Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, May 20, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 21 - RISYA story ::


Sebagaimana terperanjatnya aku dengan keadaan luar rumah Fika, begitu juga ketika aku menjejakkan kakiku ke dalam rumahnya. Dengan perabut buatan Itali dan struktur rumah yang indah hiasan dalamannya ini, aku tahu Fika pasti anak orang berada. Namun gadis manis itu ternyata berjaya menyembunyikan statusnya. Dia cukup sedarhana dan bersahaja.

"Anak auntie susahkan awak berdua kan. Hantar sampai depan rumah.. Terima kasih banyak-banyak"
"Takde apa-apa auntie.. Kebetulan saya cuti. Lagipun, Fika yang bawa kereta dari KL ke BP.. Jadi apa sangat la saya antar dia ke rumah.."
"Ni adiknya ye.."
Mama Fika memandang Nur.
Ku pandang Nur tersenyum membalas pandangan mama Fika.
"Makan sini la ye.. Lepas zohor baru bertolak balik.."
"Eh takpela auntie.. Abah dan Mak pun suruh balik cepat..."
"Takpe.. nanti auntie telefon parent Risya.. bagitau awak berdua balik lepas zohor.."
"Ala Kak Ris tu, belum panas punggung dah nak balik.. Mana aci.. Nasib Fika ada meeting kul 3 nanti dengan user kalau tak.. kena tidur sinila nampaknya.."
Fika tiba-tiba keluar dengan sedulang air dan buah-buahan. Dia meletak hidangan di atas meja. Kemudian, dia pantas duduk di bucu kerusi sambil tangannya erat merakul mamanya. Manja sungguh!
"Takpe.. Lain kali Ris datang lagi la ye.. Bawak family sekali. Auntie pun sunyi.. berdua je dengan Mak Jah.. Eh mana Mak Jah.. Ajak dia ke depan.. kenalkan pada si Risya dan Nur.."
Fika berlari ke arah belakang. Kemudian dia keluar semula bersama-sama dengan seorang wanita separuh umur. Ketika bersalam dengan wanita itu, dia nyata menggenggam erat tanganku dan wajahnya seolah-olah begitu mengamatiku. Pelik juga aku dengan kelakuannya namun aku tidak begitu mengendahkannya. Mungkin dia memang begitu.

Aku dan Nur berbual kosong dengan mama Fika, sementara Fika dan Mak Jah di dapur menyediakan hidangan makan tengahari. Ingin menolong, aku awal-awal lagi diingatkan supaya tidak memasuki ruangan dapur. Tetamu katanya. Ketika kami dijemput untuk makan, mataku menangkap satu gambar yang tergantung berhampiran dengan meja telefon di sudut hujung dewan tamu yang indah ini. Dari jauh aku amati, ada 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pasti gambar keluarga, namun keluarga siapakah itu. Keluarga Fika ke? Fika bukan anak tunggal dalam keluarga? Niat untuk mendekati gambar itu terbantut apabila Fika menarik tanganku.
"Jom kak Ris makan..."
Aku berpaling mengadapnya dan menuju ke dapur bersama-sama Nur dan Fika. Ketika memasuki ruangan makan di situ, aku sekali terperanjat dengan interior rumah ini. Aduhai cantiknya rumah ini. Keasyikan aku dengan keadaan rumah ini hilang dengan pelawaan mama Fika untuk menjamu selera tengahari itu.

"Besarnya rumah Kak Fika ni ek.. Abah dia keja apa..?" Nur bertanya ketika kami berada di bilik sembahyang banglo 2 1/2 tingkat itu.
"Setahu kita, abah dia keja goverment dulu.. Dah meninggal .."
Fika menjenguk tiba-tiba.
"Ok tak? Hmm sat Fika onkan aircond. " Fika sibuk melayan.
"Ok ok.. terima kasih.."

"Akak balik KL bila? seminggu cuti ek..?"
"Hmmm ahad depan balik la kot. Maybe pagi.. Takut jem kat senawang kalau balik lewat-lewat ni.. Kalau tak pun, sabtu. Saje cuti lelama skett! Fika..?"
"Flight petang Isnin.. Sian la kak Ira tinggal sorang ek.. Dah cakap dengan Kak Ira dah takyah jemput. Ada company car jemput kat klia.. Nanti diorang send rumah.


Aku menuju ke kereta setelah bersalam dengan mama Fika.
"Mintak diri dulu la auntie..Assalamualaikum.." Dengan tingkap terbuka, aku berkata dari dalam kereta. Mereka melambai tangan ke arah kami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home