Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Sunday, June 27, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 44 - RISYA story ::

Nahar nak pergi Kerteh petang ni. Wanna have breakfast with me? Nanti Nahar jemput.

Pagi-pagi lagi sms Nahar tiba. Hmm.. nak pergi dengan siapa ek? Fika sudah pagi-pagi memandu ke Shah Alam... Kak Ira sudah ke kelas. Takut juga dia mahu keluar berduaan dengan Nahar. Namun takpela kot.. Pagi lagi ni..

Ok.. Pukul berapa Nahar nak sampai sini?
Butang SEND ditekan.

Lagi 1/2 jam Nahar sampai. Rumah Sya kat precint berapa?

Aku memberi penerangan ke arah rumahku menerusi sms. Sementara menanti aku bersiap seadanya. Nahar tiba-tiba mengajaknya keluar, kenapa ek? Hmm tak ada apa yang diherankan.. Barangkali mahu mengisi masa lapangnya.

Nahar tiba dengan Ford Ranger WJK 4148 berwarna maroon.

"Kereta company.. Nahar ambil tadi.. Nak bawak ke Kerteh petang ni.. Nak ke mana kita?"
"Hmm kita breakfast kat Bangi nak? Dekat area Az-Zahrah tu... Nahar tahu tak area tu?"
"Hmm depan masjid tu ke? Oh.. tahu.. "

Dalam perjalanan itu, kami berbual. Nahar sibuk bercerita tentang kerjanya yang sibuk dan memenatkan. Ada juga dia bercerita tentang rumahnya di Bukit Jalil yang masih dalam pembinaan. Dia menceritakan bahawa dia pernah terlibat dalam projek pembinaan landasan ERL semasa bekerja di tempat lama. Ceria sungguh dia. Asyik gelak sahaja.

"Kenapa Nahar asyik gelak je.."
"Abis tu Sya buat lawak je.. Nahar kerja teruk.. Langsung tak boleh buat lawak.. Serius manjang.. Dengan Sya ni Nahar rasa happy.. "

Baguslah kalau dia rasa begitu, sekurang-kurangnya aku dapat menceriakan rakannya itu walaupun dirinya dalam kesedihan. Kami makan bersama dalam suasana yang sangat menyenangkan. Nahar begitu bersifat menghargai dan matanya cukup tajam memerhati.

"Nahar ni jenis tak kisah.. Baju Nahar pun orang duk belikan.. Tak sempat pun nak g shopping ke apa ke?"
"Sian Nahar.."
"Nak buat camner Sya.. Kerja Nahar memang macam tu.. Tapi takpela.. Atleast Nahar puas hati.. Sya ni independent betul la kan.. Bagusla.. Nahar suka perempuan yang independent."

Dalam perjalanan pulang, sekali lagi Nahar bertanyakan samada aku mahu memandu kenderaan pancuan 4 roda itu. Dia menghentikan kenderaan itu apabila aku bersetuju untuk cuba memandu kenderaan itu. Kekok juga ketika mula-mula memandu apatah lagi handbrake nya bukan seperti kenderaan biasa. Namun, Nahar menunjukkan cara. Tidak lama kemudian, aku sudah boleh menyesuaikan diri dan memandu hingga sampai ke rumah.

"Thanks Nahar.. Drive carefully tau ke Kerteh petang ni.."
"Hmm ok.. Sampai sana nanti Nahar call.. Sya pun take care."

Kami berpisah dengan senyuman Nahar tidak lekang-lekang dari bibirnya. Semoga dia selamat pergi dan balik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home