Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, May 19, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 19 - RISYA story ::


Perjalanan KL-BP tidak terasa kerana kami berbual sepanjang perjalanan. Melihat keadaanku yang tidak begitu sihat, Fika menawarkan diri untuk menghantar ku. Kebetulan dia diminta bertugas di JB. Terus ingin pulang ke JB. Syornya, dia menghantar ku ke stesyen bas BP, jadi dari BP dia menaiki bas ke JB. Sian Fika, sepatutnya dia menaiki flight sehingga ke JB, namun dia berkeras menghantarku balik. Sepanjang masa Fika menekan minyak 140km/j kecuali tempat-tempat tertentu yang dia rasakan perlu perlahan. Kecekapannya memandu memang tidak dinafikan. Yakin dan sungguh bergaya.

"Fika ni sesuai bawak GTi.. belila satu.."
"Hmm akak cakap macam beli sayur kat pasar. Keta yang ada tu pun nak bayar macam nak nangis. Akak bolehla.. gaji besar.. Fika ni gaji ciput je kak.. Sabar je tengok kawan-kawan batch Fika, gaji dah layak apply Gold Card.. Fika duk situ pun sebab medical benifit.. yela fika ni sensorang je.. kalau jadi apa-apa atleast company boleh la support.."

Aku tersenyum memandang.
"Fika cakap macam la akak ni dah berdua.."
"Takdela.. Hmm apa kata akak bagi keta akak ni pada Fika.. Kecik tapak tangan nyiru Fika tadahkan.."
"Abis tu akak nak pakai keta apa? Tula satu keta akak ada"
"Akak belila keta lain.. ehhehehe..."
"Hmmm tunggu la akak kawin dengan Tan Sri.. nanti akak bagi.. "

Kami sama-sama ketawa.
"Akak kan ada Datuk bos akak tu.."
"Isk dia anggap akak ni anak dia je la.. Dulu dia pernah cakap dia nak jadikan akak ni menantu dia.. Tapi anak dia semua dah kawin.."
"Ooo kalau tak, akak jadi menantu Datuk la ek.."
"Hmm tak pernah terpikir pun dik.. Jadi menantu mak Miri pernah la terpikir.."

Fika memandang wajahku.
"Akak, apa la dikenang orang yang jauh kak. Orang dah tak nak kak.. Akak pandangla positif.. Abang Miri memang sayangkan akak.. Sebab tu dia ngorat akak dulu.. Tapi mesti ada sebab kukuh.. dia lepaskan akak. Dia pun mesti susah nak terima.. So akak pun mesti kuatkan semangat.."
"Fika cakap macam dah ada pengalaman.. Fika tak pernah ceritakan kisah peribadi Fika.."
"Takde apa yang nak diceritakan. Takdela.. Fika tanya pendapat Deen.. dari pandangan lelaki.. kenapa nak lepaskan seseorang perempuan.. Deen kata ada lelaki yang memang memilih.. nak cari yang terbaik.. Macam kita jugak.. diorang pun takut buat keputusan.."

Aku terdiam. Fika bercakap dari perpektif lelaki. tanya pendapat Deen, temannya yang sedang menuntut di Jepun. Hmm aku bukan tidak tahu tentang itu. Namun hatiku semacam degil tidak mahu menerima kenyataan.
"Fika tidurla semalam kat rumah akak.. Nanti tengok nephew akak yang baru lahir last week. Lagipun hari ni, birthday abang ipar akak.. Mungkin ada makan-makan sikit."
"Isk Fika seganla kak.. Family akak ramai-ramai.. Fika sensorang.."
"Hmm bolehla.. apa nak segan kan.. Lelaki cuma abang-abang ipar akak and abah akak.. Abang akak 2 bulan kat Rome, kerja. Family dia semua ikut. Nanti esok akak and adik akak antar Fika ke JB. Lagipun keja Fika kan start lusa.."

Fika menggelengkan kepalanya.
"Menyusahkan akak la plak.."
"Abis.. akak ni tak susahkan Fika ke? Bagila akak peluang nak balas budi Fika.."
"Ala, berkira plak akak ni dengan Fika.."
"Abis tu Fika berkira nak tidur rumah akak boleh plak.."
"Isk akak ni.. lawan cakap dengan akak mesti kalah tau.. Yelah-yelah.."

Aku tersenyum.
"Akak antar depan rumah Fika.. Dont worry.."
"Yela yela.. Akak menang la"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home