Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Monday, July 05, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 51 - SYAFIKA story ::

Perjalanan 45 minit dari Bayan Lepas ke KLIA itu ku rasa cukup membosankan. Nak pejamkan mata dirasakan sangat sukar, nak membaca.. dia sudah cukup keletihan. Outstation cukup membosankan sekiranya keseorangan. Teamnya masih di sana. Balik dengan kenderaan pejabat. Dia perlu pulang untuk menyelesaikan satu problem di sebuah kementerian. Dah seminggu ada problem. Menyesal dia tidak meminta tempat duduk di sebelah tingkap. Lelaki di sebelahnya tekun membaca The Star. Dia menyedari sesekali lelaki itu ada menjeling ke arahnya. Barangkali menyedari dirinya kebosanan. Ketika air minuman diedarkan, lelaki itu membantu memberikan minuman tersebut kepadanya.

"Thanks" Dia tersenyum sekadar berbahasa.
"U r welcome.. Alone?"
Aku mengangguk.Suasana kembali sepi. Aduhai, wanita Cina di sebelah tingkap tidur sepanjang jalan. Rugi sahaja.. Baik bagi aku duduk situ. Sampai di KLIA, cepat-cepat dia keluar. Kalau boleh dia malas menunggu.. Ludgage lagi. Lecehnya!

Ketika menunggu beg, tanpa disedari seorang lelaki mendekatinya.
"U still here?" Dia tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki. Aku menoleh. Mataku menangkap tulisan "Planet Hollywood Indianapolis" di kemeja T yang dipakainya. Hmm mamat tadi. Mesti dia pelik.. Turun punyalah cepat.. Sekali masih lagi di situ menunggu beg.

"Yeah.. waiting for my ludgage.."
"U are in hurry?"
"Not really.. But i just too tired and cant wait to reach home.."
"Oh..."

Kami berbual. Dia bertanyakan tentang diriku. Dia menyangkakan aku student lagi. Aku malas nak menidakkan namun kemudian dia juga berjaya meneka kerjayaku. Rupanya dia staff MAB. Bekas pramugara MAS. No wonder la good looking. Sekarang jaga customer servise.. Namun tugasnya kini menjurus dalam mengawalselia anak-anak buahnya. Terubat juga kebosanannya. Patutla Kak Ris selalu berbual dengan penumpang lain untuk membuang kebosanannya. Pernah ada orang menceritakan masalah rumahtanggannya kepada Kak Ris. Kak Ris yang baik hati pasti akan melayan dengan baik. Namun kata Kak Ris, semua pertemuan tamat di situ dan tidak berlanjutan. Aku meminta diri setelah beg ku sudah berada di troley. Lelaki itu menyerahkan kadnya dan berharap boleh mendapatkan kad ku. Berat hati untuk memberi, namun setelah merasakan tiada apa-apa, aku mengeluarkan kad ku. Bukankah kata Kak Ris, semuanya akan tamat di situ sahaja. Hari ini, aku berkenalan dengan seorang bekas pramugara MAS yang tampan bernama Amyr.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home