Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Tuesday, July 13, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 58 - SYAFIKA story ::

Malam itu aku menemani Kak Ris di Ampang Puteri. Dia sudah tidur. Jenuh juga dia melayani panggilan telefon yang tidak putus-putus menghubungi. Sms jangan ceritalah. Tapi memang patutlah, Kak Ris memang ramai kawan. Namun, kawan Kak Ris yang disebut-sebut oleh Kak Ira tidak juga muncul. RIL. Entah kenapa hatiku teringin sungguh nak bertemu dengan kawan lama Kak Ris itu. Esok Kak Ris buat MRI, dan aku ke pejabat seperti biasa dari Ampang Puteri ini. Aku akan menanti Kak Ris sehingga emak Kak Ris sampai esok. Kak Ris keberatan aku menemaninya, namun aku yang berkeras hendak menemaninya. Aku kan memang degil. Kak Ira sudah pulang dijemput kawannya. Dia pun keberatan nak balik, namun teringatkan kelas pada esok harinya.. dia akhirnya akur pada keadaan. Takpelah, Kak Ira dah antar Kak Ris, biarlah dia pula menemaninya. Lagipun pejabatnya tidak jauh dari Ampang Puteri ini.

Aku dan Deen berbalas sms sepanjang malam. Tidak lama kemudian, seorang nurse datang untuk menjenguk keadaan Kak Ris. Melihatkan Kak Ris tidur, dia hanya bertanya khabar Kak Ris, dan sekali lagi mengingatkan tentang MRI Kak Ris pada esok hari. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sian Kak Ris, banyak dugaannya. Namun gadis itu cekal hati. Oh Tuhan, sembuhkanlah Kak Ris. Mataku menangkap satu berita tengah malam di TV3. Berkisar tentang kejayaan sekumpulan anak muda dalam industri permotoran-lumba kereta raleigh. Hilang semua butir berita itu apabila aku seakan nampak Fong di kaca TV. Lagi menambahkan apabila salah seorang yang ditemubual itu ku kenali. Terpampang namanya di kaca TV ketika ditemual. ZARIF SYAHIR.

Oh mine, itu memang FONG. Sayu hatiku mengingatinya. Sekian lama, lelaki itu tidak putus-putus menghantar email. Hampir setiap hari dari pelbagai email. Bukan dia tak sayang, namun disekatnya rasa kasih itu dari bercambah sekeras-kerasnya. Kalau dah bercinta, pasti mahukan diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Bagaimana? Dia dan Fong berlainan bangsa dan agama. Fong cucu tunggal lelaki. Grandpa dan grandma Fong tidak mahu cucunya itu hilang arah bangsa sendiri. Justeru itu sejak Fong balik Malaysia, dia dididik dengan adat dan budaya bangsa itu. Hampir setiap masa, Fong akan menghabiskan masa terluangnya di Dewan Cina di kawasan rumah kami. Fong belajar banyak benda di situ, dari belajar memukul gendang hinggalah ke tarian Naga. Aku juga selalu ke situ menemaninya. Bukan sahaja kawan-kawannya, namun trainer Fong juga sudah biasa menerima kehadiranku di situ. Mulanya, kehadiranku menarik perhatian ramai. Malah ada yang menganggap aku Fong's girl. Ada juga junior yang memanggil aku "Asso". Aku tidak suka dipanggil begitu. "Asso" bermakna "perempuan tua", namun menurut Fong itu gelaran untuk akak ipar, gelaran kepada isteri atau teman wanita kawan-kawan yang lebih senior di situ. Lama-lama aku sudah lali. Jadi bagaimanakah aku boleh membawanya ke duniaku sekiranya dia sudah dipegang kukuh oleh budayanya. Walaupun persahabatan kami tidak pernah mendapat tentangan dari keluarganya namun aku tidak berani meletak sebarang harapan. Peritnya kecewa bercinta. Kak Ris kata ketika dia mahu memulakan percintaan dengan Miri, secret admirernya itu, dia sendiri tidak yakin. Namun, akhirnya dia beranikan diri mengharunginya. Kesudahannya, gagal jua. Dia tahu dia tidak secekal Kak Ris. Justeru itu, dia menarik diri dari awal. Biarlah Fong mencari gadis sebangsanya. Im so sorry Fong. Fika tahu Fong dah fall in love dengan Fika, tapi Fika tidak berani membalasnya. Maafkan Fika!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home