Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Tuesday, June 08, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 31 - SYAFIKA story ::

GTi Kak Ris

Pagi-pagi lagi aku sudah berada di hadapan kereta Kak Ris. Memanaskan engin kereta. Beginila rutinnya sekiranya Kak Ris outstation. Tidak sedikitpun dia berasa berat hati membantu Kak Ris kerana Kak Ris turut membuat demikian sekiranya dia outstation. Sedang dia menuju ke arah keretanya, telefonnya berdering halus menandakan ada sms masuk. Malas dia nak melayan, namun dia berhenti juga dia berjalan dan mencari telefon bimbitnya. Manala tahu sms dari server.. ada problem. Karang tak pasal-pasal je datang ofis tanpa tahu server ada masalah.


1 new message
Fika sayang, tengah panaskan engine keta Kak Ris ke? Fika bawak keta akak arini la ek.. Dah lama sangat keta tu tersadai. TQ Fika.. Miss U!


Kak Ris rupanya. Macam tahu-tahu je dia ni orang nak g keja.. Aku berpatah balik mendapatkan kereta Kak Ris. Hmm bestnya bawak keta ni. Sayang Kak Ris jarang menggunakan keretanya. Pergi kerja pun menaiki ERL dan Putra. Selalu pulak kerja luar. Dia membaca doa seribu dinar yang tergantung di cermin kereta itu. Dia tahu itu pemberian Miri. Kak Ris pernah kata.. Boleh kira dengan jari sahaja barang-barang yang diberi oleh Miri. Selain perfume yang diperolehi pada hari perpisahan (pelik sungguh Miri ini), ada satu utas karangan siput yang tergantung elok dalam bilik Kak Ris. Sian Kak Ris.. Moga dia akan menemui pengganti yang jauh lebih baik.

Ketika dia sedang mengeluarkan laptop di kawasan parking pejabat, terdengar satu siulan panjang dari belakang. Epul dan Man tersenyum-senyum dari kejauhan. Hmm, abisla aku.. Kenala aku kat ofis nanti.

Buka sahaja pintu IT Division, terdengar lagi siulan yang ku pasti untukku.
"Sya.. Tukar keta baru ke?" Kak Nora, setiausaha boss ITD bersuara. Hmm mesti sebab GTi Kak Ris ni.
"Mana ada.. Kereta lama la kak.."
"Kalau bukan kereta baru.. mesti bawak keta boyfren tu Kak Nora.. Boyfren gi outstation la tu.."
"Yeah rite.."
Aku selamba sahaja mendengar kata-kata Epul. Apa-apala. Kalau dilayan karang, makin hebat mereka mengusik.
"Apa? Boyfren Sya g outstation..? Bawak kereta boyfren dia.. "En Ghaffar, Head of Technology Support pula bersuara.
Sudah.. Orang lain plak dengar. Orang lain plak akan menyakat. Aku terus buat muka selamba sambil terus menuju ke meja ku. Aku buka beg laptop dan duduk di tempatku. Aku dengar lagi suara-suara mengusik. Namun tidak aku endahkan.
"Orang kata kalau diam tu tandanya setuju.. Betul la tu.."
"Hei.. iyala tu.. Apa-apala"
Aku bersuara perlahan. Itula divisionku. Sudah lali dengan usikan mereka. Kadang-kala ada juga dia melayan. Namun, hari ini dia lebih suka mendiamkan diri. Tapi keriuhan dan kemesraan itula yang menyebabkan aku masih berada di sini. Pantang ada sikit kelainan atau kesilapan, pasti itula yang jadi barang gurauan. Man tiba-tiba mendekatiku sebelum dia duduk di tempatnya.
"Eh Sya.. kau bawak GTi sapa tu.. Kau tukar kereta ke??"
"Takdela Man.. tu keta housmate la. Aku ni manala mampu nak pakai GTi. Kau lainla.."

Man tersenyum. Hmm.. Ku tahu perangai Man. Sanggup berhabis namun untuk memakai kereta tempatan, tidak sekali. Hmm aku kalau harapkan harta arwah abah, memang mampu nak beli GTi.. Ataupun menjadi puan muda kepada Fong Hwa, aku memang boleh memakai Jaguar. Namun, aku sedar.. aku masih belum mampu mempunyainya dengan usahaku sendiri. Justeru itu, lebih baik bersedarhana dalam kehidupan.

Sunday, June 06, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 30 - RISYA story ::

BALIK PAPAN
Arin sudah memejamkan mata. Letih! Dipesan supaya mengejutkannya sekiranya masa berlepas sudah hampir. Sudahnya aku yang termagu sendiri. Ingin berjalan-jalan di balai berlepas ini, malas pula mengusung laptop ke sana sini. Sejak kejadian di Bintulu itu, Datuk terus membeli laptop untuk semua lead engineer. Aku tidak terkecuali.

"Kau boring ke Sya?"
"Ait ingat tidur.."
"Takdela.. cuma penat la Sya.. Aku ni balik rumah untuk antar baju kat dobi.. Pastu amik baju kat dobi masuk dalam beg, then keluar balik outstation. Macam KLIA ni plak rumah aku. Orang kaunter tiket KLIA ekspress tu dah macam kenal aku. Siap tanya tu aku g mana plak kali ni. Melampau-lampau plak 2,3 menjak ni. Asyik keluar je.. Aku ni dah separuh nafas dah.. Takpe.. Datuk kata kalau dah settle ni.. dalam akhir bulan depan... boleh rest.. Dia cakap aritu nak belanja makan semua orang kat Sheraton Imperial.. Pastu kau tahu, dia kata nak book bowling kat Flamingo satu hari ahad utk ofis kita jek"

Aku tersenyum dengan cerita Arin. Sian dia. Sejak aku jatuh sakit di Bintulu, Arin la yang menggantikanku untuk bertugas luar. Inila kali pertama aku bertugas luar sejak aku kembali dari Bintulu. Itupun setelah Datuk memastikan aku benar-benar sihat untuk bersama dengan Arin ke Balik Papan ini.

"Sian kau ek.. Kau yang kena ganti aku.. Camner aku nak balas ek?"
"Takpe.. asal kau belanja aku tepanyaki cukup bulan ni.. kira ok la.."

Hmm mamat ni betul-betul macam Syafika.. Giller tepanyaki.
"Kau tak tahu ke Datuk sayang giller kat kau Sya.. Masa dia tahu kau sakit tu, pucat lesi muka si Haikal. Nak jawab pun terketar-ketar. Kau pun satu amik EL tetiba. Seminggu lak tu. Bagi sms kat datuk.. kat aku.. cakap balik BP. Semua orang ingat kau balik tunang. "
"Aku penat sangat. Alah bukan salah Haikal, aku sakit.. Apa dia nak takut.. Nasib ada dia.. Dia jugak yang susah-susah usahakan aku g klinik. "
"Ooo Haikal ada.. Dah tak sayang kat aku la.." Arin membuka sebelah matanya memandangku.
"Ni apahal lak nih.. Tetiba jek.. "
"Antara aku dengan dia kan.. sapa lagi kau sayang Sya.."
"Ala.. Dua-dua la aku sayang.. Tak betul ke kau ni??"
"Ala aku tahu.. Sayang kat kitaorang tapi kau lebih sayang miri. Takde sapa leh ganti Miri kan?"

Berderau darah aku mendengarnya. Oh mine, kenapa nama itu yang disebut. Aku terdiam, seraya memandang ke arah lain. Nampak kelibat 2,3 orang pramugara sedang berjalan sambil menarik beg masing-masing.
"Aku dan dia.. dah takde apa-apa la Arin.." Lambat-lambat aku bersuara.
"Ha.. Yeke.. bila? Dia ada datang sini ke?" Serta merta dia mengalihkan badannya mengadapku.
"Januari.. "


berat bebanku..meninggalkanmu
separuh nafas jiwaku.... sirna
bukan salahmu.....apa dayaku
mungkin cinta sejati tak berpihak.. pada kita

kasihku..sampai disini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda
dengarkan dengarkan lagu... lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari

selamat tinggal kisah sejatiku
oh..... pergilah..........

::: Glenn Fredly - Januari :::



"Ooo mine.. sorry Sya.. Sorry.. Aku tak berniat aa Sya.."
"Takpe.. aku dah makin ok.."
"Kau sakit-sakit ni sebab dia ke Sya.. Sian kau Sya.."
"Hmm ntahla.. Mungkin ya.. mungkin tak.."

Ku lihat Arin menggelengkan kepalanya.
"Perempuan baik macam kau ni pun Miri boleh reject.. Ntah macamana lagi agaknya dia nak.."
"Baik ke aku ni Rin? Hmmm.. benda tu subjektif la Rin. Mebbe pada Miri, aku masih tak cukup untuk memenuhi kriterianya. Well, we cant pls everybody Rin.."

Ah bibir mudahnya menutur kata-kata. Sedangkan hati..
"Aku tahu kau strong Sya.. I know u can handle this. Lagipun kumbang bukan seekor. Aku boleh carikkan kalau kau nak. Kau nak camana?"Aku menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.
"Takpe Sya, take ur own sweet time.. You know what, mebbe u deserve someone better Sya.. Percayala, di sebalik kepahitan.. pasti ada madu yang akan kau rasa Sya.. "
Aku terdiam. Aku banyak kali dengar kata-kata itu cuma aku sendiri tidak yakin dengan diriku. Dapatkah aku melupakan dirinya.
"Eh dah la.. jangan sedih-sedih. Aku janji selagi kau ada kat sebelah aku Sya.. aku akan buat everything yang akan buat kau happy. Sikit pun tak ingat dengan Miri.."
"Thanks Rin.."
"Ha bercakap tentang ni kan.. Aku ada cerita.."
Kata-katanya terhenti apabila terdengar pengumuman.

Penumpang-penumpang bagi penerbangan pesawat MH2504 Penerbangan Malaysia ke Kuching.. Anda diminta untuk memasuki ...

"Ha lega..Ingatkan kita tadi.. Kalau tak kenala berlari masuk .. "
"Jomla kita masuk.. tunggu kat dalam.. Kau takde nak beli apa-apa lagi kan.."
Arin menggeleng. Dia tercari-cari sesuatu dari dalam kocek jaketnya.
"Kau carik apa Rin? "
"Tiket aku mana ha? Hai.. mana la plak perginya.."
"La kan kau kasik aku tadi.. Sebab kau nak bawak laptop.."

Arin tergelak.
"Ntah apa-apa la aku ni.. kawin pun tak.. dah lupa.. Isk isk.."
"Tu kena kawin tu.. Dah kena orang jaga.."

Arin tergelak lagi. Hmm.. cerianya dia! Arin memang sentiasa riang. Sejak dulu lagi aku perasan bola mata Arin hitam kecoklatan. Seringkali sekiranya dia gelak, cahaya matanya bertukar menjadi coklat berkilauan.

"Orang macam aku ni sapala yang nak Sya... Asyik sibuk keja je. Ada ke perempuan yang akan paham.. Aku ingat nak carik macam kau la Sya.. Kau carikkan la satu untuk aku!" Tengok dia masih bergurau.
"Yela tu.. dah la.. kalau layan kau.. sampai esok la kita duduk kat sini.. Jom masuk.."
Makin kuat gelak Arin. Malas aku nak melayan, cepat-cepat aku meninggalkannya. Berlari-lari anak dia cuba mengejarku dan kami sama-sama memasuki balai berlepas.