Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Monday, July 05, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 50 - RISYA story ::

Pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari hotel. Teringat Kak Ira yang tinggal keseorangan di rumah. Sian Kak Ira.. Dah la Fika ke Penang, aku pulak kena mengikut Arin ke Miri. Berkali-kali Kak Ira berpesan supaya ku kuatkan hati untuk ke sana. Manalah tahu kan.. Itu daerah tempat tinggal Miri. Aku sudah cukup kuat melawan hati. Paling teruk pun aku akan menangis lagi. Takpela, kalau itu yang terbaik .. aku akan terus cekalkan hati dan berdoa satu hati nanti aku akan berhenti mengingatinya.

Ketika menaiki helicopter ke offshore, tidak ku sangka aku bertemu dengan Syed Nahar sekali lagi. Dia tampak terperanjat melihatku, namun aku lebih banyak tersenyum dari bercakap dengannya. Diriku lebih kepada berbincang dengan Arin tentang kerjaku di sana. Pemergianku ke sini tidak lama, hanya makan sehari. Esok sudah pulang ke KL, kerana menghadiri satu perbincangan dengan Haris Fahmi. Penatnya nanti.. Tapi dia malas nak mengingatkannya. Sekarang, dia harus membantu Arin menyelesaikan tugas ini. Sesekali dia memandang Syed Nahar yang tidak jemu-jemu memandang dia dan Arin. Ku lemparkan senyuman sekali lagi. Malasla aku nak layan orang macam tu. Kejab ada kejab takde.. Macam biskut! Sebelum malam, aku sekali lagi menaiki helicopter untuk kembali ke darat. Terperanjat apabila Nahar ada di dalam heli. Arin tidak pulang bersamaku namun menghantarku ke heli dan berpesan supaya ku menjaga diri.

"Kamceng betul ya Sya dengan Nazrin tu..""Dah lama keja sama.."

Kemudian masing-masing menyepi diri. Sebenarnya mahu sahaja aku bertanya tentang sebab dirinya yang tidak mengangkat telefon atau berkirim khabar, namun aku malas nak bersuara atau bertanya. Lebih baik aku fikirkan tentang hari-hari yang akan ku tempoh esok. Aku sudah tidak seperti dulu. Dulu memang aku pasti akan bertanya sekiranya sebab kawan-kawanku tiba-tiba menyepi diri. Sekarang, aku lebih mengambil jalan mudah. Kawan dengan siapa yang kawan dengan aku sahaja. Jangan harapkan aku untuk mencari mereka. Perubahan ini barangkali kerana MIRI.

Aku segera onkan telefon bimbitku ketika berada di hotel. Beberapa sms masuk. Antaranya Ril. Rajin juga dia sms aku. Sebelum aku ke Miri lagi, sudah berberapa kali dia bertanya khabar. Pernah juga dia keluar makan bersama aku dan Kak Ira ketika dia membantu Kak Ira membelikan keyboard untuk anak sedara Kak Ira. Dia menawarkan diri untuk menjemputku di stesyen ERL setelah mengetahui tiada siapa menjemputku. Kebetulan dia free esok. Aku pada mulanya menolak namun memikirkan aku harus terus ke pejabat esok, aku membuat perancangan bersamanya. Ketika aku menelefonnya, jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih, namun Ril masih berada di luar kerana menghantar kawannya ke hospital. Bila ku tanya, dia kata sudah biasa begini. Itula Ril.. yang suka menolong orang..

Sampai di Stesyen ERL Putrajaya, seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Pastinya Ril. Dia membuka helmet, dan menuju ke arahku. Aku memberikannya kunci keretaku dan dia terus ke Honda Virago yang diletakkan di situ. Tidak lama kemudian, GTi ku sampai dan aku masuk ke dalam. Kami terus meninggalkan Putrajaya dan menuju ke pejabatku.

"Thanks Ril.. "
"My pleasure.. Sian kat kau je sebenarnya.. Busynya kau.. "
"Macam ni la nak carik makan Ril.."
"Yeah.. Kita mesti amanah jalankan tugas kita.. Barula rezki berkat.."

Aku tersenyum memandangnya. AKu percaya dia pasti dari keluarga yang baik-baik. Sikapnya yang cukup menghormati perempuan lagi menambahkan value pada dirinya. Tidak peliklah kalau dirinya mendapat perhatian ramai gadis.

"Ril.. apsal kau macam racer F1 ni Ril?"
"Kenapa kau cakap macam tu?"
Dia pelik memandangku.
"Iyala kalau ye pun.. bukak la helmet tu dulu.."
Aku sudah mula ketawa.
"Ha.. patutla aku rasa lain macam jek.. Tula aku nak cepat tadi.. Tolong pegang stering ni jab.. Aku nak bukak helmet.."
Dia juga turut ketawa. Mesra!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home