Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 22, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 22 - SYAHIRA story ::


Dia membelah kesibukan Lebuhraya Puchong-Damanasara menuju ke Shah Alam untuk bertemu dengan sahabat baiknya yang baru sampai dari Terengganu. Waktu teman baiknya itu cukup suntuk untuk tuntutan peribadi, lantaran kesibukannya and komitmen kepada kerjanya. Yelah.. nama pun datang bertugas. Setelah menjemput temannya di satu kawasan perumahan di Seksyen 7, kami mengambil keputusan untuk berbual di Coffee Break, Petronas Seksyen 7 Shah Alam.

Angin yang hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa ku rasakan begitu hangat. Kerusi yang diletakkan di luar kedai, seperti di luar negara namun keadaan cuaca panas di Malaysia tidak begitu sesuai rasanya. Sesetengahnya seperti Starbuck dan Dome, KLCC meletakkan kipas besar di luar kedai.

"Lama aku tak jumpa hang Sya. Makin cantik plak aku tengok.." "Aku tersenyum nipis. Kawannya itu telah lama bertugas di Terengganu namun telo Penangnya masih kuat di bibir.
"Terima kasih.."
"Cuma satu je.. Hang ni tak berubah.. Hang tahu apa dia?"
Aku mengangkat kening seolah-olah memberitahu aku berminat untuk terus mendengar kata-katanya.
"Hang kalau nak buat apa-apa, nekad sungguh.. macam dulu. Ni hang ada jamuan kul 12.30 kat Cheras.. hang datang jugak Shah Alam carik aku. Ni yang buat aku sayang kat hang ni! Aku tersenyum. Itula dia, Has.. Cakap sungguh kasar didengar.. Intonasi tiada lembutnya. Pada permulaan persahabatan, aku memang tidak tahan, namun ku tahu dia sungguh baik. Kasar hanya di luar sahaja.

Telefon tiba-tiba berdering. Jijie, bertanya lagi tentang kehadiranku. Sungguh-sungguh dia mahukan aku datang. Katanya, rakan-rakan semasa matrik juga turut menghadiri.

Aku menghantar Has pulang setelah menghabiskan masa berbual kisah-kisah lama bersamanya. Ku hadiahkan sesuatu, dia nyata cukup terharu. Kemudian, aku segera bergegas ke rumah Jijie. Aku tidak tahu sebenarnya arah jalan ke rumahnya. Namun ku agak-agak sahaja. Berbekal dengan ingatan, aku terus memasuki kawasan rumahnya. Sudahnya, aku give-up. Bertahun-tahun tidak menjejaki rumahnya.. Bila ku nampak papan tanda menghala ke Lebuhraya SILK aku tahu itu bukan arah ke rumahnya. Serta merta mencapai telefon. Dan akhirnya aku berada di Taman Koperasi Cuepacs, di Cheras.

Sesi potong kek dan hadiah sudah tamat. Tetamu ramai sudah pulang. Anak Jijie juga sudah tidur kepenatan. Kami berbual kosong. Hmmm dah lama aku tidak merasai suasana ini. Bercerita tentang kenangan semasa Pusat Matrikulasi, keluarga dan kerja. Sehingga Zai, antara teman baikku di Pusat Matrik bertanya keadaanku. Bila aku nak menamatkan zaman bujang. Aku hanya tersenyum.

"Lelaki ni .. kalau dia memang nak kan kita.. dia akan usaha.. Kalau buat endah tak endah tu sama ada dia belum nak komited, or memang tak berminat kat kita.."
Serta merta aku teringat Lan. Sungguhkah Lan begitu.
"Laki aku dulu aku tanya dia.. dia nak tak kat aku.. Dia kata nak.. So jadila.. Kalau macam tak kisah tu.. tu la macam aku cakap.. "
"Ataupun dia ada perempuan lain" Jijie pula menyampuk kata-kata Zai.
AKu hanya mendiamkan diri.
"Kita ni kena sayangkan diri.. Buat apa tunggu orang yang tak nak kat kita Sya.. Umur kita ni makin meningkat.. Kalau tak kisah kawin lewat pun, takkan la u tak nak anak.. Kita ni bahaya mengandung umur dah lewat-lewat. Kalau kawin memang tak nak anak.. takpela jugak.." Jijie menyambung. Dia kembali meletak cawan yang diminumnya.
"Sya betul ke takde sapa-sapa.. Kalau Sya nak, ada kat ofis tu.. ada sorang tu.. Arkitek. Baik orangnya. Kalau nak Zai kenalkan.. bolehla Zai tolong.. "
"Sya malu la.."
"La apa nak malu.. Bukan kita buat benda jahat pun.. Jangan bimbang la Sya.. InsyaALLAH.. jodoh tu ada.. lambat ke cepat je.. tapi kita kena usaha la.. Lagipun, Sya pun takde yang kurang la.. "

Pulang itu, aku tidak memberikan kata putus apa-apa. Aku akui masih menyimpan harapan pada Lan. Biar pun aku tidak tahu lagi apa keputusannya.

Thursday, May 20, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 21 - RISYA story ::


Sebagaimana terperanjatnya aku dengan keadaan luar rumah Fika, begitu juga ketika aku menjejakkan kakiku ke dalam rumahnya. Dengan perabut buatan Itali dan struktur rumah yang indah hiasan dalamannya ini, aku tahu Fika pasti anak orang berada. Namun gadis manis itu ternyata berjaya menyembunyikan statusnya. Dia cukup sedarhana dan bersahaja.

"Anak auntie susahkan awak berdua kan. Hantar sampai depan rumah.. Terima kasih banyak-banyak"
"Takde apa-apa auntie.. Kebetulan saya cuti. Lagipun, Fika yang bawa kereta dari KL ke BP.. Jadi apa sangat la saya antar dia ke rumah.."
"Ni adiknya ye.."
Mama Fika memandang Nur.
Ku pandang Nur tersenyum membalas pandangan mama Fika.
"Makan sini la ye.. Lepas zohor baru bertolak balik.."
"Eh takpela auntie.. Abah dan Mak pun suruh balik cepat..."
"Takpe.. nanti auntie telefon parent Risya.. bagitau awak berdua balik lepas zohor.."
"Ala Kak Ris tu, belum panas punggung dah nak balik.. Mana aci.. Nasib Fika ada meeting kul 3 nanti dengan user kalau tak.. kena tidur sinila nampaknya.."
Fika tiba-tiba keluar dengan sedulang air dan buah-buahan. Dia meletak hidangan di atas meja. Kemudian, dia pantas duduk di bucu kerusi sambil tangannya erat merakul mamanya. Manja sungguh!
"Takpe.. Lain kali Ris datang lagi la ye.. Bawak family sekali. Auntie pun sunyi.. berdua je dengan Mak Jah.. Eh mana Mak Jah.. Ajak dia ke depan.. kenalkan pada si Risya dan Nur.."
Fika berlari ke arah belakang. Kemudian dia keluar semula bersama-sama dengan seorang wanita separuh umur. Ketika bersalam dengan wanita itu, dia nyata menggenggam erat tanganku dan wajahnya seolah-olah begitu mengamatiku. Pelik juga aku dengan kelakuannya namun aku tidak begitu mengendahkannya. Mungkin dia memang begitu.

Aku dan Nur berbual kosong dengan mama Fika, sementara Fika dan Mak Jah di dapur menyediakan hidangan makan tengahari. Ingin menolong, aku awal-awal lagi diingatkan supaya tidak memasuki ruangan dapur. Tetamu katanya. Ketika kami dijemput untuk makan, mataku menangkap satu gambar yang tergantung berhampiran dengan meja telefon di sudut hujung dewan tamu yang indah ini. Dari jauh aku amati, ada 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pasti gambar keluarga, namun keluarga siapakah itu. Keluarga Fika ke? Fika bukan anak tunggal dalam keluarga? Niat untuk mendekati gambar itu terbantut apabila Fika menarik tanganku.
"Jom kak Ris makan..."
Aku berpaling mengadapnya dan menuju ke dapur bersama-sama Nur dan Fika. Ketika memasuki ruangan makan di situ, aku sekali terperanjat dengan interior rumah ini. Aduhai cantiknya rumah ini. Keasyikan aku dengan keadaan rumah ini hilang dengan pelawaan mama Fika untuk menjamu selera tengahari itu.

"Besarnya rumah Kak Fika ni ek.. Abah dia keja apa..?" Nur bertanya ketika kami berada di bilik sembahyang banglo 2 1/2 tingkat itu.
"Setahu kita, abah dia keja goverment dulu.. Dah meninggal .."
Fika menjenguk tiba-tiba.
"Ok tak? Hmm sat Fika onkan aircond. " Fika sibuk melayan.
"Ok ok.. terima kasih.."

"Akak balik KL bila? seminggu cuti ek..?"
"Hmmm ahad depan balik la kot. Maybe pagi.. Takut jem kat senawang kalau balik lewat-lewat ni.. Kalau tak pun, sabtu. Saje cuti lelama skett! Fika..?"
"Flight petang Isnin.. Sian la kak Ira tinggal sorang ek.. Dah cakap dengan Kak Ira dah takyah jemput. Ada company car jemput kat klia.. Nanti diorang send rumah.


Aku menuju ke kereta setelah bersalam dengan mama Fika.
"Mintak diri dulu la auntie..Assalamualaikum.." Dengan tingkap terbuka, aku berkata dari dalam kereta. Mereka melambai tangan ke arah kami.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 20 - SYAFIKA story ::


Sampai di rumah Kak Ris, kami disambut oleh mak dan abah Kak Ris. Kak Ris dipeluk erat oleh emaknya ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah emaknya begitu redup memandangku, berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana menghantar Kak Ris pulang. Emak Kak Ris mengingatkan aku pada mama. Dia pun guru seperti mama. Terasa keriangan berada di rumah Kak Ris. Kebetulan kakak Kak Ris sedang dalam pantang dan berada di rumah, maka anaknya juga turut berada di situ. Patutla Kak Ris cukup caring. Hidupnya dipenuhi kasih sayang. Betapa Kak Ris juga begitu menghargai setiap perkara dalam hidupnya. Lihatla keluarganya.
"Rumah akak ni biasa-biasa je Fika.. Hope dapatla sesuaikan diri.. Rumah kampung jek"
"Rumah kampung pun.. banglo.. besar lak tu"
"Ala.. bolehla Fika.. Tempat berteduh.. Sedarhana macam ni pun dah ok.. Rehat la ek.. Malam ni ada makan-makan.."


Aku menelefon mama mengenai rancanganku untuk bermalam di rumah Kak Risya. Pada mulanya, mama keberatan namun aku memberi jaminan tidak akan menyusahkan keluarga Kak Risya. Kemudian aku sms Kak Ira, memberitahu kami sudah sampai di BP. Kepadanya ku bagitau aku akan bermalam di rumah Kak Ris. Aku kemudiannya keluar ke ruang tamu rumah Kak Risya. Ada deretan gambar keluarga Kak Risya di majlis konvokesyen dari pelbagai universiti. Tidak seperti majlis konvo Kak Risya yang dipenuhi ahli keluarga, majlis konvo ku hanya dihadiri mama dan Mak Jah.

"Fika rehatla dulu.. sure Fika penat.. "
"Eh takdela kak, setakat KL-BP ni Fika boleh lagi.. Lainla sampai ke kelantan sana... memangla penat."
Teringat ekspedisi mencari harta karun ke Tanjung Jara Resort anjuran syarikatnya tahun lepas. Penatnya sampai seminggu.
"Kalau tak penat, petang ni akak nak ajak keluar bandar. Hadiah satu pun tak beli lagi.. Akak bawak buah tangan je dari Bintulu... Mak akak pun nak ikut sama.. "
"Banyak ke hadiah yang nak dibeli?"
"Banyak gak.. bulan 5 ni berderet.. 20 hb abg ipar.. 21 hb akak ipar akak.. 22 hb anak dia.. 11 hb sorang lagi.. abg akak akhir bulan ni, tu mak akak nak beli sekaligus.. "

Berderet? Serta merta teringat abang cik.. Semalam, 19hb MEI birthday dia... Kat mana dia sekarang? Sihat ke dia? Rindunya pada dia..
"Fika termenung? Ingat deen ye.."
"Eh apa lak.. tolong sikit.."

Kak Risya dah gelak-gelak sambil meninggalkan ku menuju ke arah dapur. Aku menurut, dan membantu mengemas meja makan walaupun puas ditegah oleh Kak Ris dan maknya.

Suasana rumah Kak Ris semakin riuh dengan kedatangan kakak sulung Kak Ris, Kak Zan. Kata Kak Ris, nama kakaknya itu diambil dari nama permaisuri Johor, Sultanah Zanaria. Abang ipar Kak Ris, abg Mie yang disambut ulang tahun kelahirannya menyapa ku bertanya kabar ketika masuk ke dapur. Abang ipar Kak Ris yang seorang lagi sibuk melayani anak sulungnya manakala kakak Kak Ris yang seorang lagi sedang memerhatikan anaknya yang baru berusia seminggu yang sedang lena. 3 orang anak-anak Kak Zan dan abang Mie berlari-lari bersalam dan mencium tanganku selepas disuruh oleh Kak Ris. Ternyata aku cemburu dengan kehidupan Kak Ris yang serba keriangan. Patutla Kak Ris selalu ceria, dan tenang. Kesedihannya jauh disorok di dalam hatinya. Melihat keadaan itu, aku jadi takut dengan lelaki. Kak Ris, cantik dan bijak.. Keluarga Kak Ris bahagia dan tidak bermasalah. Kalau begini keadaan Kak Ris, apa yang dicari oleh abang Miri lagi? Benar ke seperti kata Addeen, Miri juga mungkin tidak sanggup mengucap selamat tinggal. Namun, mungkin benar juga kata sesetengah kawanku, Kak Ris is not enough for Miri.. Miri still havent found what he looking for.. Miri sekadar memberi alasan untuk berpisah dengan Kak Ris. Kalau begitu, kesian Kak Ris.

Makan malam yang cukup sedarhana tetapi meriah dibuka dengan doa oleh abah Kak Ris. Kak Ris sibuk mengambil gambar majlis dengan perakam video kesayangannya itu. Anak-anak sedara Kak Ris pula masing-masing pandai bergaya di hadapan kamera. Pantang diminta bergambar, atau mengetahui dirinya berada dalam fokus kamera, serta merta memberi aksi spontan yang menarik. Sesi buka hadiah lagi ceria dengan keadaan kanak-kanak itu memberi dan membuka hadiah. Keluarga Kak Zan beransur pulang selepas itu. Aduhai, sungguh aku semakin cemburu dengan keluarga ini. Alangkah baiknya kalau keluargaku begini. Tuhan, bilakah keluargaku akan begini semula. Mana nak ku cari semua abang-abang ku itu. Mataku terlelap entah bila ketika aku memikirkan keadaan ini.

Pagi menjelang dan pukul 10, kami bersiap untuk bertolak. Kak Ris akan singgah di KuiTTho untuk mengambil adiknya menemaninya untuk ke JB menghantarku. Adiknya tidak dapat pulang semalam kerana ada kelas pada malam semalam.
"Kejab je Fika kat sini.. Nanti-nanti datangla lagi ye.."
"InsyaAllah mak cik.. Kalau ada kelapangan.."
"Ajaknya sekali maknya tu.. Nanti raya ke.. bila-bila nak datang la.."
"InsyaAllah makcik.. Nanti saya bawak satu family datang.."

Mak Kak Ris tersenyum.
"Mak dulu maktab perguruan mana ye??"
"Hmm tak pastila makcik.. Mama dah bagitau dulu, lupa plak saya.."
Aku senyum tersipu. Malu sendiri tidak dapat menjawab soalan abah Kak Ris.
"Kita g amik adik akak, then kita g JB terus ek.."
"Hmm antar Fika kat bus station je la.. Susahkan akak la plak.."
"Ha tengok-tengok.. ada ke antar kat bus stand jek.. Ala.. terlanjur akak cuti ni.. apa salahnya sesekali akak tgk JB tu.. kalau takde reason kuat macam ni.. isk susah nak permission parent akak tau.. Hmm nama je orang Johor.. tapi lebih terror KL and Bintulu lagi.. ehehhehe"
Kak Ris gelak nipis.
"Fika kat pinggir JB jek.. takde la terror jugak kat JB tu kak.. Akak tahu la Fika ni kan dibesarkan di KL.. Masa Fika nak masuk matrik.. baru Fika pindah JB.."
Kak Risya mengangguk. Aku bersalam dengan abah, mak dan kakak Kak Ris sebelum masuk ke dalam kereta. Terima kasih semua. Terima kasih kerana memberikan ku ruang untuk berada dalam keluarga bahagia ini.

Ketika singgah di KuiTTho, sekali lagi aku cemburu dengan keakraban Kak Ris dan adiknya.. Nur. Mereka tidak henti-henti berbual dan menyakat antara satu sama lain. Ketika aku bersalaman dengan Nur, aku hampir terpegun dengan kecantikannya. Wajahnya mirip Kak Ris, hidung yang mancung dan mata yang bulat bersinar.. jelas seperti pelakon hindustan. Namun Nur lebih cerah berbanding Kak Ris. Kereta yang dipandu Kak Ris terus menuju ke arah Johor Bahru selepas keluar di Tol Ayer Hitam. Lucu juga melihat Kak Ris yang teragak-agak selepas melewati Tol Skudai. Asal nampak susur masuk, dia akan bertanya. Aku terus memandu arah Kak Ris selepas memasuki susur masuk ke Pasir Gudang. Sehingga sampai ke rumah, aku dan Nur tidak henti-henti saling menunjukarah Kak Ris.. Nyata Nur juga tahu dan mahir jalan JB berbanding Kak Ris. Kak Ris nyata gembira selepas kami sampai di hadapan pintu pagar rumahku. Berjaya juga akhirnya dia sampai ke rumah. Hmm bagaimana ye selepas ini. Bagaimana aku harus cerita kan tentang gambar keluargaku yang tergantung di dinding dewan tamu rumahku. Kak Ris tidak pernah tahu aku ada 3 orang abang, dan aku anak perempuan tunggal dalam keluarga. Dia cuma tahu aku ada mama dan Mak Jah. Kak Ris juga tidak pernah tahu arwah abah bekas pegawai tinggi kerajaan. Terkejutkah dia melihat keadaan rumahku. Aku keluar dari kereta menekan loceng di pintu pagar, dan kereta memasuki kawasan rumah setelah pagarnya terbuka secara automatik. Mama menyambut kedatangan kami dan aku berpelukan dengannya.

"Jemputla masuk Kak Ris.. Nur.. Inila rumah Fika.." Kak Ris dan adiknya masuk ke dalam, dan bersalaman dengan mama.
"Dudukla ye.."

Wednesday, May 19, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 19 - RISYA story ::


Perjalanan KL-BP tidak terasa kerana kami berbual sepanjang perjalanan. Melihat keadaanku yang tidak begitu sihat, Fika menawarkan diri untuk menghantar ku. Kebetulan dia diminta bertugas di JB. Terus ingin pulang ke JB. Syornya, dia menghantar ku ke stesyen bas BP, jadi dari BP dia menaiki bas ke JB. Sian Fika, sepatutnya dia menaiki flight sehingga ke JB, namun dia berkeras menghantarku balik. Sepanjang masa Fika menekan minyak 140km/j kecuali tempat-tempat tertentu yang dia rasakan perlu perlahan. Kecekapannya memandu memang tidak dinafikan. Yakin dan sungguh bergaya.

"Fika ni sesuai bawak GTi.. belila satu.."
"Hmm akak cakap macam beli sayur kat pasar. Keta yang ada tu pun nak bayar macam nak nangis. Akak bolehla.. gaji besar.. Fika ni gaji ciput je kak.. Sabar je tengok kawan-kawan batch Fika, gaji dah layak apply Gold Card.. Fika duk situ pun sebab medical benifit.. yela fika ni sensorang je.. kalau jadi apa-apa atleast company boleh la support.."

Aku tersenyum memandang.
"Fika cakap macam la akak ni dah berdua.."
"Takdela.. Hmm apa kata akak bagi keta akak ni pada Fika.. Kecik tapak tangan nyiru Fika tadahkan.."
"Abis tu akak nak pakai keta apa? Tula satu keta akak ada"
"Akak belila keta lain.. ehhehehe..."
"Hmmm tunggu la akak kawin dengan Tan Sri.. nanti akak bagi.. "

Kami sama-sama ketawa.
"Akak kan ada Datuk bos akak tu.."
"Isk dia anggap akak ni anak dia je la.. Dulu dia pernah cakap dia nak jadikan akak ni menantu dia.. Tapi anak dia semua dah kawin.."
"Ooo kalau tak, akak jadi menantu Datuk la ek.."
"Hmm tak pernah terpikir pun dik.. Jadi menantu mak Miri pernah la terpikir.."

Fika memandang wajahku.
"Akak, apa la dikenang orang yang jauh kak. Orang dah tak nak kak.. Akak pandangla positif.. Abang Miri memang sayangkan akak.. Sebab tu dia ngorat akak dulu.. Tapi mesti ada sebab kukuh.. dia lepaskan akak. Dia pun mesti susah nak terima.. So akak pun mesti kuatkan semangat.."
"Fika cakap macam dah ada pengalaman.. Fika tak pernah ceritakan kisah peribadi Fika.."
"Takde apa yang nak diceritakan. Takdela.. Fika tanya pendapat Deen.. dari pandangan lelaki.. kenapa nak lepaskan seseorang perempuan.. Deen kata ada lelaki yang memang memilih.. nak cari yang terbaik.. Macam kita jugak.. diorang pun takut buat keputusan.."

Aku terdiam. Fika bercakap dari perpektif lelaki. tanya pendapat Deen, temannya yang sedang menuntut di Jepun. Hmm aku bukan tidak tahu tentang itu. Namun hatiku semacam degil tidak mahu menerima kenyataan.
"Fika tidurla semalam kat rumah akak.. Nanti tengok nephew akak yang baru lahir last week. Lagipun hari ni, birthday abang ipar akak.. Mungkin ada makan-makan sikit."
"Isk Fika seganla kak.. Family akak ramai-ramai.. Fika sensorang.."
"Hmm bolehla.. apa nak segan kan.. Lelaki cuma abang-abang ipar akak and abah akak.. Abang akak 2 bulan kat Rome, kerja. Family dia semua ikut. Nanti esok akak and adik akak antar Fika ke JB. Lagipun keja Fika kan start lusa.."

Fika menggelengkan kepalanya.
"Menyusahkan akak la plak.."
"Abis.. akak ni tak susahkan Fika ke? Bagila akak peluang nak balas budi Fika.."
"Ala, berkira plak akak ni dengan Fika.."
"Abis tu Fika berkira nak tidur rumah akak boleh plak.."
"Isk akak ni.. lawan cakap dengan akak mesti kalah tau.. Yelah-yelah.."

Aku tersenyum.
"Akak antar depan rumah Fika.. Dont worry.."
"Yela yela.. Akak menang la"

Tuesday, May 18, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 18 - SYAFIKA story ::

Here Without You

A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face.
A thousand lies have made me colder
And I don’t think I can look at this the same
All the miles that seperate
Disappear now when I'm dreamin' of your face.


Fong tunduk bermain gitar. Ketika itu, Fong unplugged di rumah temannya, Zarif Syahir. Temannya itu menjemput beberapa teman seuniversiti datang makan di rumah. Khusyuk! Wajah redupnya memang ku rindui. Nyanyian Fong terhenti. Dia menggangkat muka.

"Special dedicate to Fika. Miss u so much"
Kata²nya disahut siulan nakal.

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind.
I think about you baby and I dream about you all the time.
I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight, it's only you and me.


Fong, I miss u too. Tapi kita tak boleh lebih dari kawan.

The miles just keep rollin'
As the people leave their way to say hello
I've heard this life is overrated
But I hope that this gets better as we go.


Lama kami kawan, dari usiaku 12 tahun. Lebih 10 tahun. Terpisah beribu² km, pelbagai lautan dan benua, dengan pelbagai kesukaran dan cabaran, kami masih berkawan baik. Aku akui aku rindukannya. Setiap saat teringatkannya.

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind.
I think about you baby and I dream about you all the time.
I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight, it's only you and me.


Yeah.. I'm also here without u Fong, and also dream bout u all the time. Oh Tuhan, bantulah hambaMu ini..

Everything I know, and anywhere I go,
It gets hard but it want take away my love.
And when the last one falls, when its all said and done.
It gets hard but it want take away my love.

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind
I think about you baby and I dream about you all the time
I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight, girl, it's only you and me.
::: 3 Doors Down - Here Without You :::



Lagu Fong tamat. Tepukan gemuruh dari kawan²nya. Fong tersenyum dan menunduk hormat. Selepas lagu itu, ada beberapa teman tampil untuk memberi ucapan kepadaku. Siap memperkenalkan diri. Aku menekan butang remote PAUSE ketika Zarif Syahir muncul di skrin TV. Ayat lelaki itu benar² menyentap perasaan.

"Dont u know that he luv u so much.." Kata² itu disahut dengan sorakan nakal kawan² Fong. Kamera memusat pada Fong yang ternyata diam, dan mukanya merah menahan malu. Ooo Tuhan, tak sanggup aku tonton lagi CD kiriman Fong yang ku terima 2 tahun yang lepas. Kiriman terakhir untukku dari Fong. Selepas itu, aku terusan menjauhkan diri. Dari emailnya, aku tahu Fong mencari ku. Satu perkara yang pastinya sukar. Dia sudah semestinya tidak dapat menjejakiku. Email dan surat sudah tidak pernah ku balas. Keadaan juga menjadikan Fong lebih sukar menjejakku. Selepas abah meninggal, aku dan mama berpindah ke JB. Sebagaimana mama yang tidak dapat mengikis kenangannya bersama abah di rumah kami, aku juga lagi parah. Kehilangan abah dan keputusanku untuk menjauhkan diri dari Fong, benar² menyentap hati. Aku cukup kenal Fong. Aku tahu kami berdua sudah dilamun cinta. Our first love. Dan kerana itu, aku mula menjauhkan diri. Im so sorry Fong. Fika tiada alternatif lain untuk kita.


Monday, May 17, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 17 - SYAHIRA story ::

Pre-Emp ke aku?
Aku meletak telefon. Kembali memerhati pemandangan di luar bilik. Teringat kata-kata emak ketika ke pulang ke rumah baru-baru ini, bertanyakan bila dia akan mengakhiri zaman bujang. Umurku akan mencecah 29 tahun bulan 8 ini. Mungkin benar, aku sudah harus mengakhiri zaman bujangku. Tapi aku sendiri tak pasti dengan siapa. Kadang² terasa aku rugi berkawan dengan Manchaster. Kalau sudah dikata tidak akan memilihku, kenapa masih berkawan dengannya? Mungkin, aku memang begitu. Setia pada kawan melebihi keperluan diri sendiri. Namun, sememangnya aku terasa rugi.. wang, tenaga dan sudah semestinya masaku. Hampir 7 tahun berkawan. Sejak Manchaster di Bolton, pulang ke Malaysia, kemudian berkhidmat dengan ILP di bawah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kemudian, nama JTR bertukar menjadi JTM, dan Manchaster berpindah ke ILP Kuantan, aku masih berkawan dengannya. Sudahla.. apa dikenang hak orang. Bukan kah aku ada Lan... Hmm Lan?? Perhubunganku dengan Lan, jurutera di sebuah syarikat pembekal perkhidmatan Internet aka Internet Service Provider (ISP) tidak tahu apa kesudahannya. Tidak seperti Risya yang selalu bergelora, hubungan kami cukup tenang. Tidak pernah langsung kami bertengkar. Namun terlalu tenang bagiku.

Lan tidak pernah menyatakan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya. Ikhlas ke dia denganku? Tidak tergamak pula aku nak memberitahu mama dan ayah mengenai hubunganku dengan Lan. Aku sendiri tidak punya keyakinan. Bukan aku tak cinta, bukan aku tak sayang.. Namun sikap Lan yang acuh tak acuh selalu buat aku tertanya-tanya. Bagaimana perasaannya terhadapku. Ada satu perkara yang ku sedari tentang Lan. Dia tidak akan memulakan untuk membuat panggilan, atau memberi sms kepadaku. Aku la yang akan memulakan. Atau dia tidak menganggap apa² dalam hubungan kami. Namun prasangka itu cepat² ku padamkan. Mungkin dia terlalu sibuk, komited kepada kerjanya. Keluar negara untuk sesi perbincangan. Seringkali juga mengadu masalah di tempat kerjanya. Tidak patut aku berprasangka buruk dengannya. Bukan ke kita perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Malam itu dia bermunajat kepada Tuhan, memohon secebis belas kasihan agar dia dilimpahi pertolongan.

Tuhanku, berikanla petunjuk.
Jika sekiranya Roslan Md Kassim itu adalah jodoh yang baik untukku, keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku..
maka dekatkanlah aku kepadanya,
permudahkanlah jalan dan urusan.
Namun, jika sebaliknya..
Kau jauhkan dirinya dariku, lenyapkanla dirinya dari hati ini, dan
redhakan lah diriku Ya Tuhan..
Temuikanlah aku dengan penggantinya.. yang terbaik untukku..
Sesungguhnya kau la sebaik² petunjuk..


Terasa tenang hatiku setelah memohon pertolongan dariNYA.
Bukankah DIA sebaik² harapan. Bukankah DIA suka hambaNYA yang meminta-minta dari diriNYA. Ku serahkan pengharapan pada diriNYA, agar berikan ku jalan. Part of my effort.. Aku tidak akan menyerah sebelum berjuang.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 16 - SYAHIRA story ::

Can I be Your Memory?
Ku usap mataku yang terasa panas kerana melihat komputer. Selesai sudah penulisan ilmiah yang ku buat bersama-sama bahan penyelidikan. Perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 3 bahan penyelidikan untuk mengesahkan jawatan. Kad jemputan dari manchaster ada di atas meja. Kad berwarna hijau yang cukup sedarhana namun berjaya menyentap hatiku. Terasa juga hatiku melihat kad itu. My so call 'best fren' kawin, dan aku tidak dapat menghadirinya. Mataku menatap nama isteri Manchaster. Pazrina Azuriah. Perempuan yang dipilih oleh Manchaster dari barisan rakan-rakan wanitanya. Hmm lelaki.. kuasa memilih di tangan mereka. Berkawan dengan ramai perempuan lain, dalam masa yang sama bercinta dengan seorang gadis. Barangkali sudah ditentukan, barangkali kerana pernah mengecewakan orang, Manchaster ditinggal kekasih. Ketika itu, dia kecewa dengan tindakan kekasihnya itu.. aku la yang dicari untuk melepas perasaan. Betapa aku terasa nilai aku di matanya. Seperti 'pre emp'- dicari apabila diperlukan. Itu sahaja. Beberapa bulan selepas gadis itu bertunang dengan jejaka lain, manchaster memutuskan untuk bertunang dengan seorang yang baru dikenali. Akhirnya tercapai hasratnya memilih gadis pantai timur sebagai calon isteri sebagaimana bekas teman wanitanya.

Yang buat aku terasa, dia merahsiakan hal pertunangannya. Secara kebetulan aku terasa untuk menelefonnya, dan dia tak dapat menahan rasa untuk merahsiakannya. Aku ingat lagi, aku menelefonnya pada malam Risya balik dengan mata yang bengkak. Tarikh 4 Januari 2004 itula hari pertunangannya. Keinginanku untuk meluahkan perasaanku melihat kesedihan Risya, terhenti dengan kejutan berita daripada Manchaster. Apabila ku tanya kenapa dia tidak memberitahuku, alasannya.. pertunangan itu dibuat dalam masa yang singkat. Namun kemudiannya dia mengakui takut kehilanganku. Takut-takut, aku tidak lagi mahu berkawan dengannya. Benci aku dengan alasannya itu. Aku sudah menerima kenyataan aku dan dia hanya kawan. Walaupun aku melayannya bagai menatang minyak yang penuh, pantang mulutnya meminta tolong, aku akan cuba membantunya. Sabar atas segala tindakannya, kemarahannya, ketidakpuashatiannya.. sehingga dia menyatakannya akulah gadis yang paling sabar dengannya. Dalam hatiku, aku sememangnya menyayanginya.. Namun, apabila dia sudah mengaku kami berdua hanya akan kekal berkawan, aku sudah buang jauh-jauh perasaan ku terhadapnya. Kecewa dengan pernyataannya, aku menyibukkan diri. Aku tahu faktor asal usul ku antara penyebab. Manchaster memang kalau boleh mencari gadis senegerinya. Dan mungkin faktor² lain. Maybe benar kata Fika, Guys Are Too Demanding. Tapi biarlah, biar Manchaster memilih. Aku menerimanya dengan hati terbuka. At least, aku sudah berusaha. Dan aku mendoakan dia berbahagia.

Namun, pertunangannya beberapa bulan selepas Manchaster memberitahuku bekas kekasihnya bertunang dengan lelaki lain, sememangnya mengejutkan. Ditambah lagi dia seolah-olah ingin merahsiakan pertunangannya benar-benar mencabar kesabaranku.

"Tak tahu kenapa Sya.. Saya rasa macam cepat sangat, namun the feel is there. Tapi saya sendiri pun tak tahu. Family usulkan untuk bertunang sebelum diorang ke Mekah."
"Agaknya perempuan tu doa kot.."
"Hmm.. kenapa awak tak doa untuk kita Sya.."


Oh lelaki, tahukah kau betapa sakitnya hati mendengar kata-kata itu. Kalau la dia berada di hadapanku.. Kenapa tidak kau katakan ini sejak dulu lagi. Dalam-dalam aku tarik nafasku untuk dari mencetuskan api kemarahan.
"Maybe dia yang terbaik untuk awak. Awak kenala terima."
"Ye.. mungkin. Saya pernah cuba nak suka awak Sya.. Tapi tak boleh. Saya anggap awak sebagai kawan baik saya.. sampai bila-bila.."

Kawan baik? Hmm lelaki memang pandai berkata-kata.
"Kawan memangla kawan.. tapi tak boleh macam sekarang. Kena ada gap skrang. Saya kena jaga hati tunang awak tu."
"Alah dia tak kisah. She knew about u. I told her.. You my bestfren sya.. Kita still kawan ye Sya.."

Aku hanya diam. Benarkah perempuan itu tak kisah? Benarkah dia begitu .. Atau hanya ingin mengambil hati Manchaster?

Sememangnya, bila ku tahu dia sudah bertunang, perlahan-lahan aku menjauhkan diri. Smsnya kdg-kdg tidak ku balas. Selalunya jika dia membuat miss call dengan sekali deringan, harapannya aku akan menelefonnya balik. Namun kini, sesetengah miss callnya tidak ku balas. Sememangnya dia terasa aku cuba tidak berkawan dengannya lagi. Seringkali dia bertanya kenapa aku seolah-olah menjauhkan diri. Dan dia mula terasa kehilanganku. KEHILANGANKU. Kalau dia buntu, aku yang masih dicari. Aku sudah rasa tidak perlu. Tunangnya itu yang harus menjadi bakal isteri, tunangnya, kekasihnya dan kawan baiknya.

This may never start
We could fall apart
And I'd be your memory
Lost your sense of fear
Feelings insincere
Can I be your memory

So get back back
Back to where we lasted
Just like I imagine
I could never feel this way
So get back back
Back to the disaster
My heart's beating faster
Holding on to feel the same

This may never start
I'll tear us apart
Can I be your enemy
Losing half a year
Waiting for you here
I'd be your anything
So get back back
Back to where we lasted
Just like I imagine
I could never feel this way
So get back back
Back to the disaster
My heart's beating faster
Holding on to feel the same

This may never start
Tearing out my heart
And I'd be your memory
Lost your sense of fear
Feelings disappear
Can I be your memory

::: Sugarcult - Memory :::


Aku melihat pemandangan di hadapan. Bilikku yang di tingkat 3 ini membolehkan aku menjamu mata dengan pemandangan yang padang rumput yang cantik cukup sayup mata memandang. Lamunanku terhenti dengan deringan telefon.

to be continue...

Sunday, May 16, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 15 - RISYA story ::

LOST ALL THE MEMORY

1 new message
Sya, how r u? heard that u fall a sick kat Bintulu. was that bad? Im sorry Im not there! hav a gud rest. hope 2 CU soon!


Arin. Smsnya mengejutkan aku dari lenaku yang panjang. Itu la Arin! Miri pun tidak secaring Arin. Moga Tuhan memberikannya kebahagiaan. Alhamdulillah, lega rasanya apabila mendapati dia berada di dalam bilik di rumahnya. Sudah 2 bulan lebih tak cukup tidur menyiapkan projek itu, akhirnya berjaya juga dia tidur lena. Syukur dia sudah sembuh dari sakit, dan masih dipanjangkan umur. Segera ku buka tingkap bilikku. Ya Razak, semoga rezeki akan melimpahi diriku hari ini. Nampak dari kejauhan, ERL sudah memulakan operasinya. Aku mencapai telefon.

me, getting better. btw, u r so sweet Arin. thanks! appreciate it so much. u take care too!

Segera ku matikan lamunan, apabila mataku menangkap jam di dinding. Sambil tanganku pantas cuba meletak telefon di atas meja. Tak disangka, Nokia 6510 ku jatuh ke lantai. Oooh Tuhan, ku capai telefon yang banyak berjasa itu. Sorry ek. Sian dia jatuh lagi. Namun, aku memuji ketahanannya. Sudah banyak kali jatuh di site, di ofis, dan di rumah.. Pernah juga casingnya bersepai namun masih elok. Mungkin keluaran Zitron memang bagus.

Sedang memasak bersama Fika di dapur, telefon ku berbunyi lagi. Sms dari Arin memberitahu dia masih di Kerteh dan merindui rumahnya. Ini la kami, kerap sangat outstation luar KL. Malah kami pernah dihantar ke luar negara sama ada mengikut Datuk atau melawat tempat client. Ketika itu ku sedari Inbox ku hanya ada satu sms dari Arin. Mana hilangnya sms Arin pagi tadi? Rasanya belum ku delete lagi. Aku terpikir sesuatu. Tanganku pantas menekan MESSAGES > MY FOLDERS > MIRI, melihat folder sms yang ku create khas untuk sms dari Miri. Hasilnya empty. Tidak percaya dengan pandangan mata sendiri, aku offkan telefon dan onkannya semula. Masih empty. Terasa terbang melayang semangatku.

"Kenapa kak?" Fika bertanya apabila melihat aku terdiam selepas mengambil telefon.
"All gone.. all the sms frm Miri gone.."
"Ha? Akak dah delete ke? Dulu akak kata akak tak sanggup nak delete."
"Yeah, dia ilang sendiri. Tadi phone akak jatuh. Hilang semua sms Miri.."
"Yang beratus-ratus tu. Ooo mine.. Poor u sis."

Aku hanya diam. Memang aku tidak pernah lagi membuka folder sms Miri itu. Tidak sanggup. Ungkapan sayang, rindu, kenangan kami bersama ada bersama-sama sms tersebut. Aku memang tidak sanggup untuk delete, kerana delete means aku harus buka dan pasti akan membacanya. Bukankah akan mengundang kesedihan akan kenangan-kenangan tersebut.
"Abis camner kak??"
"Tak pela Fika. Akak memang doa supaya Tuhan dapat memberikan akak pertolongan agar akak dapat lupakan Miri. Maybe its a sign, or wanna show me that i need to move.. to forget him. Biarlah i lost all the sms, lost the memory. Starts a new life from now.."
"Yeah, setiap apa yang berlaku tu ada kebaikannya kak. Whatever yang akak tempuh, do remember that we r all behind u. U r not alone kak.."
"Lembik ke akak ni Fika? I shouldnt act like this rite?"
"Eh takdela. U r such a strong and independent lady kak. Trust me, semua orang akan begini kak. Keluarkan segala kesakitan akak. Selagi akak pendam, ia takkan pulih. Lets it heal kak. Walau apa cara sekalipun.."
"Thanks Fika.."
Aku memegang tangannya, dia menyambut lalu kami berpelukan. Erat.

"And it may be that u dislike a thing that is good for you.."
(Quran 2.-216)