Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Tuesday, June 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 32 - SYAFIKA story ::

SEREMBAN 14 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan, Muhammad Farid Ibrahim yang sedang terbaring di atas lantai simen dipijak kepalanya oleh seorang daripada lapan pelajar tingkatan lima sekolah itu yang menghadapi tuduhan membunuhnya.

... kes lapan pelajar tingkatan lima sekolah itu yang menghadapi tuduhan membunuh Muhammad Farid pada akhir Mac lalu.

Lapan pelajar berkenaan yang lima daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur dan tiga lagi dari negeri ini, dituduh secara bersama membunuh Muhammad Farid, 16, di antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang, 28 Mac lalu di Dorm Osman, Tingkat 2, Asrama Putera sekolah itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 149 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati.
*sumber www.utusan.com.my


"Apa la nak jadi budak-budak skrang ni kak. Sampai membunuh.."
"Apsal Fika.. Berita apa tu??"
"Ni yang budak mati kena belasah tu.. yang sekolah kat negeri sembilan tu.."
"Zaman kita dulu ada gak.. Tapi takde la teruk macam ni.. Diorang tendang dengan kasut boot.. Ya Tuhan, apa nak jadi. Kena rasuk setan agaknya?"
"Mungkin jugak.. Sian budak ni kan... "

"Fong... Astagfirullah.. Apa dah jadi ni??"
Terkejut apabila melihat Fong terbaring di atas katil dengan muka dan mata yang lebam. Segera aku mendapatkannya.
"Aduhai my dear, kenapa jadi macam ni? "
Fong tersenyum. Amat berat dirasakan. Ini rupanya emergency yang dikatakan. Cepat-cepat dia datang apabila Fong menelefonnya supaya datang ke rumah.
"Ello.. kau tak jawab ni.. Kenapa jadi macam ni??!!" Suaraku sudah meninggi.
"Kau ni Fika, Fong sakit-sakit ni pun Fika nak marah-marah. Cakapla lembut-lembut." Sayu pulak hatiku melihatnya. Kesian plak aku tengok.
"Okla.. meh sini Fika sapu ubat. Mana first aid?"
"Atas kabinet kat dalam stor.. mintak kat maid ek.."


Aku menyapu ubat di muka Fong. Sesekali dia berdesir menahan sakit.
"Sorry.. sorry! Fika buat perlahan-lahan k.." Aku memerhatikan dirinya. Dia tersenyum memandangku. Ada sinar di wajahnya yang lebam. Dalam kesayuan, terasa lucu pulak melihat wajahnya.

"Taknak cakap ngan Fika ke kenapa?" Suaraku perlahan cuba memujuk.
"Janji dengan Fong, Fika tak akan buat apa-apa.."
"Ok.."
"Janji dengan Fong.. now!"
Dia menghulurkan tangannya. Aku menyambut.
"Janji.."
Fong menarik nafas panjang.
"Syafik dengan kawan-kawannya.. Dia cakap jangan ganggu dan rapat sangat dengan Fika..""Syafik Arbain hampeh tu?! Apa hak dia nak cakap macam tu.. Dia tu sapa.." Suaraku sudah meninggi semula.
"Dah tu.. Fong biarkan je dia tumbuk Fong!" Pelik.. Fong ada tali pinggang hitam Silat. Kenapa tidak melawan kembali?
"Ramai.. Fong sorang.. Fong tak lawan memula sebab memang ingatkan Syafik tu betul-betul boyfren Fika. Fong memang mintak maaf.. Tapi diorang tak berenti. Lawan la balik.. Pastu, diorang cabut. Fong balik sendiri.. terus call Fika.."
"Nak kena si Syafik ni.. Siapla dia.." Aku sudah berdiri. Marah dan geram.
Fong memegang tanganku.
"Fika janji dengan Fong, takkan buat apa-apa kan..."
Aku duduk kembali di sisinya.
"Nasib baik grandMa takde.. Kalau tak, Fong nak jawab apa..."

Fong hanya diam.
"Poor u. Lepas ni kalau Syafik buat hal lagi.. Fong lawan je balik. Fika dan dia takde apa-apa hubungan pun. Kawan pun Fika tak sudi.."
"Eh tak baik macam tu.. Kucing pun Fika kawan.. Takkan orang macam Syafik tu Fika taknak kawan."

Tengok! Sempat lagi dia bergurau.
"Kita jumpa doktor k.. Kalau Fong taknak Fika jumpa mama Syafik.."
"Kan Fika dah tuam dengan ubat.. Esok lusa okla..."
"Ha degil.. degil la.. Malam ni Fika jumpa mama Syafik.."


Akhirnya Fong akur. Nasib baik tidak apa-apa kecederaan dalaman. Sian Fong.. Mangsa keadaan. Aku tahu antara kawan-kawan, mereka menggosipku dengan Syafik Arbain, anak kawan mama. Mama Syafik, salah seorang guru yang mengajar satu sekolah dengan mama. Tambahan pula, nama Syafik hampir serupa dengan namaku. Mama Syafik kenal rapat dengan mama. Malah beberapa kali, dia pernah menyatakan kesediaannya untuk mengambil ku sebagai menantu. Hmm.. tak berkenan aku dengan Syafik, pelajar nakal di sekolah dan taman. Hampir satu taman tahu siapa Syafik Arbain. Apatah lagi, ayah Syafik merupakan kontraktor yang mengusahakan taman perumahan tempat tinggal kami. Tahu sahaja aku masuk SBP, Syafik gunakan wild card untuk memberikannya peluang untuk menjadi salah seorang warga sekolahku. Itu lagi menambahkan buruknya keadaan. Apabila keluarga Syafik datang melawat, aku diajaknya sekali. Dan begitu sebaliknya. Buring buring!!

Memang benar kata Kak Ira. Dari dulu lagi sudah ada kes-kes gaduh atau ragging. Semasa di sekolahku dulu, seorang rakan sekelas pernah di flush gara-gara mempunyai wajah yang tampan.. dan menjadi sebutan akak-akak senior. Ini menimbulkan perasaan cemburu abang-abang senior. Bukan sahaja SBP, MRSM juga tidak terkecuali. Pernah semasa ku tingkatan 2, masuk paper terdapat pergaduhan antara senior dan junior. Cuma tidakla sampai membunuh. Takut juga dengan perkembangan budak-budak sekarang. Barangkali sudah banyak terpengaruh. Oh Tuhan, selamatkan kami dari bala bencana, amin...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home