Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Monday, May 17, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 16 - SYAHIRA story ::

Can I be Your Memory?
Ku usap mataku yang terasa panas kerana melihat komputer. Selesai sudah penulisan ilmiah yang ku buat bersama-sama bahan penyelidikan. Perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 3 bahan penyelidikan untuk mengesahkan jawatan. Kad jemputan dari manchaster ada di atas meja. Kad berwarna hijau yang cukup sedarhana namun berjaya menyentap hatiku. Terasa juga hatiku melihat kad itu. My so call 'best fren' kawin, dan aku tidak dapat menghadirinya. Mataku menatap nama isteri Manchaster. Pazrina Azuriah. Perempuan yang dipilih oleh Manchaster dari barisan rakan-rakan wanitanya. Hmm lelaki.. kuasa memilih di tangan mereka. Berkawan dengan ramai perempuan lain, dalam masa yang sama bercinta dengan seorang gadis. Barangkali sudah ditentukan, barangkali kerana pernah mengecewakan orang, Manchaster ditinggal kekasih. Ketika itu, dia kecewa dengan tindakan kekasihnya itu.. aku la yang dicari untuk melepas perasaan. Betapa aku terasa nilai aku di matanya. Seperti 'pre emp'- dicari apabila diperlukan. Itu sahaja. Beberapa bulan selepas gadis itu bertunang dengan jejaka lain, manchaster memutuskan untuk bertunang dengan seorang yang baru dikenali. Akhirnya tercapai hasratnya memilih gadis pantai timur sebagai calon isteri sebagaimana bekas teman wanitanya.

Yang buat aku terasa, dia merahsiakan hal pertunangannya. Secara kebetulan aku terasa untuk menelefonnya, dan dia tak dapat menahan rasa untuk merahsiakannya. Aku ingat lagi, aku menelefonnya pada malam Risya balik dengan mata yang bengkak. Tarikh 4 Januari 2004 itula hari pertunangannya. Keinginanku untuk meluahkan perasaanku melihat kesedihan Risya, terhenti dengan kejutan berita daripada Manchaster. Apabila ku tanya kenapa dia tidak memberitahuku, alasannya.. pertunangan itu dibuat dalam masa yang singkat. Namun kemudiannya dia mengakui takut kehilanganku. Takut-takut, aku tidak lagi mahu berkawan dengannya. Benci aku dengan alasannya itu. Aku sudah menerima kenyataan aku dan dia hanya kawan. Walaupun aku melayannya bagai menatang minyak yang penuh, pantang mulutnya meminta tolong, aku akan cuba membantunya. Sabar atas segala tindakannya, kemarahannya, ketidakpuashatiannya.. sehingga dia menyatakannya akulah gadis yang paling sabar dengannya. Dalam hatiku, aku sememangnya menyayanginya.. Namun, apabila dia sudah mengaku kami berdua hanya akan kekal berkawan, aku sudah buang jauh-jauh perasaan ku terhadapnya. Kecewa dengan pernyataannya, aku menyibukkan diri. Aku tahu faktor asal usul ku antara penyebab. Manchaster memang kalau boleh mencari gadis senegerinya. Dan mungkin faktor² lain. Maybe benar kata Fika, Guys Are Too Demanding. Tapi biarlah, biar Manchaster memilih. Aku menerimanya dengan hati terbuka. At least, aku sudah berusaha. Dan aku mendoakan dia berbahagia.

Namun, pertunangannya beberapa bulan selepas Manchaster memberitahuku bekas kekasihnya bertunang dengan lelaki lain, sememangnya mengejutkan. Ditambah lagi dia seolah-olah ingin merahsiakan pertunangannya benar-benar mencabar kesabaranku.

"Tak tahu kenapa Sya.. Saya rasa macam cepat sangat, namun the feel is there. Tapi saya sendiri pun tak tahu. Family usulkan untuk bertunang sebelum diorang ke Mekah."
"Agaknya perempuan tu doa kot.."
"Hmm.. kenapa awak tak doa untuk kita Sya.."


Oh lelaki, tahukah kau betapa sakitnya hati mendengar kata-kata itu. Kalau la dia berada di hadapanku.. Kenapa tidak kau katakan ini sejak dulu lagi. Dalam-dalam aku tarik nafasku untuk dari mencetuskan api kemarahan.
"Maybe dia yang terbaik untuk awak. Awak kenala terima."
"Ye.. mungkin. Saya pernah cuba nak suka awak Sya.. Tapi tak boleh. Saya anggap awak sebagai kawan baik saya.. sampai bila-bila.."

Kawan baik? Hmm lelaki memang pandai berkata-kata.
"Kawan memangla kawan.. tapi tak boleh macam sekarang. Kena ada gap skrang. Saya kena jaga hati tunang awak tu."
"Alah dia tak kisah. She knew about u. I told her.. You my bestfren sya.. Kita still kawan ye Sya.."

Aku hanya diam. Benarkah perempuan itu tak kisah? Benarkah dia begitu .. Atau hanya ingin mengambil hati Manchaster?

Sememangnya, bila ku tahu dia sudah bertunang, perlahan-lahan aku menjauhkan diri. Smsnya kdg-kdg tidak ku balas. Selalunya jika dia membuat miss call dengan sekali deringan, harapannya aku akan menelefonnya balik. Namun kini, sesetengah miss callnya tidak ku balas. Sememangnya dia terasa aku cuba tidak berkawan dengannya lagi. Seringkali dia bertanya kenapa aku seolah-olah menjauhkan diri. Dan dia mula terasa kehilanganku. KEHILANGANKU. Kalau dia buntu, aku yang masih dicari. Aku sudah rasa tidak perlu. Tunangnya itu yang harus menjadi bakal isteri, tunangnya, kekasihnya dan kawan baiknya.

This may never start
We could fall apart
And I'd be your memory
Lost your sense of fear
Feelings insincere
Can I be your memory

So get back back
Back to where we lasted
Just like I imagine
I could never feel this way
So get back back
Back to the disaster
My heart's beating faster
Holding on to feel the same

This may never start
I'll tear us apart
Can I be your enemy
Losing half a year
Waiting for you here
I'd be your anything
So get back back
Back to where we lasted
Just like I imagine
I could never feel this way
So get back back
Back to the disaster
My heart's beating faster
Holding on to feel the same

This may never start
Tearing out my heart
And I'd be your memory
Lost your sense of fear
Feelings disappear
Can I be your memory

::: Sugarcult - Memory :::


Aku melihat pemandangan di hadapan. Bilikku yang di tingkat 3 ini membolehkan aku menjamu mata dengan pemandangan yang padang rumput yang cantik cukup sayup mata memandang. Lamunanku terhenti dengan deringan telefon.

to be continue...

2 Comments:

  • At December 9, 2009 at 1:47 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam syahira.. saya kenal siapa manchaster yg awak maksudkan tu. saya salah seorang daripada wanita yg pernah dipermainkannya...saya juga telah kenal dia lama sejak dia di UK lagi dan sehingga kini masih berkawan dgn dia setelah berkahwin dan beranak-pinak. saya dapati lelaki jenis spt ini tidak akan berubah walaupun sudah beranak-pinak dan saya lebih berhati2 sekarang setelah membaca kisah awak.

     
  • At September 13, 2017 at 11:21 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ini BUAYA DARAT. Period.

     

Post a Comment

<< Home