Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Friday, July 02, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 49 - SYAHIRA story ::

Dia merebahkan badannya ke atas katil. Penat seharian mengendalikan 2 kertas peperiksaan akhir Fakulti Sains. Fika di Penang, Risya pula sudah ke Miri.. sudahnya dia juga yang tinggal di rumah. Rumahnya itu sungguh senyap sunyi. Sesunyi hatinya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mendial nombor rumah Lan. Bismillahirahmannirrahim... Terdengar suara di corong telefon.

"Hello..""Hello.. Boleh saya cakap dengan Roslan.."
"Hmm dia takde kat Malaysia.. Siapa ni?"
Lan takde kat Malaysia? Dia ke mana? Kenapa dirinya tidak diberitahu?
"Kawan dia.. Syahira.."
"Oh.. Sya.. Makcik ni.. Lan tak bagitau ke dia ke Manila.. Dah seminggu lebih dah..."
Ke Manila? Sah dirinya tidak diberitahu.
"Hmm Lan bagitau.. Cuma tak tahu dia balik bila? Ingatkan dia dah balik.."
Hai, kenapa lah aku perlu berbohong dengan Mak Lan.
"Ha itulah, selalunya seminggu je.. Ni dia kata ada hal sikit.. Dia tak sempat beritahu Sya agaknya.. Maafkanlah dia k."
"Takpelah makcik.. dia sibuk agaknya. Takde apalah.."
"Nanti Lan balik makcik suruh dia contact Sya.."
"Eh takpelah makcik.. takde apa pun.. just nak tanya kabar je.. Oklah ye makcik.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.."


Talian diputuskan. Rasa kecil sungguh hatinya dengan layanan Lan kepadanya. Namun, kerana keluarga Lan yang baik.. dia sayang untuk menarik diri dalam hidup Lan. Keluarganya melayannya dengan baik, malah Mak Lan sudah menyuruhnya memanggil dengan panggilan Mak.. dan bukan Makcik. Oh hati.. cekalkanlah dirimu.. Oh Tuhan, berikanlah petunjuk.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 48 - SYAFIKA story ::

AN OLD FRIEND

Sampai di Cititel Penang sudah menunjukkan jam 11 malam. Letihnya Tuhan sahaja yang tahu. Geram juga dengan pegawai PTD yang mengikutnya itu. Pandai-pandai pulak dia menempah kereta untuk menghantar mereka ke Pulau Pinang. Kan lebih baik menaiki kapalterbang, tidak la perlu berpenat-penat seperti ini. Alasannya server tidak begitu selamat dibawa dengan kapal terbang. Aduhai, letih juga dia melayan karenah pegawai senior yang kurang celik IT, tetapi berlagak pandai dalam semua hal. Kalau macam tu, orang beli server kena pakai jalan darat aje agaknya. Lainla kalau pack lebih kurang je. Esok pagi dah nak start kerja. Isk sabar jela..

Dalam keletihan itu, digagahkan juga membuka laptopnya. Kalau boleh dia mahu bersedia untuk esok. Dia cuba membuat capaian ke web yang akan dilancarkan esok. Alhamdulillah boleh.. Moga-moga esok tiadalah masalah.. Kalau tidak penat lelah teamnya terbuang begitu sahaja. Ketika hendak mematikan talian dial-up itu, dia menyedari ada pop-up icon dari MSN Messengernya. Julian! Teman sekelasnya yang sedang menuntut di Urbana-Champaign, US sedang online. Alamak, lamanya tak dengar khabar mamat ni.. Dia cuba memberi private message kepada Julian.

FIKA : Hi.. How r u? Lamanya tak dengar berita..
Lama dia menanti jawapan dari Julian, sehingga dia sudah ingin menutup talian dial-up... Tiba-tiba pop up window itu menyala biru.
JULIAN : Hi.. fine TQ. How r u then.. Where r u?
FIKA : Well.. fine.. tq.. bit tired. Im in penang.. Oustation.. Tomorroe we will have some launching here. So where r u now? Still there.. US? Or has comin back to mesia?
JULIAN : US.. Still have something to do b4 goin back .. U r launching something? what is it?

FIKA : U r coming back? cool.. when?
FIKA : Oh bout the launchin.. Its a website actually.. our branches.. link to the main website..

JULIAN : Not sure yet.. Got a lot of things to b settled down first
JULIAN : What time is it now.. I think its almost midnite there rite.. y u still awake?
FIKA : Yeah.. its 12.30 now.. Im dead tired.. but need to prepare something for tomorrow..
JULIAN : Oh poor u..
FIKA : what to do.. anyway thanks.. how bout u.. still with ur group?
JULIAN : U mean my underground group? well.. not too often now.. tide with my study etc..

JULIAN : just play sometimes to kill my time.. or play for any invitation to play..
FIKA : i luv to talk to u.. but i have to sleep now.. talk to u later la ek.. mebbe some other time
JULIAN : Yeah.. do take care then..
FIKA : u too..
JULIAN : Sleep tite.. All the best for tomorrow..
FIKA : Thanks.. bye..

Talian diputuskan. Dia cuba melelapkan mata namun gagal. Dia benci keseorangan namun itulah yang dihadapinya sekiranya pergi outstation. Rindunya pada semua orang.. Mama.. arwah abah.. Abang Ngah.. Abang Cik.. Mak Jah.. Kak Ris tengah buat apa ek.. Dia tahu gadis itu selalu menangis sebelum tidur.. Juga sering menangis setiap kali berdoa di tikar sembahyang. Kesian dia.. Puas dinasihati, tapi kebal sungguh perasaan Kak Ris pada Miri. Apa yang boleh ditolongnya selain dia hanya mampu berdoa. Moga dia ditemukan dengan orang yang boleh menghargai dirinya. Bukan seperti Miri. Kak Ira pun moga diberikan petunjuk. Dirinya? Dirinya cukuplah kalau dapat membahagiakan semua yang berada di sekelilingnya. Itulah kebahagiannya.

Thursday, July 01, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 47 - RISYA story ::

Tiba-tiba aku teringat Nahar setelah Arin bertanyakan tentang Nahar selepas mesyuarat tadi. Sudah hampir dua minggu berlalu sejak aku keluar dengan Nahar. Terus hilang khabar selepas itu. Pernah juga aku cuba menghubunginya, namun tidak berangkat. Dia juga pernah memberi sms.. namun tidak juga berbalas. Aku pelik juga namun ku biarkan sahaja. Menyedari keadaan itu, aku sudah sedia maklum pastinya Nahar sudah tidak mahu berkawan denganku. Pada diriku.. aku sudah tidak kisah. Namun keadaan itu mengingatkan aku kepada Miri. Begitulah keadaan Miri ketika dia saat awal mahu memutuskan hubungan. Dia seolah-olah mahu aku paham sendiri tentang situasi tersebut. Susah sangatkah mahu bersuara.. Tidak cukup berani agaknya untuk berhadapan dengan ku ketika itu. Aku kembali ke parking kereta selepas mesyuarat di bangunan bersebelahan dengan Amcorp Mall di Petaling Jaya ini. Ana, eksekutif wanita muda berbangsa Cina yang mengiringiku turut membantuku mengangkat fail ke kereta. Arin sudah lama beredar kerana perlu ke KLIA untuk ke Miri petang ini. Aku tidak perlu mengikutnya kali ini, namun Datuk meminta ku bersedia untuk ke sana pada bila-bila masa sekiranya Arin memerlukan bantuan.

"Hey.. Are u blind?"Habis semua barang-barangku jatuh. Menyesal aku tidak masukkan phone ku ke dalam beg. Nokia 6510 itu jatuh juga dan dihempap fail-failku. Ana sibuk memarahi lelaki yang melanggarku. Namun, lelaki remaja itu sedikit pun tidak heran dengan maki hamun wanita Cina itu dan terus meninggalkan kami. Seorang lelaki yang berjalan di belakangku berhenti dan sama-sama membantuku mengutip kembali fail-fail itu. Berkicau lagi mulut Ana ketika dia juga turut membantu ku mengutip barang-barangku."Its ok Ana.. He just a tennager.."
"Teenager should respect someone older. So sorry with what had happend Risya... And to this young guy.. thanks for helping us.."
"My pleasure.."

Dia bersuara sambil tersenyum. Ketika itu barulah dia dapat memerhatikan lelaki itu. Nampak grunge dengan t-shirt Hard Rock Cafe Melbourne dan disarung dengan kemaja jeans lusuh dan beg gitarnya yang tersangkut kemas di bahu. Gayanya cukup bersahaja ditambah dengan rambut panjang yang diikat kemas. Itu bukan persoalannya, namun lesung pipit sebelah kanan yang kelihatan ketika dia tersenyum itu mengingatkannya tentang seseorang. Macam kenal je.. Tapi siapa ye? Model ke dia ni?

"Hey... Arisya Hishamuddin rite?"Eh siapa ni? Dia tahu nama penuhku.
"Arisya rite? Or i made a mistake? U are not Arisya Hishamuddin.. So sorry.." Dia petah berkata. Oh suara.. manalah kau pergi. Bagaimana seorang jejaka grunge ini mengenaliku. Kawan Miri? Dan akhirnya aku dan dia duduk di Starbuck, Amcorp Mall.

"Tak sangka aku jumpa kau Sya.. Serius aku takut tadi salah orang.. Siot je! Kau pun diam je.." Aku tersenyum memandangnya. Lelaki itu.. Ahmad Rizal El Ehsan, rakan sekelasku di sekolah menengah semenjak tingkatan 2. Kami tidak pernah bertegur sapa cuma ketika ujian amali Kimia SPM semasa tingkatan lima, kami duduk meja makmal yang sama. Barangkali kerana itu dia mengingati nama penuh ku.
"Manala Sya tak terperanjat. Ril sikit punya grunge.. Dulu mana pernah Sya tengok Ril berambut panjang.. Isk ingat sapala tadi.. Nasib baik ingat kat dimple Ril tu! Cam juga Ril kat Sya ek?" Rizal tersenyum. Tampak dalam lesung pipit kanannya.
"Hmm budak glamer macam kau Sya sapalah tak cam. Hmm patutla kau tak cam aku.. Kau nampak aku pun masa kat sekolah je.. Aku kalau cuti sekolah je bela rambut.. nak masuk sekolah potong balik.. Lepas SPM aku terus bela rambut sampai sekarang.. Lain eh muka aku.. hehehe.. Kau pun sikit punya vogue.. Takut tadi aku nak tegur.. Tapi aku selamba jela.. Kalau salah pun apa salahnya berkenalan." Dia ketawa lagi. Nakal sungguh dia.

Kami berbual mengenai hal masing-masing. Memang kali terakhir aku bertemu dengannya semasa di tingkatan 5. Sudah hampir 10 tahun. Patutla dia sudah banyak berubah. Walaupun kurus, lengannya pejal berotot. Dengan kaca mata tinted yang diletakkan di atas kepalanya, dia tampak ranggi. Ingatkan model.. rupanya dia sound engineer secara freelance. Tidak silap aku lelaki ini antara pelajar cemerlang sekolah namun dia masih tiada kerjaya tetap.

"Aku amik muzik dulu.. buat sound engineering 9 bulan.. buat diploma jek.. Aku ingat nak sambung tapi takde peluang la. So macam ni la.. Lepas abis je.. Aku start main-main muzik la.. buat live band kalau ada undangan.. Kadang jadi pemuzik pengiring. Buat support audio kalau ada function. Aku pernah jadi sound engineer untuk company advertisement. Boring.. aku lompat kerja lain. Kadang tu terasa jugak bila jumpa kawan-kawan lama. Orang lain kerja semua bagus-bagus. Kau je ha.. corporate sekarang.. dah kerja company minyak terkenal tu.. Aku kenal CEO kau tu.. Anak dia pernah invite group aku main untuk majlis company dia.."
"Sya kerja biasa je la.. Kuli gak.. Alah Ril.. asal happy sudahla.."
"Happy tu memang la Sya.. Tapi sampai bila nak hang camnie.. yetak? Kalau takde job, macam nila.. main2 muzik dengan kengkawan. Ni pun aku baru balik dari jamming kat studio Jalan Gasing."

Aku tersenyum. Ketika aku mengundur diri, kami bertukar kad perniagaan. Dia berjanji akan menelefonku. Hmm, siapa sangka hari ini aku bertemu dengan Ril, antara pelajar favourite di sekolah dulu. Cukup terkenal dengan kenakalannya tapi baik hati dan tidak pernah lokek menghulur pertolongan. Kalau tidak, takkan dia berhenti untuk membantuku tadi.


Tuesday, June 29, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 46 - SYAHIRA story ::

Aku meneliti organizer di atas meja. Setelah mendapat panggilan telefon dari Bahagian Latihan, terus dia mencapai organizer kesayangannya hadiah dari Fika dan Risya. Mencatat tarikh pemergiannya. Tidak lama setelah itu, telefonnya berdering lagi. Akmal. Lelaki itu tidak jemu-jemu menelefonnya. Hmm alangkah baiknya kalau Lan begitu. Seminggu dia tidak menelefon, jangan haraplah Lan akan menelefon bertanya khabar. Pernah juga dia memberi sms, namun tidak berbalas. Dia cuba menelefon, namun mesin yang menjawab. Berkali-kali dia cuba memujuk diri supaya menerima keadaan Lan seadanya namun sukarnya menyakinkan diri sendiri. Mungkin benar andaian rakan Fika.. Lan, Sya akan pergi dari hidup Lan kalau benar Lan tidak mahu. Namun kenapa tidak mahu berterus terang. Sya boleh terima. Aku serahkan segalanya pada Tuhan kerana dia sudah berdoa untuk diberi petunjuk.

Kalau segalanya berjalan lancar, aku akan berlepas ke India dalam masa 3 bulan lagi. Pasport antarabangsanya akan siap minggu depan. Selepas ini menanti visa dan tiket sahaja, dan selepas itu dia terus akan meninggalkan bumi Malaysia buat beberapa ketika. Ketukan pintu kedengaran, dan ketika dia membuka pintu, tersembul wajah anak-anak muridnya di tahun akhir. Lebih 10 orang.. sehinggakan hampir tidak muat biliknya. Semuanya datang untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal. Hilang semua kesedihan hatinya melihat gelagat anak-anak muridnya.

"Cik Sya nanti makan nasik minyak janganlah buat-buat lupa jemput kami..." Tersirap jua darahku mendengarnya. Aku cuba tersenyum. Anak muridku itu tersenyum sumbing malu-malu apabila dia disinggung oleh rakan disebelahnya.
"Cik Sya jangan layan dia tu.. Celupar la mulut.."
"Eh apa plak.."
"Ha sudah-sudah.. InsyaAllah.. kalau ada nanti, saya jemputlah.. tapi korang semua kena angkat dulang hidang boleh.. layan tetamu..""Kalau tak keja lagi oklah Cik Sya..."


Bilik itu kembali sunyi apabila mereka pulang. Aku mengeluh berat. Hmm.. bukan sahaja mereka, parentnya, adik beradiknya sudah bertanya tentang hal ini. Bukan dia tidak mahu, bukan dia memilih (seperti yang dikatakan oleh ramai rakan-rakannya).. cuma dia mungkin tersilap menyukai lelaki itu. Dan mungkin juga.. lelaki itu bukan orangnya. Dia tahu satu hari nanti dia akan dapat menerima hakikat yang dia dan Lan tiada jodoh untuk bersama.

Monday, June 28, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 45 - SYAFIKA story ::

Sepanjang hari dia begitu sibuk sehingga tidak menyedari terdapat miss call dan sms. Apabila diperiksa, rupanya nombor Deen tertera dengan sms memberitahu dia berada di Kinokuniya KLCC menemani adiknya mencari buku. Ku periksa masa yang tertera ternyata sudah 2 jam berlalu. Deen bertanya adakah dia mahu bertemu dengannya.

A'kum Deen, Nani shiteru no?! Sumimasen.. Sya tak perasan Deen call. Still at KLCC? If so, meet u there 530. Will b there after ofis hr.

No Deen ditekan, dan tidak lama selepas itu ada incoming sms.

W'kum salam.. Its ok! Still here. ok, meet u at Kino. call Deen when u arrive. Take care

Hmm jumpa Deen petang ini. Kawannya yang cukup baik itu memang gila buku. Sudah pastinya dia sanggup duduk berjam-jam di situ. Selepas menunaikan solat Asar, dia bergegas ke LRT stesyen. Langkahnya dipercepatkan ketika hampir sampai ke LRT Ampang Park. Stesyen KLCC yang hanya memakan beberapa minit dari Ampang Park dirasakan cukup jauh.

Macam tidak percaya ketika dia sudah berada di hadapan Deen. Pemuda itu.. Cakap pun tidak pandang mata. Bukannya sombong, tetapi dia sememangnya pemalu. Sementara menanti Deen membayar harga buku, aku berbual dengan adik Deen, Syahida yang merupakan seorang pelajar jurusan perubatan. Tidak lama, kami sudah beredar meninggalkan Kinokuniya menuju ke tempat makan. Setelah penat memikirkan tempat, akhirnya kami mengambil keputusan untuk duduk di San Francisco KLCC. Teringat Kak Ris ketika dia duduk di situ. Kak Ris suka chocolate blended San Francis.

"Nak apa Deen, Syahida.. My treat..""Eh apa plak Sya.. Deen la belanja. Macamana perempuan belanja lelaki plak ni.."
"Hmm lain kali la Deen belanja. Lepas Deen dapat kerja.. Nak apa.. Sya g order."
"Minum je la Sya.. Kita minum je la Syahida.. Apa-apa pun boleh.."
"Apa-apa pun boleh takde la dalam menu Deen.."

Syahida sudah mula gelak.
"Hai buat lawak la plak dia ni.."

Setelah itu, kami berbual bercerita tentang kehidupan masing-masing. Aku hanya tersenyum sahaja ketika Deen mengeluh dengan keadaan jalanraya di KL. Sudahla banyak perubahan, asyik jam sahaja. Aku dan Syahida sudah boleh berbual mesra. Sepanjang itu, telefon Deen asyik berdering, dan setiap kali itu aku mengangkat kening kepada Syahida.

"Sorry Sya.. Macam ni la Deen. Jadi free-kaunselor.."
"Susah jugak ek ramai peminat.. "
"Apa lak peminat..."
"Si dia tak call?"
Aku sudah mula mengusik.
"Hmm yang last tadi tu dia la.. Biasala Sya.. Kena convince dia.. Dia asyik risaukan kita jek.."

Hmm.. kalau aku pun sure risau. Dah la good-looking, soft spoken plak tu. Kalau cakap, best je dengar.. mana la ramai orang tak cair.. Lewat petang, kami meninggalkan Suria KLCC. Deen dan adiknya beriya-iya mahu menghantarku ke KL Sentral namun aku menolak dengan baik. Sememangnya aku ke yang malu dengan Deen dan Syahida? Hehehe.. Nasib dah ada makwe.. kalau tak, dah lama aku ngorat.. hehehe.. Macam la aku ni berani nak ngorat lelaki.. Isk bukan aku la..

Sunday, June 27, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 44 - RISYA story ::

Nahar nak pergi Kerteh petang ni. Wanna have breakfast with me? Nanti Nahar jemput.

Pagi-pagi lagi sms Nahar tiba. Hmm.. nak pergi dengan siapa ek? Fika sudah pagi-pagi memandu ke Shah Alam... Kak Ira sudah ke kelas. Takut juga dia mahu keluar berduaan dengan Nahar. Namun takpela kot.. Pagi lagi ni..

Ok.. Pukul berapa Nahar nak sampai sini?
Butang SEND ditekan.

Lagi 1/2 jam Nahar sampai. Rumah Sya kat precint berapa?

Aku memberi penerangan ke arah rumahku menerusi sms. Sementara menanti aku bersiap seadanya. Nahar tiba-tiba mengajaknya keluar, kenapa ek? Hmm tak ada apa yang diherankan.. Barangkali mahu mengisi masa lapangnya.

Nahar tiba dengan Ford Ranger WJK 4148 berwarna maroon.

"Kereta company.. Nahar ambil tadi.. Nak bawak ke Kerteh petang ni.. Nak ke mana kita?"
"Hmm kita breakfast kat Bangi nak? Dekat area Az-Zahrah tu... Nahar tahu tak area tu?"
"Hmm depan masjid tu ke? Oh.. tahu.. "

Dalam perjalanan itu, kami berbual. Nahar sibuk bercerita tentang kerjanya yang sibuk dan memenatkan. Ada juga dia bercerita tentang rumahnya di Bukit Jalil yang masih dalam pembinaan. Dia menceritakan bahawa dia pernah terlibat dalam projek pembinaan landasan ERL semasa bekerja di tempat lama. Ceria sungguh dia. Asyik gelak sahaja.

"Kenapa Nahar asyik gelak je.."
"Abis tu Sya buat lawak je.. Nahar kerja teruk.. Langsung tak boleh buat lawak.. Serius manjang.. Dengan Sya ni Nahar rasa happy.. "

Baguslah kalau dia rasa begitu, sekurang-kurangnya aku dapat menceriakan rakannya itu walaupun dirinya dalam kesedihan. Kami makan bersama dalam suasana yang sangat menyenangkan. Nahar begitu bersifat menghargai dan matanya cukup tajam memerhati.

"Nahar ni jenis tak kisah.. Baju Nahar pun orang duk belikan.. Tak sempat pun nak g shopping ke apa ke?"
"Sian Nahar.."
"Nak buat camner Sya.. Kerja Nahar memang macam tu.. Tapi takpela.. Atleast Nahar puas hati.. Sya ni independent betul la kan.. Bagusla.. Nahar suka perempuan yang independent."

Dalam perjalanan pulang, sekali lagi Nahar bertanyakan samada aku mahu memandu kenderaan pancuan 4 roda itu. Dia menghentikan kenderaan itu apabila aku bersetuju untuk cuba memandu kenderaan itu. Kekok juga ketika mula-mula memandu apatah lagi handbrake nya bukan seperti kenderaan biasa. Namun, Nahar menunjukkan cara. Tidak lama kemudian, aku sudah boleh menyesuaikan diri dan memandu hingga sampai ke rumah.

"Thanks Nahar.. Drive carefully tau ke Kerteh petang ni.."
"Hmm ok.. Sampai sana nanti Nahar call.. Sya pun take care."

Kami berpisah dengan senyuman Nahar tidak lekang-lekang dari bibirnya. Semoga dia selamat pergi dan balik.