Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 11 - SYAFIKA story ::

June 1993

"Fika.. Fika..!!!" Terdengar jeritan dari belakang. Aku menoleh. Nampak Fong terlari² mengejarku. Aku memberhentikan langkah.
"Adeh adeh. Penat kejar Fika.."
"Apsal nih? Kata ada latihan Silat. Ni kenapa kejar Fika lak?!"
"Latihan kensel last minute.. Nak balik sorang malas aa.. Tunggu Fika la.."
"Tapi Fika kan ada latihan menari ni.. Nanti Fong bored tau tunggu! Gi la balik.."
"Takpe aa.. Orang nak tunggu tak kasik lak..! Lain kali taknak tunggu karang.."
"Hmm up to u la."

Macam budak². Menyampah juga kadang² tapi itula teman baikku, Hiang Fong Hwa. Jejaka Cina, dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Anak hartawan yang humble, dan boleh dikategori good-looking juga. Tapi aku berkawan dengannya bukan kerana itu. Aku berkawan dengannya kerana dia Fong Hwa, kawan yang boleh menerima ku seadanya, dalam masa yang sama melengkapkan diriku dan sentiasa berada di belakangku ketika ku susah.

Bulan mengambang pak ngah la yang balik
Ahai la sayang
Bulan la yang mengambang.. bulan mengambang di tengah malam..


Hari ni tarian berlantar belakang kan lagu ghazal, Pak Ngah Balik. Ghazal kesenian kebanggaan negeri Johor, negeri kelahiran Abah. Di bawah pentas, Fong setia menanti. Kadang² aku melambaikan tangan ku ke arahnya. Begitu asyik dia memandangku. 2,3 orang rakan ku memberi pandangan bermakna kepadaku apabila melihat Fong datang melihat latihanku. Waktu rehat 10 minit, aku mendapatkannya. Barangkali melihat peluh di dahiku, tangannya menghulur tuala kecil. Aku tidak menyambut, terus sahaja mendapatkan air. Tangannya pantas mengelap dahiku sambil aku minum air. Aku hanya menghadiahkannya senyuman. Terima kasih Fong!

"Nak cuba?"
"Ha??"
"Lepas ni menari 2 orang.. Jom la jadi partner Fika.."
"Takpe ke??!!"
"Takpe.. Ikut je.. Macam silat jugak. Ikut sahaje rentak"
"Senior Fika tu tak marah ke?"
"Eh takde la.. Fika dah cakap tadi.. Lagipun ada 11 orang je tadi.. Kalau tak cukup partner, dia kena menari sekali. Susah dia nak ajar, kita yang nak ikut pun susah. Nak tak?"
"If they dont mind, hmm why not!"


Jangan la adik berhati bimbang
Ahai la sayang
Jangan la kau adik, Jangan la adik berhati bimbang


Itula harinya, Fong berpasangan dengan ku. Suasana jadi semakin ceria dengan kehadirannya. Kami bergelak ketawa dengannya. Dia cukup cekap mengikut cuma rentaknya kekok sekali dipandang.

Ahai nampak bercahaya
Nampak bercahaya dengan serinya


Perjalanan pulang ke rumah, Fong memuji kawan² ku. Memuji kelembutan tarian dan keayuan masing². Aku menjuih mulut kepadanya. Mula la lepas ni, pasti dia suka mengikut ku. Fong hanya ketawa. Katanya lagi, aku juga seperti mereka. Kalau dilihat gaya ku, tak sangka aku merupakan salah seorang penarinya. Katanya, diriku lembut dan ayu juga semasa menari tadi. Kalau selalu macam tu lagi bagus. Hmm tersentuh aku mendengar pujiannya. Terima kasih Fong!

Ahai kanda pergi
Kanda pergi tidak la lama..


Tahun 1997, Fong tinggalkan bumi Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya di Imperial College, London. Aku, abang Ngah, mama, nenek dan datuk Fong antara yang menghantarnya di Lapangan Terbang Subang. Setitik pun air mata ku tak tumpah ketika itu. Walaupun puas diusik oleh abang Ngah, aku berjaya mengawal diriku dari menangis. Aku tak mahu Fong serba salah. Aku mahu Fong pulang dengan kejayaan. Sebagaimana dirinya, aku juga akan melanjutkan pelajaran ku di sini. Sedih, jangan cerita la. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya berdiam diri. Usikan abang Ngah, tidak sedikit pun aku hiraukan.

where are u now, Fong?! I miss U so much... Betul ke tindakan ku lari dari dirinya? Keliru ke aku dengan perasaan ku sendiri? Betul ke kata Marina suatu ketika dulu, aku akan jatuh hati pada kawan baik sendiri?


0 Comments:

Post a Comment

<< Home