Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Sunday, May 23, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 23 - SYAHIRA story ::

Apa kesudahannya?
Terasa penat pula setelah sendirian mengemas rumah. Selalunya kerja-kerja rumah pasti dibuat bersama. Namun minggu ini, Fika bertugas di JB, Risya bercuti seminggu di BP. Sudahnya, dia keseorangan sehingga Fika balik esok. Dia sememangnya selalu ditinggalkan. Tidak sepertinya, kedua-dua teman serumahnya itu memang selalu bertugas luar. Risya jangan ceritala.. Ke Bintulu dan Kerteh sudah seperti pergi balik pejabat. Itu belum masuk ke tempat lain. Fika, usernya jabatan kerajaan di seluruh Malaysia. Tambah lagi, Fika selalu menyertai ekspedisi konvoi. Aku? Harap kursus sahajala. Itupun jarang-jarang sekali. Dalam setahun boleh dikira dengan jari. Gara-gara itu, aku digelar 'Perempuan Melayu Terakhir' oleh Fika. Hmm.. rindu pula dengan mereka. Pastinya mereka berdua sedang bergembira bersama keluarga. Ingin pulang ke rumah, semalam dia sudah penat memandu. Dari Shah Alam, Cheras, Kajang dan kemudian pulang semula. Dia menolak untuk keluar hari ini bersama-sama Jijie ke MidValley Megamall. Serta-merta teringat dia pada Lan.. Buat apa dia sekarang ye? Pasti masih penat. Dia tahu Lan baru pulang dari Manila kelmarin.

Selepas zohor, dia cuba menelefon Lan. Tersenyum sendiri apabila Lan sedang bermain gitar, dan ingin menyanyi satu lagu untuknya.


Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan


"Awak ada lagi ke kat situ??"
"Yeah.."
"Hmm saya ingat dah tidur tadi.."
"Ada lagi... Kenapa pulak nak tertidur.. "
Lan menyanyi kembali sambil bermain gitar.


Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora

Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
::: Awie - Di Ambang Wati :::

"Terima kasih... Hows Manila? Ada bawak apa-apa ke untuk saya dari Manila?"
"Manila ok.. cuma saya tak belikan apa-apa untuk awak la Sya.. Tak sempat!"

Aku terdiam. Terasa juga hatiku. Sibuk sangat ke atau tidak mengingati. Teringat teman-teman yang lain, sering pulang dengan sesuatu jika bertugas luar. Fika kalau ke Bintulu, cuma ke offshore dan hotel. Langsung tidak ke mana-mana.. Namun tetap juga ada sahaja buah tangan darinya. Walaupun hanya rantai kunci yang dibelinya di lapangan terbang. Bukan barang yang jadi ukuran, tapi ingatan itu bukanke lagi penting. Tapi cepat-cepat ku ilangkan rasa kecil hatiku. Lan memang begitu.

Setelah meletak telefon, aku termenung panjang. Dengan perangai Lan yang begini, bagaimana dia hendak berbincang. Sudah puas hatinya cuba mengerti dengan keadaan dan kehidupan Lan, namun Lan tidak pula berusaha untuk memahami. Perkara ini memang menjadi fikiranku sekarang. Oh Tuhan, bantula hambaMu ini.. amin!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home