Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 13 - SYAFIKA story ::

Semangatmu, ispirasiku
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai 10.5 billion menyambut kedatangan kami malam itu. Kami terus menuju ke balai ketibaan dan menanti Kak Ris sampai di dalam kereta.

"Bila masa lak dia bgtau Fika suruh bawak GTi?"
"Lepas Fika call tu dia sms. Dia cakap dia tak larat sangat nak jalan.. Letih katanya. Maybe barang dia byk kot.."


Jam menunjukkan 9.35 malam. Kalau ikut perkiraan, flight dari Bintulu tiba 9.15. Sambil menanti, aku melayan lagu dari Hitz.FM. Lagu Broken dari Seether. Serta merta aku teringat Kak Risya. Broken.. yeah she had a broken heart. Poor she!

Kak Ira, macam biasa mengeluarkan buku. Hmm, memang layak menjadi academician. Mataku menerawang memerhatikan teksi² bukan Limo a.k.a Ulat yang banyak meletakkan teksi di kawasan luar balai ketibaan itu. Hmm.. Mereka memang mencari rezeki, namun kenapa tidak digunakan dengan cara yang betul. Sian teksi Limo, bersaing dengan ulat² itu. Harganya kah yang menarik perhatian atau apa ye?! Edisi Siasat NTV 7 sudah beberapa kali menyiarkan kisah Teksi² ulat ini. Namun masih tiada tindakan. Mereka berkata mungkin ada rasuah di dalam kes ini. Menurut Edisi Siasat juga memaklumkan yang 2 orang Taiwanese dirogol ketika menjadi penumpang teksi ulat ini. Nauzubillah. Bukan ke dah merosakkan nama negara? Memangla bukan semua. Ada juga memang betul² mencari rezki. Tapi kenapa mesti menghalang jalan & rezki orang lain. Ntahla, dalam mencari rezki.. bkn kah lagi baik mencari yang halal. Sbb nanti jadi darah daging sendiri. Kalau ada isteri & anak², rezki tu nak bagi isteri & anak² makan. Jangan salahkan anak² kalau jadi jahat, kalau sumbernya haram. Tapi aku tak cakap yg ulat²/teksi tu haram. Bukan aku yang berhak menilai amalan baik @ jahat mereka. Itu biar antara mereka and Tuhan mereka. Aku ni hambaNYA juga macam orang lain.

"Hello"
Tetiba je Kak Ira menjawab telefon. Tak ada plak dengar bunyi deringan. Mingkin dia buat vibrate agaknya.
"Ye Ris.. Ha??!! Ok ok .. Tunggu Kak Ira datang.."Serta merta Kak Ira membuka tali pinggang keledarnya.
"Akak g jab.. Kak Ris suruh akak amik dia kat dalam.. Banyak barang kot.."
Hmm.. apa hal lak Kak Ris manja sangat malam ni. Selalu tu, tak akan call selagi tak jejak KL. Sedar² je dah sampai Stesyen ERL dekat rumah tu. Ni, siap mintak amik kat dalam. Pelik!

Kak Ira cepat² masuk ke dalam bangunan KLIA yang berseri dengan lampu²nya. Aku mengalih pandangan, melihat orang² yang lalu lalang di hadapanku. Ada juga yang masih naik teksi ulat ni. Kira terror jugala mereka ni tarik pelanggan. Mataku menangkap 2 susuk tubuh yang ku kenali menuju kearah kereta. Kak Ris dan Kak Ira.. They are so sweet! Tangan Kak Ris erat memaut tangan kak Ira yang sedang menyorong troli. Cepat² aku keluar membuka boot.

"La apsal nih??!!"Muka Kak Ris pucat lesi, tidak bermaya namun masih sempat menghadiahkan ku senyuman. Itula Kak Ris. Mudah tersenyum.

"Kak Ris kena gastrik teruk kat sana.."
Kak Ira memberitahu ketika kami sama² memasukkan barang ke dalam boot. Kak Ris sudah masuk, dan duduk terbaring di seat penumpang.

"Kak Ris langsung tak lalu makan.. kalau makan je muntah, makan je muntah. So, tu yang terlepak je tu.."
"Sejak bila dia ada gastrik ni.."
"Ntah la Fika, akak pun tak tahu.."
Kak Ira menutup boot kereta, dan kami sama² masuk ke dalam Gti Kak Ris.

"Kak Ris.. u make me worry la.. Dari Bintulu ni alone all by yourself.."
Aku memandang dirinya. Kak Ris senyum sahaja. Cuma matanya sudah terpejam. Patutla minta diambil. Lembik longlai macam ni. Tuhan, kuatnya semangat dia.
"Fika jugak yang cakap, kalau badan dah tak larat, semangat kan masih ada lagi. So akak gunala semangat tu.."
"Itu kalau badan tu sihat.."
Sampuk Kak Ira.
"Abis ni camner Kak? Nak g klinik ke apa?"
"Tak yah g klinik Fika, akak ada sebakul ubat"
"Abis?"
"Balik terusla .. On the way tu, kita singgah bangi ke.. beli food tapau. Nak masak pun tak sempat.. Minah ni pun tak cakap dia sakit.. Patutla suruh amik kat KLIA.."
Kak Ira bersuara.
"Abis kalau bagitau sakit.. Nak datang Bintulu ke jemput Ris?"
"Eee budak ni.. sempat lagi buat lawak tu. Kita risaukan dia.."

Kak Ris gelak perlahan.
"Terima kasih sebab care. Miri pun tak macam ni.."

Aku menjeling ke arah Kak Ira. Kak Ira hanya mendiamkan diri. Suasana terus sepi dan aku terus memecut kereta meninggalkan Sepang. Masuk Tol Bangi, terus aku menuju ke Fasa 1, tempat makan berhampiran Maybank.
"Cari soft food Fika. Beli air halia susu suam.." Kak Ira sempat berpesan sebelum aku keluar membeli makanan.

"Kejab ek Kak, 15 minit lagi kita sampai rumah.."
Aku menghidupkan enjin kereta, dan kami berlalu meninggalkan Bangi.
"Nasib ada anak murid Karamjit Singh ni.. Tapi tak payah cepat² Fika. Akak Ok.. Tengok muka Kak Ira and Fika.. terus dah macam sihat plak.."

**********************to be continue...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home