Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Wednesday, June 02, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 29 - SYAHIRA story ::

Mungkin inilah permulaannya

Kawasan bangunan blok D yang menempatkan Jabatan Latihan ku rasa sudah penat ku jelajah. Berpusing-pusing dia mencari tempat letak kereta. Menyesal kerana tidak mengikut pesanan seorang rakan yang menasihatinya supaya tidak membawa kereta. Padahnya sudah hampir 15 minit dia mencari ruang kosong bagi meletakkan keretanya. Kalau jalan tadi dah sampai agaknya. Terasa lega apabila melihat sebuah kereta sedang cuba meninggalkan tempat letak kereta itu.

Pegawai tadbir yang mengendalikan bahagian latihan masih dalam mesyuarat. Sememangnya temujanji yang dibuat pukul 11 pagi, namun dia yang sampai awal ke jabatan itu. Dia bangun apabila disapa oleh seorang pemuda.

"U must be Cik Syahira.. Im Akmal.." Pemuda itu melemparkan senyuman. Mak ai, muda lagi.. Ingat dah berjanggut putih tadi.

"Sorry.. I guess Im a little bit late. I mentioned to u yesterday rite.. i had a meeting this morning.. Come.. lets have a discussion .." Dia mempersilakan aku masuk ke dalam biliknya. Aduhai, kemas sungguh biliknya.

"Pls have a seat..."

"TQ..."

"Oh.. lega juga saya dengar suara Cik Syahira.. Takut-takut saya kena deal dengan orang bisu tadi.." Eh mamat ni.. buat lawak la plak dengan aku.

"Kalau bisu macamana nak ajar student.. "

"Oh lupa pula saya sedang bercakap dengan seorang pensyarah muda yang berbakat."Aku tersenyum nipis. Isk mamat ni karang kena dengan aku ni...

"Nampaknya Cik Syahira ni jenis tak banyak bercakap.."Eh mamat ni karang... aku dah la nak cepat ni.. Bertonyeh la plak..

"I think we shall start our discussion En Akmal.."

"Yes, sure.. my pleasure.. " Kami memulakan perbincangan. En Akmal memberitahu aku perlu menyerahkan passport antarabangsaku kepada kedutaan untuk visa. Surat tawaran kursus harus disertakan sebagai bukti, agar aku dapat membuat tuntutan atas segala urusan. Ucapan terima kasih mengakhiri pertemuan kami. Ajakan En Akmal untuk makan tengahari bersamanya ku tolak dengan baik. Berapa ramai mata yang akan memandang nanti.

Sekembalinya dari Jabatan Latihan, aku terus menelefon papa dan mak. Ku cuba dial no Fika, tidak berangkat. Kemudian ku cuba hubungi Risya. Dia dalam perjalanan pulang ke pejabat dari mesyuarat di KLCC. Ku maklumkan tentang pemergianku. Risya nyata terperanjat, namun dia menarik nafas lega selepas aku memberitahu tarikh pemergianku dalam 2 bulan dari sekarang. Sudah confirm, cuma menunggu greenlight dari Kedutaan dan tiket. Dua bulan dari sekarang, untuk bersedia... menjadi wakil kepada jabatan dan universiti, juga negara. Bersediakah aku?? Dalam hati, tetiba teringat Lan. Sedikit pun dia tidak bertanya khabar ku sepanjang aku melancarkan perang dingin kepadanya. Bukan apa, aku jauh hati dengan sikapnya yang langsung tidak mahu mengambilberat. Bukan baru sekarang, dari dulu lagi. Sekiranya aku tidak berjaya menelefonnya, bukannya dia tahu menelefon kembali. Tidak nampakkah ada mesej miss call di telefonnya. Ini baru begini, selepas kahwin bagaimanala agaknya. Aku bukan mahu dimanjakan, cuma cukupla sekadar bertanya khabar. Mahal sangat kah nilai 20 sen sms untuk diberikan kepadaku. Tidak bolehkah dia menelefon kembali? Besar sangatkah permintaan aku? Sungguh aku bersedih dengan sikap endah-tak-endahnya. Apakah pemergianku ini adalah satu petanda dari Yang Maha Esa untuk aku.. membuat satu keputusan. Tinggalkan Lan?

Fika dan Ris pulang dari kerja, rumah kami ceria secerianya. Sibuk Ris bercerita tentang kemungkinan dia akan mendapat elaun baju, dan Fika bercerita tentang virus. Pengalaman mereka memang lebih menarik dariku. Dunia aku lebih tertumpu kepada buku dan anak-anak muridku. Namun, aku suka dengan kerjaku. Dan Fika dan Ris, ternyata memandang tinggi kerjaku. Kata mereka, kerja ku cukup susah. Lagila budak-budak sekarang, dengan seribu satu perangai.. ditambah lagi dengan perangai HEA dan HEP yang terikat dengan birokrasi. Pening.

"Wah..akak jarang outstation.. terus-terus pegi .. duk lama lak tu.. Ris paling lama pun sebulan keluar.. Sebab Datuk tu kalau lelama dia memang akan antar lelaki.. Siap suruh angkut anak bini lagi."
"Hmmm rezki akak aaaa tu.. Nanti kita leh aa melawat Kak Ira kan Kak Ris.."
"Akak tak pergi lagi.. u all dah plan macam-macam. Ntah dapat g ke tak..?"
"Ntah Fika.. Amboi awak tu tak kena keja ke?? Makan gaji buta..?"
"Ala.. Kak Ris ni.. Kita cuti aaa.. Akak ajak la Datuk akak tu skali.. Bawak abang Arin sekali.."
"Hmm pandaila .. Baik akak angkut satu ofis terus tengok Kak Ira kat sana..."

Aku tergelak besar melihat gelagat mereka. Gelagat mereka yang sungguh ceria menggembirakan aku.. Namun jauh di sudut hati, aku masih menanti panggilan dari Lan. Fika bangun menuju ke dapur. Haus katanya.
"Cakap tentang ofis ni.. Ris kena ikut Arin g Balik Papan ahad ni.. Sian lak tengok dia tu.. abis semua dia pergi.."
"Kenapa korang je yg kena pegi.. Orang lain takde.."
"Ada yang melibatkan kami.. kami kenala pegi.. Tapi aritu Ris cuti seminggu.. Arin kena cover semua.. Ni mebbe Datuk dah kesian kat Arin, dia suruh tolong.. Nasib baikla Arin tu ok.. "
"Apa lagi kak.. Ngorat la.. Hensem apa abang Arin tu.."
Fika tiba-tiba datang dengan segelas susu.
"Hmm pandaila Fika ni.. Fika jela yang ngorat dia.. Dia suka Japanese food macam Fika.. Kalau hidang Tempura.. dia sorang je yang sapu.."
"Eh Fika tu mana pandang orang lain... Kan tengah tunggu orang tu balik dari Jepun kan.. " Aku bersuara.
"Mana ada... kami kawan je la.. Fika tak pernah keluar pun dengan dia."
Fika cuba menafikan. Kami sama-sama tergelak melihat Fika mengerutkan mukanya. Merah padam mukanya. Tidak pasti marah atau malu. Suasana sungguh riang dan menceriakan.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home