Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Tuesday, July 06, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 52 - SYAHIRA story ::

Sampai di rumah, nampak kedua kawannya sudah terbaring di hadapan TV. Perlahan-lahan dia menghampiri mereka. Keduanya sedang tidur. Keletihan barangkali. Kesiannya!

"Kak Ira dah balik.."

Tiba-tiba kedengaran suara Syafika menegur. Apabila menoleh, dilihatnya Risya sudah menuju ke dapur dan Syafika sedang membetulkan kedudukan kerusi di ruang tamu.

"Ait tadi tidur.."
"Takdela.. saje je kitorg memain pejamkan mata. Kitaorg lepak je.. Tak larat nak bangun.. Penat sangat..."
"Korang kalau tak dapat khidmat cemerlang tak tahu la akak.. si Ris tu balik-balik terus g discussion kat ofis ke Ris."
"Aah kak... Apa nak buat kak.. carik makan. Nak mintak orang sponsor.. dia dah tinggalkan kita.. eh silap.. dia suruh kita tinggalkan dia.."

Risya sudah gelak-gelak. Ait, ok je minah ni balik dari Miri. Bertemu dengan bekas kekasih ke kat sana?
"Sapa antar tadi? Sian Ris .. akak tak dapat nak amik..."
"Alah takpe Kak Ira... Akak kan ada kelas.. Ril amik tadi.. "
"Ha? Ril tu sapa lak.. Kak Ris ni ramainya kawan-kawan.. Aritu g Bali Papan kenal orang lain.. ni balik Miri kenal orang lain.."
"La.. ni kawan lama akak.. classmate sekolah dulu.. Kebetulan dia sms akak masa tu.. terus dia offer.. Orang dah nak tolong kan.."
"Hmm ramai kawan la Kak Ris ni.. Bestnya.."
"Takde la.. yang kawan baik bestla.. yang tak baik.. sakit paler gak Fika.. Cuma kita pandaiĀ² la jaga diri.."
"Tadi Fika kenal sorang mamat.. Handsome woo Kak Ris.. Kak Ira.. Dia baya kak Ira.. Dia mintak kad Fika.."
"Hmm okla tu.. Leh la kenalkan pada Kak Ira.."
Risya bersuara.
"Apa lak tu Risya.." Mereka sudah gelak. Nakal sungguh mereka.
"Hmm.. ntah la.. Fika malas la Kak Ris.. Ntah sapa-sapa ntah.. Kalau nak kenalkan kat Kak Ira.. biarla kenal betul-betul.. Dia ni ex-steward.."
"Hmm takpela camtu.. Ex-steward ni sosial skett la.. Gaya hidup lain dari kita.. Fika hati-hati kawan orang macam tu.. "
"Kenapa Kak Ris.. Sosial sangat ek? Setakat pegang-pegang, peluk-peluk tu Fika pun pernah buat... Hehehe... Tapi dengan kawan baik Fika je la.."
"Hmm ni lebih-lebih pun ada.. Dengan orang yang baru kenal pun belasah jek.."
"Fika pernah? Best fren Fika lelaki ke?"
Aku menyampuk. Fika jarang membuka cerita. "Hmm.. Aah.. Budak cina.. Dulu la.. masa study dulu.. sekolah.. Fika ni bukannya baik sangat pun. Dulu pernah bonceng motor dengan dia.. g tuisyen.. g keluar makan.. Sekarang takde la.. dah insaf.. Taubat dah! Heheheehe.. Tapi dulu takde feel apa-apa pun. Kawan-kawan jek.."
"Hmm itu lain Fika.. "
"Tapi sure diorang boleh berubah kan.. Macam Fika.. Fika dah tak buat lagi dah."
"Kalau diorang nak berubah Fika..."
"Hmm biarla diorang.. Kak Ris camner.. best ke g offshore?"

Aku duduk mendengar cerita Risya.
"Tempat tinggal dia macam cabin la.. pastu ada shower .. heater.. best gak.. tapi Datuk tak bagi akak stay situ.. Dia suruh akak balik... Ada offshore yang ada stage tau.. Malam-malam ada live band.."
"Yeke.. bestnya.. Kat mana tu kak.."
"Ntah la.. akak pun tak brapa pasti.. Tak g lagi tempat tu.. Arin pernah la.."
"Ikan takyah citer la.. Dah la besar-besar.. Macam menyerah je.."
"Boleh tangkap ke Ris?"
"Hmm mana boleh kak.. Tapi ada gak aritu Arin bawak balik.. Heheheh.. Kecut gak dia kata nak bawak balik.. Tapi orang sana dah bagi.."
"Best la jadi Arin... Merata dia pergi.."
"Hmm tapi sian la nanti wife dia Kak Ira.. Asyik kena tinggal jek.."


Aku terhibur dengan gelagat mereka. Hilang sudah kesedihan dengan kisah Lan. Tamat cerita Risya, Fika pula menyambung tentang pengalamannya ke Penang. Hingga larut malam, kami masih berbual. Mesra!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home