Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, July 16, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 61 - SYAFIKA story ::

Ketika keluar dari pintu utama Hospital Pakar Ampang Puteri itu, selepas melawat Kak Ris, seperti kelihatan kelibat lelaki yang dikenali.. Namun ketika aku menoleh kembali, lelaki itu telah hilang dari pandangan. Sudahnya, dia termagu sendiri.. Abang Cik?? Tapi mungkin bukan dia.. Seringkali imaginasi menguasai diri, sehinggakan mana-mana lelaki yang berambut panjang, akan membuatkannya teringankan abang Cik.

Ketika sampai di rumah, Kak Ira ku lihat begitu sibuk menguruskan urusan pemergiannya berkursus ke luar negara. Ku beritahu aku akan keluar ke pameran buku di Kelana Jaya bersama Deen. Cadangnya aku akan park kereta di ERL, naik ERL ke KL Sentral, dan transit putra LRT ke Kelana Jaya. Deen akan menjemputku di LRT Kelana Jaya. Ketika dia masuk ke dalam kereta Honda Integra milik Deen, aku tiba-tiba jadi malu. Ku rasa inilah kali pertama dia dijemput dan keluar berdua dengan lelaki selain Fong dan abang-abangnya. Setelah sekian lama.

Melihat jejaka itu di depan mata, seakan ada satu kuasa yang merapatkan mereka. Kenapa ya? Mungkin kami ada keserasian. Atau mungkin memang mempunyai tarikan. Cuma aku seolah tiada perasaan ketika berada di pameran buku itu. Manakan tidak, aku memang tidak gemar membaca buku. Haha, satu perkara yang amat berbeza antara aku dan Deen, kerana dia seolah-olah mencipta dunianya sendiri dengan meneliti buku-buku di dalam pameran buku itu. Ku tahu Deen suka menulis. Kerana itu dia perlu banyak membaca. Hasil tulisannya halus dan berseni, dan dari situla kami berkenalan.

Aku menghadiahkannya senyuman apabila melihat dia terjegat di hadapan mata.

"Sya nak g minum dulu atau terus balik?"
"Both can, but Im not in hurry. Deen?"
"Hmm Deen quite free .. Nak Deen antarkan balik ??"
"Ikut Deen la.. kat lrt pun ok.."

Kami berpakat untuk solat Asar dulu sebelum bergerak meninggalkan dewan itu. Sepanjang perjalanan, kami berbual panjang, bertukar-tukar cerita, dari satu cerita ke satu cerita. Terpercik juga rasa gembira petang itu, yang mana ku rasakan tidak pernah segembira itu sudah sekian lama. Mungkin sudah masanya aku melupakan Fong, terus dalam kamus hidupku, dan mula mengenali lelaki-lelaki lain. Mungkin bukan Deen walaupun ketika itu baru ku tahu Deen sudah kembali single. Tapi aku tidak yakin dengan diriku. Dengan melihat cara Deen melayan perempuan, penuh hormat dan kemesraan, dan tidak melebihi batas-batas pergaulan, ku yakin dia diminati ramai. Teringat pada Abang Cik dan Abang Ngah. Cukup pandai melayan kawan-kawan perempuan. Sehingga satu tahap, ada yang sudah jatuh hati.

Kami berjalan-jalan di sekeliling Putrajaya, dari kawasan Masjid hinggala bangunan istana di atas bukit.

Lelaki itu cukup baik. Dia mengakui tidak pernah keluar berdua-duaan dengan perempuan. Walaupun aku jua tidak begitu sudah sekian lama, aku hanya mendiamkan diri. Kali terakhir ialah 6 tahun lalu, ketika keluar bersama Fong ke Jalan TAR untuk membeli tudung. Itupun kerana Fong pulang dari UK. Penjelasannya buat ku mengerti. Hey Sya, kau bukan pilihanku? Agaknya itu yang berdetik di hati Deen. Gadis impiannnya pasti yang bertudung labuh, berpakaian kurung sepanjang masa. Namun itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, Deen telah mengingatkan dia tentang Fong, dan itu membuatkannya lebih sedih.

Thursday, July 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 60 - SYAHIRA story ::

Ketika ku sampai, Ris ku lihat tenang ketika ingin dibawa masuk ke dalam operation teater. Ibunya kemudian menghantar sehingga ke pintu, dan aku menanti di dalam biliknya. tidak lama menunggu, ibunya sudah kembali semula. Beberapa ketika, bapa Ris datang dengan ditemani kakak dan keluarga kakaknya. Abang Ris yang bertugas di Putrajaya kemudiannya datang, diikuti dengan sepupu Ris kemudian menjenguk.

Kira-kira satu jam kemudian, Ris ditolak masuk ke dalam bilik. Dia sudah sedar, namun kelihatan masih lemah. Dia tersenyum mengangguk bila ditanya samada dia merasa kesakitan. Ternyata biusnya sudah tamat. Dia menyuarakan rasa lapar, namun jururawat bertugas belum memberi kebenaran untuk makan. Jururawat itu bertanya sama ada Ris mengalami mual-mual, namun Ris hanya menggeleng kepala. Pabila Ris menyatakan kepalanya yang sakit, jururawat itu pantas berkata..

"Patutnya u tidur lepas operations..."
"oo yeke?? tak tahu la pulak.." Dia tersenyum lagi. Aduhai gadis, tabahnya hatimu.

Ketika itu, seorang demi seorang rakan dan saudara mara Ris datang menjenguk. Dia ternyata sungguh disayangi. Bilik itu, serta merta jadi penuh. Doktor kemudiannya melawat, dan dia menegur jururawat di situ kerana belum memberikan apa-apa makanan kepadanya.

Ketika ingin bangun makan, dia mengadu kesakitan. Semua orang yang berada di bilik menumpukan perhatian kepada Ris. Abang Ris ternyata tidak berpuas hati dengan layanan jururawat di situ. Sesekali dia mengeluh dengan ketidakcekapannya dalam mengendalikan Ris. Ris masih tidak dibenarkan meninggalkan katilnya.

Aku pulang kerana ada kelas di waktu petang. Aku memeluk erat Ris, begitu terharu dengan ketabahannya dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Adakah aku akan secekal Ris?
Ketika aku pulang, Fika masih dalam perjalanan ke hospital.

Aku menekan no telefon Roslan ketika keluar dari hospital. Melihat keadaan Ris, aku jadi teringat pada Roslan. Adakah Roslan akan datang menjenguk kiranya aku berada di hospital?

"Hello" Suaranya di gagang.
"Hi... ... "


Kata-kataku terhenti apabila mendengar suara perempuan di sisi. Nadanya cukup mesra

"Call balik saya lain kali. Ada kerja!"

Tanpa ucapan salam atau bye, dia meletakkan telefon.
Talian putus. Namun telefon ku masih di telinga.

Ada kerja? During lunch hour?
Siapakah perempuan tadi? Adakah dia penyebab Roslan dingin denganku?
Aku mematikan sangkaan ku namun ketika itu aku terasa sungguh tidak dihargai.
Bukankah elok dia mengucap terima kasih kerana aku menelefonnya.
Bukankah elok kalau dia berjanji untuk menelefonnya kembali.

Ketika itu juga aku rasakan kesetiaan yang ku berikan tidak setimpal dengan apa yang aku terima. Sekalipun dia tidak pernah ingin untuk keluar dengan lelaki lain, walaupun bukan sekali dia menerima pelawaan orang. Seringkali dia mengharapkan Roslan akan bersuara, akan menelefon, akan memulakannya, namun sering kehampaan.

Dia tidak pernah mengganggu masa kerja Roslan, tidak pernah merungut jika tidak diberikan hadiah hari jadi. Tidak pernah dia marah kalau dia tidak diberitahu mengenai pemergian Roslan untuk bertugas luar.

Agaknya apa yang lelaki itu mahukan dari dirinya?
Apa lagi yang dia harus lakukan supaya Roslan menganggapnya seorang yang penting dalam hidupnya?

Atau lelaki sememangnya suka perempuan yang merengek-rengek, mengada-ngada? suka marah-marah, cepat merajuk?

Atau pun memang benar "Guys are too demanding??!!"
Aku sudah mula merasa bosan dengan Roslan.

Wednesday, July 14, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 59 - RISYA story ::

AMPANG PUTERI - ROOM 549

Ampang Puteri Specialist Hospital
No. 1, Jalan Mamanda 9
Ampang, 68000 Malaysia


Jururawat bertugas menghantar aku ke Jabatan Pengimejan Diagnosis/X-ray untuk ujian MRI, sambil ditemani oleh Fika. Selepas menguruskan segalanya, jururawat itu kembali ke wad sambil berpesan dengan pekerja di kaunter untuk menelefonnya apabila segalanya selesai. Fika duduk di sebelahku dan menanti giliran bersamaku. Dia kemudiannya ke pejabat setelah aku dipanggil masuk. Dia berpesan untuk menelefonnya apabila berkehendakkan sesuatu. Aku dibawa masuk ke dalam bilik pengimejan itu dan disitu aku diminta menanggalkan jam dan gelang tanganku. Kemudian aku dibawa ke bilik itu dan diminta berbaring di atas suatu landasan yang tidak ku tahu apa namanya. Aku tahu sebentar lagi aku akan disorong ke dalam sebuah alat yang berupa seperti terowong. Tidak lama kemudian, petugas memasang detector pada lutut kananku yang cedera dan aku diminta tidak membuat pergerakan besar kerana ditakuti menjejaskan kejituan keputusan MRI itu. Setelah beberapa ketika, aku disorongkan ke dalam terowong dan hampir separuh badanku berada di bawah terowong berkenaan. Teringat pesanan Fika supaya aku merehatkan fikiranku dan bertenang ketika menjalani ujian MRI ini. Dia memejamkan mata sambil mulutnya berzikir menyebut nama Tuhan, dan berselawat kepada nabi. Kedengaran pelbagai bunyi ketika berada di dalam terowong itu. Namun kerana sudah mengetahui mengenainya dari beberapa rakan yang menjalani ujian tersebut, aku tidaklah terkejut dengan bunyi-bunyi tersebut. Kira-kira setengah jam selepas itu, ujian itu selesai dan aku dibawa pulang ke bilikku.

"Cik Arisya.. Petang ini Cik akan dibawa bertemu Doktor untuk mengetahui keputusan itu. Keputusan MRI akan dibawa terus ke sana."

Aku mengangguk lemah. Buatlah apa sahaja pun, aku cuma nak baik. Sampai di bilik, rupanya mak, abah, Kak Rul dan keluarganya sudah berada di situ. Kesian mereka, pasti mereka risaukanku. Terasa damai apabila dipeluk oleh mak.. dan terasa happy apabila melihat keceriaan Akram, anak Kak Rul. Setelah makan bersamaku di dalam bilik, mereka check-in di De Palma Hotel berhampiran dengan hospital ini. Mak sahaja yang akan menemaniku, dan ku minta katil untuk mak tidur malam ini. Selepas Zohor, aku dibawa ke bilik Doktor.

"Theres complex tear of lateral meniscus and linear tear of medial meniscus. Thats cause u a pain.. "
"Whats the cause of my problem doctor.."
"Hmm.. its a sport injury... u might have it when u injured urself without u knowing it.. No problem.. We might have to do some minor operation to trim it back.."


Terdiam aku mendengar kata-katanya. Operation?
"How long it will take??"
"Bout an hour... And u will recover back in 2 weeks.. I will give u MC since then.. U need to have some physioteraphy after the operation.."
"How best it can recover back.."
"Dont worry.. Its just some common sport injury.. Dont worry.."
"I need to discuss with my family..."

Aku tengok Dr tu senyum.
"Well, its ok.. If u agree, we can do it this thursday.. While waiting, u need to be attend the Physioteraphy .."


Aku mengangguk lemah. 2 minggu.. kerja aku? Aku sms Arin ketika aku duduk di atas kerusi roda pulang ke bilikku. Arin yang kini berada di Miri akan pulang petang ni, dan akan terus ke hospital sebaik sahaja sampai di KL. Aku menelefon Kak Nora memberitahu hal ini, dan dia sambungkan aku pada Datuk.

"Sya.. U sakit.. rehatlah cukup2.. apa u nak pk pasal kerja.."
"Er.. Saya Kesiankan Arin Datuk. Nanti dia amik alih kerja saya.. Banyak tu Datuk.."
"Hmm ari ni ari awak Sya.. Esok lusa.. mungkin he need ur help.. Or u risaukan bonus u sikit tahun ni?"
"Hmm risau gak Datuk.. heheheh.."
"Dalam keadaan macam ni, u boleh lagi pk pasal duit.. Kalau duit banyak, tak sihat pun tak guna.."
"Saya tahu Datuk.. saya gurau je tadi.."
"Takpe... nanti saya suruh Haikal cover selebihnya.. Atau bantu Arin.."
"Terima kasih Datuk.."
"Hmm sama-sama.. I nak u cepat sihat.. Ikut cakap dr.. jangan lupa makan ubat.. "
"Baik Datuk.. insyaAllah.."
"Ha.. hamper dah sampai?"
"Dah datuk.. tadi.. terima kasih lagi Datuk.."
"Sama-sama.. Pergilah berehat.."


Aku meneletak telefon. Hmm dengan boss sebegini baik, aku memang takkan pandang company lain.. walaupun pernah ditawarkan 2 kali ganda dari gajiku sekarang. Bukan gaji yang paling utama, namun persekitaran dan kelebihan-kelebihan lain juga harus diambilkira. Petang itu, beberapa orang rakan sepejabat melawatku selepas waktu pejabat. Selepas magrib, Arin datang dengan sejambak bunga di tangan. Dia yang dari KLIA terus menuju ke Ampang Puteri melawatku. Wajahnya sedih memandangku. Selepas menyapa mak, dia terus duduk di sebelahku. Sikapnya aduhai, too charming and caring i might say. Nasib mak kenal Arin, kalau tidak pastinya dia menyangka Arin teman lelakiku.

"Jangan pk pasal kerja.. Buat je operation tu.. Datuk dah call aku tadi.. Tahulah aku dengan Haikal handle.. Kau rehat cukup2.. cepat2 baik.. Ikut cakap dr.. jangan lupa makan ubat.. "
"Ye.. tahulah aku... "
"Nanti lepas operation aku datang.. Kau dah dapat rawatan macam ni lega aku.. Mak kau pun ada boleh tengokkan kau.."


Arin pulang ketika jam sudah menunjukkan hampir 10 malam. Mak sudah tidur ketika telefonku yang telah divibrate, bergerak perlahan menandakan ada panggilan masuk. Ku perhatikan di skrin. Nama RIL terpampang di situ.
"Hi Sya.. Hows everything? Doktor cakap apa pasal MRI?"
Aku menceritakan tentang kecederaanku kepadanya. Mengeluh panjang dia mendengarnya.
"Injured ni dah lama ke? Kau main bola ke dulu?"
"Takdelah.. Tapi dulu masa jatuh memang Sya tak pernah pegi rawatan apa2.. Lepas dah tak sakit.. main balik.."
"Complex tear kat lateral meniskus... Patutlah aritu mengadu dah pedih2 ek kat belah kanan tu.. Hmm nanti dia trim buang tisu tu.."
"Hmm kau tahu Ril.. Sya pun tak tanya banyak tadi.."
"Hmm ini biasanya injured budak2 bola.. Aku dulu kan main bola kat sekolah.. Ramailah budak kena.. ni nasib ligamen tak putus.. kalau putus, lagi lambat nak baik.. Jangan bimbanglah.. nanti lepas operate, buat fisio tu betul2.. Nanti baiklah."
"I will.. Kat mana nih? Dah makan?"
"Baru balik dari performance kat dinner yang Ril bagitau semalam. Sorry Sya.. tak sempat jenguk kau.. tapi aku dah nak sampai ampang puteri 2,3 minit ni.. Diorang ajak makan.. so aku ajak makan kat ampang.. Boleh masuk tak? kalau boleh aku naik.."
"My mom dah tidur ni.. Hmm masuk pelan2 la.. heheheh"
"Hmm takyah la camtu.. Hmmm tapi bila lagi nak jenguk kau.. Aku nak ke Jakarta esok malam.."
"Ada apa ke Jakarta?"
"Ikut rombongan artis ke TVRI... Aku handle music arangement untuk team artis Malaysia.. Eh dah sampai dah nih... Hmm aku naik la.. aku masuk pelan2 la.."
Ril gelak perlahan.
"Kau dah sampai luar pintu bagitau ek..."
"Kau nak pakai tudung ek? Ok.."


Aku mencapai tudung dan memakainya. Tidak lama kemudian, telefon bergerak kembali. Aku mengangkat.
"Masuklah.. Sya dah pakai tudung.."

Pintu terbuka perlahan dan dia muncul di hadapan mata. Dengan rambut yang terikat kemas, wajahnya jelas kepenatan. Di tangannya ada sebungkus plastik berisi buah.
"Ni buah sikit untuk kau.. Tak banyak choice.. aku beli kat petrol pam.." Katanya persis berbisik. Aku menekup tangan menutup mulut takut aku tergelak dengan gayanya. Rupanya dia tidak keseorangan. Seorang teman mengikutnya.

"Ni Azhan, drumer kitorang.." Jejaka bernama Azhan itu tersenyum. Kami berbual seketika sebelum Ril meminta diri untuk mendapatkan kawan-kawannya di bawah. Jaga yang bertugas memberitahu supaya tidak lama berada di atas. Sebelum beredar, Ril memberikan kata-kata semangat dan akan berusaha menelefonku ketika berada di sana. Thanks Ril.

Tuesday, July 13, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 58 - SYAFIKA story ::

Malam itu aku menemani Kak Ris di Ampang Puteri. Dia sudah tidur. Jenuh juga dia melayani panggilan telefon yang tidak putus-putus menghubungi. Sms jangan ceritalah. Tapi memang patutlah, Kak Ris memang ramai kawan. Namun, kawan Kak Ris yang disebut-sebut oleh Kak Ira tidak juga muncul. RIL. Entah kenapa hatiku teringin sungguh nak bertemu dengan kawan lama Kak Ris itu. Esok Kak Ris buat MRI, dan aku ke pejabat seperti biasa dari Ampang Puteri ini. Aku akan menanti Kak Ris sehingga emak Kak Ris sampai esok. Kak Ris keberatan aku menemaninya, namun aku yang berkeras hendak menemaninya. Aku kan memang degil. Kak Ira sudah pulang dijemput kawannya. Dia pun keberatan nak balik, namun teringatkan kelas pada esok harinya.. dia akhirnya akur pada keadaan. Takpelah, Kak Ira dah antar Kak Ris, biarlah dia pula menemaninya. Lagipun pejabatnya tidak jauh dari Ampang Puteri ini.

Aku dan Deen berbalas sms sepanjang malam. Tidak lama kemudian, seorang nurse datang untuk menjenguk keadaan Kak Ris. Melihatkan Kak Ris tidur, dia hanya bertanya khabar Kak Ris, dan sekali lagi mengingatkan tentang MRI Kak Ris pada esok hari. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sian Kak Ris, banyak dugaannya. Namun gadis itu cekal hati. Oh Tuhan, sembuhkanlah Kak Ris. Mataku menangkap satu berita tengah malam di TV3. Berkisar tentang kejayaan sekumpulan anak muda dalam industri permotoran-lumba kereta raleigh. Hilang semua butir berita itu apabila aku seakan nampak Fong di kaca TV. Lagi menambahkan apabila salah seorang yang ditemubual itu ku kenali. Terpampang namanya di kaca TV ketika ditemual. ZARIF SYAHIR.

Oh mine, itu memang FONG. Sayu hatiku mengingatinya. Sekian lama, lelaki itu tidak putus-putus menghantar email. Hampir setiap hari dari pelbagai email. Bukan dia tak sayang, namun disekatnya rasa kasih itu dari bercambah sekeras-kerasnya. Kalau dah bercinta, pasti mahukan diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Bagaimana? Dia dan Fong berlainan bangsa dan agama. Fong cucu tunggal lelaki. Grandpa dan grandma Fong tidak mahu cucunya itu hilang arah bangsa sendiri. Justeru itu sejak Fong balik Malaysia, dia dididik dengan adat dan budaya bangsa itu. Hampir setiap masa, Fong akan menghabiskan masa terluangnya di Dewan Cina di kawasan rumah kami. Fong belajar banyak benda di situ, dari belajar memukul gendang hinggalah ke tarian Naga. Aku juga selalu ke situ menemaninya. Bukan sahaja kawan-kawannya, namun trainer Fong juga sudah biasa menerima kehadiranku di situ. Mulanya, kehadiranku menarik perhatian ramai. Malah ada yang menganggap aku Fong's girl. Ada juga junior yang memanggil aku "Asso". Aku tidak suka dipanggil begitu. "Asso" bermakna "perempuan tua", namun menurut Fong itu gelaran untuk akak ipar, gelaran kepada isteri atau teman wanita kawan-kawan yang lebih senior di situ. Lama-lama aku sudah lali. Jadi bagaimanakah aku boleh membawanya ke duniaku sekiranya dia sudah dipegang kukuh oleh budayanya. Walaupun persahabatan kami tidak pernah mendapat tentangan dari keluarganya namun aku tidak berani meletak sebarang harapan. Peritnya kecewa bercinta. Kak Ris kata ketika dia mahu memulakan percintaan dengan Miri, secret admirernya itu, dia sendiri tidak yakin. Namun, akhirnya dia beranikan diri mengharunginya. Kesudahannya, gagal jua. Dia tahu dia tidak secekal Kak Ris. Justeru itu, dia menarik diri dari awal. Biarlah Fong mencari gadis sebangsanya. Im so sorry Fong. Fika tahu Fong dah fall in love dengan Fika, tapi Fika tidak berani membalasnya. Maafkan Fika!

Monday, July 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 57 - SYAHIRA story ::

"Wah Fika.. phone baru nampaknya.. Dapat duit bonus ke??"Fika tersenyum.
"Bonus apa lak kak.. ni dah sengkek dah ni.. Ni orang kasik... Nak arap orang beli sendiri, mana mampu kak.."
Aku tidak bersuara. Melihat phone PDA yang nampak ekslusif itu jelas menunjukkan harganya yang bukan sedikit. Fika memang Hi-End. Fika pernah memberitahu tentang keinginannya untuk membeli, namun tidak berkemampuan. Harganya mencecah 2 K. Namun aku tidak pelik melihat Fika menerima hadiah mahal itu. Dia tahu gadis itu dari keluarga berada walaupun Fika cuba berlagak sedarhana. Jamnya sahaja sudah Tag Heuer.
"Ris mana.. Dari tadi tak nampak.."
"Dia g main bowling la kak.. Dia ajak Fika tadi.. tapi Fika malas.. Pastu rasa sian lak.. Nanti sensorang je pompuan.. Kak Ris tu kawan pompuan dia agaknya kita je kak ek?"
"Hmm kawan Kak Ris tu jauh2.. yang pompuan semua kat Utara kak Ris kata.. Lecturer Uni.. Yang duk sini dah kawin dah.."
"Tapi Kak Ris boleh setia gila dengan Miri tu kan kak.. Malam2 kadang2 nangis ingatkan Miri. Fika sian la kak.. Depan kita je dia tunjuk happy."
"Biar dia reveal semuanya. Kita dah usaha nasihatkan dia.. Biarlah dia ambil masanya untuk pulihkan diri dia.. InsyaAllah satu hari nanti dia akan lega jugak.. "
"Yeah.. Hope so!"


Tidak lama kemudian, Risya muncul di pintu. Selepas memberi salam, dia terus masuk bilik, dan keluar semula dengan berpakaian baju tidur.
"Ris jatuh kat tempat bowling tadi... Sakit.."
"Ha?!! Teruk tak? Nak jumpa Dr...?"
"Takpela.. Boleh lagi nih.. tak bengkak pun!"
"Jangan biarkan kak.. Nanti melarat.."
"Takde apa.. Akak letak minyak malam ni.."


Fika sudah ke pejabat ketika aku membuka tingkap di ruang tamu. Nampak GTi Ris masih di tempat meletak kereta. Ris tidak kerja? Aku segera ke biliknya setelah teringatkan peristiwa malam tadi.

"Ris.." Ku ketuk biliknya. Ku buka pintunya setelah mendengar suara Risya memanggilku. Nampak Ris sedang terbaring di atas katil setelah aku masuk ke dalam biliknya.
"Kenapa Ris?"
"Macam demam la kak.. Tak larat nak bangun.. Dah cakap dengan ofis, Ris amik EL."
"Hmm awak demam urat ni... Akak panggil orang urut ek?"
"Akak tak kerja ke?"
"Akak takde kelas arini. Ingat nak g ofis jab g.. Takpela.. Akak settlekan urusan Ris ni.."

Ris mengaku demamnya berkurangan selepas diurut. Namun, tengahari itu dia menjerit memanggilku. Katanya lututnya tidak boleh dibengkok dan dia mengalami kesukaran berjalan. Panik juga aku. Terus ku usahakan ke klinik, namun doktor di situ meminta aku merujuk ke pakar. Risya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan gurantee letter.

"Kita g ampang puteri ek Kak.. Itu panel kitaorg."
"Hmm akak tak tahu camner nak ke sana la Ris.." Oh geramnya aku dengan diriku sendiri kerana tidak dapat membantu Ris ketika itu.
"Ris tunjukkan jalan la.. Akak leh drive ke sana.. Jalan dia ok ke? Atau akak suruh Fika balik.. "
"Hmm Jem skett.. Takpela kak.. Jangan susahkan Fika.. Dia tengah kerja tu.. Ris contact Ril jab.."

Rizal sampai tidak sampai 20 minit selepas Risya menelefonnya. Berpeluh-peluh dia ketika masuk ke dalam GTI Risya.
"Ril dari mana?"
"Ril kat Puchong.. Ada Jamming skett.. Esok ada performance kat dinner.. iring penyanyi.. Bila jatuh ni.. Terus nak ke pakar.. Teruk ke?"
"Injury lama.. Pastu Sya tak berubat.. Malam tadi jatuh lagi.. Tempat yang sama.."
"Hmm kira luka lama berdarah kembali la nih.."
Sempat lagi Ril bergurau. Dia gelak-gelak nakal.
"Sorry Sya.. gurau jek.. Saje nak mengubati luka lama.." Ku lihat Risya sudah tersenyum. Mereka sungguh sepadan. Sungguh aku menyenangi lelaki ini. Alangkah bagus kalau dia dapat mengganti tempat Miri dalam hati Risya.
"Sorryla Ril.. Susahkan Ril je.. Akak ni memang tak pandai sangat jalan KL.."
"Hmm takpe.. Ril ni kira macam Clark Kent.. dalam Smallville tu..."
"Hmm yelah tu Ril.. apa-apa la.."

Gara-gara kesukaran Risya untuk berjalan, dia ditahan di wad. Merah padam mukanya kerana keengganannya untuk tinggal di hospital, namun akhirnya dia akur dipujuk Rizal. Risya menelefon pejabat dan keluarganya, dan aku menelefon Fika. Doktor yang merawat meminta Risya untuk membuat MRI esok. Rizal pulang kerana perlu bersiap untuk esok. Dia berjanji akan datang semula setelah semuanya selesai. Aku pulang bersama Fika dan kembali membawa beg pakaian Risya. Fika akan menemani Risya malam ini.