganggap apa² dalam hubungan kami. Namun prasangka itu cepat² ku padamkan. Mungkin dia terlalu sibuk, komited kepada kerjanya. Keluar negara untuk sesi perbincangan. Seringkali juga mengadu masalah di tempat kerjanya. Tidak patut aku berprasangka buruk dengannya. Bukan ke kita perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Malam itu dia bermunajat kepada Tuhan, memohon secebis belas kasihan agar dia dilimpahi pertolongan.

Tuhanku, berikanla petunjuk.
Jika sekiranya Roslan Md Kassim itu adalah jodoh yang baik untukku, keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku..
maka dekatkanlah aku kepadanya,
permudahkanlah jalan dan urusan.
Namun, jika sebaliknya..
Kau jauhkan dirinya dariku, lenyapkanla dirinya dari hati ini, dan
redhakan lah diriku Ya Tuhan..
Temuikanlah aku dengan penggantinya.. yang terbaik untukku..
Sesungguhnya kau la sebaik² petunjuk..


Terasa tenang hatiku setelah memohon pertolongan dariNYA.
Bukankah DIA sebaik² harapan. Bukankah DIA suka hambaNYA yang meminta-minta dari diriNYA. Ku serahkan pengharapan pada diriNYA, agar berikan ku jalan. Part of my effort.. Aku tidak akan menyerah sebelum berjuang.

1 Comments:

  • At December 9, 2009 at 1:54 AM, Anonymous Anonymous said…

    ....mmg tak syak lagi manchaster ini dari bolton & berkhidmat dgn JTR. dia pernah kehilangan housematenya di UK yg mati lemas di air terjun kota tinggi. yer, saya dapati dia masih lagi tidak berubah dgn sikap playernya sehingga ke tarikh ini..u got nothing to lose and did the right thing to forget him. better lose a lover than to love a loser.

     

Post a Comment

<< Home