Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 22, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 22 - SYAHIRA story ::


Dia membelah kesibukan Lebuhraya Puchong-Damanasara menuju ke Shah Alam untuk bertemu dengan sahabat baiknya yang baru sampai dari Terengganu. Waktu teman baiknya itu cukup suntuk untuk tuntutan peribadi, lantaran kesibukannya and komitmen kepada kerjanya. Yelah.. nama pun datang bertugas. Setelah menjemput temannya di satu kawasan perumahan di Seksyen 7, kami mengambil keputusan untuk berbual di Coffee Break, Petronas Seksyen 7 Shah Alam.

Angin yang hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa ku rasakan begitu hangat. Kerusi yang diletakkan di luar kedai, seperti di luar negara namun keadaan cuaca panas di Malaysia tidak begitu sesuai rasanya. Sesetengahnya seperti Starbuck dan Dome, KLCC meletakkan kipas besar di luar kedai.

"Lama aku tak jumpa hang Sya. Makin cantik plak aku tengok.." "Aku tersenyum nipis. Kawannya itu telah lama bertugas di Terengganu namun telo Penangnya masih kuat di bibir.
"Terima kasih.."
"Cuma satu je.. Hang ni tak berubah.. Hang tahu apa dia?"
Aku mengangkat kening seolah-olah memberitahu aku berminat untuk terus mendengar kata-katanya.
"Hang kalau nak buat apa-apa, nekad sungguh.. macam dulu. Ni hang ada jamuan kul 12.30 kat Cheras.. hang datang jugak Shah Alam carik aku. Ni yang buat aku sayang kat hang ni! Aku tersenyum. Itula dia, Has.. Cakap sungguh kasar didengar.. Intonasi tiada lembutnya. Pada permulaan persahabatan, aku memang tidak tahan, namun ku tahu dia sungguh baik. Kasar hanya di luar sahaja.

Telefon tiba-tiba berdering. Jijie, bertanya lagi tentang kehadiranku. Sungguh-sungguh dia mahukan aku datang. Katanya, rakan-rakan semasa matrik juga turut menghadiri.

Aku menghantar Has pulang setelah menghabiskan masa berbual kisah-kisah lama bersamanya. Ku hadiahkan sesuatu, dia nyata cukup terharu. Kemudian, aku segera bergegas ke rumah Jijie. Aku tidak tahu sebenarnya arah jalan ke rumahnya. Namun ku agak-agak sahaja. Berbekal dengan ingatan, aku terus memasuki kawasan rumahnya. Sudahnya, aku give-up. Bertahun-tahun tidak menjejaki rumahnya.. Bila ku nampak papan tanda menghala ke Lebuhraya SILK aku tahu itu bukan arah ke rumahnya. Serta merta mencapai telefon. Dan akhirnya aku berada di Taman Koperasi Cuepacs, di Cheras.

Sesi potong kek dan hadiah sudah tamat. Tetamu ramai sudah pulang. Anak Jijie juga sudah tidur kepenatan. Kami berbual kosong. Hmmm dah lama aku tidak merasai suasana ini. Bercerita tentang kenangan semasa Pusat Matrikulasi, keluarga dan kerja. Sehingga Zai, antara teman baikku di Pusat Matrik bertanya keadaanku. Bila aku nak menamatkan zaman bujang. Aku hanya tersenyum.

"Lelaki ni .. kalau dia memang nak kan kita.. dia akan usaha.. Kalau buat endah tak endah tu sama ada dia belum nak komited, or memang tak berminat kat kita.."
Serta merta aku teringat Lan. Sungguhkah Lan begitu.
"Laki aku dulu aku tanya dia.. dia nak tak kat aku.. Dia kata nak.. So jadila.. Kalau macam tak kisah tu.. tu la macam aku cakap.. "
"Ataupun dia ada perempuan lain" Jijie pula menyampuk kata-kata Zai.
AKu hanya mendiamkan diri.
"Kita ni kena sayangkan diri.. Buat apa tunggu orang yang tak nak kat kita Sya.. Umur kita ni makin meningkat.. Kalau tak kisah kawin lewat pun, takkan la u tak nak anak.. Kita ni bahaya mengandung umur dah lewat-lewat. Kalau kawin memang tak nak anak.. takpela jugak.." Jijie menyambung. Dia kembali meletak cawan yang diminumnya.
"Sya betul ke takde sapa-sapa.. Kalau Sya nak, ada kat ofis tu.. ada sorang tu.. Arkitek. Baik orangnya. Kalau nak Zai kenalkan.. bolehla Zai tolong.. "
"Sya malu la.."
"La apa nak malu.. Bukan kita buat benda jahat pun.. Jangan bimbang la Sya.. InsyaALLAH.. jodoh tu ada.. lambat ke cepat je.. tapi kita kena usaha la.. Lagipun, Sya pun takde yang kurang la.. "

Pulang itu, aku tidak memberikan kata putus apa-apa. Aku akui masih menyimpan harapan pada Lan. Biar pun aku tidak tahu lagi apa keputusannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home