Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, May 28, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 27 - SYAFIKA story ::

Worm_Sasser again??
Letak sahaja beg laptop atas meja, aku diberitahu oleh Kak Rozi untuk disconnect dari network. Ait tak settle lagi ke??

"Diorg stay sampai kul baper semalam, Rozi? Epul sms Yati bagitau diorg kat ofis lagi malam tadi." Terdengar Kak Yati, System Analyst yang buat support SAP R3 bersuara.
"Lewat jugak... Diorang dengan group E-Lock kat Data Centre.. Epul.. Salleh.. Ghafar pun ada skali.."
"Apa citernya kak... "
Aku menyampuk.
"Diorang detect network dah ada virus.. Sebab ada PC yang infectkan virus ke network. So semua orang kena disconnect.. takut spread ke PC pulak. Malam tadi diorang dah workout something.. Kita tunggu announce dari Ghafar la.. " Aku menggangguk tanda faham. Pasti group En Ghafar, dari Technology Support Department akan menerangkan strategi. Selepas doa jam 8.30 pagi itu, terdengar suara Epul di interkom.
PENGUMUMAN DARI IT DIVISION (ITD). Semua rakan sekerja diminta disconnect dari rangkaian. Dalam erti kata lain, cabut kabel UTP.

Kelihatan En Ghafar keluar dari biliknya dan mengajak kami berkumpul di bilik mesyuarat. Satu penerangan ringkas diberikan tentang senario yang terjadi. CEO kami telah diberitahu dan Tn Hj, boss IT yang kebetulan sedang bercuti, akan segera pulang. Semua rakan sekerja ITD dari semua jabatan akan bergabung untuk membantu Technology Support Department membersihkan virus. Dipercayai ada beberapa PC yang telah spread kan virus ke dalam network.. dan berkemungkinan PC yang windows pattern tidak terkini akan atau telah diserang. Motif kami adalah pergi ke setiap PC, scan dan kill virus, serta buat windows update kepada setiap PC di bangunan ini, bagi mengelakkan network kami dari tercemar semula. Jika tidak, penat sahaja usaha mereka yang bertungkus lumus semalam. Semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. dan akan dibantu oleh group dari e-Lock. Setiap orang akan diberikan beberapa keping CD untuk check virus, dan windows update untuk discan ke setiap PC. Target utama kami ialah Investment Division, jabatan yang paling kritikal selepas Kaunter Utama. Man akan mengetuai kumpulan kami untuk ke Investment Division. Aku tahu e-Lock ada 2 orang jurutera lelaki berbangsa Cina yang cukup menarik, dan salah seorang daripadanya bersama-sama kami. Bak kata Shida, diorang lagi bagus jadi model dari kerja-kerja macam ini. heheheh..

Penat, tapi satu pengalaman baru. Penat juga berjalan-jalan ke sana dan ke sini.. Lagaknya macam ghostbuster cuma kami bukan pergi untuk menangkap hantu.. namun saat inila peluang aku untuk melihat infrastruktur Investment. PC khas untuk Bloomberg yang ada 3 skrin.. benar-benar membuat aku rasa jakun.

Tengahari itu, kami kembali ke pejabat. Penat.. dengan bermacam ragam perangai dan rupa paras PC. Ada juga PC yang tidak dapat dibuka, gara-gara meletak katakunci.. Terpaksa kami guna remote untuk membolehkan kami masuk windows.. ada juga yang terpaksa kami pecahkan (minta maaf, pihak ITD terpaksa memecahmasuk PC anda, sila tukar katakunci anda selepas ini)-break the password. Ada juga PC yang sekadar jadi perhiasan.. Lawak juga kadang-kadang. Tidak ku lupa pengalaman, aku sedang support seorang "Datin" yang sedang ditemu bual oleh DBP. Kelam kabut dia. Tapi sungguh baik hati. Entah apa jasanya.. aku pun tak tahu.

Petang itu, kami diberitahu sudah bebas dari virus. Lega aku.. Kalau lebih dari satu hari, mereka mungkin mempertimbangkan akan istiharan disaster. Satu perkara yang aku cukup geruni. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hidup ITD!!!

Guys Are Too Demanding
:: Episode 26 - SYAFIKA story ::

Worm_Sasser

Tengahari itu, ITD digemparkan dengan serangan virus yang tidak putus-putus. Serangannya diberitahu oleh Salleh, Security Administrator kami yang menyedari kehadiran virus tersebut menerusi Intrusion Detection System kami. Lagi gempar apabila laptop aku juga diserang. Tandanya, tetiba sahaja amaran tertera di skrin, dan PC secara automatiknya akan direstart semula. Virus ini akan menyerang PC yang tidak membuat Windows Update.

"Laptop kau kena gak ke?? Kau tak update Windows ke?? Kan aku dah ingatkan kat email.. 2 minggu lps.."
Salleh bertanya ketika aku mengadu aku turut mengalami serangan itu.
"Aku g outstation la. Mana perasan.."
"Teruk ke??"
"Teruk tak teruk dah berdering-dering gak meja Epul ngan Mirul."
"Virus apa lak nih?? Puncanya? "
"Sasser.. The Latest Network Virus Threat.. Rasanya ada user guna disket virus.. or download something frm net.. and virus tu dah jalan kat network.. so takut effect PC lain yang connect network."

Hmm patutla, aku diberitahu supaya cabut UTP cable. Beberapa ofismate aku di bawah Technology Support Department sudah keluar pergi membantu rakan sekerja jabatan lain yang sudah menelefon meminta bantuan. Kami, di IT Division.. Hmm pc sendiri .. tanggung jawab sendiri la..

Setelah memastikan laptop ku benar-benar kembali stabil, aku menyambung UTP cable. Laptop ku discan menggunakan scan di Internet.
http://antivirus.com
Dengan perisian Trendmicro, laptop aku discan.

Sudahnya aku geram sendiri. Pastinya hari ni, satu kerja tidak dapat dibuat. Pastinya semua sistem tidak dapat digunakan kerana tidak ada rangkaian. Aku diarah bersedia sekiranya terdapat sebarang declaration disaster.. Hmm, di Malaysia, kita kemungkinan selamat dari serangan ribut taufan atau gempa bumi, namun serangan virus juga boleh mengakibatkan isytiharnya Disaster. Pelbagai kerja perlu dibuat. Namun aku menarik nafas lega apabila diberitahu, Kaunter Utama- tempat berurusan dengan pelanggan tidak terbabit. Kalau tidak, belum tentu aku boleh duduk scan laptop ku ini. Kesian pula aku melihat kawan-kawan dari Technology Support Department. Kerana keengganan sesetengah staf untuk membuat Window update atau scan sebarang fail yang dimuat turun.. mereka jadi begini. Itupun, dikatakan ITD tiada kerja, kami tidak dihargai. Namun, kalau kami mogok tak buka pejabat untuk 1/2 hari sahaja, baru mereka tahu bagaimana rasanya. Baru tidak boleh access email, sudah berdering telefon. Inikan pula 1/2 hari..

Pengajaran : Jangan lupa buat Windows Update walaupun anda pergi outstation.

Note :
WORM_SASSER affects Microsoft Windows XP and XP Service Pack 1, Windows 2000 Service Pack 2, Windows 2000 Service Pack 3, Windows 2000 Service Pack 4
-Source: Microsoft

Infection Mechanism
i. Ignore up-to-date installations (patched systems)
ii. Perform network scans for vulnerable systems.
iii. Send malicious packets or files to vulnerable systems.
iv. Infected machines join the attacker group and perform additional network scans for other vulnerable systems.


Tuesday, May 25, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 25 - SYAHIRA story ::


Bulat aku melihat surat tawaran kursus yang ada dalam tray -IN- di atas meja. Kursus Business Continuity di salah satu tempat yang tertera di kertas tawaran itu berserta dengan tarikh. Kesemuanya di luar negara dan.. 6 bulan.. Mak ai lamanya. Aku termenung panjang. Kalau tak pergi, rugi. Giliran untuk mendapat kursus di luar negara punyala susah. Apatah lagi, kursus yang ditawarkan bukan setiap tahun ada dikendalikan. Kalau pergi, apa agaknya kata mak dan abah. Pantas aku sms Risya dan Fika.

1 new message
Ohayoo!!! Wah.. best tuu..!!! apa lagi kak, grab it! bukan senang nak dpt tat chance. location.. which one u prefer?? parent akak sure blh runding punya. Nak bincang? tunggu Kak Ris balik la ek..


Tersenyum aku membaca sms Fika.. terpancar keriangan dari smsnya. Tidak lama selepas itu telefon ku berbunyi semula. Pasti dari Risya..

A'kum kak.. Ris sihat. Happy kat rumah.Macam tanak balik.Well, great opportunity! Dont miss it. Im sure ur parent will allow u to go. its for ur own career rite. But, hmm abg Lan dah tau??


Lan?? Perlu ke aku memberitahunya. Atau dia tak kisah? Malam itu, aku menelefon rumah. Mak ternyata tiada halangan namun perlu dirujuk kepada Papa. Selepas itu aku menekan butang Write message di telefon. Tit.

Lan.. Sya dpt offer kursus kat oversea. 4 months.. but tak confirm lagi. apa pendapat awk?


No Lan ditekan. Imej SEND keluar di skrin. Berdebar-debar menanti jawapan Lan. Rancangan Majalah 3 di hadapan mataku tidak lagi ku hiraukan. Setelah sekian lama menanti, telefon ku berbunyi. Ku tekan butang Open message.

Pendapat? saya tak reti bagi pendapat... Kalau nak pegi, pegi je.. Tak payah kisah pendapat orang.. Jaga hati sendiri, baru pk hati orang..

Sinis sungguh kata-katanya. Apakah maknanya..? Perlu ke aku menelefon. Nombornya ku dial, namun kemudian... ku letakkan kembali. Kenapa mesti aku? Kenapa tak dia.. Dia tak kisah pun aku pegi.. Kenapa mesti aku kisahkannya. Bukankah hati sendiri juga patut dijaga. Sungguhpun begitu, hatinya cukup pedih dengan sms itu. OO Tuhan, ada kah ini satu petunjuk darimu.

Monday, May 24, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 24 - SYAFIKA story ::


Dari lapangan terbang Senai lagi dia sudah memberi sms kepada Hafiz untuk berjumpa di Selera Putra pukul 6 petang. Dia terus pulang ke rumah setelah habis tugasnya di JKR. Terasa pelik rasanya dijemput Pak Mat. Mama dan Mak Jah menghantarnya ke Senai setelah zohor. Pukul 3.30. aku sudah berada di perut kapal. Ingin ambil flight lagi lewat, mama tidak bagi. Dalam flight, aku membaca email dari Kak Ris yang dicetak sebelum aku pulang. Berkali-kali aku membacanya seolah-olah ingin lebih memahami isi kandungan email itu. Kak Ris perlukan bantuanku untuk risik keadaan Abang Lan. Sebab tu, aku perlu bertemu Hafiz. Sempat juga dia chat dengan Deen malam minggu sekembalinya lelaki itu dari usrah. Kepada Deen dia minta pendapat bagaimana untuk membantu Kak Ira.

"Kau ni biar betul Sya.." Itula kata-kata pertama yang keluar dari mulut Hafiz apabila aku menyatakan hasratku. Aku membuang pandangan ke Istana Sultan Selangor yang terletak di seberang tasik.
"Aku niat baik.. Bukan apa Fiz.. Nak tolong kawan aku gak.. Diorang kawan lama.. Macam pakwe makwe.. Tapi abang Lan tu macam tak serius la plak.. Kau kan ofismate dia.."
"Memangla ofismate aku.. Tapi dia department lain. Dia jaga international network.. Memang baik dengan dia.. Tapi bab-bab personal ni.. takkan aku nak masuk campur.."
"Hmm abis kau ingat aku suka ke? "
"Hmm takpe ke Sya. Macam tak elok je kita sibuk-sibuk hal orang..."
"Entah la Fiz.. Aku ni pun niat nak tolong orang je ni. Memangla bukan Kak Ira yang mintak tolong. Tapi orang nak bina masjid.. Kau takkan taknak tumpang sekaki.. Pandai-pandaila.. Kau kan pandai deal dengan orang.. cari client pandai.. cuba la.. Manalah tahu Tuhan tolong. Tengok pergaulan dia camner.. Ada kawan dengan perempuan lain tak? Apa-apa la.."

Hafiz termenung. Dia menarik nafas panjang.
"Aku cubala.. Tapi aku tak boleh nak janji tau.. Kau pun tahu kan.. budak lelaki ni lain.. Hal-hal personal ni jarang sangatla dibualkan.. Aku cubala.."
Aku menarik nafas lega dengan jaminan Hafiz.
"Lagipun macam kita je yang kenalkan diorg.. Manalah tahu diorang memang ada jodoh.. Kita tolong sedaya yang boleh je la kan.." Hafiz bersuara lagi. Memang, mereka bertemu di majlis rumah terbuka Hafiz. Aku datang membawa Kak Ira.. dan secara tidak langsung, kami yang memperkenalkan mereka berdua.
"Thanks Fiz.. Nanti aku belanja kau ek.. bila semua dah settle.."
"Ha itu yang aku tunggu dari tadi tu.."

Kami berdua sama-sama tergelak. Moga Tuhan memberikan kami pertolongan.

Sunday, May 23, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 23 - SYAHIRA story ::

Apa kesudahannya?
Terasa penat pula setelah sendirian mengemas rumah. Selalunya kerja-kerja rumah pasti dibuat bersama. Namun minggu ini, Fika bertugas di JB, Risya bercuti seminggu di BP. Sudahnya, dia keseorangan sehingga Fika balik esok. Dia sememangnya selalu ditinggalkan. Tidak sepertinya, kedua-dua teman serumahnya itu memang selalu bertugas luar. Risya jangan ceritala.. Ke Bintulu dan Kerteh sudah seperti pergi balik pejabat. Itu belum masuk ke tempat lain. Fika, usernya jabatan kerajaan di seluruh Malaysia. Tambah lagi, Fika selalu menyertai ekspedisi konvoi. Aku? Harap kursus sahajala. Itupun jarang-jarang sekali. Dalam setahun boleh dikira dengan jari. Gara-gara itu, aku digelar 'Perempuan Melayu Terakhir' oleh Fika. Hmm.. rindu pula dengan mereka. Pastinya mereka berdua sedang bergembira bersama keluarga. Ingin pulang ke rumah, semalam dia sudah penat memandu. Dari Shah Alam, Cheras, Kajang dan kemudian pulang semula. Dia menolak untuk keluar hari ini bersama-sama Jijie ke MidValley Megamall. Serta-merta teringat dia pada Lan.. Buat apa dia sekarang ye? Pasti masih penat. Dia tahu Lan baru pulang dari Manila kelmarin.

Selepas zohor, dia cuba menelefon Lan. Tersenyum sendiri apabila Lan sedang bermain gitar, dan ingin menyanyi satu lagu untuknya.


Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan


"Awak ada lagi ke kat situ??"
"Yeah.."
"Hmm saya ingat dah tidur tadi.."
"Ada lagi... Kenapa pulak nak tertidur.. "
Lan menyanyi kembali sambil bermain gitar.


Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora

Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
::: Awie - Di Ambang Wati :::

"Terima kasih... Hows Manila? Ada bawak apa-apa ke untuk saya dari Manila?"
"Manila ok.. cuma saya tak belikan apa-apa untuk awak la Sya.. Tak sempat!"

Aku terdiam. Terasa juga hatiku. Sibuk sangat ke atau tidak mengingati. Teringat teman-teman yang lain, sering pulang dengan sesuatu jika bertugas luar. Fika kalau ke Bintulu, cuma ke offshore dan hotel. Langsung tidak ke mana-mana.. Namun tetap juga ada sahaja buah tangan darinya. Walaupun hanya rantai kunci yang dibelinya di lapangan terbang. Bukan barang yang jadi ukuran, tapi ingatan itu bukanke lagi penting. Tapi cepat-cepat ku ilangkan rasa kecil hatiku. Lan memang begitu.

Setelah meletak telefon, aku termenung panjang. Dengan perangai Lan yang begini, bagaimana dia hendak berbincang. Sudah puas hatinya cuba mengerti dengan keadaan dan kehidupan Lan, namun Lan tidak pula berusaha untuk memahami. Perkara ini memang menjadi fikiranku sekarang. Oh Tuhan, bantula hambaMu ini.. amin!