Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Tuesday, May 25, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 25 - SYAHIRA story ::


Bulat aku melihat surat tawaran kursus yang ada dalam tray -IN- di atas meja. Kursus Business Continuity di salah satu tempat yang tertera di kertas tawaran itu berserta dengan tarikh. Kesemuanya di luar negara dan.. 6 bulan.. Mak ai lamanya. Aku termenung panjang. Kalau tak pergi, rugi. Giliran untuk mendapat kursus di luar negara punyala susah. Apatah lagi, kursus yang ditawarkan bukan setiap tahun ada dikendalikan. Kalau pergi, apa agaknya kata mak dan abah. Pantas aku sms Risya dan Fika.

1 new message
Ohayoo!!! Wah.. best tuu..!!! apa lagi kak, grab it! bukan senang nak dpt tat chance. location.. which one u prefer?? parent akak sure blh runding punya. Nak bincang? tunggu Kak Ris balik la ek..


Tersenyum aku membaca sms Fika.. terpancar keriangan dari smsnya. Tidak lama selepas itu telefon ku berbunyi semula. Pasti dari Risya..

A'kum kak.. Ris sihat. Happy kat rumah.Macam tanak balik.Well, great opportunity! Dont miss it. Im sure ur parent will allow u to go. its for ur own career rite. But, hmm abg Lan dah tau??


Lan?? Perlu ke aku memberitahunya. Atau dia tak kisah? Malam itu, aku menelefon rumah. Mak ternyata tiada halangan namun perlu dirujuk kepada Papa. Selepas itu aku menekan butang Write message di telefon. Tit.

Lan.. Sya dpt offer kursus kat oversea. 4 months.. but tak confirm lagi. apa pendapat awk?


No Lan ditekan. Imej SEND keluar di skrin. Berdebar-debar menanti jawapan Lan. Rancangan Majalah 3 di hadapan mataku tidak lagi ku hiraukan. Setelah sekian lama menanti, telefon ku berbunyi. Ku tekan butang Open message.

Pendapat? saya tak reti bagi pendapat... Kalau nak pegi, pegi je.. Tak payah kisah pendapat orang.. Jaga hati sendiri, baru pk hati orang..

Sinis sungguh kata-katanya. Apakah maknanya..? Perlu ke aku menelefon. Nombornya ku dial, namun kemudian... ku letakkan kembali. Kenapa mesti aku? Kenapa tak dia.. Dia tak kisah pun aku pegi.. Kenapa mesti aku kisahkannya. Bukankah hati sendiri juga patut dijaga. Sungguhpun begitu, hatinya cukup pedih dengan sms itu. OO Tuhan, ada kah ini satu petunjuk darimu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home