Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 14 - SYAFIKA story ::

Semangatmu, ispirasiku
Ketika makan bersama sesampainya kami di rumah, Kak Ira bertanya sebab musabab Kak Ris jatuh sakit teruk.
Rupanya antara sebabnya kerana kesibukkannya hingga Kak Ris tidak menjaga makannya. CD yang dibawa untuk presentation dengan wakil Petronas Dagangan rosak, dan tidak boleh dibaca oleh PC di sana. Tambah memburukkan keadaan, Kak Ris memang tidak dibekalkan dengan sebarang laptop oleh syarikat. Nak melalui email pula terlalu besar filenya. Nasib baik jugala, Kak Ris ada printslide presentation sebelum dia pergi. Dah la slide buat semula.. kertas cadangan yang telah siap dicetak dan dibinding perlu diubah gara² terdapat perubahan di saat² akhir. Pulaknya Arin, team-mate Kak Risya tidak ikut kerana bertugas di Kerteh.

"Ohh Haikal yang ikut.."
"Hmm.. Dia baru masuk.. Projek tu memang dia tak involve. Konon, Datuk suruh pergi sebab cari pengalaman. Skali tu problem. So satu benda dia tak tahu, nak guna software buat carta pun terkial². Tapi nak marah pun camner. Dia fresh-grad, takde experience. Last² semuanya kita buat. Tu yang makan tak sempat. Malam tu, rasanya tak tidur kot."
Kak Ira menggelengkan kepalanya.
"Nasib la Pak Mail tak ikut. Kalau tak, sure teruk Haikal kena smash.."
"Pak Mail tu sapa?"
"Dia tu kira pembantu Datuk la. Selalu kalau projek macam ni, dia ikut. Tapi tak semestinya la dia kena ada. Dia ikut Arin g Kerteh."
"So akak buat semua aa"
Kak Risya tersenyum.
"Ada la jugak Haikal tolong. Dia tahu jugak guna Powerpoint. Tapi itupun dia takut² nak buat. Sikit² tanya.. Aduh aduh.. boleh kena sakit jantung. Camner HR pilih dia pun tak tahu la. Maybe dia top scorer kot"
"Pointer cantik kot.."
"Dia tu rajin tapi tula banyak yang tak tahu. Kalau nak buat apa², tak confident. Takut². Tengok pun macam nerd jek.. Astagfirullah.. sakit² pun sempat lagi kutuk orang"

Kak Risya gelak² kecil. Mukanya tidak pucat lagi. Mungkin dia dah ada sedikit tenaga. Atau seperti katanya gembira bertemu kami.

"Betul² tak larat tadi. Lapar tapi dalam flight tadi je baru makan sikit dah muntah. Tak pernah² muntah dalam flight. Hebat betul penangan gastrik ni ek?!"
"Bila jumpa Doktor?"
"Haikal bawak lepas present. Sebelum balik tu. Satu kelebihan Haikal ni dia caring. Selang satu jam, mesti call bilik tanya kabar.. heheheh.. Macam la pakwe makwe lak.. Mula² tu taknak la tunjuk kita sakit kan. Tapi depan dia je.. dah berapa kali muntah. Tak boleh sentuh food langsung. Dia panik kot. Sbb tu dia bawak g klinik. Karang jadi apa², apa lak dia nak jawab pada Datuk. Tapi tak kisahla.. semuanya dah selesai. Diorang ajak jalan, tapi takpela. Bintulu tu tak ke mana.. Biarla org sana bawak si Haikal. Dia pun baru first time g Bintulu. Dah rindu ngan Kak Ira and Fika. Nak cepat² balik. Pastu kita buat²la sihat. Kalau tak, mana diorang bagi balik sendiri. hehehe.. Ingatkan okla, tu yg try makan dlm flight.. sekali tu muntah lagi.. hehehehe.. Kena makan ubat muntah yg doktor bg nampaknya"


Aku tersenyum melihat gelagat Kak Risya, dan semakin mengaguminya. Dalam kelukaan dan kesakitan, masih ceria di hadapan kami. Boleh lagi bergelak ketawa dan menceriakan keadaan. Untungkan siapa yang dapat memilikinya?

1 Comments:

  • At June 28, 2004 at 3:09 PM, Anonymous Anonymous said…

    yeah, but let looks at big companies' requirement. Need a gud pointer.
    bout Haikal- "Dia tahu jugak guna Powerpoint. Tapi itupun dia takut² nak buat."

    dia mebbe cekap guna Powerpoint tapi yela kan.. nak buat slide utk presentation report tu the customer, mesti ada perasaan takut² nak buat (lack of confident). itu adalah kekurangan fresh grad!

    enjoy the story.
    -RS

     

Post a Comment

<< Home