Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, June 26, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 43 - SYAHIRA story ::

"Mak ai penuhnya meja.. Banyaknya akak masak malam ni.."
"Akak tengok mesej Fika tu cakap dinner kitaorg balik.. macam suruh akak masak. So kalau akak tak masak tu kira macam tak reti bahasa la.."

Fika gelak manja. Riang sungguh dia sejak kepulangan Deen. Ada apa-apa ke?

"Kak.. Kak Ris menang lagi tadi. Best bowler utk kategori wanita.. cayala Kak Ris..""Hai.. penat-penat macam tu pun larat lagi nak main.."
"Hai akak takkan tak tahu Kak Ris tu bionik woman.. balik outstation, keja keja.. weekend main bowling... kalau tahu la agen Poweroot .. sure dia suruh Kak Ris ganti Linda Oon jadi jurucakap Jus Kacip Fatimah.."

Kami gelak bersama. Risya datang membawa ulam-ulaman.
"Ha.. ngumpat ye?"
"Cakap pasal bowling Ris tadi.. Terror Ris menang lagi..."
"Ris main dengan ramai lelaki bolehla menang kak.. Berapa orang je perempuan kat tempat Ris tu.."
"Fika lak best lepak Selera Putra tadi? Ada projek apa jumpa kengkawan..?"

Fika memandang Ris di sebelahnya.
"Hmm kita citer lepas makan la ek.. Kita makan dulu la.. Fika lapar ni.." "Ok ok la sweetie.. Kita makan..."
"Macam tu la ceritanya kak Ira.. kami berdua mintak maaf banyak-banyak kak..Kami berdua tak berhasrat nak busy body..."


Ku perhatikan Risya yang sedang bercakap. Oh Tuhan seperti tidak percaya dengan apa yang sedang ku dengar selepas makan malam bersama ini. Fika meminta temannya menyelidik tentang Lan. Memang dia pernah menceritakan masalah dan perasaannya kepada Risya, namun tidak disangka sampai begitu sekali usaha yang dibuat oleh mereka berdua untuk membantuku.

"Akak tak pernah suruh kamu berdua buat sampai macam ni sekali.."
"Kami tahu kak.. Tapi ini usaha nak tolong akak.. Maafkan Fika kak.. Fika yang suruh kawan Fika tengok-tengokkan abang Lan. Kak Ris tak salah kak.. Nak marah pun marah Fika sorang."
"Fika.. Kak Ira tak marah sesapa pun.. cuma akak tak sangka kamu berdua sanggup tebalkan muka kamu especially Fika mintak tolong dengan kawan.. semata-mata kerana akak.. Im touched!"
"Kami hanya tolong apa yang kami mampu kak.."
"Sebenarnya banyak yang akak dah tahu.. Abang Lan ada juga cerita pasal pergaulannya dengan perempuan lain.. Tapi apa niatnya tu akak tak tahu.. Kalau benarla apa pendapat kawan Fika tu.. akak pun tak tahu nak cakap apa Fika... Ris.. Nak carik orang lain? Tak pernah terpikir pun akak..""Kak.. Ris dan Fika hanya menceritakan sedikit perkara yang kami ketahui kak.. Itupun setakat yang kami tahu. Selebihnya, kembali kepada akak untuk buat pertimbangan. Baik bagi akak, baiklah untuk kami. Kami tumpang gembira kalau tengok akak gembira.. dan sedih kalau akak sedih.."


Aku merenung wajah Risya yang tenang menuturkan kata-kata. Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan kawan-kawan seperti mereka.

"Apa-apa kak.. kembali kepadaNYA.. mintak petunjuk dariNYA kak.. Itu yang sebaiknya.."


Aku menganggukkan kepala. Malam itu, sekali lagi kupanjatkan doa agar diberi petunjuk agar tidak silap buat keputusan. Sesudah itu, hatiku tenang seolah-olah apa yang diperkatakan oleh Fika dan Ris tidak memberikan sebarang bekas di hati ini. Tidak seperti sebelumnya. Justeru itu, aku tekad.. Aku akan berusaha, namun sekiranya Lan bukan orangnya.. aku redha akan ketentuan Yang Maha Esa.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 42 - SYAFIKA story ::

SATU MEMORI
Hafiz sudah pulang. Selepas memberi Kak Ris sms, dia memerhatikan tasik yang terbentang di hadapan mata. Bagaimana harus dia memberitahu.. Namun dia percaya Kak Ris sudah pasti ada jalan bagaimana hendak menerangkan kepada Kak Ira. Ramai keluarga berkumpul di tepi tasik petang-petang hujung minggu ini. Tetiba dia teringat semua orang.. rindukan arwah abah.. mama, abang ngah, abg cik.. Fong.. Fong.. Bila mengenang lelaki itu, dia tambah sayu.. Sian dia..

Abang Long menyergah aku sekembalinya aku keluar bersama Fong. Ku dapati ada pertengkaran di rumah.
"Ha kau lak.. dekat malam baru balik, lelaki plak yang antar.."
"Along ni apsal lak ni.. Fong la yang antar fika.."

Aku mendapatkan abg Ngah.. Aku tahu abang Ngah selalu membela ku ketika aku dimarahi abang Long. Namun malam itu, abang Ngah membisu seribu bahasa.

Aku tak tahu apa ceritanya. Balik sahaja, ada pertengkaran di rumah. Aku dimarah oleh abang Long. Abang Ngah sudah siap mengangkut beg pakaian dan malam itu, dia meninggalkan rumah. Abang Cik tiada di rumah malam itu. Ke GIG seperti biasa. Pasti ada undangan dari mana-mana. Abah kemudiannya diserang sakit jantung. Masuk IJN.. seminggu selepas itu baru keluar. Selama abah di sana, ada bunga-bunga pertengkaran Abg cik dan abang Long di belakang pengetahuan abah dan mama. Mak Jah yang memberitahu ku. Sepanjang itu juga, abang Cik dah jarang balik tidur di rumah. Kadang-kadang dia tidur di rumah Azhan, pemain drum kumpulan abang Cik di Shah Alam. Kadang-kadang dia tidur di rumah kawan-kawan bujangnya di Taman Tun. Aku ingat ketika itu, dalam seminggu.. sekali skala sahaja kelihatan virago abang Cik di rumah. Lama kelamaan, sudah jadi kebiasaan sehingga dia memberitahu abah dia ingin menyewa di luar. Senang berulang ke kolej.

Menurut mama, punca pertengkaran malam itu rupanya kerana abang Long mahu kesemua share dalam syarikat diletakkan di bawah namanya. Katanya senang nak bersuara, dan hanya dia sahaja yang membantu abah. Tidak adik beradik lain. Ketika itu, hanya abang Long sudah habis belajar dari KENT. Pulang sahaja, dia membantu bekerja di syarikat abah. Memang benar, abang Long patut bantu abah. Abang Long amik architecture dulu.. sesuai benar bertugas di construction firm abah. Kami yang lain memang tidak berminat. Abang Ngah minat mechanical dan engin. Selepas SPM, dia tidak menyambung pelajarannya. Dia hanya ambil sijil-sijil kemahiran membaiki kereta, dan bekerja di bengkel kereta. Menyedari minat dan kepakaran abang Ngah di situ, abah belikan satu bengkel kereta untuk diuruskan oleh abang Ngah dan dia menguruskannya dengan baik. Malah sudah membuka satu cawangan di tempat lain. Abang Cik sedang amik diploma kejuruteraan muzik di kolej swasta. Dia memang minat muzik sejak dari kecil, dan abah memberikan syarat dia harus cemerlang dalam SPM sebelum serius dalam muzik. Justeru itu, walaupun abang Cik dapat 6 agregat dalam SPM dalam bidang sains, abah tunai janji dan antar dia belajar muzik.

Walaupun abang Ngah tidak kisah menyerahkan sahamnya dalam syarikat abah, namun abah tidak bersetuju. Abah kata syarikat itu milik kesemua anak-anaknya. Abang Ngah keluar setelah teruk disindir oleh isteri abang Long. Kata Mak Jah, Kak Ina mengatakan segala modal yang diberikan untuk bengkel kereta abang Ngah adalah datang dari abang Long. Malah banyak lagi kata-kata kesat yang dilemparkan. Sian abang Ngah, kalaula aku ada malam itu, pasti aku boleh bela abang Ngah atau membalas kata-kata Kak Ina. Kalaupun benar, itu kan duit abah. Dia siapa nak mengungkit. Aku kenal abang Ngah. Dia adalah anak yang menurut kata, tidak pernah sekali pun melawan cakap orang tua. Malah dia paling disayangi oleh Mak Jah kerana selalu membantu Mak Jah di dapur. Dia sedar, dia paling tidak berjaya dalam akedemik.. namun tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup. Tidak seperti abang Cik yang lebih panas, dan pernah melawan cakap abah.. Abang Ngah ternyata lebih lembut. Kalaula dia sampai keluar dari rumah, sudah pastinya dia benar-benar terluka dengan kata-kata Kak Ina.

Kali terakhir aku berjumpa dengan abang Ngah dan abang Cik, adalah pada hari pengkebumian abah. Abang Ngah sempat menjaga abah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dan dia dan abang Cik adalah antara orang yang mengangkat Jenazah abah ke pusara. Kawan-kawan GIG abang Cik yang dikutuk-kutuk oleh abang Long adalah antara yang hadir ketika itu. Aku menangis ketika mereka nak meninggalkan kami. Puas mama memujuk abang Ngah dan abang Cik pulang ke rumah, namun mereka enggan. Aku dengar Abang Cik cakap.. Selagi ada perempuan itu di rumah, mereka tidak akan pulang.. dan aku pasti Kak Ina adalah orang yang dimaksudkan. Abang Ngah berjanji, apabila kewangan sudah mengizinkan.. dia akan membawa mama dan aku keluar dari rumah ini. Mama sudah puas menangis kerana perkara ini. Oleh kerana itu, dia terus memberitahu arwah Pak Long, dia ingin berpindah ke JB. Terlalu banyak kenangan di tempat ini. Setiap bulan abang Ngah akan memasukkan duit ke akaun aku dan mama. Dan aku pasti, abang Cik pun pasti menerimanya. Sehingga abah meninggal, kami bertiga, abang Ngah, abang cik dan aku masih merupakan pemegang saham di syarikat ayah. Itu barangkali meninggalkan kemarahan di hati abang Long dan isteri. Abang Long seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan peristiwa ini.. dan sungguh aku membenci dia dan isterinya. Setiap kali mereka pulang ke JB, aku akan pastikan aku tiada di rumah ketika itu.

Fong adalah pendorong ku sepanjang peristiwa itu. Malah berat benar dia mahu pulang ke London kerana peritiwa yang menimpa keluargaku. Malah aku tangisi pemergiannya. Saban hari pasti ada email kata-kata semangat darinya. Dia kata aku harus kuat untuk menjadi pendorong kepada mama. Memang, kerana mama aku cekalkan hati. Kerana mama, aku pulang ke utara untuk menghabiskan pengajianku. Kerana mama, aku teruskan kehidupanku. Sering kali ku cemburi kehidupan kawan-kawan lain. Kalau kerana hartala, abang Long berubah.. ku lebih rela kehidupan yang lebih sedarhana. Tidak perlu kehilangan orang-orang kesayangan dalam hidupku. Mungkin kerana itu, aku jadi keras hati. Setakat sedikit kesedihan, dia pasti tidak akan mengalirkan air mata.. Tidak seperti Kak Ira yang mudah menangis walaupun hanya menonton drama atau filem sedih. Tuhan, bantula hambaMu ini.. Kembalikanlah mereka dalam hidupku.

"Hey panjangnya mengelamun.. Dari tadi lagi.. akak tengok dari jauh.. Sengaja tak kacau Fika.. Sorry lambat.. Jalan jam la kat Ampang tadi."

Aku menarik nafas panjang. Cuba tersenyum menyembunyikan kesedihan hati. Kak Risya sudah tercegat di hadapan mata sepulangnya dari bermain bowling di Flamingo. Pasti abang Arin yang menghantarnya.
"Jom.. kita borak dalam kereta.."
Aku bangun dan kami sama-sama meninggalkan ruangan Selera Putera menuju ke arah tempat letak kereta.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 41 - RISYA story ::

"Arin tanya skett?"
"Ha.. apa hal?"
Dia sedang tenang memandu.
"Kau tak minat ke dengan si Fika tu Arin? Minat dah sama dah.. Kereta, Japanese food.. Music pun sama.. okla camtu.. Kalau kau berkenan, aku boleh tolong.. "
"Hmm memang berkenan. Dari aku mula kenal dia lagi. Dia tu memang ok.. Tapi ada satu je tak oknya.."
"Apa lagi? Ada yang tak cukup? Demand tul la kau ni Arin."
"Fika tu orang Johor kan? Tu yang tak ok tu.. Kalau tak.. sure takde salah.."
"Orang Johor?? Kenapa plak.."
"Mak aku.. Dia suruh aku carik orang Ganu gak.. "
"Ha carikla.. Kalau dah macam tu.. Takkan la takde yang berkenan.."
"Masalah la Fika.. Aku kerja kat sini.. Susah skett la nak carik.. Sebab tu la aku membujang sampai skrang ni ha.. Aku ni nama je orang Ganu.. tapi lahir jek.. dari sekolah rendah sampai uni.. ni sampai kerja.. mana pernah duk Ganu. Ayah aku pencen baru duk KT tu... Pastu mak aku suruh carik orang sana.. Aduhai payah betul.."

Oh itu rupanya ceritanya.. Patutla Arin masih sendiri.
"Susah jugak ek.."
"Susah.. Aku pernah berkenan dengan orang dulu. Member satu uni kat liverpool dulu.. Tapi.. Orang sini.. mak aku bagi reason minah tu anak orang berada.. takut tak boleh sesuaikan diri.. tapi lama-lama baru aku tahu sebab utamanya.."

Arin terus menceritakan kisahnya. Sian Arin, serba salah pula dia.. Bak diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dia termenung panjang setelah bercerita.
"Kau suruh la mak kau carik Rin.."
"Dah.. ada la 3,4 orang.. Tapi aku tak berkenan.. Susah nak carik orang yang paham kita Sya.. Lagi2 orang yang selalu sibuk and outstation macam kita ni.. Aku bukannya memilih sangat Sya.. Aku ni bukannya bagus sangat pun nak memilih.. Cuma kalau awal2 lagi takde sefahaman.. Susah gak.. Ada tu, nak kita selalu contact dia.. call dia.. Kita lak sibuk.. Kadang tak angkat tepon.. Kadang kalau angkat pun, kejab je.. Aku cakapla aku sibuk.. Dah merajuk.. Ingat yang bukan2.. Padahal baru kawan je tu.. Camner tu Sya.. Tu yang aku harap sangat nak jumpa orang macam kau Sya.. yang leh paham.. Aku ingat lagi dulu kalau kau call Miri.. Kau tak kisah pun Miri tak angkat.. or angkat kejab, then cakap bz.. kau paham.. Tu yang aku pelik dengan Miri tu.. Apa lagi la yang dia nak ntah la..? "

Aku diam. Jauh di sudut hati, ternyata aku sedih. Tak cukup baik kah aku?
"Mungkin tu pun one faktor.. Or aku agaknya masih tak boleh lupakan first makwe aku.. Dia macam Fika tau. Aku tahu Fika tu jenis keras hati dan suka tolong orang. Pastu macam kau cakap la.. Banyak minat sama.. Aku harap-harap sangatla dia tu orang Ganu.. Tapi bila dia start keluar 'ek' je tu.. hmm takyah tanyala.. confirm orang Johor."
Aku tersenyum. Cuba melindungi perasaan sedihku.
"Aku harap one day kau akan jumpa orang tu Rin.. Maybe satu hari nanti, mak kau akan paham.. Tak semestinya orang Ganu untuk jadi menantu dia.."
"Hmm kalau hari tu sampai la kan.. Aku start la ngorat si Fika tu.. heheheeheh.. Hari-hari aku ajak dia keluar makan Japanese food."

"Kau tu apa citer? Syed Nahar tak call?"
"Apa tetiba je bukak citer si Nahar tu?"
"Aku tanya jek.. Kau tahu Sya.. Kau je yang tak pandang orang lain. Miri ajela kalau kau tu! Ramai sebenarnya yang syok kat kau .."
"Pandaila kau.."
"Iye.. Tadi je dah ada sorang?"
"Sapa? Kau jangan sebut nama Haikal sudahla Arin.."

Aku cuba gelak perlahan. Oh tolonglah jangan air mata ini tumpah di hadapan Arin.
"Kau boleh tahu sapa.. Takkanla tadi kau tak nampak.."
"Eh kau ni Rin.. Nak cakap, cakap jela.. Isk.. saje je nak usik aku.."
"Ait.. marah tu... Sorry Sya.. Aku saje jek.. Tapi sungguh Sya.. Kau tak caya tanya Zizi.. Mamat tu pernah satu projek dengan Zizi.. Dia minat kat kau Sya. Silap hemat.. Datuk pun tahu!"
"Hmm malasla nak layan kau.. Cepatla Rin.. Sian Fika tengah tunggu aku tu!"

Mendengar nama Fika disebut, Arin terus menekan minyak, menyusup di celah-celah kereta yang sedang banyak memenuhi jalanraya.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 40 - SYAFIKA story ::

HAFIZ'S Story

"Kau dah sedia ke nak dengar aku bercerita kisah orang ni Sya?"
"La.. Aku datang ni .. tunggu kau sikit punya lama.. Kau boleh tanya macam tu Fiz.."
"Takdela.. kita ni nak cakap pasal orang.. Dosa weh.. Ntah tuan empunya badan suka ke tak.."
"Oh comeon la Fiz.. Kau ni.. Apsal lak.. Kau nak citer yang tak buruk pasal abang Lan ke??"
"Hmm aku pun tak tahu buruk ke tak? Tapi kalau abang Lan tak suka.. Dosa kan?"
"Aku tak tahu la Fiz.. Dosa pahala.. bukan kita yang tentukan. Niat aku baik.. nak tolong member aku. Aku expect benda baik jek.."
"Hmm.. tak la Sya.. Lan ramai kawan perempuan la beb! Ramai la.. Sampai aku pun tak tahu mana yang special.."
"Yeke? Sure? Abis Kak Ira tu?"
"Weh ilek dulu.. Kau ni tak caya aku la plak. Abis tak guna jek aku cakap. Biar kasik aku abis cakap la.."
"Ok ok sorry!"
"Yang aku tahu sepanjang penyiasatan aku ..Dia ni selalu keluar waktu lepas ofis. Lepas kerja dia cepat-cepat keluar nak g amik adik dia dari sekolah ke apa ntah.. pastu dia balik ofis balik.. Keja sampai magrib tu.. Then dalam kul 8 tu kadang-kadang dia g karaoke dengan ofismate dia. Kdg2 dia balik terus.. kadang-kadang dia meeting sampai kul 10 lebih. Kebetulan plak sepanjang bulan ni, dia tak g outstation so senang jugak aku nak tengok dia. For your info, member-member ofismate yang temankan dia g karaoke tu perempuan semuanya. Aku pernah ikut sekali jek. So far, takde benda yang pelik-pelik la. Lan pandai main gitar, tapi suara dia tak sedap sangat."
"Hey, sempat lagi tu kutuk orang.."
"La, kau suruh aku cerita.."
"Citer yang penting-penting je dah la... Kau tak belajar buat summary karangan ke dulu?"
"Ok ok.. kau ni keras la Sya.. Dari dulu sampai sekarang.. "
"Aku serius ni Hafiz.. Kita tengah serius ni ok!"
"Ok ok.. Isk.. Sampai mana tadi?"
"Sampai kau kutuk suara abang Lan tak sedap.."
"Hmm.. dia ni homely type gak.. Weekend kalau tak outstation duk rumah.. Kadang temankan mak dia g Carrefour kat Wangsa Maju tu.."

Aku mengangguk. Bagus betul si Hafiz ni. Macam mana dia tahu abang Lan g Carrefour dengan mak dia agaknya. Pakar betul la dia ni!
"Lan selalu dapat sms. Kalau dia tak vibrate phone dia.. asyik dengar bunyi jek.. Dia lak rajin melayan.. Satu perkataan pun dia balas.. Tak pastila dari sapa.. Tapi bila aku tanya dia kata kawan semuanya.."
"Dari orang lain ke orang yang sama.."
"Hmm ada yang dari orang yang sama.. ada dari orang yang lain.."
"Mana kau tahu ni?"
"Kadang tu aku saje lepak kat ofis dia.. Aku tebalkan muka la tanya.. Dan aku dapat berita yang ini dari ofismate dia. Sorang minah ni ..dia memang selalu borak-borak dengan Lan.. So aku percaya benda ni betul.."
"Apa dia?"
"Hmm dia ada kawan dengan sorang janda takde anak.."
"Hmm aku rasa Kak Ira dah tahu la pasal benda tu.. Abang Lan dah pernah bagitau.."
"Abis Kak Ira tak kisah ke? Hmm Kak Ira tu caya abis kat Lan?"
"Aku tak pasti la.. Tapi Lan pernah bagitau minah tu.. best kawan dengan janda tu.. Banyak pengalaman.. Kau rasa apa maksud pengalaman tu?"
"La.. manala aku tahu.."
"Aku rasa pasal hubungan suami-isteri. Intercourse.."
"Kau jangan main rasa-rasa je Fiz.. Aku nak fact je nih.."
"Ok.. drop bout that.. Kalau aku ada 2 hari je lagi.. mesti aku dah boleh dapatkan apa relationship dia dengan janda tu.. Aku baru tahu kelmarin. Tak sempat nak korek sendiri dari Lan.."
"Tak pela Fiz.. Okla nih.. Banyak juga info kau dapat.."
"Lan ni baik gak. Takde la tidur-tidur dengan pompuan. Minum ke .. takdela.. Tapi kan Sya.. Kalau pendapat aku.. Kalau Kak Ira nak serius relationship ke kawin.. Aku nasihatkan.. tak payahla.. Lan ni belum nak komitmen.. Dari cara hidup dia.. Dia masih nak concentrate dengan family dia.. keja dia.. Plak tu, setiap kali aku tanya.. semua dia kata kawan. Kau nampak tak.. dia still searching tau.. Aku tak tahu la sejarah relationship Kak Ira dengan Lan, tapi aku nampak dia macam nak hold Kak Ira and in a same time.. dia carik orang lain.. yang lebih sesuai.."
"Ni pendapat peribadi ke fact.."
"Pendapat peribadi dari seorang lelaki.. Berdasarkan apa yang aku tengok.. Kalau dia nak serius.. Dia dah lama buat proper plan untuk Kak Ira dengan dia. Diorang kenal dah lama. Lagipun mak Lan kenal Kak Ira.. So apa susahnya. Tapi dia hold je kan.. hang je macam tak ada apa-apa.. Betul tak apa aku cakap? Abang Lan dah nak masuk 29 tau.. Bukan awal 20-an lagi..Tapi kalau kau taknak follow pun takpe.. Sebab ini pendapat peribadi aku la. Sebab kalau aku la.. Kalau aku nak serius dengan sesapa pun.. Aku taknak buang masa, buang duit.. Sebab tu aku cakap.. He still searching for someone that suits him. Dan mungkin Kak Ira bukan orangnya."

Aku terdiam mendengar kata-kata Hafiz. Aku pun pernah dengar dari mulut Deen. Lelaki kalau nak, dia akan usaha! Kecuali lelaki itu pemalu, namun dia masih boleh menggunakan orang tengah.
"Kau boleh abaikan last statement aku Sya.. Sebab tak adil juga aku nak menilai dia.. sebab aku tengok dia sebulan lebih je. Kebetulan plak dia tak outstation. Kalau outstation mungkin lain ceritanya. Mungkin Lan tidak seperti aku.. Mungkin approach Lan lain."
Tersenyum aku mendengar kata-kata Hafiz. Hebat sungguh dia.. dari pemerhatian yang hanya sebulan, dia sudah memerhatikan setiap inci gerak-geri abang Lan.
"Thanks Fiz.. Budi kau susah aku nak balas.."
"Hmm what friends are for Sya.. Kau pun bukan tak pernah tolong aku.. Ingat dulu masa aku takde duit kat U dulu, kau kasik aku pinjam.. kalau nak tunggu loan keluar.. kebulur la aku tak makan.."
"Alah.. tu takde benda la.."
"Tanya skett.. Mana kau tahu abang Lan pernah g ikut mak dia g Carrefour?"
"Apa lagi sms la.. Kadang-kadang aku call.. Tapi susah gak nak carik alasan kenapa aku call dia. Kadang-kadang aku buat-buat salah call dia.. Tapi takpela.. aku niat nak tolong orang jek.."
"Thanks Fiz.. Thanks so much.."

Guys Are Too Demanding
:: Episode 39 - RISYA story ::

Jam sudah menunjukkan 2.32 ketika dia dan Arin memasuki ruangan bowling di Flamingo. Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Datuk, hari ini diadakan satu perlawanan bowling persahabatan bagi mengeratkan silatur-rahim sesapa satu jabatan dan sebagai tanda terima kasih Datuk kepada pekerja-pekerjanya. Hadiah juga adalah dari wang Datuk sendiri.
"Apsal lewat?"
"Sorry Pak Mat.. Susah carik parking kat sini.."
"Takpe.. g cepat check nama.. sat g nak start dah.."

Kami mendapatkan Kak Nora yang memegang senarai nama. Aku dan Arin sudah pasti diletakkan di kumpulan yang berlainan.
"Hmm janganla aku dapat dengan budak management trainee yang hampeh tu.. Rela aku main dengan Kak Nora lagi dari dia. " Aku tersenyum dengan kata-kata Arin. Pastinya si Aidil.. Tak suka sungguh dia dengan Aidil.. Sudah pasti kerana sikap Aidil yang sombong dan tidak menghormati senior.. Kononnya pelajar cemerlang biasiswa syarikat.. meletakkannya sebagai budak favourite di syarikat. Pernah satu kumpulan dengan Arin ketika Arin bertugas di Bintulu.
"Peh selamat.. budak tu takde.."
"Hmm nampaknya Arin sudah berjaya mencari senarai nama kumpulannya, sedangkan aku masih terkial-kial mencari."
"Lane berapa Rin?"
"5.. Kau lom dapat cari lagi ke Sya.. Apsal la lambat no ni.. Main bowling terror.. Carik nama terkial-kial..
"Isk Rin.. Susahnya nak carik.. Nama kecik-kecik camnie.. Aku dah la lama tak main ni.. "
"Meh aku carikkan.. kau g amik kasut aku.. Saiz biasa.."

Aku meninggalkan Arin, menuju ke tempat simpanan kasut. Sejurus selepas itu, aku kembali mendapatkannya.
"Kau carik camner la Sya.. Ni ha baris kedua je ni.. Arisya .. bukan nama kau Arisya ke?"
Aku tersenyum dan mengambil kertas di tangannya.
"Kau tahu kan.. aku ni cari-cari benda ni memang lemah skett. Sebab tu tak boleh masuk explorace. Eh ada department lain ke? Datuk kata department kita je kan?"
"Aah.. Kenapa?"
"Ni sapa plak satu kumpulan dengan Sya ni.. Haris Fahmi.."
"Aah sapa lak tu? Nama dah la dekat-dekat nama kau.. Aris.. Arisya.. Wah kenala camtu.. All the best la.. Anak buah Datuk agaknya.."

Pengumuman kedengaran supaya semua bersedia. Hmm sesapa la.. Haris Fahmi ke Aris Fatimi ke.. Aku menuju ke lane 2. Nampak Haikal di lane 3, bersebelahan denganku. Dia mengangkat tangan. Aku tersenyum dan melambai tangan membalas. Satu lane 3 orang, sorang lagi technician letrik yang selalu membaiki komputer di jabatanku. Yusuf namanya. Dia sudah berada di lane. Tak nampak pun sesapa selain Yusuf di situ yang tidak ku kenali. Mana pulak si Haris Fahmi ni?
"Hi.." Aku menoleh. Anak Tan Sri, sahabat karib Datuk berdiri di hadapanku.
"Risya ke? Saya Haris.. Call me Ris.."
Ris? Terkelu pula aku mendengar nama itu. Itukan nama panggilan aku di rumah. Lelaki itu kemudiannya bersalaman dengan Yusof.
"Saya tak pandai bowling ni. Mohon tunjuk ajar dari awak berdua.."
Aduhai sopan sungguh lelaki ini. Aku lihat Yusof menggangguk.
"Ala.. aku pun tak reti gak.. Ni Sya ni terror.. Dia juara kategori wanita last year.."
"Ala,takdela terror mana pun. Itu sebab perempuan berapa orang je kat dept ni. Lagipun Sya dah lama tak main.. Sama-samala saling mengajar nanti.."

Sungguh dah berapa bulan aku tidak memegang bola itu. Janganla masuk longkang, malu aku dengan Arin dan Haikal.. ehhehe.. Oh anak Tan Sri ni namanya Haris Fahmi rupanya. Tan Sri ada tengku, sure anak ada tengku.. Hmm apa-apala.. Pokok pangkalnya dia mahu bermain. Yusof sudah melontar bola.. Spare.. Hmm bagus.. mereka sama-sama saling bersorak. Kak Nora akan melontar bola di lane 1. Masing-masing mula mencucuk jarum. Sudahnya.. bolanya masuk longkang. Dia merungut memarahi kawan-kawannya yang mengejek.. Lucu betul melihat dengan telatah mereka. Hilang sudah masalah di kepala.

"Weh weh.. lepas ni Risya .. Juara kita.. Kita tengok berapa yang kena.."
Azizi, seorang lagi lead engineer yang satu kumpulan dengan Haikal bersorak.
"Kau jangan Rif.. usik-usik si Sya ni ha... Saje je kau ni nak kenakan group aku.." Yusof bersuara. Aku tersenyum. Bismillah, janganla masuk longkang. Dan aku melontar. Hampir tidak percaya, semua pin jatuh. Hehehe.. berkat baca Bismillah tadi.
"Yes.." Aku separa menunduk seperti orang Jepun memberi tanda hormat. Yusof bersorak. Haris Fahmi berdiri bertepuk tangan. Apabila aku menoleh memandang Arin yang kemudian memberikan flying-kiss kepadaku, nampak Datuk di sebelahnya sedang bertepuk tangan. Aduhai, kenapala aku tak tahu Datuk satu kumpulan dengan Arin. Kemudian aku dan Yusof mengajar Haris memilih bola yang sesuai dan cara melontar bola yang betul. Dia mampu menggunakan bola 15. Kuat juga dia. Dia kemudiannya melontar. Tampak sungguh dia kekok namun dia berupaya menjatuhkan beberapa pin.

"Sorry tak dapat abiskan pin tu.."
"Hmm okla tu.. First timer.."
Yusof bersuara. Haris kemudiannya tersenyum memandangku. Aku menunjukkan tangan tanda memberikannya semangat. Aku kemudiannya memberikan beberapa tips kepada Haris. Dia sungguh cepat belajar. Beberapa lontaran sudah boleh membuat spare. Datuk datang ke tempatku ketika Yusof membuat lontaran. Dia kemudiannya berbual-bual dengan aku dan Haris. Kemudian, aku nampak Datuk menuju ke lane lain. Itulah ketua yang sangat ku kagumi.. Walaupun bergelar Datuk, berjelar jutawan, walaupun darjah kebesarannya sudah tidak boleh dibilang dengan jari.. Namun dia tetap begitu. Humble dan sangat menghormati pekerja-pekerjanya. Sesekali aku ke lane 4 melihat Arin bermain. Kadang-kadang aku menggiat Haikal dan Azizi. Aku sedari mata Haris Fahmi kadang-kadang curi-curi memandangku, namun aku buat-buat tak tahu. Biasala, dia pasti sentiasa mencari ahli kumpulannya.
"Lama keja dengan Datuk?"
"Lama.. sejak 6 bulan lepas grad.. sampai sekarang.."
"Datuk kata awak ada master.. Terror la.."
"Ala.. master main-main.. Sesapa pun boleh dapat.."
"Mana ada master main-main.. Susah dapat master..saya pernah cuba dulu.. Tapi last-last tak boleh nak commit. Maklumlah, buat part-time kan.. Awak kira terrorla.. Buat part-time dan dapat habiskan.."
"Hmm.. memang susah.. Tapi alhamdulillah, berkat doa semua barangkali."
"Awak dah ada..."
Kata-kata itu terhenti apabila Yusof memanggilku untuk membuat balingan. Aku berdiri.
"Nanti kita sambung ek.." Haris Fahmi menggangguk.
"Wah.. strike kau.. congrate.. Tak perasan lak Sya.."
"Hmm, mana nak perasan.. sibuk berbual dengan jejaka tampan di sebelah..."
Azizi kembali menggiat. Ku cengilkan mataku, buat-buat marah dengan usikan Azizi. Ku lihat merah padam muka Haris Fahmi. Hmm pemalu rupanya lelaki itu. Aku terus membuat balingan. Malas aku nak melayan Azizi. Yes.. strike lagi!!
"Jangan marah Zi kalau Sya buat turkey lagi.. Hehehe.." Suasana kembali kecoh apabila Yusof kembali menggiat Azizi. Aku duduk. Tersenyum Haris Fahmi memandangku.
"La senyum plak. Pegila baling.." Haris Fahmi tersenyum malu lalu bingkas bangun. Hai, kenapala mamat sorang ni.

Pemainan petang itu ditamatkan dengan penyampaian hadiah dari Datin kepada pemenang. Jangan marah, aku juara kategori wanita lagi tahun ini. Raja longkang pula juara baru iaitu Aidil dan ratu longkang.. sudah pastinya Kak Nora. Kategori lelaki juga juara baru disandang oleh Pak Mat dan bukan lagi Azizi seperti tahun lepas. Kumpulan Haikal memenangi kumpulan terbaik pada tahun ini. Majlis petang itu diakhiri dengan sedikit jamuan teh di situ.
"Kau dari tahun lepas tukang angkat hadiah je Arin.. Kau bila nak dapat hadiah.." Pak Mat menegur ketika kami sama-sama menuju ke arah tempat meletak kereta. Haikal, Azizi dan Haris Fahmi juga berjalan bersama-sama.
"Saya main suka-suka jek.. Asal enjoy.. Kalau main terror-terror karang.. Pak Mat tak merasa la hadiah tu.. ye tak Azizi?"
Kata-kata itu disahut dengan gelak tawa dari Haikal dan Azizi. Nakal sungguh mereka.
"Alah Arin tu cakap pandai kan Sya.. Cuba buat.."
Kami sama-sama gelak termasuk Haris Fahmi.
"Its really sweet memory playing with you. You are so sweet! Hope to see u again.."
Aku tersenyum mendengar kata-kata dari Haris Fahmi sebelum masuk ke dalam kereta Arin. Dia kemudiannya menuju ke arah keretanya. Yeah, u are sweet too! Ketika aku masuk ke dalam BMW 3series itu, Arin sudah tersenyum nakal. Hmm, malas aku nak melayan.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 38 - SYAHIRA story ::

Sesampainya dari kelas, sekembalinya dari kelas, pelik apabila melihat rumah itu kosong. GTi Ris ada di luar, kereta proton Fika pun ada, disangkanya keduanya pasti ada di rumah. Ketika dia membuka pintu biliknya, disedari ada note di pintu.

Kak Ira, Fika g jumpa member kat Selera Putra. Kak Ris g main bowling dengan ofismate kat Flamingo. Dinner kitaorg balik. Kak Ris nak ajak akak, tapi akak ada kelas tadi. Bye .. Luv Fika.

Sudahnya dia sendiri di rumah. Teringat dia akan Akmal, pegawai muda HEA yang tidak tahu penat mengajaknya keluar. Dia ingin mengorat aku ke? Hmm.. walaupun macamana marahnya dia pada Lan, dia masih setia dengan lelaki itu. Bermacam alasan telah diberikan, namun Akmal masih juga mengajak. Tapi apa salahnya dia keluar minum kan.. Kawan sahaja. Cepat-cepat dia mematikan fikirannya. Dibukanya TV, tiada satu pun siaran menarik.. Lalu dia menukar Channel 8TV yang menyiarkan lagu-lagu tanpa gambar, lalu dibiarkan rangkaian itu terbuka. Dia ke dapur menyiapkan makan malam. Hmm.. kalau ada jodoh dengan Lan.. adalah.. Dia tidak mahu memaksa.. Biar apa pun,
biar semua keputusan itu adalah dari hati Lan sendiri. Bukan dari maknya.. atau sesiapa pun.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 37 - SYAFIKA story ::

Lapangan terbang Subang masih ramai orang walaupun jam dah menunjukkan hampir 8 malam. Bersama uncle Chiu, driver grandpa Fong, dia menunggu ketibaan lelaki yang dirindui. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lelaki itu.. Malah tarikh ketibaan memang dinantikan buat sekian lama. Wajah ceria Fong dilihat ketika tiba di balai ketibaan. Tersenyum girang dia ku lihat, sedikitpun tidak terkejut dengan penampilan baruku. Apatah lagi, aku tidak menyambut tangannya dan tidak memeluknya seperti selalu. Dia faham. Aku telah menerangkannya di dalam surat sebelum dia pulang ke KL.

"U look so beautiful compare to a picture.. "
"Thanks Fong.."
"Hmm this is for u.. Tak banyak choice kat sana.."
Dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. 2 helai skaff buatan itali.. cantik sekali.. keduanya warna kegemaranku.. beige. Barangkali sebagai menyokong perbuatanku yang kini bertudung.
"Thanks Fong.." Aku tersenyum memandangnya.
"Dah tak boleh kiss pipi Fong ye sekarang?" Fong mengusik. Aku menggeleng dan tunduk malu. Sudah jadi tradisi dari kecil lagi.. Setiap kali Fong memberikan sesuatu, pipinya akan ku cium. Namun itu dulu.. Ketika perasaan kawan sahaja yang ada di dalam hati.. Namun, dengan keadaanku sekarang.. dan usia yang semakin menginjak dewasa.. di samping perasaan di hati yang semakin bergelora.. segalanya ku tahan. Aku harus sedar batas pergaulan dalam Islam. Malah berdua-dua di kerusi belakang ini juga patutnya dihindar.. Nasib ada uncle Chiu.
"Fong paham.. Masa Fika citer dalam surat aritu.. Fong ada tanya kawan-kawan agama Islam.. Ada mereka cerita.. Bagusla.. Maksudnya Fika dah follow apa yang agama Fika suruh.. Fong macam selalu, akan selalu support Fika.. selalu menghormati apa jua tindakan dan keputusan Fika.. Cuma Fong minta.. jangan sampai perhubungan ini diputuskan.. jangan tinggalkan Fong tau.. Kalau tak, Fong carik Fika sampai lubang cacing.."
"Hmm carila.. Macam muat nak masuk lubang cacing.."

Kami ketawa. Bercerita tentang program usrah yang ku hadiri. Bercerita tentang teman baru yang ku kenali. Sekali lagi Fong memberi amaran untuk tidak meninggalkannya setiap kali aku mendapat teman baru.
"Tudung ni Fika beli kat mana?"
"Jalan TAR..."
"Uncle Chiu.."
"Ya Tuan Muda.."
"Uncle Chiu tahu mana Jalan TAR?"
"Tahu Tuan Muda.."
"Fika.. Esok keluar dengan Fong... Fika takde apa-apa kan esok.."

Aku menggangguk. Mana ada hal lain. Segalanya untuk Fong.. Semua perkara perlu diselesaikan sebelum Fong pulang. Termasukla assignment ku.
"Bila Fika balik sana..?"
"Minggu depan.."
"Nanti Fong antar.. ok?"
"Hmm biasanya abang Ngah yang antar.. Takpela Fong.."
"Hmm nanti Fong bagitau abang Ngah... Or dua-dua pergi la.. Pergi dengan kereta Fong.."

"Aku mengangguk. Apa lagi yang nak dikata.. Gembiranya hati.. dihantar oleh 2 jejaka kesayanganku.

Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah keluar. Setelah dihantar oleh Uncle Chiu, kami menyusuri Jalan Masjid India hingga ke SOGO berjalan kaki berdua. Aduhai, gembiranya di hati bukan kepalang. Fong nampaknya suka aku bertudung. Nampak manis dan sopan katanya. Hampir setiap kedai yang disinggah, dibelikan aku tudung beranika corak dan warna. Kemudian, kami makan di Delifrance Sogo. Fong tahu aku hantu aiskrim.. dan mengemari sandwich.. Justeru itu, itulah hidangan yang dipesan. Kemudian, dia tiba-tiba sahaja hilang sebentar dan muncul semula dengan bunga di tangan. Aduhai.. sayu aku melihat gelagatnya. Layanan dan dorongan dirinya, buat aku jadi terharu. Tuhan, jangan la hati ini dicuri olehnya. Gentar aku dengan kemungkinan ini. Janganla aku jatuh hati pada teman baikku sendiri.

"Fong, jangan manjakan diri Fika.. dengan ini semua Fong.. Jangan buat Fika takut.."
"La, nak takut apa? Bukannya Fong curi.."
Dia tersenyum nakal memandangku.
"I tell u what.. I can do anything.. ANYTHING for u.. Just dont leave me! I can die live without u."
Aku ingin menuturkan sesuatu namun tiada kata-kata yang keluar dari mulutku. Aku sebenarnya terperanjat mendengar kata-katanya. Bergurau kah dia?

"Weh Sya.. Jauhnya mengelamun.. Aku rasa macam tembus istana sultan selangor tu kau tenung.. Teringat boyfren ke..?"
"Hmm memang pun.. boyfren lama.. Kau bila sampai? Tetiba je tercegat kat depan mata.. Tunggu macam tunggu buah nak gugur.."
"Alamak my fren, sorryla.. Kau tahu jela.. Jalan Tun Razak.. Jalan Sg Besi nak sampaikan ke Putrajaya ni..baik-baik boleh sampai 1/2 jam.. dah nak dekat 1 jam.. Sorryla ek.. Aku belanja kau makan sebagai tanda mintak maaf.."
"Eh bukan aku ke yang patut belanja kau Fiz? Kan ke aku suruh kau buat something.."
"Aah ek.. Takpela apa2 hal pun kita makan dulu aaa.. Sambil tu kita story-story k.. Kau nak makan apa? Meh aku amikkan."

Aku tersenyum dan mengangguk. Senang deal dengan Hafiz. Dia memang boleh diharap.
"Yang kau senyum-senyum tu apa.. Aku bukan tahu apa maknanya senyum tu la.. Kau nak makan apa Cik Syafika Izani Ahmad?"
"Weh aku yang suppose belanja kau.. Kau duduk sini.. Meh aku layan kau lak kali ni.. Kau nak makan apa?"
"Oh bukan lelaki yang patut melayan ek? Okla.. bukan senang nak dapat kau layan ni.. Aku nak makan nasi beriayani ayam k.. Thanks Sya.."

Tuesday, June 22, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 36 - SYAHIRA story ::

Deringan telefon kedengaran apabila dia sampai di pintu biliknya. Bergegas dia masuk ke dalam dan mendapatkan telefon pejabatnya.
"Hello.."
"Hello..Cik Syahira.. Akmal from HEA"
"Oh En Akmal.. Ada apa tu ye..?"

Apahal lagi la mamat ni? Tak abis-abis nak telefon aku.
"Hmm kebetulan saya ada di fakulti Cik Syahira ni.. Ada saya bawakkan sekali dokumen yang Cik Syahira perlukan tempohari.. Saya ingatkan nak singgah pejabat Cik Syahira untuk beri dokumen ini."
"Oh.. Terima kasihla En Akmal. Tidak perlu susah-susah nak antar ke bilik saya. En Akmal letak di box saya di pejabat fakulti pun dah terima kasih banyakla... nanti saya ambil.."
"Eh takde susahnya la nak ke bilik Cik Syahira tu.. Kalau nak naik pejabat memang susahla.. sebab kena naik tangga.. Bilik Cik Syahira pun kat bawah je kan?"

Eh tahu pulak mamat ni bilik aku kat mana?
"Tapi saya tak janji boleh tunggu.. Saya dah nak ke kelas ni kejab lagi.."
"Hmm kejab lagi saya sampai. Takpela, ikut waktu Cik Syahira.. Kalau tak sempat karang.. saya letak di box di hadapan bilik Cik Syahira.."
Ait.. tahu plak dia, ada box depan bilik aku. Cepat-cepat aku mengemas untuk ke kelas, setelah meletak telefon. Suka hati dia la nak datang ke apa ke. Bukan tak boleh suruh ofisboy dia antar ke pejabat fakulti.. nak jugak antar ke bilik aku. Terajin la plak pegawai sorang ni. Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran. Dia mengintai keluar dari tirai langsir. Sah, si Akmal. Tersenyum dia membuka pintu.
"Terima kasih banyak la En Akmal.." ucapnya setelah menerima dokumen itu.
"Sama-sama. Lepas ni kelas di mana?"
"DKG 8.."
"Oh.. sekali jalan.. Jom la kita jalan sama.."
"Eh takpela.. Saya nak bersiap dulu sebelum ke kelas. En Akmal kena tunggu karang. "
"Takpela.. Tadi Cik Syahira kata dah nak pergi kan? Kalau tunggu pun sure tak lama."
Lelaki itu tersenyum. Eh mamat ni.. tak paham bahasa la plak. Kenakan aku balik plak tu. Isk isk.. Malasla aku nak melayan. Kalau budak-budak nampak nanti macamana agaknya. Dia tahu Akmal antara pegawai universiti yang cukup dikenali kerana keterlibatannya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum bersama pelajar. Tersenyum lelaki itu apabila dia keluar dari biliknya. Dia menawarkan diri untuk membawakan laptopnya namun segera dia menolak. Isk isk dia ni..

Sunday, June 20, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 35 - SYAFIKA story ::

KEPULANGAN

Berkali-kali dia mendial nombor telefon rumah itu. Namun kemudiannya diletakkan gagang telefon semula. Dia memerhatikan nombor yang tertera di emailnya. Sama. Itu nombor telefon Deen.. namun berat betul rasanya dia nak menelefonnya. Kenapa ek? Malu? Silapnya juga dia tidak memberikan no telefonnya kepada lelaki itu. Deen mungkin hanya ada nombor telefon rumah lamanya. Semenjak berpindak ke JB, dia tidak pernah memberikan nombor terbarunya.. Aisey, sudah pasti dia yang harus menelefonnya dulu.

Nada dering kedengaran di corong telefon beberapa ketika sebelum mendengar suara lelaki menjawabnya.

"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Izuddin?"
"Waalaikummusalam.. Deen bercakap. Siapa tu ye?"
"Deen.. Its me Sya.."
"Hei.. Ogenki desuka? Mou tabeta noo?"
"Denki desuyooo.. Mou tabeta.."
"Nani shiteru noo.."
"Tengah cakap dengan deen la.."
"Hehehehe.. Aah ek.. Kat mana nih.."
Suaranya cukup ceria.
"Kat umah.. Baru lepas baca email Deen.. Bila sampai? Dah puas round KL?"
"Petang ahad last week.. Aduhai penatnya.. Sampai KLIA tunggu luggage macam nak tertidur.. Nasib abah dan mama dah tunggu... Nak round KL apanya Sya.. Penat pun tak ilang lagi. Adala pegi umah kawan2 yang dekat2. Banyak urusan tak settle lagi.."
"Kereta dah sampai ke?"
"Hmm belum lagi.. Mungkin dalam seminggu dua ni kot.. Itu lagila nanti.. nak settle dengan kastam.. JPJ.. Puspakom.. Barang Deen pun belum sampai.. Pakai kargo kan.. "

Sibuk dia bercerita. Deen memang begitu. Ramah di telefon dan chat. Namun ketika berhadapan, lebih banyak mendiamkan diri. Dia tahu pemuda itu. Sungguh pemalu dengan perempuan.

"Si dia dah tahu ke Deen balik?"
"Si dia? Oh dah.."
"Abis Deen buat apa skrang ni.. carik keja.."
"Tu la.. Tengah draft resume.. Skrang ni just antar and amik mama keja.. Antar adik si syahida tu g kelas.. Tu je la Sya.. Nak masuk KL Deen tak reti jalan.. Kalau area Subang tu okla.."
"Ait.. anak jati KL tak reti jalan KL.. Oh iyala.. dah lama duk sana kan.."
"Mana ada.. saya kan orang kampung .. Tu nun kat utara tu.. "
"Hmm iyala tu.."

Aku sedia maklum, Deen nama je orang KL.. tapi dibesarkan dan bersekolah di Perlis. Selepas di SBP, dia masuk kolej persediaan ke Jepun di UM. Sebelum terus belajar dan bekerja di sana.

"Eh okla Deen ek.. Sya dah nak g jemput member kat ERL.. Dia baru balik dari outstation.."
"Hmm okla.. Eh camner nak contact Sya ek?"

Selepas memberikan nombor telefon, aku meletakkan telefon. Bergegas aku ke ERL Putrajaya untuk menjemput Kak Ris. Lagi beberapa minit, ERL dari KLIA akan sampai. Tidak lama aku menunggu, nampak Kak Ris menuju ke arah tempat menunggu. Ada lelaki di sebelahnya. La sapa plak tu.. Apabila Kak Ris membuka boot kereta, baru ku nampak lelaki itu. Abang Arin rupanya.

"Alamak rindunya akak kat Fika.." Wanita muda itu memelukku.
"Fika pun.. Penat dah asyik kena panaskan enjin kereta Kak Ris.." Aku cuba mengusiknya.

"Ala siannya.. Sorry.. Jom akak belanja nak.. Kita g tepanyaki.. Pastu kita antar abang Arin balik.."
"Fika saje jela.."
"Takpela.. Kebetulan akak nak belanja si Arin ni.. Sekali la dengan Fika.."

Aku mengangguk.

"Baik boss.."
"Arin kau duk depan la.."
"Oh saje je dia nak jadi mandor kat belakang kan Fika.."

Ku lihat Kak Ris hanya tersenyum. Mesti dia penat. Mukanya pun seperti terbakar.

"Panas agaknya kat sana ek abang Arin.."
"Mana nya tak panas.. Kak Risya tu dah gelap.. Abang jangan citer la.."
"Kak Ris macam tak larat je.."
"Mana nak laratnya.. Orang malam suruh dia tidur.. Dia g gayut kat telefon.. Cuba tanya kul brapa dia tidur.."
"Ha gayut dengan sapa??"

Ait, Kak Ris baik dengan Miri?

"Biasala si Risya tu.. Orang berkenan je kat dia.."
"Oh.. ada orang minat ye Kak Ris.."
"Ha percayala cakap si Arin tu Fika.."

Kami gelak sama-sama. Hmm.. satu perkembangan yang baik. Yeah, shes hot. Miri memang rugi.

"Kita nak g mana ni Kak Ris. Mines ke Endah Parade?"
"G Sri Petaling la.. Dekat skett dengan rumah abg Arin.."
"Ok boss.."

Aku terus menekan minyak.
"Wa laju jugak Fika bawak keta kan.."
"Hmm sorry.. abg Arin tak suka ek?"
"Eh takdela.. Tanya je.."
"Mananya tak suka Fika.. 2 kali 5 jugak dengan Fika.. Surat saman dah berkeping-keping.."
Kak Ris menyampuk dari tempat duduk belakang. Abang Arin hanya gelak-gelak kecil.
"Hmm berapa paling laju pernah bawak..?"
"Hmm keta Fika cc kecik je abg Arin.. 1.3 jek.. Tak laju mana pun.. Pernah la bawak satu enam.."
"1.3 bawak 160? Boleh laju lagi tu..."
"Ha kau jangan nak mengajar si Fika ni Arin.."
Kami gelak lagi.
"Kalau GTi ni..?"
"GTi Kak Ris ni paling laju pun 140 jek.. Tak berani la.. keta orang.."
"Pernah bawak BM 3 siri? Nak bawak?"
"Hmm pernah gak.. lama dulu dah.. Keta abang Fika.. Tapi .."
"Abang Fika?? Fika ada abang ke?"
Kak Ris menyampuk lagi. Alamak, kantui la plak. Namun aku buat-buat tidak mendengar. Terus bercerita dengan abang Arin.
"Tapi.. bawak tak laju la.. 120-140 jek.. Keta orang ni FIka tak brani sangat.."
"Takpe.. Nanti sesekali kita keluar.. Fika try bawak keta abang.. Tapi skrang ni abang sibuk skett.. Tunggula akhir bulan ni ke.. Tak kisah la Fika nak bawak berapa. Kita pakai highway Elite g KLIA tu tak ada orang sangat. Leh bawak laju."
"Arin.. kau jangan la nak mengajar.."
Kami gelak lagi. Aku mengangkat kening kepada abang Arin. Dia tersenyum memandangku.
"Ala.. kita g senyap2 je la kan Fika.. Jangan bagitau Kak Ris."
"Kalau berani kau buatla Arin..."

Kami sama-sama gelak dan perjalanan kami menuju ke arah Sri Petaling untuk menikmati hidangan makan tengahari di Tepanyaki.


Guys Are Too Demanding
:: Episode 34 - RISYA story ::

Di dalam kapal terbang, Arin menegur keadaan ku yang ternyata keletihan.
"Sampai Kul baper kau gayut dengan Nahar semalam?" "Mana tahu gayut dengan dia?"
"Tahu... dia bagitau.. before balik makan tu, dia tanya no bilik kau.. Aku tanyala kenapa.. Dia cakap nak call kau.. Nasib baik je call.. kalau nak datang bilik, memang sure nak makan pelempang aku.."
"Isk ada ke..?"
"Berani la dia buat macam tu.. Kalau nak kena ajar dengan aku.."
Aku memandang wajah Arin. Kenapa plak mamat ni..
"Aku bukan apa Sya.. Cuma hati-hati la.. jangan cepat percaya sangat.. Aku pernah kenal orang set-set syed ni. Diorang ni lain skett tau.. "
"Apa lak??"
"Tak tahu la yang ni.. tapi yang aku kenal tu.. bab-bab XXrated ni.. jangan citerla.. Diorang kan kuat seks.. Tak pasal-pasal karang dia bagi sms unsur XXrated kat kau"
"Arin.."
"Sya.. Aku ni kawan kau Sya.. We been together in one place bukan satu hari je tau.. Aku cuma nak ingatkan kau.. Kau tu baik kadang-kadang tak bertempat. Kalau orang ajak keluar, tak sampai hati nak tolak."
Aku diam.
"Lagi satu ngan kita ni dia pandang sebelah mata jek.. yelah Syed la katakan.. Nanti dah bercinta cintun sekali dapat tentangan family.. sebab kau bukan syarifah.. tapi mebbe tak semua aa.. syed kau ni mebbe baik.. tapi nasihat aku hati-hati la..."

Aku masih mendiamkan diri. Entahla, masih terlalu awal untuk menilai. Aku kenal Nahar baru sepuluh hari.. dan hanya berbicara erat malam tadi sahaja.
"Kau marah Sya..? Sorry Sya.. Tapi niat aku baik.."
"La apa lak nak marah... TQ so much Arin.. Kau ingat aku dah jatuh hati ke dengan dia?""Eh mana nak tahu.. Hes got everything.. Rupa, gaya dan kerjaya.. Ada title Syed lak tu.. Nanti anak-anak kau semua ada Syed.. Syarifah.. Tipula kalau perempuan tak suka lelaki macam tu.."

Aku terdiam. Sedikit pun aku tidak menafikan kata-kata Arin. Namun aku tahu diriku bukan sebegitu.
"Tapi aku tahu kau camner Sya.. Kalau tak.. Takkan la kau suka kan Miri kan? Aku tahu Sya.. Hati kau masih ada pada Miri.. Tapi Sya.. as a gud fren, aku tanak tengok kau suffer.. Carila lelaki yang boleh appreciate kau Sya.. Jangan cari macam Miri.. Banyak lagi lelaki yang baik.. Mana tahu mebbe Nahar orangnya.. Kalau dia baik.. aku rasa tak salah Sya.."
"Ntah la Arin.. Aku masih belum lupakan Miri lagi.. Tapi ntahla.. biarla keadaan yang tentukan.. Sekrang ni.. nak cepat-cepat sampai KL.. then g makan kat tepanyaki.. Nak belanja kau! Kau ni macam makin banyak nak tabur jasa kat aku.. Takut nanti tak sempat nak balas.. Hmm karang termakan budi, tergadai body.."

Arin tergelak mendengar kata-kataku. Aku sebenarnya sengaja menukar topik perbualan. Tidak mahu Arin tahu yang aku sedih setelah mendengar nama Miri disebut. Dan dia tidak mahu air matanya tumpah di hadapan Arin. Sesungguhnya, sayangnya pada Miri masih jitu.