Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 12 - SYAHIRA story ::


Ku pecut Atos biruku laju hari ini. Geram juga dengan setiausaha Dekan, lewat memberitahuku ada meeting pagi ini. Itupun hanya melalui sms. Selalunya jarang aku menekan minyak lebih 80km/jam di lebuhraya Kajang-Puchong ini. Nampak gaya aku dah jadi seperti Fika pagi ini. Ku langkah laju² ke arah Jabatan Sains. Hei, kalau la nampak anak² murid aku abisla.. abisla. Ntah apa la agaknya mereka kalau dia nampak aku seperti terkejar²kan sesuatu.

Sampai bilik mesyuarat, ku lihat hanya seorang sahaja yang sudah hadir. Ketika itu, lagi 2,3 minit mesyuarat fakulti sepatutnya bermula. Aduhai, sakitnya hati melihat sikap mereka yang tidak menepati waktu. Aku berbalas pandangan dengan Prof Dr Razak, timbalan dekan yang sudah sampai awal dari aku. Dia kembali ke pembacaannya. Aku membuka beg mencari bahan bacaan sebagai persediaan kelas petang ku. Buku Hack Proofing Your Network, terbitan Syngress Media milik Fika. Petang ini, aku akan mengajar pelajar² dari Jabatan Kejuruteraan & IT. Sebagai seorang yang tiada background IT, aku saja mahu update diri dengan pengetahuan terkini, sekalipun aku hanya mengajar matapelajaran Pengurusan IT petang ini. Adalah modal ku untuk berbual dengan anak² murid ku petang ini. Baru ku tahu perbezaan Hacker, Cracker dan Script Kiddie.

Mesyuarat pagi yang agak membosankan, namun menarik dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Dr Isa Samad. Cepat² aku beredar meninggalkan bilik mesyuarat apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Kembali ke bilikku. Nasib baik, aku bawa bekal untuk tengahari. Syafika masak bihun goreng pagi ini. Kami hanya tinggal berdua. Risya sudah 2 hari di Bintulu. Ada mesyuarat dengan wakil Petronas Dagangan di sana. Sempat ku beri sms ke Lan bertanyakan sama ada sudah kah dia makan.

Aku bergegas ke dewan kuliah Gugusan 2 untuk kelas petang ini. Tersenyum bila berpapasan dengan beberapa orang yang dikenali.

"How can u so sure u can get the money for your project.."Aku bertanya balik kepada salah seorang pelajarku apabila sesi perbincangan bermula.
"If we can propose something that will gain revenue to our company, i think thats shouldnt be any problem."
"Are you sure Raina?! If I be your CEO, i might think bout something else. How bout your opinion Zailan?"
"Hmm Cik Sya, i guess some small things but important have to be considered in our proposal such as.. "
Zailan terberhenti bersuara.
"Yeah such as what Zailan?"
"Such as the security of the workers.. The project that will bring money but dangerous to the workers also can be rejected.."
"Yeah.. I agree.. If ur CEO agree with your proposal, and still wanna continue the project.. he or she might loose the workers.. those are important to your company. If u be a manager without a subordinate, then who will works for u?"

Ku lihat setengah² pelajarku menganggukkan kepala.
"Well, when we talk bout the security.. its not only when your subordinate have to climb a wall, or dig a hole to do some cabling but also have to think bout they might hack or crack some of the system.. especially if u working in finance company like bank.. Thats also security. U also fully responsible in taking care of your company name.."
Aku terhenti sebentar. Ku pandang seorang² pelajarku.
"Well, before we stop our class.. i wanna ask u a question. Some general knowledge."
"Ala Cik Sya..."

Terdengar ada di kalangan mereka yang mengeluh perlahan. Mereka tahu sekiranya mereka tidak dapat menjawab, maka itu akan dijadikan topik tugasan mingguan.
"Hey, listen to my question first. An easy one.. I pick one of u. Hani.. could u pls answer my question."

Ku lihat Hani, salah seorang pelajarku menutup wajahnya.
"Oh come on Hani, just a simple question.."
"Ok Cik Sya, im fully prepare now."
"Hani, whats the different between Hacker and Cracker?"
"Hacker and Cracker?" Hani memandang rakan di sebelahnya.
"Yeah..."
"Hacker is.. someone that.. err.. "
"An IT student dont know how to answer that question? Anyone else..?"

Aku bersuara setelah tidak mendengar apa² jawapan dari Hani. Sengaja ingin mencabar.
"Cik Sya, i wanna try.." Hani bersuara. Tercabar agaknya mendengar kata² ku.
"A hacker is someone who tried to discover sensitive information by poking around.."
"Ok.. I can accept that.. A Cracker?"
"A Craker is one who breaks security on a system.."
"So u mean hacker didnt breaks the security?"
"Errr.."
"Anyone else..???!!"
Aku lihat Farhan mengangkat tangan.
"Well crakers tend to gather in small, tight-kit, very secretive groups. Some of them like to describe themselves as hackers, most true hackers consider them a separate and lower form of life..."
"Hmm Hani and Farhan gave a very good explanation but I still didnt get the different between both of it. So.. "

"Ala Cik Sya.." Terdengar lagi suara mereka. Belum ku tamatkan kata² ku, mereka tahu apa yang aku akan katakan. Tersenyum aku memandang mereka.
"Well, if u know what I want u to do so.. no need to explain. In 2 pages, describe it. Plus I want an example. No copy and paste! Not more than 2 pages, font size as usual 12. Time New Roman. Submit - next week class!"
Aku memberikan mereka tugasan mingguan. Mereka menulis apa yang ku katakan.
Kemudian aku kembali ke meja. Mengemas laptop dan buku² ku.
"Thank you. See u next class.."

Sampai di bilik, baru ke perasan hphoneku menerima sms.

1 new message.
Saya dah makan. Sya dah makan? Jaga diri


Sms dari Lan. Aku menyimpan kembali phone ku ke dalam beg selepas membalas sms Lan. Tetiba sahaja phone pejabat berbunyi.

"Mushi mushi.. Ogenki?!" Terdengar suara di talian. Tak lain tak bukan kalau berbahasa Jepun ketika di telefon, pasti Syafika.
"Genki desk.. Hai tahula skrang kawan dengan budak japan.. Berlagak cakap jepun tu!"
Dia gelak. Manja sekali dia.
"Akak baru balik kelas ek??!! Banyak kali Fika call. Hphone off!"
"Aah.. Fika tahu kan? Apsal tak sms jek.."
"Akak kelas abis lambat ek? Malas la nak sms kak.. Akak tau kan phone Fika tu asyik hang je.. then restart.."
"Kena tukar baru tu.."
"Kak, Kak Ris call tadi. Lepas call akak tak dapat, dia call Fika.. Dia kata balik malam ni. Flight petang pukul 6 petang dari Bintulu.. sampai malam aa.. Dia kata kalau akak nak terubuk masin, amik dia kat klia. "
"Ooo main ugut² ye! Berani dia ye.."

Ku dengar Fika gelak lagi.
"Jom aa kak.. Kita dinner skali kat klia masa tunggu dia. Nak?! Esok pun Sunday tak keja"
"Erl ke GTi?"
"Erl boleh GTi pun boleh.."
"Hmm sampai dalam kul 9 lebih. Kita naik erl je la.. Amik luggage lagi.. Dalam kul 10 baru beredar. Sure nanti dekat kul 11 sampai rumah.."
"Fika boleh buat sampai kul 10 jugak kat rumah"
"Ha jangan nak mengada.. Nanti kena speed-trap sapa nak bayar. Dari bagi kat polis tu, baik kasik kat akak.."

Fika gelak lagi.
"Ok kak, Fika tunggu akak balik ni ek.. Take care."
"Ok.. Jya.. A'kum!"


Dinner di KLIA nampaknya malam ni!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home