Guys Are Too Demanding ??!!

::: A story of a house where lived 3 girls named SYA :::
An appreciation to my fren, UsE for the effort, in designing this blog

Saturday, May 15, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 14 - SYAFIKA story ::

Semangatmu, ispirasiku
Ketika makan bersama sesampainya kami di rumah, Kak Ira bertanya sebab musabab Kak Ris jatuh sakit teruk.
Rupanya antara sebabnya kerana kesibukkannya hingga Kak Ris tidak menjaga makannya. CD yang dibawa untuk presentation dengan wakil Petronas Dagangan rosak, dan tidak boleh dibaca oleh PC di sana. Tambah memburukkan keadaan, Kak Ris memang tidak dibekalkan dengan sebarang laptop oleh syarikat. Nak melalui email pula terlalu besar filenya. Nasib baik jugala, Kak Ris ada printslide presentation sebelum dia pergi. Dah la slide buat semula.. kertas cadangan yang telah siap dicetak dan dibinding perlu diubah gara² terdapat perubahan di saat² akhir. Pulaknya Arin, team-mate Kak Risya tidak ikut kerana bertugas di Kerteh.

"Ohh Haikal yang ikut.."
"Hmm.. Dia baru masuk.. Projek tu memang dia tak involve. Konon, Datuk suruh pergi sebab cari pengalaman. Skali tu problem. So satu benda dia tak tahu, nak guna software buat carta pun terkial². Tapi nak marah pun camner. Dia fresh-grad, takde experience. Last² semuanya kita buat. Tu yang makan tak sempat. Malam tu, rasanya tak tidur kot."
Kak Ira menggelengkan kepalanya.
"Nasib la Pak Mail tak ikut. Kalau tak, sure teruk Haikal kena smash.."
"Pak Mail tu sapa?"
"Dia tu kira pembantu Datuk la. Selalu kalau projek macam ni, dia ikut. Tapi tak semestinya la dia kena ada. Dia ikut Arin g Kerteh."
"So akak buat semua aa"
Kak Risya tersenyum.
"Ada la jugak Haikal tolong. Dia tahu jugak guna Powerpoint. Tapi itupun dia takut² nak buat. Sikit² tanya.. Aduh aduh.. boleh kena sakit jantung. Camner HR pilih dia pun tak tahu la. Maybe dia top scorer kot"
"Pointer cantik kot.."
"Dia tu rajin tapi tula banyak yang tak tahu. Kalau nak buat apa², tak confident. Takut². Tengok pun macam nerd jek.. Astagfirullah.. sakit² pun sempat lagi kutuk orang"

Kak Risya gelak² kecil. Mukanya tidak pucat lagi. Mungkin dia dah ada sedikit tenaga. Atau seperti katanya gembira bertemu kami.

"Betul² tak larat tadi. Lapar tapi dalam flight tadi je baru makan sikit dah muntah. Tak pernah² muntah dalam flight. Hebat betul penangan gastrik ni ek?!"
"Bila jumpa Doktor?"
"Haikal bawak lepas present. Sebelum balik tu. Satu kelebihan Haikal ni dia caring. Selang satu jam, mesti call bilik tanya kabar.. heheheh.. Macam la pakwe makwe lak.. Mula² tu taknak la tunjuk kita sakit kan. Tapi depan dia je.. dah berapa kali muntah. Tak boleh sentuh food langsung. Dia panik kot. Sbb tu dia bawak g klinik. Karang jadi apa², apa lak dia nak jawab pada Datuk. Tapi tak kisahla.. semuanya dah selesai. Diorang ajak jalan, tapi takpela. Bintulu tu tak ke mana.. Biarla org sana bawak si Haikal. Dia pun baru first time g Bintulu. Dah rindu ngan Kak Ira and Fika. Nak cepat² balik. Pastu kita buat²la sihat. Kalau tak, mana diorang bagi balik sendiri. hehehe.. Ingatkan okla, tu yg try makan dlm flight.. sekali tu muntah lagi.. hehehehe.. Kena makan ubat muntah yg doktor bg nampaknya"


Aku tersenyum melihat gelagat Kak Risya, dan semakin mengaguminya. Dalam kelukaan dan kesakitan, masih ceria di hadapan kami. Boleh lagi bergelak ketawa dan menceriakan keadaan. Untungkan siapa yang dapat memilikinya?

Guys Are Too Demanding
:: Episode 13 - SYAFIKA story ::

Semangatmu, ispirasiku
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai 10.5 billion menyambut kedatangan kami malam itu. Kami terus menuju ke balai ketibaan dan menanti Kak Ris sampai di dalam kereta.

"Bila masa lak dia bgtau Fika suruh bawak GTi?"
"Lepas Fika call tu dia sms. Dia cakap dia tak larat sangat nak jalan.. Letih katanya. Maybe barang dia byk kot.."


Jam menunjukkan 9.35 malam. Kalau ikut perkiraan, flight dari Bintulu tiba 9.15. Sambil menanti, aku melayan lagu dari Hitz.FM. Lagu Broken dari Seether. Serta merta aku teringat Kak Risya. Broken.. yeah she had a broken heart. Poor she!

Kak Ira, macam biasa mengeluarkan buku. Hmm, memang layak menjadi academician. Mataku menerawang memerhatikan teksi² bukan Limo a.k.a Ulat yang banyak meletakkan teksi di kawasan luar balai ketibaan itu. Hmm.. Mereka memang mencari rezeki, namun kenapa tidak digunakan dengan cara yang betul. Sian teksi Limo, bersaing dengan ulat² itu. Harganya kah yang menarik perhatian atau apa ye?! Edisi Siasat NTV 7 sudah beberapa kali menyiarkan kisah Teksi² ulat ini. Namun masih tiada tindakan. Mereka berkata mungkin ada rasuah di dalam kes ini. Menurut Edisi Siasat juga memaklumkan yang 2 orang Taiwanese dirogol ketika menjadi penumpang teksi ulat ini. Nauzubillah. Bukan ke dah merosakkan nama negara? Memangla bukan semua. Ada juga memang betul² mencari rezki. Tapi kenapa mesti menghalang jalan & rezki orang lain. Ntahla, dalam mencari rezki.. bkn kah lagi baik mencari yang halal. Sbb nanti jadi darah daging sendiri. Kalau ada isteri & anak², rezki tu nak bagi isteri & anak² makan. Jangan salahkan anak² kalau jadi jahat, kalau sumbernya haram. Tapi aku tak cakap yg ulat²/teksi tu haram. Bukan aku yang berhak menilai amalan baik @ jahat mereka. Itu biar antara mereka and Tuhan mereka. Aku ni hambaNYA juga macam orang lain.

"Hello"
Tetiba je Kak Ira menjawab telefon. Tak ada plak dengar bunyi deringan. Mingkin dia buat vibrate agaknya.
"Ye Ris.. Ha??!! Ok ok .. Tunggu Kak Ira datang.."Serta merta Kak Ira membuka tali pinggang keledarnya.
"Akak g jab.. Kak Ris suruh akak amik dia kat dalam.. Banyak barang kot.."
Hmm.. apa hal lak Kak Ris manja sangat malam ni. Selalu tu, tak akan call selagi tak jejak KL. Sedar² je dah sampai Stesyen ERL dekat rumah tu. Ni, siap mintak amik kat dalam. Pelik!

Kak Ira cepat² masuk ke dalam bangunan KLIA yang berseri dengan lampu²nya. Aku mengalih pandangan, melihat orang² yang lalu lalang di hadapanku. Ada juga yang masih naik teksi ulat ni. Kira terror jugala mereka ni tarik pelanggan. Mataku menangkap 2 susuk tubuh yang ku kenali menuju kearah kereta. Kak Ris dan Kak Ira.. They are so sweet! Tangan Kak Ris erat memaut tangan kak Ira yang sedang menyorong troli. Cepat² aku keluar membuka boot.

"La apsal nih??!!"Muka Kak Ris pucat lesi, tidak bermaya namun masih sempat menghadiahkan ku senyuman. Itula Kak Ris. Mudah tersenyum.

"Kak Ris kena gastrik teruk kat sana.."
Kak Ira memberitahu ketika kami sama² memasukkan barang ke dalam boot. Kak Ris sudah masuk, dan duduk terbaring di seat penumpang.

"Kak Ris langsung tak lalu makan.. kalau makan je muntah, makan je muntah. So, tu yang terlepak je tu.."
"Sejak bila dia ada gastrik ni.."
"Ntah la Fika, akak pun tak tahu.."
Kak Ira menutup boot kereta, dan kami sama² masuk ke dalam Gti Kak Ris.

"Kak Ris.. u make me worry la.. Dari Bintulu ni alone all by yourself.."
Aku memandang dirinya. Kak Ris senyum sahaja. Cuma matanya sudah terpejam. Patutla minta diambil. Lembik longlai macam ni. Tuhan, kuatnya semangat dia.
"Fika jugak yang cakap, kalau badan dah tak larat, semangat kan masih ada lagi. So akak gunala semangat tu.."
"Itu kalau badan tu sihat.."
Sampuk Kak Ira.
"Abis ni camner Kak? Nak g klinik ke apa?"
"Tak yah g klinik Fika, akak ada sebakul ubat"
"Abis?"
"Balik terusla .. On the way tu, kita singgah bangi ke.. beli food tapau. Nak masak pun tak sempat.. Minah ni pun tak cakap dia sakit.. Patutla suruh amik kat KLIA.."
Kak Ira bersuara.
"Abis kalau bagitau sakit.. Nak datang Bintulu ke jemput Ris?"
"Eee budak ni.. sempat lagi buat lawak tu. Kita risaukan dia.."

Kak Ris gelak perlahan.
"Terima kasih sebab care. Miri pun tak macam ni.."

Aku menjeling ke arah Kak Ira. Kak Ira hanya mendiamkan diri. Suasana terus sepi dan aku terus memecut kereta meninggalkan Sepang. Masuk Tol Bangi, terus aku menuju ke Fasa 1, tempat makan berhampiran Maybank.
"Cari soft food Fika. Beli air halia susu suam.." Kak Ira sempat berpesan sebelum aku keluar membeli makanan.

"Kejab ek Kak, 15 minit lagi kita sampai rumah.."
Aku menghidupkan enjin kereta, dan kami berlalu meninggalkan Bangi.
"Nasib ada anak murid Karamjit Singh ni.. Tapi tak payah cepat² Fika. Akak Ok.. Tengok muka Kak Ira and Fika.. terus dah macam sihat plak.."

**********************to be continue...

Guys Are Too Demanding
:: Episode 12 - SYAHIRA story ::


Ku pecut Atos biruku laju hari ini. Geram juga dengan setiausaha Dekan, lewat memberitahuku ada meeting pagi ini. Itupun hanya melalui sms. Selalunya jarang aku menekan minyak lebih 80km/jam di lebuhraya Kajang-Puchong ini. Nampak gaya aku dah jadi seperti Fika pagi ini. Ku langkah laju² ke arah Jabatan Sains. Hei, kalau la nampak anak² murid aku abisla.. abisla. Ntah apa la agaknya mereka kalau dia nampak aku seperti terkejar²kan sesuatu.

Sampai bilik mesyuarat, ku lihat hanya seorang sahaja yang sudah hadir. Ketika itu, lagi 2,3 minit mesyuarat fakulti sepatutnya bermula. Aduhai, sakitnya hati melihat sikap mereka yang tidak menepati waktu. Aku berbalas pandangan dengan Prof Dr Razak, timbalan dekan yang sudah sampai awal dari aku. Dia kembali ke pembacaannya. Aku membuka beg mencari bahan bacaan sebagai persediaan kelas petang ku. Buku Hack Proofing Your Network, terbitan Syngress Media milik Fika. Petang ini, aku akan mengajar pelajar² dari Jabatan Kejuruteraan & IT. Sebagai seorang yang tiada background IT, aku saja mahu update diri dengan pengetahuan terkini, sekalipun aku hanya mengajar matapelajaran Pengurusan IT petang ini. Adalah modal ku untuk berbual dengan anak² murid ku petang ini. Baru ku tahu perbezaan Hacker, Cracker dan Script Kiddie.

Mesyuarat pagi yang agak membosankan, namun menarik dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Dr Isa Samad. Cepat² aku beredar meninggalkan bilik mesyuarat apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Kembali ke bilikku. Nasib baik, aku bawa bekal untuk tengahari. Syafika masak bihun goreng pagi ini. Kami hanya tinggal berdua. Risya sudah 2 hari di Bintulu. Ada mesyuarat dengan wakil Petronas Dagangan di sana. Sempat ku beri sms ke Lan bertanyakan sama ada sudah kah dia makan.

Aku bergegas ke dewan kuliah Gugusan 2 untuk kelas petang ini. Tersenyum bila berpapasan dengan beberapa orang yang dikenali.

"How can u so sure u can get the money for your project.."Aku bertanya balik kepada salah seorang pelajarku apabila sesi perbincangan bermula.
"If we can propose something that will gain revenue to our company, i think thats shouldnt be any problem."
"Are you sure Raina?! If I be your CEO, i might think bout something else. How bout your opinion Zailan?"
"Hmm Cik Sya, i guess some small things but important have to be considered in our proposal such as.. "
Zailan terberhenti bersuara.
"Yeah such as what Zailan?"
"Such as the security of the workers.. The project that will bring money but dangerous to the workers also can be rejected.."
"Yeah.. I agree.. If ur CEO agree with your proposal, and still wanna continue the project.. he or she might loose the workers.. those are important to your company. If u be a manager without a subordinate, then who will works for u?"

Ku lihat setengah² pelajarku menganggukkan kepala.
"Well, when we talk bout the security.. its not only when your subordinate have to climb a wall, or dig a hole to do some cabling but also have to think bout they might hack or crack some of the system.. especially if u working in finance company like bank.. Thats also security. U also fully responsible in taking care of your company name.."
Aku terhenti sebentar. Ku pandang seorang² pelajarku.
"Well, before we stop our class.. i wanna ask u a question. Some general knowledge."
"Ala Cik Sya..."

Terdengar ada di kalangan mereka yang mengeluh perlahan. Mereka tahu sekiranya mereka tidak dapat menjawab, maka itu akan dijadikan topik tugasan mingguan.
"Hey, listen to my question first. An easy one.. I pick one of u. Hani.. could u pls answer my question."

Ku lihat Hani, salah seorang pelajarku menutup wajahnya.
"Oh come on Hani, just a simple question.."
"Ok Cik Sya, im fully prepare now."
"Hani, whats the different between Hacker and Cracker?"
"Hacker and Cracker?" Hani memandang rakan di sebelahnya.
"Yeah..."
"Hacker is.. someone that.. err.. "
"An IT student dont know how to answer that question? Anyone else..?"

Aku bersuara setelah tidak mendengar apa² jawapan dari Hani. Sengaja ingin mencabar.
"Cik Sya, i wanna try.." Hani bersuara. Tercabar agaknya mendengar kata² ku.
"A hacker is someone who tried to discover sensitive information by poking around.."
"Ok.. I can accept that.. A Cracker?"
"A Craker is one who breaks security on a system.."
"So u mean hacker didnt breaks the security?"
"Errr.."
"Anyone else..???!!"
Aku lihat Farhan mengangkat tangan.
"Well crakers tend to gather in small, tight-kit, very secretive groups. Some of them like to describe themselves as hackers, most true hackers consider them a separate and lower form of life..."
"Hmm Hani and Farhan gave a very good explanation but I still didnt get the different between both of it. So.. "

"Ala Cik Sya.." Terdengar lagi suara mereka. Belum ku tamatkan kata² ku, mereka tahu apa yang aku akan katakan. Tersenyum aku memandang mereka.
"Well, if u know what I want u to do so.. no need to explain. In 2 pages, describe it. Plus I want an example. No copy and paste! Not more than 2 pages, font size as usual 12. Time New Roman. Submit - next week class!"
Aku memberikan mereka tugasan mingguan. Mereka menulis apa yang ku katakan.
Kemudian aku kembali ke meja. Mengemas laptop dan buku² ku.
"Thank you. See u next class.."

Sampai di bilik, baru ke perasan hphoneku menerima sms.

1 new message.
Saya dah makan. Sya dah makan? Jaga diri


Sms dari Lan. Aku menyimpan kembali phone ku ke dalam beg selepas membalas sms Lan. Tetiba sahaja phone pejabat berbunyi.

"Mushi mushi.. Ogenki?!" Terdengar suara di talian. Tak lain tak bukan kalau berbahasa Jepun ketika di telefon, pasti Syafika.
"Genki desk.. Hai tahula skrang kawan dengan budak japan.. Berlagak cakap jepun tu!"
Dia gelak. Manja sekali dia.
"Akak baru balik kelas ek??!! Banyak kali Fika call. Hphone off!"
"Aah.. Fika tahu kan? Apsal tak sms jek.."
"Akak kelas abis lambat ek? Malas la nak sms kak.. Akak tau kan phone Fika tu asyik hang je.. then restart.."
"Kena tukar baru tu.."
"Kak, Kak Ris call tadi. Lepas call akak tak dapat, dia call Fika.. Dia kata balik malam ni. Flight petang pukul 6 petang dari Bintulu.. sampai malam aa.. Dia kata kalau akak nak terubuk masin, amik dia kat klia. "
"Ooo main ugut² ye! Berani dia ye.."

Ku dengar Fika gelak lagi.
"Jom aa kak.. Kita dinner skali kat klia masa tunggu dia. Nak?! Esok pun Sunday tak keja"
"Erl ke GTi?"
"Erl boleh GTi pun boleh.."
"Hmm sampai dalam kul 9 lebih. Kita naik erl je la.. Amik luggage lagi.. Dalam kul 10 baru beredar. Sure nanti dekat kul 11 sampai rumah.."
"Fika boleh buat sampai kul 10 jugak kat rumah"
"Ha jangan nak mengada.. Nanti kena speed-trap sapa nak bayar. Dari bagi kat polis tu, baik kasik kat akak.."

Fika gelak lagi.
"Ok kak, Fika tunggu akak balik ni ek.. Take care."
"Ok.. Jya.. A'kum!"


Dinner di KLIA nampaknya malam ni!

Guys Are Too Demanding
:: Episode 11 - SYAFIKA story ::

June 1993

"Fika.. Fika..!!!" Terdengar jeritan dari belakang. Aku menoleh. Nampak Fong terlari² mengejarku. Aku memberhentikan langkah.
"Adeh adeh. Penat kejar Fika.."
"Apsal nih? Kata ada latihan Silat. Ni kenapa kejar Fika lak?!"
"Latihan kensel last minute.. Nak balik sorang malas aa.. Tunggu Fika la.."
"Tapi Fika kan ada latihan menari ni.. Nanti Fong bored tau tunggu! Gi la balik.."
"Takpe aa.. Orang nak tunggu tak kasik lak..! Lain kali taknak tunggu karang.."
"Hmm up to u la."

Macam budak². Menyampah juga kadang² tapi itula teman baikku, Hiang Fong Hwa. Jejaka Cina, dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Anak hartawan yang humble, dan boleh dikategori good-looking juga. Tapi aku berkawan dengannya bukan kerana itu. Aku berkawan dengannya kerana dia Fong Hwa, kawan yang boleh menerima ku seadanya, dalam masa yang sama melengkapkan diriku dan sentiasa berada di belakangku ketika ku susah.

Bulan mengambang pak ngah la yang balik
Ahai la sayang
Bulan la yang mengambang.. bulan mengambang di tengah malam..


Hari ni tarian berlantar belakang kan lagu ghazal, Pak Ngah Balik. Ghazal kesenian kebanggaan negeri Johor, negeri kelahiran Abah. Di bawah pentas, Fong setia menanti. Kadang² aku melambaikan tangan ku ke arahnya. Begitu asyik dia memandangku. 2,3 orang rakan ku memberi pandangan bermakna kepadaku apabila melihat Fong datang melihat latihanku. Waktu rehat 10 minit, aku mendapatkannya. Barangkali melihat peluh di dahiku, tangannya menghulur tuala kecil. Aku tidak menyambut, terus sahaja mendapatkan air. Tangannya pantas mengelap dahiku sambil aku minum air. Aku hanya menghadiahkannya senyuman. Terima kasih Fong!

"Nak cuba?"
"Ha??"
"Lepas ni menari 2 orang.. Jom la jadi partner Fika.."
"Takpe ke??!!"
"Takpe.. Ikut je.. Macam silat jugak. Ikut sahaje rentak"
"Senior Fika tu tak marah ke?"
"Eh takde la.. Fika dah cakap tadi.. Lagipun ada 11 orang je tadi.. Kalau tak cukup partner, dia kena menari sekali. Susah dia nak ajar, kita yang nak ikut pun susah. Nak tak?"
"If they dont mind, hmm why not!"


Jangan la adik berhati bimbang
Ahai la sayang
Jangan la kau adik, Jangan la adik berhati bimbang


Itula harinya, Fong berpasangan dengan ku. Suasana jadi semakin ceria dengan kehadirannya. Kami bergelak ketawa dengannya. Dia cukup cekap mengikut cuma rentaknya kekok sekali dipandang.

Ahai nampak bercahaya
Nampak bercahaya dengan serinya


Perjalanan pulang ke rumah, Fong memuji kawan² ku. Memuji kelembutan tarian dan keayuan masing². Aku menjuih mulut kepadanya. Mula la lepas ni, pasti dia suka mengikut ku. Fong hanya ketawa. Katanya lagi, aku juga seperti mereka. Kalau dilihat gaya ku, tak sangka aku merupakan salah seorang penarinya. Katanya, diriku lembut dan ayu juga semasa menari tadi. Kalau selalu macam tu lagi bagus. Hmm tersentuh aku mendengar pujiannya. Terima kasih Fong!

Ahai kanda pergi
Kanda pergi tidak la lama..


Tahun 1997, Fong tinggalkan bumi Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya di Imperial College, London. Aku, abang Ngah, mama, nenek dan datuk Fong antara yang menghantarnya di Lapangan Terbang Subang. Setitik pun air mata ku tak tumpah ketika itu. Walaupun puas diusik oleh abang Ngah, aku berjaya mengawal diriku dari menangis. Aku tak mahu Fong serba salah. Aku mahu Fong pulang dengan kejayaan. Sebagaimana dirinya, aku juga akan melanjutkan pelajaran ku di sini. Sedih, jangan cerita la. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya berdiam diri. Usikan abang Ngah, tidak sedikit pun aku hiraukan.

where are u now, Fong?! I miss U so much... Betul ke tindakan ku lari dari dirinya? Keliru ke aku dengan perasaan ku sendiri? Betul ke kata Marina suatu ketika dulu, aku akan jatuh hati pada kawan baik sendiri?


Friday, May 14, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 10 - RISYA story ::

i'm not a perfect person, there are many things i wish i didnt do
but i continue learning, i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go, that i just want you to know

i've found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you

i'm sorry that i hurt, its something i must live with everyday
and all the pain i put you through, i wish that i could take it all away
and be the one who catches all your tears, thats why i need you to hear

i'm not a perfect person, i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go that i just want you to know

i've found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you
i've found a reason to show a side of me you didnt know
a reason for all that i do, and the reason is you

::: Hoobastank - The Reason :::

Menitik juga air mataku mendengar lagu itu. Antara lagu yang pernah dititipkan Miri untuknya. Miri luv music very much. Dia siapkan satu storage lagu² mp3 di Internet khas untuk ku. Aku banyak belajar dan dengar muzik daripadanya. Mungkin kerana itu kami serasi. Kami ada minat yang sama- MUSIK. Apa khabar dia agaknya? Aku menghela nafas panjang.

The reason he left me is me.. Dia tak sanggup melihat aku susah bersamanya. Benarkah alasannya, atau dia mencari alasan terbaik untuk meninggalkanku. He seeking for other girl.. Hmm.. sudahla, apa dikenang orang yang tak sudi. Harapan aku cuma melihat dia bahagia.. Walau siapa pun yang dia pilih. Aneh kan?! Aku merana, tapi nak melihat dia bahagia. Mungkin itula penangan cinta. Luv is blind rite?!

"Arin.. Arin.."
"Yes Sya.. what can i do for u?!"
"U like that song ek?"
"Yala.. U?"
"Hmm dulu suka la.. Now cam tense aa dengar.."
"Opps.. ok next time i will try not to open this song k.."
"OO thanks Rin.. thats would b very nice.."
"No prob Sya. Anything for u.."


Aku tersenyum memandangnya yang sibuk melakar pelan loji. Itula Arin, team mate ku yang cukup memahami. Jejaka lulusan Civil Engineering yang pakar dalam melakar struktur loji penapis. Cukup tekun dengan tugasnya. Wajah lelaki Melayu, namun bila tersenyum bisa menggetarkan hati wanita.. Hahaha!! Itu la kata one of our client dulu. Pelik dirinya masih belum berpunya. Memilih ke dia? Or terlalu commit dengan kerja? Or memang Guys Are too demanding??!! hmm ntahla. Arin sahaja yang tahu isi hatinya sendiri.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 9 - SYAFIKA story ::

OLD MEMORY, ISNT IT SWEET?

Hi Fika, how r u? Im fine, doing well here, so no need to worry k! Sekarang ni musim luruh,daun² kering berterabur kena tiup angin. Pokok² pun dah gondol. Kalau macam sekarang ni, tengah raining. Biasanya kalau hujan turun bila musim luruh ni, nak mula musim sejuk. Thats what i was told la kan. cantik tu memangla, cuma tak tahan la dear, so cold. Kalau keluar, tak blh pakai baju selai je. Tak mcm di Malaysia.
Btw, How Malaysia? Hows ur life? I miss Malaysia Fika, as well as i miss u badly! Kan elok kalau Fika accept offer tempohari, and b with me now. Dapatla kita share sejuk and susah di sini. but i understand, Fika tak suka cos yg ditawarkan. its ok then, everything that will make u happy is fine for me. luckily, got a gud fren here.. remember i told u bout Zarif Syahir, a humble anak Dato' from JB. Hes exactly like u Fika, kind and cheerful.
How about ur study? Hope everything goes well.Susah? Just try ur best ok. Remember that 'bukan senang nak jadi orang senang'. Me pun susah di sini. But anak patung 'F& F' yg Fika bagi is my inspiration. Thanks Fika! I got to go. Nak g umah Zarif. Dia invite lunch kat rumah dia. Bye Fika, promise me u will take care of urself.
Really miss ur smile - Fong


Aduh!!! Bagai nak patah tulang belakang ku. Tiba² seorang budak lelaki cina mendekatiku.
"Maafkan saya." Fasih benar dia bertutur dalam bahasa Melayu. Muka ku berkerut memandangnya, menahan sakit.
"Maaf maaf. Eh awak tahu tak, sakit tau.." Jerkah kawan yang turut bersama ku petang itu, Marina.
"Maaf sekali lagi. Betul² saya minta maaf.." Aku masih memegang rusuk kananku yang kesakitan.
"Sudah la Marina, mari kita balik" Hilang terus semangat ku untuk bersenam petang ini gara² peristiwa ini.
"Eh apsal lambat sangat amik bola!!" Tiba² terdengar banyak suara mendekati. Aku mengangkat muka. Kami kini dikelilingi oleh sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 10-15 tahun. Ku perhatikan satu², tiada sorang pun yang ku kenali. Mereka pastinya bukan kawan² Abang Ngah.
"Hei awak cedera! We are really sorry! Fong, dah say sorry ke to this girl?Terdengar suara dari sebelah kananku.. Oooh namanya Fong!
"Awak semua ni main ntah apa² la. Tengok kawan saya dah kena hit by ur ball.Patutnya sorang² kena mintak maaf"
"oo man.. we didnt mean to hurt ur fren.. Sorry la! Kami betul² minta maaf"Seorang budak lelaki lain bersuara.
"Its okla. I know u all tak sengaja" Kataku dengan kerutan memanjang.
"Mari Marina.. kita balik.."
"We send u back k.."
"Eh takpe takpe.. Kami boleh balik sendiri"
Suara Marina keras memarahi. Aku mencuit lengannya. Kami berlalu. Malam itu, aku mengerang kesakitan apabila diurut Mak Long Timah. Tak teruk katanya!

Aku menutup kembali email lama yang telah menyingkap kenangan lama. Kami berkenalan secara tidak sengaja. Ketika itu, aku berusia 12 tahun. Bola yang ditendang oleh Fong terkena belakang badanku. Selepas itu, dia bersama² beberapa orang kawannya datang ke rumahku untuk meminta maaf. Rupanya disebalik kisah itu, abah dapat menjejaki rakan lamanya di sekolah, ayah kepada Fong Hwa. Ayah Fong, tokoh usahawan terkenal. Syarikat ayahnya ada beberapa rangkaian di luar negara yang aku sendiri tak pasti apa dia. Kemudian, kami bersekolah di sekolah menengah yang sama. Rapat seperti belangkas. Ke sekolah bersama, balik sekolah bersama, ke tuition, keluar hujung minggu bersama. Aku akui ada yang cemburu dengan kemesraan kami.

Bingkai gambar di atas meja komputer yang bergambarkan aku dan Fong Hwa ketika berusia 15 tahun ku tatap. Di sebelahnya, anak patung bersulam huruf F&F ku capai. Hadiah itula yang dia berikan kepada ku sebagai hadiah ketika aku berjaya mendapat tawaran ke SBP di selatan tanah air. Aku juga menghadiahkan anak patung yang sama sebagai hadiah perpisahan - F&F; Fong & Fika. Kemudian dia pula meninggalkanku ke England 8 tahun yang lalu. Sungguhpun demikian, kami masih bertemu ketika cuti persekolahan atau cuti semester. Emm.. kenangan yang indah, pertemuan pertama aku dan Fong melahirkan satu persahabatan yang erat. Antara 2 kaum yang berbeza.

Ku pasti Fong dah kembali ke tanah air. Namun, kenapa aku tidak menjemputnya seperti ketika dia pulang bercuti. Bukan ke kepulangannya ku tunggu. Kenapa aku sudah tidak mahu mengirimkan apa² berita. Maafkan aku Fong. Fika ada very gud reason kenapa Fika memutuskan kabar kepada Fong. Im so sorry Fong..

Guys Are Too Demanding
:: Episode 8 - SYAHIRA story ::

LOSING IS WINNING - IN SO MANY WAYS.


Keluar pagi itu, nampak Fika sudah berada di dapur. Anak gadis berusia 25 tahun memang akan bersarapan di rumah.
"Kak.."
Aku menoleh memandang Fika.
"Do u know Kak Ris cried last nite?"
"I know. How did u know?"
"Fika dgr masa Fika masuk toilet semalam. Masa tu dah kul 12 lebih."
Aku mengangguk. Mereka berlainan bilik, namun berkongsi bilik air. Walaupun pintu bertutup rapat, Fika boleh mendengar bunyi dari dalam bilik Risya sekiranya Fika berada di dalam bilik air.
"We have to help her la Fika. Poor she.."Fika mengangguk.
"Nanti la kita usahakan sesuatu.." Kataku sebelum berlalu.

Aku termenung panjang semasa memanaskan enjin kereta. Apa aku nak buat agaknya ek. Nak menasihati, aku pun tidak pakar dalam hal ini. Cuma berdoa semoga Tuhan memberikannya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menghadapi ujian Tuhan.


To: RIS
Cc:
Bcc:
Subject: Fw: LOSING IS WINNING - IN SO MANY WAYS.
-----------------------------------------------------------------------
Dear Ris,
Percayalah sesungguhnya TUHAN sentiasa bersama hambaNYA yang pecah hatinya. U r not alone, we r all behind u!
-Kak Ira

LOSING IS WINNING - IN SO MANY WAYS.


One day an old man boarded a bus. As he was going up the steps, one of his shoes slipped off. The door closed and the bus moved off so he was unable to retrieve it. The old man calmly took off his other shoe and threw it out of the window.

A young man on the bus saw what happened, and could not help going up to the old man and asking, "I noticed what you did, sir. Why did you throw out your other shoe?"

The old man promptly replied, "So that whoever finds them will be able to use them."

The old man in the story understood a fundamental philosophy for life - do not hold on to something simply for the sake of possessing it or because you do not wish others to have it.

We lose things all the time.
The loss may seem to us grievous and unjust initially, but loss only happens so that positive changes can occur in our lives.

We should not always assume that losing something is bad, because if things do not shift, we'll never become better people or experience better things.
That's not to say of course that we only lose "bad" things; It simply means that in order for us to mature emotionally and spiritually, and for us to contribute to the world, the interchange between loss and gain is necessary.

Like the old man in the story, we have to learn to let go.
The world had decided that it was time for the old man to lose his shoe.

Maybe this happened to add momentum to a series of events leading to a better pair of shoes for the old man.
Maybe the search for another pair of shoes would lead the old man to a great benefactor.
Maybe the world decided that someone else needed the shoes more.

Whatever the reason, we can't avoid losing things. The old man understood this. One of his shoes had gone out of his reach. The remaining shoe would not have been much help to him, but it would be a cherished gift to a homeless person desperately in need of protection from the ground.
Hoarding possessions does nothing to make us or the world better. We all have to decide constantly if some things or people have run their course in our lives or would be better off with others.

We then have to muster the courage to give them away.

Thursday, May 13, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 7 - SYAHIRA story ::

"Makan Ris.."
Aku memanggil Risya makan. Risya keluar dari biliknya masih bertelekung.
"Akak makan dulu la ek.. Ris nak tunggu Isyak.."
Risya bersuara sambil melemparkan senyuman, dan dia masuk kembali ke biliknya. Oh mine, ada juraian air mata di pipinya.
Selalunya kami akan makan malam bersama, namun Risya balik lewat malam ni. Dia baru sahaja pulang ketika aku sibuk di dapur. Terus dia ke bilik, sembahyang agaknya. Tekaan ku tepat, apabila melihat dia keluar bertelekung. Risya menangis lagi nampaknya. Sejak perpisahan itu, hampir saban malam Risya akan menangis sendirian di biliknya. Keluar dari bilik, dia masih boleh bergelak ketawa dengan kami. Cuma mata sayunya yang berkaca-kaca menunjukkan dia baru lepas menangis.

Aku menarik nafas panjang sambil merenung nasi yang dihadapanku. Sudahnya aku makan sorang malam ini. Fika masih di pejabat. Risya pasti masih bersedih. Dia masih belum boleh lupakan Miri, jejaka Sarawak yang berjaya mencuri hatinya setelah lebih 3 tahun berkawan. Hidup Risya dikelilingi lelaki, namun kenapa Miri juga yang dipilih. Sanggup tinggalkan segalanya untuk mengikut Miri ke sana setelah berkahwin. Rela susah bersama Miri. Namun, Miri yang keliru dengan keadaan. Tidak sanggup membiarkan Risya bersusah untuk hidup bersamanya. Katanya orang sana tidak sukakan orang semenanjung. Dia takut Risya menderita hidup bersamanya. Rela melepaskan Risya untuk memilih lelaki lain. Namun, Risya tidak pernah menyalahkan Miri. Katanya dia tidak pernah meminta apa². Dia hanya inginkan Miri bahagia. Macam² usaha telah Risya lakukan, namun itula keputusan Miri. Risya hanya redha akan kehendak Yang Maha Esa.

Hmm, tuluskah cinta Miri. Kukuhkan alasannya? Padaku tidak. Tapi, aku sendiri tidak tahu. Aku bukan Miri, bukan Risya. Hanya mereka sahaja ada jawapannya. Betapa sukarnya Risya untuk menyintai Miri, begitu jugala dia sukar melepaskan perasaannya. Namun, apa lagi yang dicari? Tidak cukupkah apa yg ada pada Risya? Tidak berbaloikah kesetiaan Risya tunjukkan selama ini. Tidak cukupkah kesanggupan Risya untuk meninggalkan kesemuanya untuk bersama Miri. Apa lagi yang Miri cari? Kalau betul la tidak mencukupi, betul la seperti kata Fika "Guys Are Too Demanding!!"

Guys Are Too Demanding
:: Episode 6 - RISYA story ::

04-01-04 - Kasih Tak Sampai
Kami menanti kedatangan tetamu istimewa Datuk Zailan, our MD di lobi Hotel Impiana KL. Arin dan Haikal ada sekali bersamaku. Mereka berbual sesama sendiri sementara menanti kehadiran kenalan lama Datuk dari Terengganu itu. Lobi itu mengundang ingatan terhadap kenangan lama. Segalanya masih sama. Aku memerhatikan kerusi di mana aku duduk berhadapan dengan Miri di lobi itu. Panas mataku mengingatkan kenangan lama itu. Ku tahan jangan sampai air mataku mengalir keluar.

4 januari 2004 – aku masih ingat tarikh itu. Aku dan Miri bertemu setelah dia melepaskan ku pergi hanya melalui telefon. Pertemuan di hadapan escalator menuju ke tower kebanggaan KLCC, diikuti dengan kata-katanya semasa kami duduk minum di San Francisco Coffee, Suria KLCC. Masih dengan keputusannya. Dia melepaskan ku pergi. Katanya, dia tidak akan berkahwin dengan perempuan Semenanjung. Walaupun bibir menguntum senyum, dan aku merelakan perpisahan itu, hatiku tetap hancur berkecai. Tambah sedih apabila dia menghadiahkan ku set perfume Happy Clinique. Tidak pernah mendapat apa² sepanjang berkasih, mengapa memberi ketika sudah berpisah. Apa tujuannya?

Kemudian kami bertemu di lobi hotel ini. Ketika aku menolak pintu hotel, ku nampak seorang lelaki berjalan di hadapan Miri. Sangkaku kuat mengatakan itu abangnya. Lelaki itu tampak terkejut apabila Miri memberi isyarat kepadaku supaya duduk dulu sementara menunggunya di lobi. Entah apa la anggapan abang Miri terhadapku. Miri memberitahu abang dan kawannnya sudah mengetahui tentang diriku. Namun, bercalar juga hatiku apabila Miri memberitahuku abang dan kawannnya menyuruh Miri supaya tidak melayanku. Hey, bukan aku yang memaksa Miri supaya menerima ku. Bukan aku yang memulakan perhubungan ini. Adil kah tanggapan mereka? Berbaloi kah apa yang aku buat selama ini untuk Miri?

"Saya minta maaf.. Saya tahu saya yang memulakannya.. Tapi things become more complicated. Saya taknak awak susah dengan saya.." Wajahnya tampak sugul ketika bersuara.
"Tapi kenapa bila saya tanya awak kata this is for real. Kenapa sekarang dah lain?!"
"Im so sorry.. Saya telah kecewakan awak. Tapi kita masih boleh berpatah balik"

Berpatah balik? Adakah dia tak tahu hati ku sepenuhnya menyayanginya. Sudah pasti dia tahu. Kalau la ini tidak mencukupi, barangkali benarla seperti yang Fika kata Guys Are Too Demanding!!


"So, awak taknak teruskan our relationship?" Dia menggeleng.
"Betul awak taknak teruskan?" Dia menggeleng lagi.
"Kita cuba eh? Awak taknak cuba ke?" Sayu hatiku melihat dia menggeleng lagi. Terasa diri kosong dan semangatku melayang entah ke mana. Namun, tidak setitis pun air mataku mengalir. Tuhan,tabahkanla hatiku ini. Jika inila ketentuanMu.. aku redha!

Kami memutuskan untuk berpisah di situ. Dia menghantarku ke car park. Sepanjang perjalanan, kami hanya mendiamkan diri. Tiada apa lagi yang harus diperkatakan agaknya. Perasaan ku berbaur-baur. Inilah agaknya kali terakhir aku bertemu dengannya. Apabila sampai di kereta, tanpa menoleh, dia terus berlalu. Dia menolak untuk ku hantar ke depan hotel, katanya kepalanya berat dan ingin terus berehat. Pecah tangisanku di situ. Sepanjang perjalanan dari Impiana ke rumah, aku menangis tidak berhenti. Ingat lagi aku mengirimkan sms kepada Oon, yang ingin mengetahui perkembanganku, mengatakan 'segalanya sudah berakhir'.


Indah .. terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki

Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang terbayang
Menyatukan perasaan kita ...

Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
berdua ... berdua ...

Sudah.. terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan .. ini

Menjadi saksi kita berdua ...

::: Padi - Kasih Tak Sampai :::

"Sya.. Kenalan Datuk Zailan dah sampai. Itu mereka. Jom.." Tiba² suara Arin memecahkan lamunan ku. Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. Kelibat 2 orang lelaki menghampiri kami. Salah seorang daripadanya pasti anaknya.
"Are u ok Sya? Kau senyap dari tadi lagi.."
Aku hanya tersenyum.
"Yeah im ok. TQ.. jom kita jumpa mereka.."

Kami meninggalkan lobi Hotel Impiana dan dengan Odyssey syarikat, kami membawa mereka berdua bertemu dengan Datuk Zailan di pejabat. Aku menoleh sekilas tempat yang meninggalkan kenangan itu. Hmm tinggallah kenangan, tinggallah semua. Moga aku akan kuat menghadapi cabaran ini.

Wednesday, May 12, 2004

Guys Are Too Demanding
:: Episode 5 - SYAFIKA story ::

PIALA THOMAS - MALAYSIA "TAK" BOLEH RUPANYA


Hilang juga kosentrasi untuk meneruskan membuat aturcara sistem apabila mendengar suara Kak Risya dan Kak Ira yang bersorak menonton suku akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun perlahan, dirinya yang terpaksa mengadap pc membuat kerja tetap cemburu dengan keriangan itu. Beregu kedua Malaysia sedang menentang beregu kedua Indonesia di Istora Senayan.

"Sudahla Fika, terjenguk² terjenguk². Nak join jom la.."
Kak Risya mengusik apabila melihat aku yang sesekali menoleh melihat gelagat mereka.
"Ala akak, esok tahula g site, tak yah masuk ofis. Bolehla pegi lambat."
"Ala kalau hati dah kat piala thomas, mata dah kat kitaorg, jalan ke programming Fika tu?"

Aku tersenyum. Memang pun menarik. Kalau ini memasuki set penentu dan menang, Hafiz akan bermain selepas ini. Adala akak² ni tak tidur malam ni. Bagus juga, ada juga peneman aku. Mataku kembali ke skrin. Kalau layan² karang, tak siap coding aku ni.

"Dah 13 sama dah Fika, dia keja dari 5 tadi.."
"Okla-okla.."
Aku bangun, dan menutup skrin laptop ku. Menyertai mereka duduk di couch.
"Akak ni menyampah la goda saya.." Aku membaling bantal sofa ke arah Kak Risya. Kak Risya gelak² menangkap bantal sofa tersebut. Kak Ira hanya tersenyum memandang.
"Dah 14 dah.. yeah..."
Dalam kesungguhan bermain, akhirnya pasangan muda Malaysia itu berjaya merapatkan jurang dan memenangi set kedua. Kami melompat kegirangan (lagak seperti remaja). Kak Ira tergelak melihat gelagat kami. Terdengar sorakan 'Malaysia Boleh' dari rumah sebelah.

Set penentuan lebih mendebarkan apabila beregu Malaysia diikat 12-9, 14-9.. namun mereka tidak mengalah dan merapatkan jurang kepada 14-12 sebelum kecundang kepada regu Indonesia yang nyata lebih berpengalaman. Pujian patut diberikan kepada beregu negara walaupun masih muda namun bersemangat juang yang tinggi (ewah gaya macam pengulas sukan pula, mungkin kalah Hasbulah Awang.. hehehe)

Kesudahannya Malaysia kalah di suku akhir Piala Thomas kepada Indonesia. Kak Risya dan Kak Ira nampak hampa. Aku pula kemudian kembali mengadap laptop ku. Rupanya untuk Piala Thomas kali ini, Malaysia 'tak' boleh.

Guys Are Too Demanding
:: Episode 4 - SYAFIKA story ::


10.50 malam, kami dah beransur² meninggalkan wayang.
Ketika kami berjalan keluar dari barisan, seorang pemuda (yg datang bersama kekasihnya) menegur sampah yang berada di atas kerusi ku.

"Sampah tu kutip la.." Lelaki itu bersuara.
"La, orang nak angkat la nih.." Kak Ira yang kebetulan berada di situ sinis membalas kembali kata² lelaki itu, sambil membawa keluar. Aku tersenyum memandang gelagat lelaki yang malu dengan perbuatannya. Kononnya ingin menyindir dan mengenakan kami, sekali maafla.. salah orang. Kak Ira memang pantang orang yang tidak berbahasa seperti lelaki itu. Kak Risya menoleh apabila menyedari kami tidak bergerak dari barisan kami.

"Wah akak.. Malu terus lelaki tu!"
"Padanla muka dia, ingat nak kenakan kita tadi.."
"Silap orang la. Kalau kitorg tadi sure kitaorg diam jek.."
"Orang kalau tak hormat orang, itula caranya. Kita hormat orang yang hormat kita sahaja.."

Hmm.. itu dia pesanan dari seorang lecturer muda. 11.15 pm, kami berangkat pulang. Sebagaimana pergi, pulang pun ku pandu GTI milik Kak Risya membelah jalanraya meninggalkan MINES. Kami memang sedia maklum Kak Risya memang malas memandu. Sayang, keretanya patut diberikan kepada ku... hehehehe! Terhibur juga hati menonton bersama-sama mereka. Thanks dear sis. Dapatla menghilang duka di hati. Hilang juga sebentar akan kegusaran ku terhadap berita perletakkan jawatan coordinator dari HTP Berhad, liaison aku di Recovery Center. Akak-akak inila mentor ku. Semangat diorang, adalah pembakar semangatku. Hmm, beruntungla sesiapa yang memiliki diorang. Ada kerjaya cemerlang, baik dan rupa paras menarik. Kalau la abang² aku ada lagi, sudah pasti aku akan suruh diorg mengurat akak² ini.. hehehehe..

To be continue...

Guys Are Too Demanding
:: Episode 3 - SYAHIRA story ::

MOVIE : GILA-GILA PENGANTIN REMAJA
Ruang legar TGV Mines dihujani manusia. Namun, tidakla sampai bersesak-sesak. Cuma terpaksa beratur panjang ketika membeli tiket kerana hanya satu kaunter tiket dibuka malam ni. Aku dan Fika membeli pop-corn dan soft drink sementara menanti Risya dan rakannya yang sedang beratur membeli tiket.

"Apa la diorg ni.. satu je kaunter buka, tak tahu yang ari ni kan ari rabu.. sure ramai orang. Nasib ada tiket lagi" Terdengar rungutan di belakang kami. Aku menoleh ke arah suara tersebut. Sekumpulan anak-anak remaja sedang berbual² sesama sendiri sementara menanti gate dibuka. Hmm.. muda lagi budak² ni. Mungkin lagi muda dari anak² muridku. Ada 10 tahun beza agaknya denganku. Teringat zaman remaja ku yang sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Kelas, assignment, aktiviti universiti. Mungkin kerana aku duduk di asrama maka tidak sebebas mereka. Untungkah mereka, atau rugi kah mereka. Perjalanan mereka masih panjang, namun sudah mengecapi pelbagai kemudahan dan hiburan. Moga mereka berjaya mengawal diri agar tidak hilang pertimbangan.

Nampak dari kejauhan, Risya menghampiri kami. Jurutera muda manis itu kelihatan tersenyum² memandang kami. Hmm.. dapatla tiket tu agaknya. Nasib ada kawan Risya, kalau nak harapkan kami.. jangan harapla.. kami masing² bukan kaki wayang. Risya lebih suka bowling, Fika lebih suka menghabiskan masa mengadap komputer.. Kalau dia boring, dia akan mencapai kunci kereta dan membelah jalanraya. Samada highway Kajang-Puchong ataupun Putrajaya-KLIA. Dan aku dengan buku ku. Harap-harap kami akan ceria sedikit selepas movie ini. Baik Risya ataupun Fika, masing² ada kisah dan masalah sendiri. Berbanding mereka berdua, Risya lebih terbuka menceritakan masalahnya. Gadis manis itu baru putus kasih beberapa bulan yang lepas. Kesian Risya, walaupun wajahnya selalu ceria namun hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Hilang sudah sinar di matanya, tidak dapat melindungi kesedihan hatinya. Sayang, gadis manis, ceria itu boleh juga putus kasih. Entah apa lagi yang dicari oleh lelaki agaknya? Agaknya GUYS memang Too Demanding.

"Jom jom.. kita masuk.. Kak Ira ni ushar² Ris apsal?"
"Risya cun la mlm ni.."

Risya tersenyum.
"Ala kak, akak je yang cakap cun.Miri tak pernah cakap pun Ris cun" Sungguhpun wajahnya masih tersenyum, ada nada sayu dalam kata².
Aku memandang Fika, Fika mengangkat kening. Terasa kesal plak bersuara memuji Risya. Tidak sangka, akan mengingatkan Risya terhadap kisah lama.

Kami duduk kerusi 2 dari belakang. Aku, Fika di tengah sambil memegang pop-corn, dan Risya. Rata-rata mereka ditemani dengan pasangan masing². Kalau boleh, aku mahu berdua-duaan di sini hanya bersama jejaka bergelar suami. Hmm, entah bila la tu agaknya.

Sepanjang tayangan, kami memang banyak ketawa. Risya dan Fika saling bertukar² pop-corn dan minuman, sungguh mesra seperti lagak adik-beradik. Aku selalu mengusik mereka akan jadi ipar-duai satu hari nanti. Tapi masing² hanya ketawa. Risya hanya mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin, dan Fika seperti anak tunggal dalam keluarga.

Antara adegan yang mencuit hati melibatkan scene Afdlin, yang membawa watak bapa saudara Amir (Hero) - (seorang bouncer) di sebuah kelab dangdut, dan kakak Mastura (heroin), Anita. Sungguh pun dilakonkan secara bersahaja, terdapat mesej di sini.. sungguhpun mereka hanya bekerja biasa (bukan golongan white collar) namun mereka bersungguh² mencari rezeki dalam membesarkan anak saudara dan adik mereka. Penonton juga tertawa apabila band pengiring yang menyanyi muncul bersama-sama pelakon setiap kali ada lagu dimainkan. Bukan kah kretif namanya!



Amir&Mastura

Bagi mengelakkan dari Mastura dipaksa kawin dengan Fandi (Zed Zaidi), Amir (Aszerul Beego) dgn Mastura (Zahnita) berpakat untuk lari ke selatan Thailand untuk bernikah. Bakar, Anita, Fandi, ibu dan ayah Fandi bergegas mengejar Amir dan Mastura. Kekecohan berlaku sepanjang adventure mereka menuju ke selatan Thailand. Walaupun lebih banyak tak logik daripada logiknya, namun tak apala.. filem ini bukan arahan Dato' Rahim Razali. Namanya pun sudah "GILA". Cuma kami tak boleh menerima ketidak logik ketika Fandi menerima keputusan SPM yang diposkan ke rumah. Fandi bukan calon persendirian (kerana dia turut bersekolah di situ). Namun, kalau pun mungkin dia calon persendirian, mengapa awal dari keputusan Amir dan Mastura.

Bagi ku, ceritanya bagus, ada mesej.. malah pelakon lelaki yang tidak disukai oleh Risya (maaf Zed Zaidi) juga menunjukkan banyak kemajuan.
Selepas berjaya mengutip kutipan memberangsangkan melalui filem Gila-Gila Pengantin lakonan Erra Fazira dan Norman Hakim (yang kami bertiga menonton VCD berulang kali), Aziz M.Osman dan Dato' Yusof Haslam kembali lagi dengan Gila-Gila Pengantin Remaja (GGPR). Banyak muka baru dalam filem ini. Juliana Banos dengan watak Ratu Jamu yang berpura² seperti wanita Indonesia dengan pakaian yang "ngam-ngam" membawa lakonan yang mantap dan boleh dipuji.

To be continue...

Guys Are Too Demanding
:: Episode 2 - RISYA story ::

Aku menjeling Fika yang terbaring di atas sofa. Sedih plak tengok muka murungnya tu. Mesti ada hal ni, kalau tak takkan senyap sahaja. Biasanya, suaranya mesti memenuhi ruangan rumah.

"Have u taken ur meal?"
"Yeah... Food provided!"
"U looked so tired my dear, something bad happend?"

Ku lihat Fika menggeleng.

"Then, project fail?"

Geleng lagi.
"Wanna talk about it..?"
"Tq, but nothing happend. Kak Ris, lets watch movie.."
"Ait, u look tired but still wanna go out tonight?"

Confirm tensen la nih!
"Not physically, just my mind was so tired.. and need some rest. Watch light movie ek?"
Kepalanya dah melentuk² mengadap ku.
"Ok, lets asked Kak Ira too k.."
"Yeah.. Thats gud idea!!"


Malam tu, kami bertiga keluar bersama setelah sekian lama tak hang around bersama sejak aku outstation di Kerteh 2 minggu. Aku offer kereta ku namun ku minta Fika yang drive. Tanpa bersuara, Fika terus mengambil kunci keretaku.

Kak Ira memberi pandangan bermakna apabila melihat meter kereta naik lagi. Pedal minyak ditekan lagi dan satria GTi ku menderum laju. Aku hanya tersenyum nipis. Ku tahu minda Fika tengah keletihan. Bukan mudah bagi seorang exec muda bagi Fika untuk coordinate sesuatu test untuk projeknya. Suasana sejuk beku, dikelilingi dengan ramai system engineer, ditambah dengan karenah system users. Alang aku yang dah bertahun² pengalaman pun boleh mengeluh, apatah lagi Fika yang hanya berbekalkan 3 tahun pengalaman. Tapi dia tahu gadis itu sangat cekal.

"Kita nak tengok citer apa ni? Today Rabu tau, sure penuh.."
"Si Fika ni ajak watch Gila² Pengantin Remaja, kak Ira. Sambungan yang dulu tu.."
"Same actor and actress?"
"Nope.. Kali ni ada Afdlin... and some new young actor and actress"

Fika menyampuk setelah volume radio diperlahan.
"Somebody dah book tiket ke?"
"Have to ke? Kita beli je la kat situ Kak Ira. Kalau takde, kita tengok citer lain"
Fika bersuara lagi.
"Awak kata nak tengok light movie. So k, i call my fren kat mines. Mebbe dia boleh tolong belikan.."
"Hmm.. senang betul kan orang ramai kawan ni Fika. Tekan je no, ada orang willing nak help.."
"Ait, kak Ira tak tahu ke. Kak Ris ni orang buat kopi kat Starbuck pun boleh jadi member dia.."
"Hmm yela tu.."

Aku tersenyum sendiri mendengarnya. Teringat ketika membelanja Fika Cappucino ice di Starbuck Alpha Angle, Wangsa Maju. Seorang staf lelaki di situ ramah berbual dengannya. Tidak tahu kenapa setiap orang yang ditemui hampir pasti ingin berbual dengannya. Dan kadang² menceritakan masalah kepadanya.

**********************to be continue ... soon!

Guys Are Too Demanding
:: Episode I - SYAFIKA story ::

“Eh rilek je Fika arini? Tak g office?”
“Aah g Kelana Jaya la kak.. “
“Kak Ira dah g?”
“She got a class on 8. Kul 7 dah takde dah..”
“Akak g dulu la Fika.. Drive carefully k..”
“Yeah take care”


I stared at Kak Ris. Today, this sweet engineer is wearing her blue suit. I bet she had a meeting this morning. Kalau takde meeting biasanya dia pakai jaket biasa je with slack or loose jeans. Ni sikit punya vogue, mesti ada meeting dengan vendor or users. Company dia mmg cool, pakaian bebas asalkan menutup aurat. Kak Ris pernah bagitau, boss dia.. Dato’ apa ntah nama, memang islamik skett. So mmg syarat berpakaian kena menutup aurat. Lagipun, perempuan kat ofis Kak Ris memang boleh kira dengan jari. Tak sampai 10 orang. Those engineer tu ramai yang lelaki.

Pukul 8.45, aku tinggalkan rumah. Cepat² isi minyak di stesyen minyak Petronas Ariya Jaya b4 speed to LDP ikut jalan belakang. Rasanya tol SUNWAY dah clear waktu² macam ni. Sampai di Puchong, nampak kereta terkemut² memasuki simpang ke LDP. Dengan construction yang separuh siap, things getting worst. Aisey apsal lak ni, biasanya sini jam 7.30 until 9 jek.. ni dah kul 9 lebih, apsal jam lagi ni.. Y Y.. Y still jams honey??!! I want Info Trafic..

Tit!
92.80 Hitz.FM
---------------------------------------------

I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless
Lost under the surface
I don't know what you're expecting of me
Put under the pressure
Of walking in your shoes

-------------------NUMB-Linkin Park--

Tit!
103.30 Era.FM
---------------------------------------------

kasihku
dapatkah kau rasakan
seperti ku rasa

-----------------Kasih-Amy Mastura---

Both Hitz and Era - not the time for the info traffic!..

Tit!
97.20 RMKL
----------------------------------------------

“BMW 2323 ingin mengetahui keadaan lalu lintas di SG Buluh ok ke pagi ni??”
“Din 7673 berkata simpang dari Seri Petaling ke Bkt Jalil pesta lampu break.. oo nampaknya jalan di situ, agak sesak teruk..”

-------------Ulasan Deejay RMKL----------------

hmm .. where are the info for tol sunway, y its suddenly jam? Listened to the deejay to announce bout the route but sorry, theres no info bout Tol Sunway. Aisey, can somebody who trapped in this jam call or sms RMKL. Hmm nasibla kau Sya, sapa nak dgr jeritan hati kau. Isk apa nak buat nih??!!

9.25am. well, if I still on this route, then I wouldn’t know when its come to end. Pukul berapa nak sampai Kelana Jaya ni. Budak² tu mesti dah sampai. Well, think think!! I still have to decide whether to
• u-turn into Sg Besi-Puchong highway, then Federal Highway
• u-turn into KESAS highway, then Federal Highway
• continue using this LDP.

Maintain the left lane.

SIMPANG KE
Pulau Indah
Shah Alam
USJ



Dalam hati berkira-kira kalau patah balik ni, nak masuk dari mana untuk ke Kelana Jaya. Then, I decided to turn back to Kesas Highway, kira patah balik separuh jalan. What to do, KESAS sure clear, tapi masuk federal highway tak tahu lagi. SMS masa ni la nak masuk berduyun². Tit… Tit.. Hmm inbox dah penuh. Orang macam aku ni mmg kena pakai 128 K sim card. Bukan nak kata ramai peminat, tapi keja² jaga server ni mmg selalula dapat msg dari server suruh buat tu la, inila.. Orang dapat sms dari kekasih hati, kita dapat sms dari server. Hehehe.. tak ke haru tu. Tapi tu la, eventhough CELCOM dah release kat news and advert-First using 128 K, hmm bila g Celcom, tahu apa diorg cakap “sorry u have to wait. We don’t have the stock yet”. Hmm sapa nak jawab tu.. yang susahnya sapa.. orang macam aku!

Hmm kena baca sms ni, karang ada sms penting pending plak.

“Sya, U mana? 2day I satu train dengan budak tu. Alahai comelnya..”
Nani, staff maxis bercerita tentang sorang passenger erl yang selalu naik train 8.05pm.

“Hi Sya, I kat bilik guru ni, tengah tanda buku..”
Ati, dari KK.

“Sya, email sya apa? sya_rs@yahoo.com ke? Pls email me ur email address”
Bro Hafiz antar sms, la sapa lak kata email sya mcm tu bro..

“Your AS 400 server was advice to have its new product key.”

I will reply all the sms this noon. Kekunci DELETE ditekan. Letak balik phone kat seat bila dah kluar dari Kesas.. Bahaya betul la. Tapi nak buat camner, have to read the sms. Lepas je delete the sms, bendering² sms yang pending tu masuk. Nantila, sampai Kelana Jaya orang baca ek.

Masuk federal highway, Ohh Tuhan, moga kau mudahkan jalan.. Agar federal highway tak jam..

----------------------------------------------

“Rina melaporkan simpang Puchong ke Tol Sunway sesak teruk. Kepada sesapa yang mengetahui kenapa, boleh bagitau kami melalui sms DAPAT..”
-----------ULASAN DEEJAY RMKL-----------------


hmm baru nak kluar kat RMKL.. kita dah patah balik pun. Naik highway bertingkat menghala ke Kelana Jaya, ada caller bagitau RMKL TOL SUNWAY sesak teruk sebab ada kereta rosak. Hmm inila KL.. inilah kehidupan di KL. Alhamdulillah, aku dah patah balik. Kalau teruskan tadi, belum tentu dah sampai. Jeling mileage dah 52 KM. Lebih 14 km dari sepatutnya. isk..isk..

Sampai Kelana Jaya building, parking dah penuh. Keluar parking, tersenyum pakcik jaga parking tu melihatku.

-----------------------------------------------
- Majlis Perbandaran Petaling Jaya -
- RM 5.00 -
-----------------------------------------------

Masa keluar kereta, jeling ke Dewan Kelana. Teringat kenangan bersama Deen semasa MPH Sale di situ. hmm, how i miss that memory. Semua tinggal kenangan.
Tak buang masa, terus menuju ke Recovery Center. Ambil pas masuk ke dalam building, naik lif sampai tingkat 4. tersenyum kakak yang jaga pintu utama Recovery room.

“Diorg dah sampai dah.. ada kat dalam..”

Aku tersenyum. Letih beb!
Sambil mengisi buku pelawat dan mendapatkan pas masuk recovery room, sya meneliti nama-nama jurutera system yang dah datang. Nampaknya sya paling lewat sampai kali ni. Janganla diorg cakap coordinator paling lewat sampai. Tak kot, baru kali ni dia lewat!

Tolak pintu, bunyi aircond kedengaran. Sejuknya sampai ke tulang, Tuhan sahaja yang tahu. Senyum pada Raziman dan Norashid. Nampak dari bilik kaca tu, jurutera system dari VPC sedang sibuk setting printer.

“Sorry Man, Im a bit late. Heavy traffic!”
Raziman, our System Engineer smile at me.
“So far ok rite? Hope everything will be fine!”
"Yeah "

Ok baby.. I wanna start my work !

IRA.. RIS... and FIKA

Im Sya. Thats what i being called. But, the problem is.. when too many "SYA" been in a same place, we have to change our nick into something else. y i tell u this.. i wanna tell u a story of one house where lived three "SYA"!

The elder one is "SYA"HIRA. Her real name is Nur Syahira. She is a lecturer in one famous uni in KL. The second one is RI"SYA", or real name is Arisya.. She's energetic woman works as an engineer in one oil & gas company in KL. and the youngest one "SYAFIKA IZANI", one of a thousand IT exec in KL. See.. the 3 SYA are here..hehehe.. what a small world. Yala, banyak-banyak nama, nama SYA juga yang dipilih by the parents. well well, masa memula tu mmgla susah. when they introduce themself, that thing have been discussed. i mean who will own that nick. then they agreed no one will own that nick. Syahira was called "IRA", Risya was called "RIS" and the last one will use nick "Fika".

Guys Are Too Demanding?? Y i use this words as my blog title? i will tell u the story!!

Tuesday, May 11, 2004

APPRECIATION

Well well, never expect i will back.. jump into this blog world again. its been more than a year, i left it.. seeing other bloggers become more and more active and popular.. some of my frens, making or parking their name in this world, and become famous. i am not interested at all. many ppls asked y i resign frm this blog world, dont have any answer for that.. just dont know how to write? (is that an excuse?)

until one day.. just a couple of days after my birthday, i asked one of my gud frens, UsE to develop a blog for me (its a JOKE actually). surprisingly UsE did it. so no excuse now .. here I am.. im back!

An appreciation to my dear fren, UsE for the effort in developing this blog.
TQ UsE!