Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, June 26, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 39 - RISYA story ::

Jam sudah menunjukkan 2.32 ketika dia dan Arin memasuki ruangan bowling di Flamingo. Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Datuk, hari ini diadakan satu perlawanan bowling persahabatan bagi mengeratkan silatur-rahim sesapa satu jabatan dan sebagai tanda terima kasih Datuk kepada pekerja-pekerjanya. Hadiah juga adalah dari wang Datuk sendiri.
"Apsal lewat?"
"Sorry Pak Mat.. Susah carik parking kat sini.."
"Takpe.. g cepat check nama.. sat g nak start dah.."

Kami mendapatkan Kak Nora yang memegang senarai nama. Aku dan Arin sudah pasti diletakkan di kumpulan yang berlainan.
"Hmm janganla aku dapat dengan budak management trainee yang hampeh tu.. Rela aku main dengan Kak Nora lagi dari dia. " Aku tersenyum dengan kata-kata Arin. Pastinya si Aidil.. Tak suka sungguh dia dengan Aidil.. Sudah pasti kerana sikap Aidil yang sombong dan tidak menghormati senior.. Kononnya pelajar cemerlang biasiswa syarikat.. meletakkannya sebagai budak favourite di syarikat. Pernah satu kumpulan dengan Arin ketika Arin bertugas di Bintulu.
"Peh selamat.. budak tu takde.."
"Hmm nampaknya Arin sudah berjaya mencari senarai nama kumpulannya, sedangkan aku masih terkial-kial mencari."
"Lane berapa Rin?"
"5.. Kau lom dapat cari lagi ke Sya.. Apsal la lambat no ni.. Main bowling terror.. Carik nama terkial-kial..
"Isk Rin.. Susahnya nak carik.. Nama kecik-kecik camnie.. Aku dah la lama tak main ni.. "
"Meh aku carikkan.. kau g amik kasut aku.. Saiz biasa.."

Aku meninggalkan Arin, menuju ke tempat simpanan kasut. Sejurus selepas itu, aku kembali mendapatkannya.
"Kau carik camner la Sya.. Ni ha baris kedua je ni.. Arisya .. bukan nama kau Arisya ke?"
Aku tersenyum dan mengambil kertas di tangannya.
"Kau tahu kan.. aku ni cari-cari benda ni memang lemah skett. Sebab tu tak boleh masuk explorace. Eh ada department lain ke? Datuk kata department kita je kan?"
"Aah.. Kenapa?"
"Ni sapa plak satu kumpulan dengan Sya ni.. Haris Fahmi.."
"Aah sapa lak tu? Nama dah la dekat-dekat nama kau.. Aris.. Arisya.. Wah kenala camtu.. All the best la.. Anak buah Datuk agaknya.."

Pengumuman kedengaran supaya semua bersedia. Hmm sesapa la.. Haris Fahmi ke Aris Fatimi ke.. Aku menuju ke lane 2. Nampak Haikal di lane 3, bersebelahan denganku. Dia mengangkat tangan. Aku tersenyum dan melambai tangan membalas. Satu lane 3 orang, sorang lagi technician letrik yang selalu membaiki komputer di jabatanku. Yusuf namanya. Dia sudah berada di lane. Tak nampak pun sesapa selain Yusuf di situ yang tidak ku kenali. Mana pulak si Haris Fahmi ni?
"Hi.." Aku menoleh. Anak Tan Sri, sahabat karib Datuk berdiri di hadapanku.
"Risya ke? Saya Haris.. Call me Ris.."
Ris? Terkelu pula aku mendengar nama itu. Itukan nama panggilan aku di rumah. Lelaki itu kemudiannya bersalaman dengan Yusof.
"Saya tak pandai bowling ni. Mohon tunjuk ajar dari awak berdua.."
Aduhai sopan sungguh lelaki ini. Aku lihat Yusof menggangguk.
"Ala.. aku pun tak reti gak.. Ni Sya ni terror.. Dia juara kategori wanita last year.."
"Ala,takdela terror mana pun. Itu sebab perempuan berapa orang je kat dept ni. Lagipun Sya dah lama tak main.. Sama-samala saling mengajar nanti.."

Sungguh dah berapa bulan aku tidak memegang bola itu. Janganla masuk longkang, malu aku dengan Arin dan Haikal.. ehhehe.. Oh anak Tan Sri ni namanya Haris Fahmi rupanya. Tan Sri ada tengku, sure anak ada tengku.. Hmm apa-apala.. Pokok pangkalnya dia mahu bermain. Yusof sudah melontar bola.. Spare.. Hmm bagus.. mereka sama-sama saling bersorak. Kak Nora akan melontar bola di lane 1. Masing-masing mula mencucuk jarum. Sudahnya.. bolanya masuk longkang. Dia merungut memarahi kawan-kawannya yang mengejek.. Lucu betul melihat dengan telatah mereka. Hilang sudah masalah di kepala.

"Weh weh.. lepas ni Risya .. Juara kita.. Kita tengok berapa yang kena.."
Azizi, seorang lagi lead engineer yang satu kumpulan dengan Haikal bersorak.
"Kau jangan Rif.. usik-usik si Sya ni ha... Saje je kau ni nak kenakan group aku.." Yusof bersuara. Aku tersenyum. Bismillah, janganla masuk longkang. Dan aku melontar. Hampir tidak percaya, semua pin jatuh. Hehehe.. berkat baca Bismillah tadi.
"Yes.." Aku separa menunduk seperti orang Jepun memberi tanda hormat. Yusof bersorak. Haris Fahmi berdiri bertepuk tangan. Apabila aku menoleh memandang Arin yang kemudian memberikan flying-kiss kepadaku, nampak Datuk di sebelahnya sedang bertepuk tangan. Aduhai, kenapala aku tak tahu Datuk satu kumpulan dengan Arin. Kemudian aku dan Yusof mengajar Haris memilih bola yang sesuai dan cara melontar bola yang betul. Dia mampu menggunakan bola 15. Kuat juga dia. Dia kemudiannya melontar. Tampak sungguh dia kekok namun dia berupaya menjatuhkan beberapa pin.

"Sorry tak dapat abiskan pin tu.."
"Hmm okla tu.. First timer.."
Yusof bersuara. Haris kemudiannya tersenyum memandangku. Aku menunjukkan tangan tanda memberikannya semangat. Aku kemudiannya memberikan beberapa tips kepada Haris. Dia sungguh cepat belajar. Beberapa lontaran sudah boleh membuat spare. Datuk datang ke tempatku ketika Yusof membuat lontaran. Dia kemudiannya berbual-bual dengan aku dan Haris. Kemudian, aku nampak Datuk menuju ke lane lain. Itulah ketua yang sangat ku kagumi.. Walaupun bergelar Datuk, berjelar jutawan, walaupun darjah kebesarannya sudah tidak boleh dibilang dengan jari.. Namun dia tetap begitu. Humble dan sangat menghormati pekerja-pekerjanya. Sesekali aku ke lane 4 melihat Arin bermain. Kadang-kadang aku menggiat Haikal dan Azizi. Aku sedari mata Haris Fahmi kadang-kadang curi-curi memandangku, namun aku buat-buat tak tahu. Biasala, dia pasti sentiasa mencari ahli kumpulannya.
"Lama keja dengan Datuk?"
"Lama.. sejak 6 bulan lepas grad.. sampai sekarang.."
"Datuk kata awak ada master.. Terror la.."
"Ala.. master main-main.. Sesapa pun boleh dapat.."
"Mana ada master main-main.. Susah dapat master..saya pernah cuba dulu.. Tapi last-last tak boleh nak commit. Maklumlah, buat part-time kan.. Awak kira terrorla.. Buat part-time dan dapat habiskan.."
"Hmm.. memang susah.. Tapi alhamdulillah, berkat doa semua barangkali."
"Awak dah ada..."
Kata-kata itu terhenti apabila Yusof memanggilku untuk membuat balingan. Aku berdiri.
"Nanti kita sambung ek.." Haris Fahmi menggangguk.
"Wah.. strike kau.. congrate.. Tak perasan lak Sya.."
"Hmm, mana nak perasan.. sibuk berbual dengan jejaka tampan di sebelah..."
Azizi kembali menggiat. Ku cengilkan mataku, buat-buat marah dengan usikan Azizi. Ku lihat merah padam muka Haris Fahmi. Hmm pemalu rupanya lelaki itu. Aku terus membuat balingan. Malas aku nak melayan Azizi. Yes.. strike lagi!!
"Jangan marah Zi kalau Sya buat turkey lagi.. Hehehe.." Suasana kembali kecoh apabila Yusof kembali menggiat Azizi. Aku duduk. Tersenyum Haris Fahmi memandangku.
"La senyum plak. Pegila baling.." Haris Fahmi tersenyum malu lalu bingkas bangun. Hai, kenapala mamat sorang ni.

Pemainan petang itu ditamatkan dengan penyampaian hadiah dari Datin kepada pemenang. Jangan marah, aku juara kategori wanita lagi tahun ini. Raja longkang pula juara baru iaitu Aidil dan ratu longkang.. sudah pastinya Kak Nora. Kategori lelaki juga juara baru disandang oleh Pak Mat dan bukan lagi Azizi seperti tahun lepas. Kumpulan Haikal memenangi kumpulan terbaik pada tahun ini. Majlis petang itu diakhiri dengan sedikit jamuan teh di situ.
"Kau dari tahun lepas tukang angkat hadiah je Arin.. Kau bila nak dapat hadiah.." Pak Mat menegur ketika kami sama-sama menuju ke arah tempat meletak kereta. Haikal, Azizi dan Haris Fahmi juga berjalan bersama-sama.
"Saya main suka-suka jek.. Asal enjoy.. Kalau main terror-terror karang.. Pak Mat tak merasa la hadiah tu.. ye tak Azizi?"
Kata-kata itu disahut dengan gelak tawa dari Haikal dan Azizi. Nakal sungguh mereka.
"Alah Arin tu cakap pandai kan Sya.. Cuba buat.."
Kami sama-sama gelak termasuk Haris Fahmi.
"Its really sweet memory playing with you. You are so sweet! Hope to see u again.."
Aku tersenyum mendengar kata-kata dari Haris Fahmi sebelum masuk ke dalam kereta Arin. Dia kemudiannya menuju ke arah keretanya. Yeah, u are sweet too! Ketika aku masuk ke dalam BMW 3series itu, Arin sudah tersenyum nakal. Hmm, malas aku nak melayan.

2 Comments:

  • At September 13, 2004 at 9:52 AM, Blogger nikiysa said…

    "Wah.. strike kau.. congrate.. Tak perasan lak Sya.."
    "Hmm, mana nak perasan.. sibuk berbual dengan jejaka tampan di sebelah..." Rudy kembali menggiat. Ku cengilkan mataku, buat-buat marah dengan usikan Azizi. Ku lihat merah padam muka Hanif Fahmi.

    haris fahmi ke hanif fahmi? silap ek? check it out

     
  • At October 12, 2004 at 12:55 PM, Blogger 3SYA said…

    Thanks for ur comment.. keep reading.

     

Post a Comment

<< Home