Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Thursday, July 08, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 56 - RISYA story ::

Turun dari Tower A, Haris Fahmi mengajakku makan tengahari bersamanya. Menyedari aku sememangnya kelaparan, aku bersetuju. Dia yang rajin dan bersikap terbuka membuatkanku senang bekerja bersamanya. Benarlah seperti yang diperkatakan hes intelligent! Kami singgah di A&W kerana ia terletak berhampiran dengan tempat letak kereta Haris.

"Nanti saya antar Sya balik ofis k.."
"Eh tak payah la Haris.. terima kasih. Saya boleh naik LRT...Susah awak nak pusing balik ofis awak nanti.."
"Eh takpela.. Bukan saya kena jalan kaki pun.. Kalau kena jalan kaki memangla susah.."
Dia tersenyum. La pandai jugak mamat ni buat lawak.
"Sya selalu ke sini.."
"U mean twin tower? Macam ofis kedua.. Tapi Suria KLCC..jarang.."
"My Mom and my sis suka betul ke sini.. Banyak choice nak shop kata mereka.."

Hmm keluarga Tan Sri sure suka shopping sini. Aku sekali sekala bolehlah. Kami berbual sambil menikmati hidangan. Haris Fahmi menguruskan segalanya. Aku hanya disuruh duduk sahaja. Hidangan pun dia yang angkat. Bertuah la makwe dia.. Aku terpandang kerusi yang pernah aku dan Miri duduki. Hmm terlalu banyak kenangan aku di KLCC ini bersama Miri. Oh Tuhan, janganlah air mataku gugur di hadapan Haris. Haris menegurku apabila aku hanya mendiamkan diri. Dia rupanya tidaklah pendiam, namun menurutnya dia penyegan pada perempuan. Sukar untuk membuka mulut buat kali pertama, dan sukar juga berhenti bercakap sekiranya sudah kenal mesra. Terhibur juga hatiku melihat gelagatnya yang suka membuat jenaka. Sinar matanya yang jernih menunjukkan keikhlasan. Entah kenapa, aku teringat Miri lagi. Aku suka menatap mata Miri. Melihat sinar matanya sahaja aku sudah tahu dia sangat menyayangiku. Namun, sinar itu pergi pada pertemuan terakhir aku dan dia. Aku tak pernah meminta apa-apa darinya, tetapi kenapa dia mesti mahukan perpisahan. Tidak cukupkah kesetiaan dan kesabaranku? Apa lagi yang dia mahukan.. Bodohkah aku kerana menyayanginya? Bodohkah aku kerana tidak dapat melupakannya?

"Sya..Panjang betul lamunan Sya.. Entah sampai ke mana?" Aku tersentak apabila mendengar suara Haris. Aku tersenyum.
"Sorry.. Sya biarkan Haris cakap sensorang ek?"
"Takla.. Sya tenung Ris, sampai Ris tak terkata apa-apa.. Ris ingatkan Sya pada sesuatu?"

Alamak malunya. Hilang terus kesedihan di hati dengan usikannya.
"Sya teringat kerja Sya.. " Aku cuba menutup perasaan maluku. Oh bagaimanakah aku boleh teringat Miri pabila melihat Haris.
"Hmm tak boleh macam tu.. Time makan kita makanlah.. Rehat betul-betul. Time kerja kita kerja." Aku mengangguk. Kami bertukar-tukar cerita tentang keluarga dan minat. Haris ada 2 orang adik perempuan, seorang darinya belajar di USM. Mamanya aktif dengan NGO. Kemudian topik tiba-tiba bertukar kepada perkara peribadiku. Sungguh aku terkejut Haris bertanya statusku. Aku banyak diam selepas itu. Aku sebenarnya tidak gemar bercerita perkara itu kerana aku akan lebih teringatkan Miri.


bukannya aku takut kehilangan dirimu
tapi aku takut kehilangan diriku..
bumi sentiasa hadir untuk kau mempermainkanku


Buka sahaja stereo kereta Haris, lagu itu berkumandang. Lagu 'Aku cinta kau dan dia' menyusul selepas lagu itu tamat. Haris menggemari group muzik Indonesia rupanya. Sebenarnya Haris seorang yang senang didampingi namun aku dikuasai oleh perasaan sedihku menyebabkan aku lebih banyak mendiamkan diri.

"Thanks Haris.. Susahkan Haris aje.." Aku bersuara sebelum meninggalkan kereta Haris. Dia tersenyum.
"Nanti malam Ris call Sya boleh?" Aku menoleh memandangnya. Oh matanya.. Tolonglah.. Aku mengangguk dan cepat-cepat aku keluar dari kereta. Wahai hati, cekalkan lah dirimu menghadapi ujian ini.

Wednesday, July 07, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 55 - SYAFIKA story ::

Pagi itu, sedang dia menggosok baju.. O2 Xda nya tiba-tiba berbunyi perlahan. Sms masuk! Dia meletak seterika di atas meja dan menuju ke arah katil untuk mengambil Pda phone nya itu. Tertera no yang tidak dikenali. Isk sapa lak ni.

Hello.. Hi! Its me Amyr. How r u there? Free ke arini?
Amyr? Sapa lak Amyr ni? Dia meletak kembali O2 nya tanpa membalas sms itu. Ntah sapa-sapa lah silap antar sms. Dia kembali menyambung kerja menggosok baju. Selesai menggosok, O2 nya berbunyi lagi. Dia duduk di atas katil dan menyambut panggilan. No yang tidak dikenali.

"Hello Sya.. Its me Amyr.."
La mamat tadi ke? Sapa ni ek? Pegawai kementerian mana lak yang telefon aku cuti-cuti ni.
"Remember me? Kita jumpa kat KLIA.” Oh.. ex-steward tu ke.. Dan ketika itu juga tiba-tiba pop-up window MSN Messenger muncul di skrin. JULIAN!
JULIAN : Hi Fika .. how r u? Hows lastnite..? Can sleep?

Mana nak layan ni.. Julian ke Amyr?

"Oh Amyr.. Yeah still remember u…Where r u?”
"Office.. working la my dear..”
"Oh u poor thing..”
"Oklah.. I call or sms u back later k..”
"Ok.. take care… bye..”


Talian diputuskan. Aku menyiapkan kerjaku dan kemudian mengadap laptopku.
FIKA : Well.. fine.. tq..
FIKA : Lastnite.. sleep well after chatting with u.. Im not working today..
JULIAN : Oh gud..
FIKA : whats doing?
JULIAN : Chatting with u for sure.. heheheh.. well.. nothing actually.. just browse for any opening..
FIKA : Oh when will u coming back to KL?
JULIAN : When I get atleast 5 interview.. Oh sapalah malang yang nak dapat pekerja like me..
FIKA : don’t feel like that.. let me know soon u arrive in kl..
JULIAN : I will..
JULIAN : Hmm shall we meet?

Tiba-tiba O2 nya berbunyi. Ada sms masuk.

Hello.. Hi there.. Tengah buat apa? Amyr balik keja tengahari ni.. I Ingat nak ajak keluar la..


Pop-up window MSN Messenger muncul di skrin. JULIAN menghantar mesej lagi.
JULIAN : Still there Fika?
FIKA : Yeah.. sorry.. Im reading my sms.. well someone ask me out..
JULIAN : Really? Who’s he? Ur bf..?
FIKA : No la.. A fren..
JULIAN : Well u r free rite today.. Y not..?
FIKA : Wait ek.. I reply his sms ..
JULIAN : Ok..

Amyr.. Nak pegi mana?
Butang send ditekan. Tidak lama selepas itu, O2 nya berbunyi lagi.
Jom g Genting..

Genting? Pegi lewat pukul brapa nak balik..

Kita lepak la semalam kat sana?

Kita berdua je?

Sya nak bawak kawan pun boleh….


Rancangan gila.. Baru kenal berapa hari.. first time dah ajak stay.. nanti apa kata akak-akak tu.. Teringat pesanan Kak Ris.. tapi mebbe dia takde niat apa-apa.. Tanya diorang.. diorang takde la plak.. Hmm tanya Julian la..

FIKA : Still there?
JULIAN : Yeah.. hows it ? Where will u go?
FIKA : Genting.. Still consider whether I shall go or not..
JULIAN : Y.. that’s interesting place too.. or u r not interested?
FIKA : Coz he asked me to stay overnight there..
JULIAN : U alone? Dah lama kenal?
FIKA : He said.. I can bring someone with me..
FIKA : Baru kenal..
JULIAN : Well? ur fren can accompany u?
FIKA : I don’t ask anyone yet coz I don’t think I want to go.. its too late to go there rite now..
JULIAN : Well.. if u don’t want to go.. y bother to think.. Lagipun baru kenal.. u r sure he can be trusted..?
FIKA : Don’t have any gud reason to say NO..
JULIAN : Well just say NO and say u don’t want to go.. Tak payah bagi apa-apa reason pun takpe.. He will understand.. unless dia memang tak paham bahasa 
FIKA : Wait ek.. I reply his sms..
JULIAN : Ok..

Aku kembali menatap O2 ku. Menaip sms untuk Amyr.
Im sorry.. Don’t think I can go with u.. Lewat sangat .. Sorry ek..

U don’t trust me

No la.. Just rasa macam lewat sangat

Sbb tu Myr ajak stay kat sana..

Hmm Sya taknak.. kalau nak pegi. Kita balik ari.. mebbe some other time..

Ok.. Sya macam tak sudi keluar dengan amyr..

Bukan … I hope u understand


Kemudian tiada lagi sms dari Amyr. Gaya kehidupan Amyr mungkin berlainan denganku. Pls la paham Myr.. Bukan Sya tak sudi..

FIKA : hmm .. r u there?
JULIAN : Yeah fika.. Im still here.. dah say NO?
FIKA : Yeah.. he said I don’t trust him..
JULIAN : Of coz u don’t trust him rite.. U just met..
FIKA : And he said Sya tak sudi keluar dengan dia…
JULIAN : Hmmm don’t u ever trust a men’s words
FIKA : Aha.. a man telling me not to trust men’s words..
JULIAN : well.. not all.. I can tell whether hes sincere or got something hidden agenda.. Better do extra careful
FIKA : Thanks
JULIAN : most welcome.. Btw, whats hes doing for living
FIKA : Hes with MAS.. Hes ex steward actually
FIKA : Now.. hes in customer service dept
JULIAN : well.. no wonder la.. lets not talking him anymore
JULIAN : Talking bout the air hostess.. I got something story to tell.. u know what, one day.. im in a flight frm KL to London.. Theres one stewardess always staring at me.. rimas.. even if anyone whose sitting around me asking for something, that girl mesti datang punya.. mulanya I tak perasan.. but then my fren yang realized it.. coz asyik2 dia jek.. Then curik2 pandang kita.. senyum2… 
JULIAN : something happened when one old lady whose sitting in a middle .. hmm I guess 2 row infront of me.. I thinks she asked for hot plain water.. but that stewardess bila dia hidang tu.. her eyes staring at me…then dia bagi orange juice kat that old lady.. and his son, beside that lady scolded her.. u know what.. also theres a boy.. mebbe in standard 4 or 5.. whose sitting infront of me.. cakap apa u know.. mana tak salah bagi.. akak tu asyik tengok abang belakang kita ni mama..
FIKA : What? Malunya..
JULIAN : Yeah.. dia malu.. Merah padam muka dia..
FIKA : Poor she..
JULIAN : Eh not suppose too.. she suppose to control her manner.. Shes a stewardess for MAS.. one of the best world cabin.. I don’t mind if she ask for my phone no… well we can be fren.. Macam ni.. I pun dah tak minat.. dia memalukan diri dia..
FIKA : Well anyway.. u attract the stewardess?! U can b the most eligible bachelor..
JULIAN : Heheheheh… Well u attract the steward too rite..
FIKA : Me? Ex only la.. heheheheh
JULIAN : Same la.. HAHAHAHA!
JULIAN : U live with ur fren rite?
FIKA : Yeah.. me and 2 lovely women..
JULIAN : Are they older than u?
FIKA : Yeah..
JULIAN : How old are they.. Still single?
FIKA : one is 27 .. one is 29.. yeah both single..
FIKA : and AVAILABLE…
JULIAN : Sound nice.. Me also single and AVAILABLE..
FIKA : Well.. Give urself a try… Manalah tahu dapat… ehheehe
JULIAN : Hows d chances? High or low..
FIKA : I think high.. But poor them..
JULIAN : Y? Whats happened?


Aku berhenti menaip. Perlu ke aku bercerita tentang housemateku dengan Julian. Tapi mungkin aku boleh membantu diorang… Dengan nasihat Julian.
FIKA : one just broke off.. but she still thinking of her ex.. Setia tak tentu pasal. Tapi shes ok!
FIKA : But shes crying almost every night
JULIAN : Well.. its normal.. lets her heal it.. one fine day she’ll fine.. trust me..
JULIAN : And the other one?
FIKA : Hmm shes still with her bf..
FIKA : But seems don’t have any ending..
JULIAN : Ending?
FIKA : Yeah.. Her bf seems like silence at the time.. didn’t show care or anything la.. Don’t even contact her.. my housemate macam didn’t exist..
JULIAN : Mebbe her bf memang type macam tu.. or hes tooooooooooooo bz..
FIKA : Too bz or didn’t want to commit with the relationship?
FIKA : They been together foe some time.. his family knew my housemate.. but this guy not even discuss bout their own future.. marriage.. life etc..
FIKA : macam buat tak tahu je..
JULIAN : I think that guy still didn’t want to settle down yet..
JULIAN : Mebbe he want to concentrate with his career..
FIKA : If that so, y didn’t he say something… ask my housemate to wait ke..
JULIAN : Mebbe he thought ur housemate understand with the situation..
FIKA : Well..whats on earth will understand the silence approach.. Mebbe rock will understand..
JULIAN : Hehheehe..
FIKA : Well in a same time.. hes seems seeking for other girl..
JULIAN : Hmm its not fair.. don’t jump into conclusion Fika.. Mebbe the others are just frens..
FIKA : That’s y he has to say the real situation..
JULIAN : Well.. I agree.. that guy has to tell ur housemate bout the real situation or ur housemate will come out with many perception..
JULIAN : Things will become worst..
FIKA : Finally u agree with me.. 
JULIAN : Mind if I give my suggestion..
FIKA : ok..
JULIAN : I suggest ur housemate has to ask her bf bout it.. whats the end of their relationship
FIKA : Hmm sure dia malu..
JULIAN : Well then.. sampai bila pun tak settle.. somebody has to start it..
JULIAN : Then listen to what hes gonna say…
JULIAN : If he ask ur housemate to wait.. so depends to ur housemate whether she wanna wait.. or NOT! But ask him.. for how long..
FIKA : if he say .. I DON’T KNOW
JULIAN : Well still same.. Depends on ur housemate.. to break or still continue..
JULIAN : Everything back to her .. Shes has her own rite to decide..
JULIAN : Kalau malas nak layan.. tinggalkan je.. Theres many other fish in the sea..
FIKA : yeah.. agree..
FIKA : Thanks..
JULIAN : U r most welcome my dear.. tell her im still available..

Guys Are Too Demanding
:: Episode 54 - SYAFIKA story ::

Letih! Letih! Sungguhpun begitu, dia lega kerana masalah server di kementerian selesai. Bukannya tidak boleh orang lain pergi, namun pegawai kementerian itu mahu dia juga yang ke sana. Tidak percaya orang lain katanya. Sampai di ofis, dia mendapati ada kotak berbungkus Nationwide di atas meja. Hmm sapa lak kasik ni!

"Dah lama sampai dah kotak tu.. Orang tu kata benda fragile.."
Tanpa disoal, Epul bersuara memberitahu.
"Thanks for the info Pul.."

Menerima bungkusan di pejabat adalah satu perkara biasa di kalangan rakan sepejabatku. Namun, hatiku berkata sesuatu. Siapa bagi ni ek? Hampir menjerit dia melihat kotak O2 Xda apabila dia membuka bungkusan itu. Oh Tuhan bermimpi ke aku? Aku memujuk hatiku supaya bersabar, mungkin kotaknya sahaja. Namun, pabila dibuka.. Memang benarla isi kandungannya sama dengan kotaknya. Dia membuka sekeping kad yang terletak elok di atas PDA phone itu. Ku buka kad bersampul biru. Tulisan itu amat ku kenali.


Hi sweety!
Maaf terlewat memberikan hadiah hari jadi buat Fika
Jaga diri
U r always on my mind
I miss u so much

Salam sayang
Abang Ngah.


Kalau tidak kerana berada di pejabat, sudah pasti aku akan menangis. Abang Ngah.. Membelikan aku benda yang bukan sedikit harganya. Lemah longlai terus ku rasakan apabila ku baca sekali lagi kad itu. Abang Ngah... Fika pun rindukan abang.

Balik itu, dia terus memerap dalam bilik. Abang Ngahnya tahu dia di mana, namun kenapa dia tidak mahu bertemu denganku? Tiba-tiba dia terasa sunyi. Mahu menelefon mama, tapi dia tak mahu wanita itu tahu dia sedang bersedih. Dirasakan badannya cukup berat mahu bangun membuka mini hi-fi nya, lantas dia membuka laptopnya dan memainkan realplayer. Sengaja dia membuka lagu-lagu unplugged yang dimainkan oleh abang Cik dan kumpulannya. Terdengar suara abang Cik menyanyi lagu Mama yang diciptanya sendiri. Sayu hatinya mengenangkan nasib dirinya. Abang Ngah, abang Cik.. Fika miss both of u.. Tanpa disedari, air matanya mengalir perlahan. Cepat-cepat dia menyapu air mataku. Aku tidak mahu menangis! Aku harus kuat dan cekal.

Tiba-tiba pop-up window MSN Messenger muncul di skrin.

JULIAN : Hi.. how r u? Where r u?
FIKA : Well.. fine.. tq.. bit tired.
FIKA : I just came back from penang.. So where r u now?
JULIAN : At home.. writing some email n send resume to some companies in Malaysia..
FIKA : Really .. all the best then..
JULIAN : TQ.. the first time u also said u r tired..
JULIAN : Are there really tough working in KL.. Oh man.. i dont like tiring job..
JULIAN : Tiring mind i most hate heehehehe..
FIKA : Well.. its depends on your job actually.. Dont worry la..
JULIAN : I must b worried babe.. I hate working actually.. Hahahaha..
FIKA : U can still play music rite
JULIAN : My dad will kill me if he knows i am serious in music..hehehe..
JULIAN : its just a hobby only
FIKA : But u really good in music..
JULIAN : well.. boleh la.. thanks anyway..
JULIAN : U r tired but y still awake? go and have some rest..
FIKA : Cant sleep
JULIAN : I guess u been thinking of someone.. ur boyfren? go and call him la..
FIKA : No la.. i miss my bro actually..
JULIAN : U miss ur bro?
JULIAN : wow.. what a wonderful sister.. wish to have sister like u babe..
FIKA : Oh come on.. Im serious..
JULIAN : Ops.. but im serious too.. i really wish to have a good sister like u.. mine is..
JULIAN : oh.. better not to tell u bout my sister..
JULIAN : Whats up babe.. go and call him la.. tell him that u miss him.. and then "pow" him some pocket money...hehehe :)
FIKA : Well, dont know where they are now..
FIKA : Actually i just received my belated birthday present frm my abang Ngah..
JULIAN : What do u mean? u dont know where they are now?
FIKA : Oh.. its a long story..
JULIAN : I dont mind if u wanna share with me


Aku menarik nafas panjang. Perlu ke aku beritahu Julian? Haruskah aku share dengan dia?

JULIAN : Fika.. up to u.. dont tense urself k.. i think u need someone to share rite..
JULIAN : i just wanna give some help
FIKA : Thanks .. its been a long time since my bro left home..
JULIAN : They dont even go home on hari raya?
FIKA : Nope.. Thats really made my mom so sad..
FIKA : But my angah had call my mom sometimes.. But my abang Cik.. cant even detect where he is now..
JULIAN : They must have a very good reason
FIKA : Yeah... i didnt blame my bro.. Maybe my abang cik dont know where we are also..
FIKA : We move to JB after my dad passed away..
JULIAN : U think ur bro still in KL? or left to oversea
FIKA : I dont know.. its my abang Ngah who always give us a money.. He bank in to my mom and my account every month..
FIKA : I bet he been watching me too coz he knows where im working now..
JULIAN : He gave the present by mail... through ur ofis address?
FIKA : yeah..
JULIAN : Poor u fika.. Do u have any plan how to solve it?
FIKA : I dont know .. Just make a Doa .. hope they want to go home.
JULIAN : Like i said earlier Fika.. They must have a very good reason..
JULIAN : i think Ur angah might want to find a suit time..
JULIAN : But im afraid ur abang Cik might still try to find u.. and ur mom..
FIKA : U think so?
JULIAN : Yeah.. But dont worry.. keep Doa..
JULIAN : trust me.. everything will be fine someday..
JULIAN : U must b strong.. ur mom really needs u fika..
FIKA : I will.. insyaAllah..
FIKA : Thanks a lot .. i think i wanna have some sleep..
JULIAN : Thats good.. go have some rest k.. sleep tite
FIKA : U take care then.. bye
JULIAN : U too..


Benarla kata orang, sharing problem boleh mengurangkan beban di dada. Dulu aku selalu meminta pendapat Deen, namun selepas dia berada di KL.. Aku tidak sanggup memberitahunya. Oleh kerana itu, aKu beritahu Julian mengenai masalahku kerana dia tidak ada di depan mata. Ku lelapkan mata tanpa ku tutup laptopku. Goodnite mama.. Good nite abang Ngah.. good nite abang Cik.. Fika miss all of u!

Guys Are Too Demanding
:: Episode 53 - RISYA story ::

Lewat malam baru dia tidur. Gembira dia dengan kehidupannya kini. Alhamdulillah, kesibukan itu buat aku dapat lupakan Miri buat seketika. Telefon di atas meja tiba-tiba berbunyi. La sapa plak malam-malam ni bagi sms. Ku capai telefon.. NAHAR!

Sya.. awak dah tidur?
Belum.. Nahar tak tidur lagi?
Tak dapat tidur.. Lonely sangat.. Sya, jom lepak rumah Nahar..


Terperanjat aku membaca sms itu. Biar betul Nahar ni. Dah pukul berapa ni. Aku tahu Nahar tinggal seorang di rumah. Maksudnya just aku dan dia. Aku tidak membalas. Tidak lama, ada lagi sms masuk.

Sya.. jom la.. Trust me, nothing will happend. Kita tengok Astro je. Nahar jemput Sya k.. Kejab lagi Nahar sampai.

Oh mamat ni.. Janganla dia buat perangai.

Dah lewat ni. Lagipun tak elok la .. Kita berdua je ke?... Nahar selalu ye ajak perempuan balik rumah?
Takde la.. Yeah just 2 of us.. Nothing will happend Sya..


Aku malas nak membalas. Hmm janganla carik pasal.. Kalau takde apa2 pun.. Kalau sampai pencegah maksiat ke rumah nanti macamana. Teringat dia akan pesanan Arin yang menyuruhnya berhati-hati. Hmm tidur lagi baik. Dia dengar ada sms masuk. Bila dibuka, Nahar lagi. Terus dia delete sms itu tanpa membacanya.

Awak.. kalau awak ada, takkan saya alami semua ni. Macamana saya nak cari pengganti awak. Kalau awak tahu apa yang saya alami.. mesti awak takkan sampai hati nak ucapkan salam perpisahan. Tapi, saya cuma nak awak bahagia. Kalau awak bahagia.. itu sudah cukup untuk saya. Tanpa disedari, air matanya mengalir lagi. Sungguh dia rindukan Miri. Kepada Tuhan, dipanjatkan doa agar diberikan kekuatan.

Tuesday, July 06, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 52 - SYAHIRA story ::

Sampai di rumah, nampak kedua kawannya sudah terbaring di hadapan TV. Perlahan-lahan dia menghampiri mereka. Keduanya sedang tidur. Keletihan barangkali. Kesiannya!

"Kak Ira dah balik.."

Tiba-tiba kedengaran suara Syafika menegur. Apabila menoleh, dilihatnya Risya sudah menuju ke dapur dan Syafika sedang membetulkan kedudukan kerusi di ruang tamu.

"Ait tadi tidur.."
"Takdela.. saje je kitorg memain pejamkan mata. Kitaorg lepak je.. Tak larat nak bangun.. Penat sangat..."
"Korang kalau tak dapat khidmat cemerlang tak tahu la akak.. si Ris tu balik-balik terus g discussion kat ofis ke Ris."
"Aah kak... Apa nak buat kak.. carik makan. Nak mintak orang sponsor.. dia dah tinggalkan kita.. eh silap.. dia suruh kita tinggalkan dia.."

Risya sudah gelak-gelak. Ait, ok je minah ni balik dari Miri. Bertemu dengan bekas kekasih ke kat sana?
"Sapa antar tadi? Sian Ris .. akak tak dapat nak amik..."
"Alah takpe Kak Ira... Akak kan ada kelas.. Ril amik tadi.. "
"Ha? Ril tu sapa lak.. Kak Ris ni ramainya kawan-kawan.. Aritu g Bali Papan kenal orang lain.. ni balik Miri kenal orang lain.."
"La.. ni kawan lama akak.. classmate sekolah dulu.. Kebetulan dia sms akak masa tu.. terus dia offer.. Orang dah nak tolong kan.."
"Hmm ramai kawan la Kak Ris ni.. Bestnya.."
"Takde la.. yang kawan baik bestla.. yang tak baik.. sakit paler gak Fika.. Cuma kita pandai² la jaga diri.."
"Tadi Fika kenal sorang mamat.. Handsome woo Kak Ris.. Kak Ira.. Dia baya kak Ira.. Dia mintak kad Fika.."
"Hmm okla tu.. Leh la kenalkan pada Kak Ira.."
Risya bersuara.
"Apa lak tu Risya.." Mereka sudah gelak. Nakal sungguh mereka.
"Hmm.. ntah la.. Fika malas la Kak Ris.. Ntah sapa-sapa ntah.. Kalau nak kenalkan kat Kak Ira.. biarla kenal betul-betul.. Dia ni ex-steward.."
"Hmm takpela camtu.. Ex-steward ni sosial skett la.. Gaya hidup lain dari kita.. Fika hati-hati kawan orang macam tu.. "
"Kenapa Kak Ris.. Sosial sangat ek? Setakat pegang-pegang, peluk-peluk tu Fika pun pernah buat... Hehehe... Tapi dengan kawan baik Fika je la.."
"Hmm ni lebih-lebih pun ada.. Dengan orang yang baru kenal pun belasah jek.."
"Fika pernah? Best fren Fika lelaki ke?"
Aku menyampuk. Fika jarang membuka cerita. "Hmm.. Aah.. Budak cina.. Dulu la.. masa study dulu.. sekolah.. Fika ni bukannya baik sangat pun. Dulu pernah bonceng motor dengan dia.. g tuisyen.. g keluar makan.. Sekarang takde la.. dah insaf.. Taubat dah! Heheheehe.. Tapi dulu takde feel apa-apa pun. Kawan-kawan jek.."
"Hmm itu lain Fika.. "
"Tapi sure diorang boleh berubah kan.. Macam Fika.. Fika dah tak buat lagi dah."
"Kalau diorang nak berubah Fika..."
"Hmm biarla diorang.. Kak Ris camner.. best ke g offshore?"

Aku duduk mendengar cerita Risya.
"Tempat tinggal dia macam cabin la.. pastu ada shower .. heater.. best gak.. tapi Datuk tak bagi akak stay situ.. Dia suruh akak balik... Ada offshore yang ada stage tau.. Malam-malam ada live band.."
"Yeke.. bestnya.. Kat mana tu kak.."
"Ntah la.. akak pun tak brapa pasti.. Tak g lagi tempat tu.. Arin pernah la.."
"Ikan takyah citer la.. Dah la besar-besar.. Macam menyerah je.."
"Boleh tangkap ke Ris?"
"Hmm mana boleh kak.. Tapi ada gak aritu Arin bawak balik.. Heheheh.. Kecut gak dia kata nak bawak balik.. Tapi orang sana dah bagi.."
"Best la jadi Arin... Merata dia pergi.."
"Hmm tapi sian la nanti wife dia Kak Ira.. Asyik kena tinggal jek.."


Aku terhibur dengan gelagat mereka. Hilang sudah kesedihan dengan kisah Lan. Tamat cerita Risya, Fika pula menyambung tentang pengalamannya ke Penang. Hingga larut malam, kami masih berbual. Mesra!

Monday, July 05, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 51 - SYAFIKA story ::

Perjalanan 45 minit dari Bayan Lepas ke KLIA itu ku rasa cukup membosankan. Nak pejamkan mata dirasakan sangat sukar, nak membaca.. dia sudah cukup keletihan. Outstation cukup membosankan sekiranya keseorangan. Teamnya masih di sana. Balik dengan kenderaan pejabat. Dia perlu pulang untuk menyelesaikan satu problem di sebuah kementerian. Dah seminggu ada problem. Menyesal dia tidak meminta tempat duduk di sebelah tingkap. Lelaki di sebelahnya tekun membaca The Star. Dia menyedari sesekali lelaki itu ada menjeling ke arahnya. Barangkali menyedari dirinya kebosanan. Ketika air minuman diedarkan, lelaki itu membantu memberikan minuman tersebut kepadanya.

"Thanks" Dia tersenyum sekadar berbahasa.
"U r welcome.. Alone?"
Aku mengangguk.Suasana kembali sepi. Aduhai, wanita Cina di sebelah tingkap tidur sepanjang jalan. Rugi sahaja.. Baik bagi aku duduk situ. Sampai di KLIA, cepat-cepat dia keluar. Kalau boleh dia malas menunggu.. Ludgage lagi. Lecehnya!

Ketika menunggu beg, tanpa disedari seorang lelaki mendekatinya.
"U still here?" Dia tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki. Aku menoleh. Mataku menangkap tulisan "Planet Hollywood Indianapolis" di kemeja T yang dipakainya. Hmm mamat tadi. Mesti dia pelik.. Turun punyalah cepat.. Sekali masih lagi di situ menunggu beg.

"Yeah.. waiting for my ludgage.."
"U are in hurry?"
"Not really.. But i just too tired and cant wait to reach home.."
"Oh..."

Kami berbual. Dia bertanyakan tentang diriku. Dia menyangkakan aku student lagi. Aku malas nak menidakkan namun kemudian dia juga berjaya meneka kerjayaku. Rupanya dia staff MAB. Bekas pramugara MAS. No wonder la good looking. Sekarang jaga customer servise.. Namun tugasnya kini menjurus dalam mengawalselia anak-anak buahnya. Terubat juga kebosanannya. Patutla Kak Ris selalu berbual dengan penumpang lain untuk membuang kebosanannya. Pernah ada orang menceritakan masalah rumahtanggannya kepada Kak Ris. Kak Ris yang baik hati pasti akan melayan dengan baik. Namun kata Kak Ris, semua pertemuan tamat di situ dan tidak berlanjutan. Aku meminta diri setelah beg ku sudah berada di troley. Lelaki itu menyerahkan kadnya dan berharap boleh mendapatkan kad ku. Berat hati untuk memberi, namun setelah merasakan tiada apa-apa, aku mengeluarkan kad ku. Bukankah kata Kak Ris, semuanya akan tamat di situ sahaja. Hari ini, aku berkenalan dengan seorang bekas pramugara MAS yang tampan bernama Amyr.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 50 - RISYA story ::

Pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari hotel. Teringat Kak Ira yang tinggal keseorangan di rumah. Sian Kak Ira.. Dah la Fika ke Penang, aku pulak kena mengikut Arin ke Miri. Berkali-kali Kak Ira berpesan supaya ku kuatkan hati untuk ke sana. Manalah tahu kan.. Itu daerah tempat tinggal Miri. Aku sudah cukup kuat melawan hati. Paling teruk pun aku akan menangis lagi. Takpela, kalau itu yang terbaik .. aku akan terus cekalkan hati dan berdoa satu hati nanti aku akan berhenti mengingatinya.

Ketika menaiki helicopter ke offshore, tidak ku sangka aku bertemu dengan Syed Nahar sekali lagi. Dia tampak terperanjat melihatku, namun aku lebih banyak tersenyum dari bercakap dengannya. Diriku lebih kepada berbincang dengan Arin tentang kerjaku di sana. Pemergianku ke sini tidak lama, hanya makan sehari. Esok sudah pulang ke KL, kerana menghadiri satu perbincangan dengan Haris Fahmi. Penatnya nanti.. Tapi dia malas nak mengingatkannya. Sekarang, dia harus membantu Arin menyelesaikan tugas ini. Sesekali dia memandang Syed Nahar yang tidak jemu-jemu memandang dia dan Arin. Ku lemparkan senyuman sekali lagi. Malasla aku nak layan orang macam tu. Kejab ada kejab takde.. Macam biskut! Sebelum malam, aku sekali lagi menaiki helicopter untuk kembali ke darat. Terperanjat apabila Nahar ada di dalam heli. Arin tidak pulang bersamaku namun menghantarku ke heli dan berpesan supaya ku menjaga diri.

"Kamceng betul ya Sya dengan Nazrin tu..""Dah lama keja sama.."

Kemudian masing-masing menyepi diri. Sebenarnya mahu sahaja aku bertanya tentang sebab dirinya yang tidak mengangkat telefon atau berkirim khabar, namun aku malas nak bersuara atau bertanya. Lebih baik aku fikirkan tentang hari-hari yang akan ku tempoh esok. Aku sudah tidak seperti dulu. Dulu memang aku pasti akan bertanya sekiranya sebab kawan-kawanku tiba-tiba menyepi diri. Sekarang, aku lebih mengambil jalan mudah. Kawan dengan siapa yang kawan dengan aku sahaja. Jangan harapkan aku untuk mencari mereka. Perubahan ini barangkali kerana MIRI.

Aku segera onkan telefon bimbitku ketika berada di hotel. Beberapa sms masuk. Antaranya Ril. Rajin juga dia sms aku. Sebelum aku ke Miri lagi, sudah berberapa kali dia bertanya khabar. Pernah juga dia keluar makan bersama aku dan Kak Ira ketika dia membantu Kak Ira membelikan keyboard untuk anak sedara Kak Ira. Dia menawarkan diri untuk menjemputku di stesyen ERL setelah mengetahui tiada siapa menjemputku. Kebetulan dia free esok. Aku pada mulanya menolak namun memikirkan aku harus terus ke pejabat esok, aku membuat perancangan bersamanya. Ketika aku menelefonnya, jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih, namun Ril masih berada di luar kerana menghantar kawannya ke hospital. Bila ku tanya, dia kata sudah biasa begini. Itula Ril.. yang suka menolong orang..

Sampai di Stesyen ERL Putrajaya, seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Pastinya Ril. Dia membuka helmet, dan menuju ke arahku. Aku memberikannya kunci keretaku dan dia terus ke Honda Virago yang diletakkan di situ. Tidak lama kemudian, GTi ku sampai dan aku masuk ke dalam. Kami terus meninggalkan Putrajaya dan menuju ke pejabatku.

"Thanks Ril.. "
"My pleasure.. Sian kat kau je sebenarnya.. Busynya kau.. "
"Macam ni la nak carik makan Ril.."
"Yeah.. Kita mesti amanah jalankan tugas kita.. Barula rezki berkat.."

Aku tersenyum memandangnya. AKu percaya dia pasti dari keluarga yang baik-baik. Sikapnya yang cukup menghormati perempuan lagi menambahkan value pada dirinya. Tidak peliklah kalau dirinya mendapat perhatian ramai gadis.

"Ril.. apsal kau macam racer F1 ni Ril?"
"Kenapa kau cakap macam tu?"
Dia pelik memandangku.
"Iyala kalau ye pun.. bukak la helmet tu dulu.."
Aku sudah mula ketawa.
"Ha.. patutla aku rasa lain macam jek.. Tula aku nak cepat tadi.. Tolong pegang stering ni jab.. Aku nak bukak helmet.."
Dia juga turut ketawa. Mesra!