Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, July 01, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 47 - RISYA story ::

Tiba-tiba aku teringat Nahar setelah Arin bertanyakan tentang Nahar selepas mesyuarat tadi. Sudah hampir dua minggu berlalu sejak aku keluar dengan Nahar. Terus hilang khabar selepas itu. Pernah juga aku cuba menghubunginya, namun tidak berangkat. Dia juga pernah memberi sms.. namun tidak juga berbalas. Aku pelik juga namun ku biarkan sahaja. Menyedari keadaan itu, aku sudah sedia maklum pastinya Nahar sudah tidak mahu berkawan denganku. Pada diriku.. aku sudah tidak kisah. Namun keadaan itu mengingatkan aku kepada Miri. Begitulah keadaan Miri ketika dia saat awal mahu memutuskan hubungan. Dia seolah-olah mahu aku paham sendiri tentang situasi tersebut. Susah sangatkah mahu bersuara.. Tidak cukup berani agaknya untuk berhadapan dengan ku ketika itu. Aku kembali ke parking kereta selepas mesyuarat di bangunan bersebelahan dengan Amcorp Mall di Petaling Jaya ini. Ana, eksekutif wanita muda berbangsa Cina yang mengiringiku turut membantuku mengangkat fail ke kereta. Arin sudah lama beredar kerana perlu ke KLIA untuk ke Miri petang ini. Aku tidak perlu mengikutnya kali ini, namun Datuk meminta ku bersedia untuk ke sana pada bila-bila masa sekiranya Arin memerlukan bantuan.

"Hey.. Are u blind?"Habis semua barang-barangku jatuh. Menyesal aku tidak masukkan phone ku ke dalam beg. Nokia 6510 itu jatuh juga dan dihempap fail-failku. Ana sibuk memarahi lelaki yang melanggarku. Namun, lelaki remaja itu sedikit pun tidak heran dengan maki hamun wanita Cina itu dan terus meninggalkan kami. Seorang lelaki yang berjalan di belakangku berhenti dan sama-sama membantuku mengutip kembali fail-fail itu. Berkicau lagi mulut Ana ketika dia juga turut membantu ku mengutip barang-barangku."Its ok Ana.. He just a tennager.."
"Teenager should respect someone older. So sorry with what had happend Risya... And to this young guy.. thanks for helping us.."
"My pleasure.."

Dia bersuara sambil tersenyum. Ketika itu barulah dia dapat memerhatikan lelaki itu. Nampak grunge dengan t-shirt Hard Rock Cafe Melbourne dan disarung dengan kemaja jeans lusuh dan beg gitarnya yang tersangkut kemas di bahu. Gayanya cukup bersahaja ditambah dengan rambut panjang yang diikat kemas. Itu bukan persoalannya, namun lesung pipit sebelah kanan yang kelihatan ketika dia tersenyum itu mengingatkannya tentang seseorang. Macam kenal je.. Tapi siapa ye? Model ke dia ni?

"Hey... Arisya Hishamuddin rite?"Eh siapa ni? Dia tahu nama penuhku.
"Arisya rite? Or i made a mistake? U are not Arisya Hishamuddin.. So sorry.." Dia petah berkata. Oh suara.. manalah kau pergi. Bagaimana seorang jejaka grunge ini mengenaliku. Kawan Miri? Dan akhirnya aku dan dia duduk di Starbuck, Amcorp Mall.

"Tak sangka aku jumpa kau Sya.. Serius aku takut tadi salah orang.. Siot je! Kau pun diam je.." Aku tersenyum memandangnya. Lelaki itu.. Ahmad Rizal El Ehsan, rakan sekelasku di sekolah menengah semenjak tingkatan 2. Kami tidak pernah bertegur sapa cuma ketika ujian amali Kimia SPM semasa tingkatan lima, kami duduk meja makmal yang sama. Barangkali kerana itu dia mengingati nama penuh ku.
"Manala Sya tak terperanjat. Ril sikit punya grunge.. Dulu mana pernah Sya tengok Ril berambut panjang.. Isk ingat sapala tadi.. Nasib baik ingat kat dimple Ril tu! Cam juga Ril kat Sya ek?" Rizal tersenyum. Tampak dalam lesung pipit kanannya.
"Hmm budak glamer macam kau Sya sapalah tak cam. Hmm patutla kau tak cam aku.. Kau nampak aku pun masa kat sekolah je.. Aku kalau cuti sekolah je bela rambut.. nak masuk sekolah potong balik.. Lepas SPM aku terus bela rambut sampai sekarang.. Lain eh muka aku.. hehehe.. Kau pun sikit punya vogue.. Takut tadi aku nak tegur.. Tapi aku selamba jela.. Kalau salah pun apa salahnya berkenalan." Dia ketawa lagi. Nakal sungguh dia.

Kami berbual mengenai hal masing-masing. Memang kali terakhir aku bertemu dengannya semasa di tingkatan 5. Sudah hampir 10 tahun. Patutla dia sudah banyak berubah. Walaupun kurus, lengannya pejal berotot. Dengan kaca mata tinted yang diletakkan di atas kepalanya, dia tampak ranggi. Ingatkan model.. rupanya dia sound engineer secara freelance. Tidak silap aku lelaki ini antara pelajar cemerlang sekolah namun dia masih tiada kerjaya tetap.

"Aku amik muzik dulu.. buat sound engineering 9 bulan.. buat diploma jek.. Aku ingat nak sambung tapi takde peluang la. So macam ni la.. Lepas abis je.. Aku start main-main muzik la.. buat live band kalau ada undangan.. Kadang jadi pemuzik pengiring. Buat support audio kalau ada function. Aku pernah jadi sound engineer untuk company advertisement. Boring.. aku lompat kerja lain. Kadang tu terasa jugak bila jumpa kawan-kawan lama. Orang lain kerja semua bagus-bagus. Kau je ha.. corporate sekarang.. dah kerja company minyak terkenal tu.. Aku kenal CEO kau tu.. Anak dia pernah invite group aku main untuk majlis company dia.."
"Sya kerja biasa je la.. Kuli gak.. Alah Ril.. asal happy sudahla.."
"Happy tu memang la Sya.. Tapi sampai bila nak hang camnie.. yetak? Kalau takde job, macam nila.. main2 muzik dengan kengkawan. Ni pun aku baru balik dari jamming kat studio Jalan Gasing."

Aku tersenyum. Ketika aku mengundur diri, kami bertukar kad perniagaan. Dia berjanji akan menelefonku. Hmm, siapa sangka hari ini aku bertemu dengan Ril, antara pelajar favourite di sekolah dulu. Cukup terkenal dengan kenakalannya tapi baik hati dan tidak pernah lokek menghulur pertolongan. Kalau tidak, takkan dia berhenti untuk membantuku tadi.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home